tajuk 1.pengenalan kpd kaub (2)

Upload: rabiatul-adawiyah

Post on 03-Apr-2018

297 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Tajuk 1.Pengenalan Kpd KAUB (2)

    1/16

    PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

    TAJUK 1. PENGENALAN KEPADA KEMAHIRAN ASAS UNTUK

    BERDIKARI

    1.0 SINOPSIS

    Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang Konsep dan

    Definisi Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB), Kepentingan KAUB dan

    Teori-teori Pembelajaran KAUB.

    1.1 HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. memahami dan menghuraikan konsep dan definisi Kemahiran Asas Untuk

    Berdikari.

    2. Menyatakan kepentingan KAUB kepada murid-murid bermasalah

    pembelajaran.

    3. memilih dan menghuraikan teori-teori pembelajaran yang bersesuaian

    dengan KAUB.

    1.2 KERANGKA TAJUK

    PengenalanKepada KAUB

    Konsep dan Definisi KAUB Kepentingan KAUB

    Bentuk-Bentuk Kemahiran

    Hidup YangSesuai

  • 7/28/2019 Tajuk 1.Pengenalan Kpd KAUB (2)

    2/16

    PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

    1.3 Pengenalan

    Seseorang murid yang dilahirkan normal atau berkeperluan khas perlu

    diajar untuk menguruskan dirinya sendiri terutamanya kemahiran untuk berdikari.

    Seseorang murid dengan keperluan khas boleh dididik hingga mereka mampu

    untuk menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain.

    Memberikan pendidikan seperti kemahiran hidup kepada semua murid-

    murid merupakan satu keperluan dan menjadi satu tanggungjawab sosial tanpa

    mengira sama ada mereka dari kalangan murid-murid normal ataupun murid-

    murid berkeperluan khas. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

    Kemahiran Hidup ini bertujuan untuk mengembangkan keupayaan murid-murid

    normal atau murid-murid berkeperluan khas dalam bidang-bidang tertentu secara

    amali. Kemahiran hidup boleh dikuasai melalui penguasaan kemahiran secara

    praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan keupayaan

    pelajar.

    1.4 Definisi dan Konsep

    Kurikulum Kemahiran Hidup untuk murid-murid bermasalah permbelajaran

    diwujudkan yang mana dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan

    pembelajaran yang lebih fleksible, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan

    keupayaan serta kebolehan murid-murid bermasalah pembelajaran.

    Di negara-negara Barat, murid-murid bekeperluan khas ini dilatih dengan

    baik dan berkesan sehingga mereka dapat menyumbang sesuatu untuk negara

    sebagai tenaga pekerja. Konsep yang baik ini perlu diterapkan dan dilaksanakan

    dengan sebaiknya demi masa depan murid-murid khas tersebut.

    Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB) merupakan satu kemahiran yang

    perlu dikuasai oleh setiap individu berkeperluan khas untuk membolehkannya

  • 7/28/2019 Tajuk 1.Pengenalan Kpd KAUB (2)

    3/16

    PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

    mengalami kehidupan yang selesa serta dapat bersosial dalam persekitarannya

    dengan selamat dan dapat diterima dengan baik oleh orang lain.

    KAUB juga membolehkan seseorang murid mengamalkan gaya hidup

    yang bersih dan sihat. Ia juga dapat membantu dan menjamin kesihatan yang

    baik sepanjang masa. Murid-murid dengan keperluan khas perlu menunjukkan

    suatu imej yang baik supaya ia dapat diterima oleh setiap orang yang berada di

    sekelilingnya.

    Maka KAUB dapat membantu seseorang murid itu untuk menjaga imej diri

    sendiri serta untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Adalah menjadi

    tanggungjawab setiap orang guru pendidikan khas supaya mendidik dan melatih

    murid-muridnya dalam aspek KAUB. Setiap orang guru pendidikan khas perlu

    mempunyai ilmu dan kemahiran serta mengetahui kaedah-kaedah mengajar dan

    mendedahkan KAUB kepada murid-murid berkeperluan khas ini.

    Komponen ini memberi fokus kepada latihan-latihan dan kemahiran untuk

    membolehkan murid bermasalah pembelajaran berdikari. Melalui proses

    pengajaran dan pembelajaran murid dapat menjalankan aktiviti-aktiviti seharian

    dengan lebih yakin.

