tahap pengetahuan dan kemahiran terhadap · pdf filekhususnya dapat dilihat seawal peringkat...

13
511 TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TERHADAP PENGGUNAAN PAUTAN GERBANG MAYA DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (Knowledge and Skills Levels on the Use of Gerbang Maya Links in Malay Language Learning) 1 Nooraini Binti Kasturi & 2 Jamaludin Bin Badusah 1 MRSM Serting, Negeri Sembilan, 2 Universiti Kebangsaan Malaysia 1 [email protected], 2 [email protected] ABSTRAK Pada era globalisasi kini, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) yang turut berkembang mengikut arus perdana dalam perkembangan global khususnya bidang pendidikan. Kajian ini merupakan satu kajian yang mengkaji penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran maya dalam subjek Bahasa Melayu. Menerusi kajian ini, pengkaji akan mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar, dan tahap kemahiran pelajar melalui pautan Gerbang Maya ini. Pengkaji menggunakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjaun melalui borang soal selidik dalam proses pengumpulan data yang telah dijalankan terhadap 100 responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga pelajar tingkatan 5 di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dengan menggunakan SPSS 22.0. Analisis deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan dan min manakala analisis inferensi menggunakan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan para pelajar mempunyai tahap pengetahuan dengan nilai min 3.36. Manakala tahap kemahiran pelajar adalah tinggi iaitu dengan skor min 4.27. Analisis statistik ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan penialaian pelajar terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya mengikut jantina. Kata Kunci: TMK, pembelajaran Bahasa Melayu, pautan Gerbang Maya ABSTRACT In the era of globalization, information and communication technology (ICT) it is important that teaching ICT develop in parallel to the global mainstream especially in the education field. This study examines the use of virtual teaching and learning methods in the Malay language subjects. Through this study, the researcher will identify the knowledge and skills of the students through the Gerbang Maya link. This study used the quantitative research methods which conducted through survey using questionnaires in the process of data collection was carried out on 100 respondents from form one to form five students in one of the boarding schools in Negeri Sembilan. The data were analyzed using descriptive statistics and SPSS 22.0. Descriptive analysis uses frequency, percentage and mean while inferential analysis using the t-test. The findings showed that the students had knowledge level with score of 3.36. While the mean level of students skill is high with the mean score of 4.27. The t-test statistical analysis showed that there was no difference in the teaching of the students on the use of the Gerbang Maya link by gender. Keywords: ICT, Malay language learning, Gerbang Maya link PENGENALAN Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) juga tidak terkecuali dalam menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Bertepatan dengan pengajaran abad ke-21 yang memusatkan TMK sebagai satu elemen utama dalam pembelajaran sepanjang hayat bagi seseorang pelajar khususnya. Namun, guru juga tidak terkecuali bagi menjayakan pengajaran abad ke-21 ini. Hal ini demikian kerana, guru hendaklah mempersiapkan diri dengan kepelbagaian kaedah pengajaran yang interaktif bagi melahirkan pelajar yang berinovasi, kreativiti dan kreatif di samping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di negara kita tidak ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara lain di luar sana. Selain daripada melahirkan pelajar yang unggul, tahap pembelajaran dalam kalangan pelajar juga dapat dipertingkatkan (Chang 2001).

Upload: vannguyet

Post on 05-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TERHADAP · PDF filekhususnya dapat dilihat seawal peringkat prasekolah, ... pengajaran dan pembelajaran ... maka satu pendekatan dan kaedah baru yang

511

TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TERHADAP PENGGUNAAN PAUTAN GERBANG

MAYA DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (Knowledge and Skills Levels on the Use of Gerbang Maya Links in

Malay Language Learning)

1Nooraini Binti Kasturi & 2Jamaludin Bin Badusah 1MRSM Serting, Negeri Sembilan, 2Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected], [email protected]

ABSTRAK Pada era globalisasi kini, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) yang turut berkembang mengikut arus perdana dalam perkembangan global khususnya bidang pendidikan. Kajian ini merupakan satu kajian yang mengkaji penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran maya dalam subjek Bahasa Melayu. Menerusi kajian ini, pengkaji akan mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar, dan tahap kemahiran pelajar melalui pautan Gerbang Maya ini. Pengkaji menggunakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjaun melalui borang soal selidik dalam proses pengumpulan data yang telah dijalankan terhadap 100 responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga pelajar tingkatan 5 di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dengan menggunakan SPSS 22.0. Analisis deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan dan min manakala analisis inferensi menggunakan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan para pelajar mempunyai tahap pengetahuan dengan nilai min 3.36. Manakala tahap kemahiran pelajar adalah tinggi iaitu dengan skor min 4.27. Analisis statistik ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan penialaian pelajar terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya mengikut jantina. Kata Kunci: TMK, pembelajaran Bahasa Melayu, pautan Gerbang Maya

