tajuid

5
SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) BAHASA MELAYU HBEF 2803 PROFESIONALISME KEGURUAN Tugasan 2 Aktiviti 3 : Jurnal Reflektif 2(T2A3) Nama: KHADIJAH BT HASSAN No Matrik: 780913-08-5820001 No IC: 780913-08-5820 No Telefon: 012-5636034/ 057761651 Alamat e-mel : ijahhassan@ yahoo.com Nama Pensyarah: En. Mohd Khiril Anuar B. Zulkarnain Pusat Pembelajaran: PP GreenHill Semester Januari 2014 Berdasarkan kedua- dua ceramah yang telah saya dengari,iaitu ceramah pertama yang bertajuk Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri dan ceramah kedua

Upload: hman3636

Post on 26-Sep-2015

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)BAHASA MELAYU

HBEF 2803PROFESIONALISME KEGURUANTugasan 2 Aktiviti 3 : Jurnal Reflektif 2(T2A3)

Nama: KHADIJAH BT HASSANNo Matrik: 780913-08-5820001No IC: 780913-08-5820No Telefon: 012-5636034/ 057761651Alamat e-mel : ijahhassan@ yahoo.com

Nama Pensyarah: En. Mohd Khiril Anuar B. ZulkarnainPusat Pembelajaran: PP GreenHill