    KAUB bermatlamat melahirkan insan berdikari yang memahami dan

    mengenal teknologi dan ekonomi. Mereka juga mempunyai sifat yakin, kreatif,

    inovatif, inisiatif, produktif dan boleh berinteraksi dengan baik.

    Kemahiran urus diri pula berfokus kepada perkembangan sosial, hidup

    berkeluarga,penjagaan diri, perkembangan peribadi dan pengurusan rumah

    tangga. Manakala kemahiran pra-vokasional membolehkan murid kenalpasti

    bentuk KH, pra-vokasional dan asas vokasional yang sesuai dengan tahap

    kefungsian dan keupayaan mereka.

  • 7/28/2019 Tajuk 1.Pengenalan Kpd KAUB (2)

    4/16

    PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

    1.5 Kepentingan KAUB kepada murid-murid masalah pembelajaran.

    Murid-murid pendidikan khas perlu diajar dan dididik untuk berdikari. Ini

    membolehkan mereka melaksanakan tugas harian dengan sempurna, teratur,

    sistematik dan tanpa banyak bergantung hidup kepada orang lain. Amalan

    berdikari membolehkan murid-murid pendidikan khas membiasakan diri dengan

    kehidupan sebenar sebagaimana orang lain. Murid-murid pendidikan khas juga

    perlu diberi peluang untuk mengembangkan potensi diri mereka dari segi emosi,

    rohani, jasmani dan juga fizikal. Keupayaan yang terpendam dalam diri juga

    dapat dilatih serta boleh digunakan dalam kehidupan harian.

    Komponen pengurusan diri membolehkan murid:

    1.5.1. Berdikari dalam menjalani aktiviti harian. Menjalani aktiviti kehidupan

    harian merupakan faktor penting kepada setiap manusia dimuka bumi ini. Aktiviti

    harian merangkumi pelbagai aspek daripada mengurus diri hinggalah kepada

    urusan keluarga, dan kehidupan berumah tangga. Dalam hal ini, murid-murid

    berkeperluan khas perlu diberi pendedahan serta tunjuk ajar yang sesuai dengan tahap dan

    keupayaan mereka mengenai aktiviti seharian yang perlu mereka lakukan.

    Antara aktiviti seharian yang perlu diberi perhatian dalam melatih murid-murid

    pendidikan khas ini untuk berdikari adalah:

    Aspek urus diri.

    Menyikat dan mendandan rambut.

    Memilih dan memakai pakaian.

    Menyediakan makanan dan minuman untuk diri sendiri.

    Mencuci dan membasuh pinggan mangkuk.

    Menggunakan tandas dengan cara yang betul.

    Membeli makanan di kantin sekolah.

    Mengemas beg sekolah.

    Melaksanakan kerja rumah tanpa di arah.

    Dapat menyertai pebagai aktiviti dalam pembelajaran tanpa dipaksa.

  • 7/28/2019 Tajuk 1.Pengenalan Kpd KAUB (2)

    5/16

    PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

    Perkara lain yang difikirkan perlu oleh guru dan murid sangat perlu dilatih.

    1.5.2. Menyediakan dan menghadapi pelbagai situasi sebenar.

    Murid pendidikan khas perlu dilatih menghadapi sesuatu situasi sebenar

    supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan melibatkan dirinya dalam keadaan

    tersebut seperti:

    Menyediakan makanan dan minuman.

    Membasuh dan mencuci pakaian.

    Mengemas tempat tidur.

    Mengemas bilik atau rumah

    Membeli makanan dan keperluan harian.

    Apek situasi sebenar seharian yang difikirkan perlu oleh guru.

    Ini bertujuan untuk melatih murid pendidikan khas dan menyediakan diri

    untuk menghadap isituasi sebenar. Latihan dan tunjuk ajar yang diberi akan

    membiasakan diri mereka dan membolehkan mereka berdikari tanpa terlalu

    bergantung pada orang lain seperti ahli keluarga.

    1.5.3. Mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk diri dan

    persekitaran.