ABSTRACT In the era of globalization, information and communication technology (ICT) it is important that teaching ICT develop in parallel to the global mainstream especially in the education field. This study examines the use of virtual teaching and learning methods in the Malay language subjects. Through this study, the researcher will identify the knowledge and skills of the students through the Gerbang Maya link. This study used the quantitative research methods which conducted through survey using questionnaires in the process of data collection was carried out on 100 respondents from form one to form five students in one of the boarding schools in Negeri Sembilan. The data were analyzed using descriptive statistics and SPSS 22.0. Descriptive analysis uses frequency, percentage and mean while inferential analysis using the t-test. The findings showed that the students had knowledge level with score of 3.36. While the mean level of students skill is high with the mean score of 4.27. The t-test statistical analysis showed that there was no difference in the teaching of the students on the use of the Gerbang Maya link by gender. Keywords: ICT, Malay language learning, Gerbang Maya link

PENGENALAN Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) juga tidak terkecuali dalam menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Bertepatan dengan pengajaran abad ke-21 yang memusatkan TMK sebagai satu elemen utama dalam pembelajaran sepanjang hayat bagi seseorang pelajar khususnya. Namun, guru juga tidak terkecuali bagi menjayakan pengajaran abad ke-21 ini. Hal ini demikian kerana, guru hendaklah mempersiapkan diri dengan kepelbagaian kaedah pengajaran yang interaktif bagi melahirkan pelajar yang berinovasi, kreativiti dan kreatif di samping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di negara kita tidak ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara lain di luar sana. Selain daripada melahirkan pelajar yang unggul, tahap pembelajaran dalam kalangan pelajar juga dapat dipertingkatkan (Chang 2001).

Page 2: TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TERHADAP · PDF filekhususnya dapat dilihat seawal peringkat prasekolah, ... pengajaran dan pembelajaran ... maka satu pendekatan dan kaedah baru yang

512

Pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) turut menitikberatkan penyelidikan dan pembangunan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2001), guru sebagai agen perubahan yang mendidik dan melahirkan generasi yang akan datang adalah bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menggambarkan bahawa pembangunan insan itu hendaklah secara menyeluruh iaitu seimbang dari sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani dan menepati Wawasan 2020 yang berlandaskan kepada matlamat pendidikan negara. Dengan erti kata lain peranan dan tanggungjawab guru terhadap keperluan masyarakat, khasnya masyarakat Malaysia ialah mendidik pelajar-pelajar supaya mereka menjadi generasi yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Jelaslah bahawa penerapan teknologi maklumat dalam sistem pendidikan dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran pada abad ini. TMK dan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah semakin mendapat galakkan dan sambutan dalam kalangan pendidik dan pelajar bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang realistik maya yang interaktif. Hal ini dekian kerana TMK boleh membantu dan membimbing pelajar dalam pembinaan daya kreativiti dan kontruktivisme di samping dapat memupuk kecekapan guru dan pelajar dalam penggunaan TMK dalam mengakses maklumat daripada pelbagai sumber yang selari dengan perkembangan global. Penggunaan pautan Gerbang Maya (GM) telah memberi pendekatan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang terdiri daripada pembelajaran secara pencarian bahan (Kamus Dewan Edisi Keempat), komunikasi dan pengembangan bakat dalam berkarya. Transformasi maklumat boleh dilakukan bukan hanya satu hala sahaja tetapi boleh menjadi dua hala atau lebih. Dengan ini suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik melalui penggunaan interaktiviti elemen TMK. Penggunaan TMK ini begitu menggalakkan pelajar untuk meningkatkan tahap pengetahuan kosa kata pelajar tersebut. Kajian mendapati penggunaan pautan Gerbang Maya ini begitu efisien dan efektif penggunaannya dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu khususnya dalam mencari maksud yang kosa kata yang tepat.

