tajuk 5 peranan guru sek rendah(2015)

9
TAJUK 5 PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH Disediakan oleh Suzilawati bt Mohamad Siti Haryanti bt Osaman Nor Laily bt Mohd Yusof

Upload: nurafza-iffah

Post on 15-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

tajuk 5 peranan guru sek rendah

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 5 Peranan Guru Sek Rendah(2015)

TAJUK 5 PERANAN GURU

SEKOLAH RENDAH

Disediakan oleh

Suzilawati bt Mohamad

Siti Haryanti bt Osaman

Nor Laily bt Mohd Yusof

Page 2: Tajuk 5 Peranan Guru Sek Rendah(2015)

PENGAMAL ILMU DAN KEMAHIRAN1. Shahril @ Charil Marzuki, et. al. (1993) menegaskan guru sebagai

pengamal ilmu, mempunyai peranan serta tanggungjawab sosial iaitu:- (a) perancang, fasilitator dan pengurus pembelajaran; (b) penyampai ilmu pengetahuan; (c) pembentuk akhlak; (d) pembimbing; dan (e) contoh teladan atau model. 2. Sebagai pengamal ilmu, seseorang guru mempunyai peranan serta

tugas yang amat berat, rumit dan mencabar. 3. Pembangunan insan dan negara terletak di atas pundak kaum guru. 4. Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini

menjadi sebuah ‘global village’, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak.

5. Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskinikan serta mempertingkat ilmu pengetahuan masing-masing.

6. Dalam perkembangan berkaitan, Islam bukan sekadar menganjurkan umatnya mencari atau menuntut ilmu malah penyebaran ilmu juga menjadi satu kewajipan.

Page 3: Tajuk 5 Peranan Guru Sek Rendah(2015)

PENGAMAL ILMU DAN KEMAHIRAN Mohd. Idris Jauzi (1990) untuk membolehkan para pendidik

memainkan peranan berkesan dan positif sebagai pengamal dan penyampai ilmu, guru haruslah secara berencana dan berterusan:

(a) mempersiapkan diri dari segi keilmuan; (b) berusaha membersihkan diri dari segi sahsiah menerusi

ibadahibadah asas; (c) meningkatkan kecekapan, ketajaman dan ketrampilan

diri dalam pelaksanaan tugas dan interaksi dengan masyarakat;

(d) melaksanakan tugas keguruan dengan sebaiknya; (e) menawarkan khidmat bakti dan kepimpinan dalam

kehidupan bermasyarakat; dan (f) menjadikan sekolah selaku gedung ilmu dan jemaah

ilmuan sebagai pusat pendidikan anggota masyarakat.

Page 4: Tajuk 5 Peranan Guru Sek Rendah(2015)

PENGAMAL ILMU DAN KEMAHIRAN

Jujun S. Suriasumantri (1990), sebagai seorang pengamal ilmu, seseorang guru harus mempunyai tanggungjawab profesional yang mencakupi asas kebenaran, kejujuran, tanpa kepentingan langsung, menyandarkan kekuatan penghujahan, rasional, objektif, kritis, terbuka, pragmatis, dan nuetral dari nilai-nilai yang bersifat dogmatik dalam menafsirkan hakikat realiti.

Guru atau para pendidik juga seharusnya mempunyai dedikasi dan komitmen terhadap profesion serta tanggunggungjawab moral mereka sebagai seorang guru.

Page 5: Tajuk 5 Peranan Guru Sek Rendah(2015)

PERANAN GURU

·         Pengamal Ilmu dan Kemahiran ·         Pembimbing ·         Pengamal Reflektif ·         Penyelidik ·         Agen Sosial ·         Agen Perubahan ·         Pengganti Ibu Bapa ·         Pembentuk Tingkah Laku ·         Pengurus Pembelajaran

Page 6: Tajuk 5 Peranan Guru Sek Rendah(2015)

PENGAMAL ILMU DAN KEMAHIRAN

 Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi.

Menstruktur pengajaran dengan mengintegrasikan unsur kemahiran dan nilai.

Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan meninggikan adab murid.

Mempraktikkan budaya ilmu – membaca, berfikir, membuat penyelidikan & mencari idea baru

Page 7: Tajuk 5 Peranan Guru Sek Rendah(2015)

PEMBIMBING   Menyemai minat dan motivasi

terhadap mata pelajaran.   Mengenal pasti kekuatan dan

kelemahan murid.   Menanamkan minat dan sikap yang

sihat pada alam persekolahan & amalan seharian.

  Mengenal pasti & membantu murid yang mengalami masalah spt pelajaran, sosioemosi & kesihatan

Page 8: Tajuk 5 Peranan Guru Sek Rendah(2015)

PENGAMAL REFLEKTIF

  Membantu guru permulaan menstruktur pemikiran bagi menguasai aspek kandungan pengetahuan.

  Meningkatkan tahap profesional guru.   Menambahbaik aktiviti P&P.  Jika diterapkan kepada murid

membolehkan mereka memperoleh kemahiran berfikir kritis & kreatif.

Page 9: Tajuk 5 Peranan Guru Sek Rendah(2015)

HTTP://CIKGUSEMASA.BLOGSPOT.COM/2011/05/ASAS-KEPEMIMPINAN-DAN-PERKEMBANGAN_1802.HTML

 Penyelidik n  Dapat meningkatkan kualiti P&P. n  Menjalankan pelbagai jenis

penyelidikan yang berkaitan amalan P&P. n  Menggunakan BBM dan mengkaji

keberkesanannya melalui kajian penyelidikan tindakan.

n  Guru boleh menjaalankan penyelidikan biasa menggunakan kaedah kes, soal selidik, pemerhatian & temubual