    Murid-murid pendidikan khas perlu dilatih untuk mengamalkan kebersihan dan

    kesihatan diri yang baik untuk diri sendiri dan juga persekitaran. Kesedaran

    tentang kepentingan dan penjagaan kebersihan serta kesihatan perlu diterapkan

    agar mereka dapat hidup dengan lebih sihat dan tahu menjaga kebersihan

    persekitaran sebagaimana orang biasa lakukan. Ini bertujuanuntuk memberikan:

    Keselesaan diri murid dan orang persekitaran mereka.

    Hidup tanpa berpenyakit.

    Menjalani aktiviti harian tanpa sebarang gangguan.

    Membantu rakan dalam menikmati kehidupan yang selesa.

  • 7/28/2019 Tajuk 1.Pengenalan Kpd KAUB (2)

    6/16

    PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

    1.5.4 Mengaplikasi pengetahuan di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan

    sebenar.

    Guru berperanan dalam memastikan murid pendidikan khas dapat

    mengaplikasikan kemahiran asas berdikari dalam bilik darjah. Pengapplikasian

    pengetahuan tersebut membolehkan murid khas dapat menikmati suatu

    pembelajaran yang bermakna dan selesa. Ini dapat mewujudkan persekitaran

    pembelajaran yang sangat baik serta membantu murid melibatkan diri dalam

    aktiviti pembelajaran yang baik. Antara kemahiran atau pengetahuan berdikari

    yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah seperti:

    Menjaga kebersihan dan amalan kebersihan dalam bilik darjah.

    Menjaga keselamatan peralatan dan perabot dalam bilik darjah.

    Melibatkan diri dengan rela dalam tugasan menjaga kebersihan dan

    keselamatan dalam bilik darjah.

    Sentiasa mengikuti peraturan tanpa diarah dan dipaksa.

    Melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dengan rela.

    Melaksanakan tugasan dengan kerelaan hati.

    Sentiasa mengamalkan sikap menghormati guru dan rakan di dalam

    kelas.

    Bersopan dan bertatasusila dalam bilik darjah.

    Aktiviti 1:Jawab soalan-soalan di bawah:

    1. Mengapa KAUB diajarkan kepada murid pendidikan khas?2. Nyatakan kepentingan KAUB?3. Murid pendidikan khas dilatih menghadapi situasi sebenar.

    Apakah contoh situasi tersebut?

  • 7/28/2019 Tajuk 1.Pengenalan Kpd KAUB (2)

    7/16

    PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

    1.6. Bentuk-Bentuk Kemahiran Hidup Yang Sesuai Bagi Murid-Murid

    Berkeperluan Khas

    Guru Pendidikan Khas haruslah bijak memilih dan mengenal pasti aktiviti-

    aktiviti atau kemahiran-kemahiran hidup yang bersesuaian dengan kebolehan

    murid-murid berkeperluan khas. Semasa merancang dan melaksanakan sesuatu

    pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup bagi murid-murid berkeperluan

    khas, guru tidak perlu meletakkan terlalu banyak hasil pembelajaran bagi setiap

    sesi pengajaran dan pembelajaran. Situasi ini disebabkan murid-murid

    berkeperluan khas tidak mungkin dapat menguasai terlalu banyak hasil

    pembelajaran dlm satu-satu masa. Hasil pembelajaran yang sedikit dan

    bersesuaian dengan murid-murid akan membolehkan guru memfokuskan

    kepada sesuatu kemahiran dengan lebih berkesan.

    Peranan guru Pendidikan Khas semasa mengenalpasti bentuk kemahiran hidup

    yang sesuai bagi murid-murid berkeperluan khas;

    Menentukan hasil pembelajaran, aktiviti dan kemahiran yang bersesuaian

    degan murid-murid

    Memberikan arahan yang jelas, (mudah difahami) tepat dan tersusun bagi

    setiap aktiviti yang akan dijalankan.