KAJIAN LITERATUR Perkembangan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kini dapat dilihat semakin rancak berkembang sejajar dengan perkembangan arus pemodenan dunia yang tanpa sempadan ini. Hal ini demikian kerana cabaran dunia pendidikan dalam meneroka dan mengaplikasikan TMK melalui pendekatan-pendekatan yang berkesan telah membawa para pengajar dan pelajar mengenali dan seterusnya mempraktikkannya mengikut kesesuaian bidang yang diingini. Keberkesanan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) di sekolah atau di institusi pengajian tinggi umumnya dan dalam pembelajaran Bahasa Melayu (BM) di sekolah khususnya dapat dilihat seawal peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga institusi pendidikan tinggi. Dalam kajian ini, pengkaji akan membincangkan dapatan dan hasil kajian pengkaji yang berkaitan dengan penggunaan TMK (Gerbang Maya) dalam pembelajaran BM. Secara khususnya pengkaji telah mengkaji penggunaan perisian multimedia iaitu pautan Gerbang Maya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam pembelajaran BM bagi sejauh manakah tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar. Kehadiran komputer serta teknologi moden yang berkaitan dengannya dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud dalam pembelajaran tradisi. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) berbantukan komputer, penggunaan komputer adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkannya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna dan bermanfaat. Di samping memperoleh pengetahuan dan kemahiran dengan mudah dan pantas. Teori-teori pdp yang sedia ada banyak dipengaruhi oleh dengan adanya perkembangan teknologi yang berasakan TMK. Pelbagai takrifan telah diberikan tentang teknologi maklumat. Salah satunya teknologi maklumat ialah gabungan ketiga-tiga komponen komputer, komunikasi dan tahu-guna. Menurut Newby et al. (2000) golongan kognitivisme menyatakan bahawa otak berfungsi secara analogi sebagai komputer yang diumpakan seperti mesin pemprosesan maklumat yang boleh menerima masuk, megurus menyimpan dan mengeluarkan input atau maklumat apabila diperlukan. Hal ini disokong oleh Rosnani (2006), menurutnya, model-model berasaskan komputer kebanyakannya dibina dan dikembangkan berlandaskan teori-teori pembelajaran yang sedia ada kerana banyak perkara yang dilakukan oleh komputer mempunyai fungsi yang hamper sama dengan fungsi otak manusia seperti menyimpan maklumat yang banyak dalam memori atau ingatan serta membuat keputusan.

Page 3: TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TERHADAP · PDF filekhususnya dapat dilihat seawal peringkat prasekolah, ... pengajaran dan pembelajaran ... maka satu pendekatan dan kaedah baru yang

513

Dengan itu, umumnya seperti yang dirangkumi oleh A.Razak et al (2000), teknologi maklumat ialah satu alat utama dalam era maklumat yang digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebarkan maklumat terutama maklumat yang berbentuk digital. Selain itu, menurut Brown (1997), maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Teknologi maklumat terkandung dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan. Multimedia interaktif juga telah terbukti berkesan dalam membentuk serta mengekalkan maklumat untuk tempoh masa yang panjang dan boleh dicapai kembali dalam masa yang lebih pantas berbanding kaedah pengajaran tradisi. Selain itu, penggunaan elemen-elemen multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga di dapati mampu menarik minat pelajar supaya mereka tidak merasa bosan dan dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap proses pembelajaran (Thomas, 1996). Kajian lepas telah banyak menyatakan bahawa penggunaan perisian multimedia mampu membuktikan bahawa sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu dapat dimaksimumkan bagi mendapatkan kesan positif terhadap pembangunan pelajar. Suasana pembelajaran seperti ini akan membantu pelajar dan guru menguasai kemahiran kognitif yang diperlukan untuk mensintesiskan pengetahuan. Penggunaan kesemua elemen di dalam multimedia adalah penting bagi merangsang pemikiran pelajar. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji telah mengkaji penggunaan perisian multimedia iaitu pautan Gerbang Maya dalam pembelajaran Bahasa Melayu bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar terhadap penggunaanTMK. Perisian ini juga boleh meningkatkan pencapaian pelajar sekali gus dapat meningkatkan suasana pembelajaran yang lebih baik efektif. Selain itu, TMK ialah kaedah efektif apabila pendidikan yang lebih baik akan diperoleh. Hal ini membanyakkan penggunaan sumber teknologi untuk meningkatkan pendidikan. Seterusnya, apa-apa yang kita lihat ialah kemahiran terlatih yang ditunjuk-tunjuk dalam masa sebenar dan yang mungkin memerlukan penyesuaian. Beberapa pengajar mungkin tertarik dengan idea konstruktivisme, tetapi akan menghadapi masalah melaksanakannya di dalam bilik darjah. TMK boleh menjadi pemudah cara yang kuat bagi pengajaran dan pembelajaran dengan sebab-sebab dan kebijaksanaan untuk berjaya. Jika pengukuran pencapaian mungkin boleh dipersoalkan. Kita boleh menyepadukan TMK dengan lebih efisien jika kita memahami penggunaan pautan tersebut. Selain itu, Permintaan untuk mendapatkan maklumat dengan segera dan pantas telah merubah senario pendidikan dan pengajaran sekarang. Pengajaran dan pembelajaran cara konvensional hanya terhad di dalam kelas dan tidak mampu melepasi sempadan geografi sesebuah negara berbanding kaedah pdp yang menggunakan sumber TMK yang hanya di hujung jari. Untuk memastikan sistem pendidikan negara terus menepati aspresiasi masyarakat, maka satu pendekatan dan kaedah baru yang bersifat global harus diteroka dan diamalkan oleh semua golongan khususnya pelajar-pelajar di sekolah. Oleh yang demikian, satu kaedah baru dibentuk agar penyebaran maklumat dapat dilakukan dengan pantas, tepat, murah, meluas dan sekata. Hal ini amat penting dilakukan agar pembelajaran bahasa Melayu dapat berkembang luas seiring dengan teknologi maklumat yang begitu pesat membangun. Dengan perkembangan teknologi maklumat inilah, kita tidak dapat lari daripada menggunakan komputer dan Internet serta sumber TMK yang lain seperti penggunaan telefon pintar. Hal ini kerana, komputer merupakan alat termaju masa kini yang berupaya mendapat dan bertukar-tukar maklumat tanpa mengira sempadan dan masa. Atas kesedaran bahawa bahasa Melayu itu harus bergerak maju ke depan, maka satu laman sesawang www.klikweb.dbp.my telah dibina oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Diikuti oleh pautan Gerbang Maya oleh DBP yang dihasilkan bagi memudahkan masyarakat mempelajari BM dengan betul melalui pencarian kosa kata dan tatabahasa yang betul dalam bahasa Melayu. Melalui pengalaman-pengalaman inilah dapat menyingkap sejauh mana komputer membantu pdp dalam bahasa Melayu. Kajian ini akan memfokuskan pasti tahap pengetahuan pelajar dan tahap kemahiran pelajar terhadap penggunaan pautan GM dalam pembelajaran bahasa Melayu yang sering dititikberatkan dalam sesuatu pengajaran bahasa. Oleh itu, kita lihat sejauh manakah TMK (pautan Gerbang Maya) dapat memainkan peranannya dalam pembelajaran bahasa Melayu di sekolah khususnya. Kemahiran terhadap penggunaan TMK dalam pembelajaran bahasa Melayu iaitu guru harus mempunyai kemahiran dalam reka bentuk instruksional untuk menyampaikan pengajaran menggunakan TMK. Berdasarkan kajian-kajian lepas, faktor-faktor seperti umur, jantina, latihan, galakan pentadbir, dan kemudahan komputer di sekolah telah dikenal pasti menjadi halangan terhadap pengunaan komputer dan TMK dalam kalangan guru-guru di sekolah. Oleh itu, pengkaji ingin mengenal pasti kebaikan penggunaan TMK iaitu penggunaan pautan GM dalam pembelajaran bahasa Melayu di sekolah..

