tajuk 10 bmm3112

19
BMM 3112 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan, dan Terjemahan TAJUK: 10 Sejarah dan Perkembangan Ejaan Rumi - KemasukanTulisan Rumi - Perkembangan Tulisan Rumi di Zaman British

Upload: vervain-junkoo

Post on 28-Oct-2015

129 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

...

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 10 BMM3112

BMM 3112 Sejarah Perkembangan Bahasa

Melayu, Perkamusan, dan Terjemahan

TAJUK: 10Sejarah dan Perkembangan

Ejaan Rumi- KemasukanTulisan Rumi

- Perkembangan Tulisan Rumi di Zaman British

Page 2: Tajuk 10 BMM3112

PERKEMBANGAN TULISAN RUMI DI ZAMAN BRITISH

• Penjajahan British di Tanah Melayu bermula pada 1824.

• British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu termasuk sistem pendidikan.

Page 3: Tajuk 10 BMM3112

RANCANGAN PEMBAKUAN

• Rancangan pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu bermula pada tahun 1904 dan disempurnakan pada tahun 1972.

Page 4: Tajuk 10 BMM3112

Sistem ejaan rumi yang pernah wujud:

• Sistem Ejaan Wilkinson (1904) – ejaan sekolah Melayu di Malaya

• Ejaan Za’ba (1949) – ejaan sekolah hingga 1972

• Sistem Ejaan Fajar Asia – ejaan majalah Fajar Asia (1945-1954) – tempoh penjajahan Jepun.

• Ejaan Rumi Kongres 1956 – ejaan Asas’50 (Angkatan Sasterawan 50)

• Kaedah Ejaan PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu, Universiti Malaya_ - ejaan majalah Bahasa.

Page 5: Tajuk 10 BMM3112

Proses perubahan Ejaan Rumi Bahasa Melayu secara Ringkas

Keperluan sistem ejaan Rumi menjadi penting pada awal abad ke-20 kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya.Menjadi lebih penting apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar dalam sistem sekolah rendah/sekolah dasar.

Page 6: Tajuk 10 BMM3112

• Pengkajian tentang sistem bahasa Melayu sering dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem tulisan dan ejaan.

• Grafem-grafem/ huruf-huruf yang berbagai-bagai digunakan sebagai lambang bagi bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu, termasuk bunyi-bunyi serapan atau pinjaman daripada bahasa Sanskrit, Arab, Parsi.

Page 7: Tajuk 10 BMM3112

• Pada tahun 1902, perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan apabila kerajaan NNMB mengambil inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.J Wilkinson, Nazir sekolah-sekolah pada masa itu.

Page 8: Tajuk 10 BMM3112

• Sistem ejaan Wilkinson dirumuskan dengan nama Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada oktober 1904 dalam bentuk sebuah laporan .

• Digunakan di semua sekolah umum.

Page 9: Tajuk 10 BMM3112

• Pakatan Belajar – Mengajar Bahasa 1888 di Johor telah memainkan peranan untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu di sekolah dan dalam masyarakat.

• Penubuhan Maktab Guru Perempuan di Melaka pada 1900.

• Institusi-institusi inilah yang menjadi pengasas perancangan penggunaan BM baku.

Page 10: Tajuk 10 BMM3112

• Kemudian, diperkembang oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di Tanjung Malim sejak 1922 – penggunaan BM baku.

• Perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumi berlaku seiring dengan perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan dalam zaman penjajahan itu.

Page 11: Tajuk 10 BMM3112

• Beberapa buah buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tentang tulisan Rumi yang memperluas penggunaan sistem Ejaan Sekolah yang berasaskan Ejaan Wilkinson telah disusun dan diterbitkan oleh beberapa orang tokoh bahasa dan pendidik di SITC.

• Antaranya:  (i) Kitab Loghat Melayu susunan R.O. Winstedt dan Ibrahim Dato’ Muda Linggi (1921), (ii) Kitab Pelita Mengarang (Rumi) susunan O.T. Dussek dan Mohd. Hashim (1923),(iii) Kitab Kumpulan Nama Melayu susunan Ibrahim Dato’ Muda Linggi (1924).

Page 12: Tajuk 10 BMM3112

SISTEM EJAAN WILKINSON

• Digunakan secara rasmi di semua sekolah-sekolah umum dan seragam digunakan dalam semua kamus dan penerbitan karya Wilkinson yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir 1940-an.

• Berdasarkan kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang disusun oleh beliau pada tahun 1903.

• Mengambil pendekatan transliterasi daripada Jawi kepada Rumi sebagai kaedah perumian bunyi-bunyi Melayu.

Page 13: Tajuk 10 BMM3112

• Terdapat 2 sistem yang logik bagi perumian bahasa Melayu, iaitu:

1) Perumian secara harafiah (menurut ejaan) – pengambilan huruf-huruf Jawi membentuk sesuatu kata dan memadankannya dengan huruf-huruf Rumi tertentu yang diterima.

2) Perumian secara fonetik (menurut sebutan sesuatu kata).

Page 14: Tajuk 10 BMM3112

• Kebaikan kaedah harafiah adalah kerana ia dapat menjurus kepada keseragaman dengan maksud mengurangkan kaedah tersendiri seseorang penulis manakala kelemahannya adalah kerana sistem vokal bahasa Arab tidak cukup untuk disepadankan dengan bunyi-bunyi vokal Melayu.

• Kelemahan kaedah fonetik pula adalah kerana sebutan bahasa Melayu berbeza-beza menurut sesuatu tempat

Page 15: Tajuk 10 BMM3112

SISTEM EJAAN RUMI Za’ba• Juga dihasilkan daripada SITC.• Disusun dan diperkemas dan terdapat

dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti:

 (i) Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926), (ii)Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), dan (iii) Daftar Ejan Melayu (Jawi- Rumi) (1949), dengan judul "Petua- petua Ejaan Rumi", yang dikarang oleh Za’ba.

Page 16: Tajuk 10 BMM3112

Ejaan Za’ba

• Sistem Ejaan Rumi Za’ba muncul apabila Pendita Za’ba telah membuat perubahan kepada sistem Ejaan Wilkinson.

• Sistem ini juga dikenali sebagai Ejaan sekolah.

• Sistem ini digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu.

Page 17: Tajuk 10 BMM3112

• kaedah penggunaan lambang huruf yang beraneka ragam yang mengakibatkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan penulisan sehari-hari dalam semua urusan yang menggunakan tulisan Rumi.

• Penggunaan Sistem Ejaan Rumi Za’ba menjadi bertambah sukar kerana adanya pengejaan kata yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903) dan beberapa sistem ejaan Rumi yang lain yang digunakan di dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan dwibahasa yang terbit serta tersebar semenjak tahun 1920-an. 

Page 18: Tajuk 10 BMM3112

• Kesan daripada kelemahan sistem-sistem yang ada dan cara penggunaan yang beragam-ragam itu telah mendorong beberapa pihak tertentu menampilkan beberapa sistem baru ejaan Rumi dalam tempoh tahun 1940 hingga 1959.

• Tiga percubaan yang mendapat perhatian ialah aturan ejaan Rumi yang dikenal sebagai Ejaan Rumi Fajar Asia (1943), Ejaan Kongres (1956) dan Ejaan Rumi PBMUM (1959).

Page 19: Tajuk 10 BMM3112

Sekian dan terima kasih