    Galakkan tumpuan murid-murid pada aktiviti atau kemahiran yang hendak

    diajar

    Mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan tahap

    ketidakupayaan murid-murid

    Guru Pendidikan Khas perlu bijak memilih kemahiran atau aktiviti yang sesuai

    untuk diajar kepada murid-murid bekerperluan khas. Antara bentuk-bentuk

    aktiviti atau kemahiran hidup yang sesuai untuk diajar kepada murid-murid

    berkeperluan khas adalah;

  • 7/28/2019 Tajuk 1.Pengenalan Kpd KAUB (2)

    8/16

    PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

    Cara-cara menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan rumah tangga

    Menjaga keselamatan diri di rumah, bilik darjah dan tempat awam

    Kemahiran-kemahiran asas untuk hidup berdikari (KAUB)

    1.6.1 Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri, Bilik Darjah Dan Rumah Tangga

    Aspek ini merupakan satu keperluan asas untuk menguasai bidang-bidang

    kemahiran yang lain. Aspek-aspek yang diberikan perhatian adalah kemahiran

    asas untuk menjaga kebersihan diri dan berdikari. Penguasaan kemahiran-

    kemahiran ini dapat membantu murid-murid khas dalam perkembangan sosial,

    kehidupan berkeluarga, penjagaan diri, kebersihan bilik darjah dan rumah

    tangga.

    a) Amalan Kebersihan Diri.

    Bagi murid-murid berkeperluan khas, mereka tidak dapat mengamalkan

    kebersihan dan kesihatan diri dengan sempurna disebabkan oleh

    ketidakupayaan mereka. Murid-murid ini perlu mendapatkan bantuan dan tunjuk

    ajar daripada orang lain seperti ibu bapa, ahli keluarga, guru dan rakan. Amalan

    menjaga kebersihan diri ini harus di didik dengan sempurna dari awal lagi

    supaya ia menjadi suatu kebiasaan dalam diri murid-murid berkeperluan khas.

    Semasa dalam kelas, guru pendidikan khas bertanggungjawab untuk mendidik

    murid-murid berkeperluan khas supaya mereka mampu berdikari. Amalan-

    amalan kebersihan diri yang perlu ditunjuk ajar kepada murid-murid berkeperluan

    khas ialah;

    Kebersihan Diri Sendiri

    Rupa

    Kesihatan Badan

    Rambut

    Gigi

  • 7/28/2019 Tajuk 1.Pengenalan Kpd KAUB (2)

    9/16

    PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

    Tangan

    Kaki

    Kasut

    b) Amalan Kebersihan Bilik Darjah.

    Manakala dalam aspek pengurusan bilik darjah program Pendidikan Khas,

    tanggungjawab pengurusan bilik darjah adalah banyak bergantung kepada

    usaha dan inisiatif guru itu sendiri. Bilik darjah murid-murid berkeperluan khas

    perlu sentiasa disusun dan dihias dengan sebaiknya agar kelihatan menarik danceria. Susun atur perabot serta lain-lain peralatan di dalam bilik darjah perlu

    mengambil kira jumlah atau bilangan murid dan keadaan ketidakupayaan

    mereka.

    Perkara-perkara yang perlu diambilkira dalam usaha pengurusan bilik darjah

    bagi murid-murid bermasalah pembelajaran adalah seperti berikut

    Segala perabot seperti kerusi, meja, almari dan lain-lain harus disusun

    mengikut kesesuaian bilik darjah

    Hiasan yang munasabah di dalam dan luar bilik darjah harus difikirkan

    dan diusahakan

    Pastikan ruang pengudaraan di dalam kelas dalam keadaan yang baik

    Kebersihan di dalam dan di luar bilik darjah harus diutamakan

    Pastikan juga faktor keselamatan di bilik darjah dititikberatkan seperti

    menyediakan alat pemadam kebakaran dan memastikan sistem

    pendawaian elektrik dalam keadaan yang baik

    Cuba elakkan bilik darjah dari segala gangguan pandangan, bunyi dan

    bau yang kurang menyenangkan

    Pastikan segala peralatan dan perabot yang berada di dalam bilik darjah

    berada di bawah seliaan guru

  • 7/28/2019 Tajuk 1.Pengenalan Kpd KAUB (2)

    10/16

    PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

    Peralatan elektrik seperti kipas, lampu, plug dan alain-lain di dalam bilik

    darjah dapat berfungsi dengan baik

    Dinding bahagian dalam atau luar bilik darjah seeloknya dihiasi dengan

    lukiasn dinding atau mural.