Semester Januari 2014Berdasarkan kedua- dua ceramah yang telah saya dengari,iaitu ceramah pertama yang bertajuk Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri dan ceramah kedua iaitu Motivasi Pelajar, tenyata banyak maklumat dan aspek penting yang telah saya perolehi.Dalam ceramah video pertama misalnya, diantara aspek penting yang diperolehi ialah tentang kualiti diri seseorang guru.Seseorang guru yang berkualiti menentukan kecemerlangan kerjayanya adalah berdasarkan hasil inisiatif dirinya sendiri, seperti menyambung belajar sebagai penambahbaikan ilmu,sentiasa meningkatkan profesionalisme diri sebagai seorang guru dengan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman kea rah sistem pembelajaran abad ke -21.Sebagai seorang guru yang sentiasa peka dengan perkembangan dalam bidang pendidikan,saya rasakan saya bertindak bijak dengan menyahut cabaran ini, dengan kini menyambung pelajaran demi menambah ilmu pengerahuan, pengalaman dan kualiti dalam profesion agar dapat menghasilkan pelajar- pelajar yang juga berkualiti.Aspek seterusnya yang diberi penekanan dalam ceramah ini ialah tentang inisiatif kendiri seseorang guru tersebut.Setiap guru perlu ada inisiatif kendiri untuk sentiasa maju dan proaktif ke hadapan tanpa perlu arahan atau disuruh.Antara contoh inisiatif kendiri yang boleh kita lakukan ialah seperti meminta rakan lain menilai prestasi diri kita, melakukan kajian dan penyelidikan terhadap sesuatu masalah serta mencari jalan penyelesaiannya.Saranan- saranan yang dinyatakan tersebut amat penting dikuasai oleh semua guru.Dalam usaha meningkatkan kerjaya diri sebagai seorang guru sekaligus meningkatkan kualiti murid.Amalan inisiatif kendiri ini ada saya laksanakan seperti melakukan perubahan terhadap teknik pengajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai dan menarik terhadap murid sejajar dengan perkembangan teknologi pendidikan.Penggunaan bahan ICT seperti internet, persembahan slaid dan sebagainya dilihat mampu menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus daapt mencapai kualiti dalam pembelajaran.Selain itu, aspek penting lain yang dikupas dalam ceramah ini ialah tentng sikap kebertanggungjawaban seseorang guru dalam menghasilkan pendidikan yang berkualaiti dan bertaraf dunia untuk kemajuan Negara.Sikap ini penting dengan memastikan setiap guru (1)sentiasa meningkatkan profefionalisme.Sebagai seorang guru,sifat kebertanggungjawaban ini perlu ada kerana kita memikul amanah yang besar untuk mendidik generasi masa hadapan kea rah Negara yang cemerlang dan gemilang.Amanah dan tanggungjawab ini saya laksanakan dengan menjalankan tugas mengajar dan mendidik dengan sebaik- baiknya, menyemak buku latihan murid dan melakukan pelbagai lagi tugas yang diberi dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.Seterusnya,dalam ceramah video yang ke-2 pula, antara aspek penting yang disentuh ialah tentang pelbagai faedah yang bakal diperolehi oleh guru- guru dalam Program Pengsiswazahan Guru.Peluang keemasan untuk menyambung pelajaran dengan pelbagai faedah dan keistimewaan yang diberi oleh pihak kerajaan ini seharusnya tidak disia- siakan oleh setiap guru.Pada masa inilah kita perlu mengutip sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman yang dicurahkan untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya di sekolah.Ilmu dan pengalaman yang diperolehi ini diharap dapat menghasilkan guru yang benar- benar berkualiti, cemerlang dan pakar sekaligus dapat membantu pelajar untuk lebih cemerlang dalam akademik dan sahsiah,emosi,jasmani dan rohani selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Selain itu juga,aspek penting lain yang turut disentuh oleh penceramah dalam video yang ke-2 ialah tentang sumbangan guru terhadap dunia pendidikan untuk menjadikan sistem pendidikan Negara bertaraf dunia selari dengan dunia maju yang lain.Dalam usaha memastikan objektif Kementerian Pendidikan Malaysia tercapai untuk melahirkan generasi berilmu yang cemerlang, maka sebagai seorang guru, saya rasa terpanggil dan bertanggungjawab dalam merealisasikan usaha tersebut tercapai.Apa yang boleh saya lakukan ialah dengan berusaha memberi sumbangan sebaik mungkin, mendidik dan mengajar dengan penuh dedikasi, sentiasa menjaga profesion perguruan daripada segenap sudut dan berusaha untuk menampilkan nilai- nilai dan sifat diri yang positif seperti menepati masa, berdisiplin, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya.Di samping itu, aspek kesyukuran juga ada disentuh oleh penceramah dalam ceramahnya menunjukkan betapa pentingnya kita sebagai guru yang bakal mempunyai siswazah serta diberi pelbagai keistimewaan ini memanjatkan rasa syukur yang tak terhingga kerana begitu diambil berat oleh pihak kementerian.Sewajarnya kita berbangga dan(2) bersyukur kerana telah diberi ruang dan peluang yang sangat baik berbanding sektor pekerjaan lain.Dalam hal ini, sebagai timbal balas terhadap peluang dan keistimewaan yang telah diberikan, saya berazam dan akan sentiasa memastikan profesion perguruan ini dijaga dengan baik dan sentiasa disanjung mulia.Di samping itu juga, amatlah perlu bagi saya untuk sentiasa mengamalkan nilai- nilai yang baik, sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi agar apa yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya dapat dicapai.Seterusnya,untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dan sekaligus membawa kepada keberhasilan murid,guru itu harus meneruskan pendidikannya sepanjang hayat kerana faktor pendidikan itu sendiri mengalami pelbagai perubahan dan seseorang guru itu tidak seharusnya ketinggalan dalam arus perubahan yang melanda sistem pendidikan.Misalnya penggunaan istilah-istilah baru, teknik-teknik pengajaran,kaedah pengajaran-pembelajaran yang terkini, inovasi dan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah beberapa contoh perubahan yang signifikan dalam dunia pendidikan. Kesimpulannya,guru yang berkualiti adalah asas kepada kecemerlangan pelajar,sekolah dan negara. Kewibawaan guru merupakan tunggak kepada profesionalisme keguruan.Oleh itu,usaha guru untuk meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, kemahiran dan ketrampilan serta pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia adalah amat digalakkan agar guru dapat bergerak seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi dunia masakini, seterusnya dapat melahirkan generasi murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang keseluruhannya.

(3)