    Kawasan luar bilik darjah sebaiknya dihias dengan tanaman bunga atau

    taman mini.

    c) Amalan Kebersihan Rumah Tangga.

    Murid-murid berkeperluan khas perlu dilatih supaya mereka dapat

    memainkan peranan dalam usaha menjaga keselesaan dan kebersihan dalam

    rumah tangga. Murid-murid ini perlu diajar cara-cara dan tujuan membersihkan

    rumah, faktor-faktor yang akan mempengaruhi keselesaan dalam runah serta

    aspek pembersihan dalam rumah.

    1.6.2 Menjaga Keselamatan Diri Di Rumah, Bilik Darjah Dan Tempat Awam

    Sebagai guru Pendidikan Khas seharusnya peka untuk memastikan

    keselamatan murid-murid berkeperluan khas terjamin semasa mereka berada di

    sekolah. Peranan Ibu bapa sangat penting untuk menjamin keselamatan murid-

    murid semasa berada di rumah dan di tempat awam. Walau bagaimanapun

    pendedahan dan pengajaran yang sewajarnya dapat membantu dan

    membolehkan murid-murid berkeperluan khas ini mengenal pasti dan mengambil

    langkah-langkah sewajarnya untuk menjaga keselamatan diri mereka.

    a). Menjaga Keselamatan Diri Di Rumah.

    Aspek-aspek menjaga keselamatan di rumah boleh diajar kepada murid-murid melalui aktiviti penerangan, lakonan, tayangan video dan lain-lain kaedah

    yang difikirkan berkesan. Antara aspek yang perlu dititik beratkan semasa

    mengajar keselamatan diri dirumah adalah seperti Jadual 1.3 dibawah;

  • 7/28/2019 Tajuk 1.Pengenalan Kpd KAUB (2)

    11/16

    PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

    Jadual 1.2 :Aspek-aspek Yang Perlu Dititikberatkan Dalam MenjagaKeselamatan Diri Di Rumah.

    Aspek Keselamatan Kepentingan

    Kawalan Dan

    Keselamatan

    Murid-murid berkeperluan khas perlu diajar

    bahawa mereka juga perlu memainkan peranan

    yang penting dalam aspek keselamatan dirumah. Pintu pagar perlu sentiasa ditutup untukmengelakkan orang-orang yang tidak dikenalidan binatang masuk.

    Pakaian Pakaian perlu disimpan di tempat yang sesuai

    supaya tidak mudah kotor dan berhabuk, mudahdicari ketika memerlukannya.

    Perabot

    Semua perabot perlu disusun dengan kemas

    dan diletakkan di tempat-tempat yang sesuai.Cara ini dapat mengelakkan penghuni rumahdaripada terlanggar prabot dan juga

    mengelakkan kecederaan diri dan kerosakkankepada perabot

    Peralatan Peralatan lain seperti barang-barang eletrik perlu

    diletakkan ditempat yang sesuai. Apabilamenggunakan peralatan ini, murid-murid perlucermat supaya tidak mencederakan diri ataumerosakkan peralatan tersebut.

    Perkakas Memasak Semua perkakas memasak perlu disimpan

    dalam kabinet atau laci (ditempat yang selamat)supaya tidak mendatangkan bahaya kepadaorang lain dan perlu dipastikan berada dalamkeadaan yang selamat.

    Barangan Berharga /Barang Kemas

    Barangan berharga dan barang kemas perlu

    disimpan di tempat yang selamat atau tidakmudah diceroboh oleh orang lain. Ini pentinguntuk mempastikan barangan tersebut tidakmudah hilang

  • 7/28/2019 Tajuk 1.Pengenalan Kpd KAUB (2)

    12/16

    PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

    b). Menjaga Keselamatan Diri Di Bilik Darjah

    Bilik darjah adalah suatu tempat di mana proses pengajaran dan

    pembelajaran (P&P) dapat dilaksanakan di sesebuah sekolah. Ianya merupakan

    ruang bilik yang sepatutnya dilengkapi dengan segala kemudahan seperti

    perabot, peralatan P&P, serta diambil kira dari segi kesesuaian binaan dan

    keselamatannya. Bilik darjah perlu sentiasa dijaga dan diurus dengan sempurna

    agar proses P&P dapat dijalankan dengan selesa.

    Aspek keselamatan diri pelajar di bilik darjah perlu diterapkan dalam diri pelajar

    supaya ia akan menjadi amalannya setiap masa. Antara perkara-perkara yang

    boleh diajar adalah; Keselamatan kemudahan fizikal dalam bilik darjah, buku-buku, beg dan

    barangan peribadi murid-murid

    Menjaga keselamatan BBB / BBM yang diletak dalam bilik darjah

    Sentiasa mematuhi peraturan bilik darjah dan mematuhi arahan guru atau

    ketua kelas sama ada semasa keluar dan masuk kelas, perlaksanaan

    aktiviti dalam kumpulan, menyertai pertandingan, permainan dan

    sebagainya.

    Awasi pergaulan pelajar di dalam kelas perlu sentiasa supaya tidak terlalu

    bebas yang mungkin menyebabkan berlakunya kemalangan pergaduhan

    dan kecederaan.

    Manakala dalam aspek pengurusan bilik darjah program Pendidikan Khas,

    tanggungjawab pengurusan bilik darjah adalah banyak bergantung pada usaha

    dan inisiatif guru itu sendiri. Bilik darjah murid-murid berkeperluan khas perlu

    sentiasa disusun dan dihias dengan sebaiknya agar kelihatan menarik dan ceria.

    Susun atur perabot serta lain-lain peralatan di dalam bilik darjah perlu mengambil

    kira jumlah atau bilangan murid dan keadaan ketidakupayaan mereka. Di bawah

    ini disenaraikan perkara-perkara yang perlu diambilkira dalam pengurusan bilik

    darjah bagi murid-murid bermasalah pembelajaran:

  • 7/28/2019 Tajuk 1.Pengenalan Kpd KAUB (2)

    13/16

    PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

    Segala perabot seperti kerusi, meja, almari dan lain-lain harus disusun

    mengikut kesesuaian bilik darjah

    Hiasan yang munasabah di dalam dan luar bilik darjah harus difikirkan

    dan diusahakan

    Pastikan ruang pengudaraan di dalam kelas dalam keadaan yang baik

    Kebersihan di dalam dan di luar bilik darjah harus diutamakan

    Pastikan juga faktor keselamatan di bilik darjah dititikberatkan seperti

    menyediakan alat pemadam kebakaran dan memastikan sistem

    pendawaian elektrik dalam keadaan yang baik

    Cuba elakkan bilik darjah dari segala gangguan pandangan, bunyi dan

    bau yang kurang menyenangkan

    Pastikan segala peralatan dan perabot yang berada di dalam bilik darjah

    berada di bawah seliaan guru

    Peralatan elektrik seperti kipas, lampu, plug dan alain-lain di dalam bilik

    darjah dapat berfungsi dengan baik

    Dinding bahagian dalam atau luar bilik darjah seeloknya dihiasi dengan

    lukiasn dinding atau mural.

    Kawasan luar bilik darjah sebaiknya dihias dengan tanaman bunga atau

    taman mini.

    c). Menjaga Keselamatan Diri Di Tempat Awam

    Aspek keselamatan diri di tempat awam perlu didedahkan kepada murid-

    murid perkeberluan khas kerana mereka dapat faham perkara-perkara yang

    sepatutnya tidak boleh dilakukan semasa berada di tempat awam. Antara aspek-

    aspek keselamatan di tempat awam ialah;

    Peraturan melintas jalan raya atau semasa berada di jalan raya

    Peraturan semasa menggunakan kenderaan awam

    Peraturan semasa berada di pusat beli-belah

  • 7/28/2019 Tajuk 1.Pengenalan Kpd KAUB (2)

    14/16

    PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

    Peraturan semasa berada di tempat hiburan, taman bunga, taman

    rekerasi dan sebagainya.

    Tertib makan dan minum semasa berada di tempat makan, restoran,

    menghadiri jamuan, perayaan dan sebagainya.

    Tertib apabila bercakap dan bersosial semasa berada di tempat-tempat

    tertentu seperti rumah ibadat, hospital, rumah kematian dan sebagainya.

    1.6.3 Kemahiran-Kemahiran Asas Untuk Hidup Berdikari (KAUB)

    Selain mendidik dan melatih murid-murid pendidikan khas berkenaan

    cara-cara menjaga kebersihan diri, rumah tangga, bilik darjah dan cara-cara

    menjaga keselamatan diri dan di tempat awam, seorang guru juga perlu memberi

    tunjuk ajar kepada mereka untuk hidup berdikari.

    Murid-murid ini perlu disedarkan bahawa semasa mereka masih kanak-

    kanak lagi, ibu bapa dan ahli keluarga hanya dapat membantu mereka dalam

    segala aspek pada tahap minimum sahaja. Apabila mereka dewasa kelak

    mereka harus hidup berdikari seberapa yang boleh supaya tidak menyusahkan

    orang lain.

    Demi mencapai tujuan ini, bilik darjah merupakan tempat yang sesuai bagi

    anda sebagai guru untuk mendidik dan melatih murid-murid pendidikan khas ini

    untuk berdikari

    Aspek / Bidang Kemahiran Yang Perlu Diajar

    Mengurus Diri

    Menjaga kebersihan diri, mandi, gosok gigi

    Amalan pergi ke tandas apabila perlu

    Menyikat rambut, menjaga kebersihan rambut

    Amalan semasa kedatangan haid (murid-murid

    perempuan)

    Membeli / MenyediakanMakanan Dan Minuman

    Menyediakan sarapan yang ringkas seperti

    membakar roti, merebus telor, sapu jem dansebagaiannya.

    Menyediakan makanan seperti telur goreng,

    ikan goreng, mi segera dan lain-lain

    Menyediakan minuman untuk dirinya seperti

  • 7/28/2019 Tajuk 1.Pengenalan Kpd KAUB (2)

    15/16

    PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

    teh, kopi, minuman sejuk dan lain-lain

    Dapat membeli makanan untuk keperluan

    dirinya semasa berada di kantin sekolah atauapabila perlu

    Membuat pesanan makanan semasa berada di

    dalam restoran atau kedai makan.

    Memakai Pakaian Dapat memilih pakaian sehariannya seperti

    pakaian sekolah, pakaian semasa di rumah,pakaian dalam

    Memakai pakaian dalam dan pakaian termasuk

    membutangkan dan menzipkan pakaian tanpabantuan orang lain

    Aspek / Bidang Kemahiran Yang Perlu Diajar

    Membasuh Pakaian Amalan membasuh pakaiannya sendiri seperti

    stoking, seluar dalam, baju dalam, sapu tangandan sebagainya

    Membawa pakaian ke tempat mencuci pakaian

    di rumah untuk dibasuh

    Kemahiran Vokalsional Melakukan kerja-kerja baik pulih prabot yang

    ringkas

    Melakukan kerja memaku dan sebagainya

    Menyimpan Wang Mengamalkan sikap menyimpan wang

    (menabung)

    Menyimpan wang dalam tabung

    Membuka akaun di bank

    Dapat menyimpan wang perbelanjaan harian

    MenggunakanKemudahan Awam

    Dapat menggunakan kemudahan awam seperti

    bas, teksi, LRT, komuter dan lain-lain untukpergi dari satu tempat ke tempat yang lain

    Boleh kenal pasti jenis kemudahan awam yang

    perlu dinaiki

    Boleh menggunakan telefon awam

    Aktiviti 2 :Jawab soalan-soalan di bawah:1. Apakah bidang kemahiran hidup yang sesuai untuk murid

    pendidikan khas?2. Senaraikan amalan kebersihan diri yangt perlu diajarkan kepada

    murid pendidikan khas?3. Apakah pertimbangan guru dalam pengurusan bilik darjah

    pendidikan khas.

  • 7/28/2019 Tajuk 1.Pengenalan Kpd KAUB (2)

    16/16

    PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

    1.7. Penutup

    Kesimpulannya, KAUB merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai olehsetiap murid pendidikan khas untuk membolehkannya mengalami kehidupan yang lebih

    selesa, mampu bersosial, berdikari dan mengamalkan cara hidup yang bersih dan

    sihat serta dapat menjaga imej diri sendiri yang akan memberi jaminan ke arah

    penerimaan masyarakat sekeliling dengan lebih baik dan kehidupan yang lebih

    bermakna.