Page 4: TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TERHADAP · PDF filekhususnya dapat dilihat seawal peringkat prasekolah, ... pengajaran dan pembelajaran ... maka satu pendekatan dan kaedah baru yang

514

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bagi mencapai beberapa objektif. Antara objektifnya adalah untuk : a. Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya ini dalam

pembelajaran bahasa Melayu. b. Mengenal pasti tahap kemahiran pelajar terhadap pautan Gerbang Maya dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu. c. Mengenal pasti Perbezaan penialaian pelajar terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya berdasarkan

jantina.

PERSOALAN KAJIAN Kajian yang dijalankan ini cuba menjawab persoalan-persoalan tersebut. a. Apakah pengetahuan pelajar terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya dalam pembelajaran bahasa

Melayu? b. Apakah tahap kemahiran TMK pelajar terhadap pautan Gerbang Maya dalam pembelajaran Bahasa

Melayu? c. Sejauh manakah Perbezaan penialaian pelajar terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya berdasarkan

jantina?

METODOLOGI KAJIAN

REKA BENTUK KAJIAN Kajian jenis deskriptif ini juga merupakan proses seperti mengenal pasti komponen kajian dan keterangan kaitan antara komponen ialah proses yang dijalankan dalam kajian jenis deskriptif ini. Di samping itu, Menurut Mohd Najib (2003) menyatakan bahawa penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu keadaan yang sedang berlaku. Menurut Mohd. Majid Konting (2005), reka bentuk kajian ini adalah bersifat kuantitatif dan mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang merujuk kepada ketekalan maklumat yang diperolehi daripada responden. Selain itu, kaedah ini juga lebih cepat dari segi masa pengutipan data serta penyiapan tinjauan. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dan deskriptif. Kaedah tinjauan adalah satu cara yang spesifik untuk mengumpulkan maklumat mengenai populasi. Kaedah tinjauan sering dijalankan dalam penyelidikan pendidikan. Dua jenis tinjauan yang penting dan sering dilakukan dalam bidang pendidikan ialah tinjauan sekolah dan tinjauan komuniti (Mohd. Majid Konting, 2005). Kaedah tinjauan digunakan kerana kajian ini memfokus kepada pemboleh ubah yang dianggap boleh diukur. Selain itu, data yang akan perolehi adalah bersifat empirikal. Melalui kaedah tinjauan, dengan melibatkan sekumpulan elemen yang kecil dan terperinci, maka maklumat yang banyak boleh dikumpul dan direkodkan. Seterusnya, penyelidikan ini bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Bagi mendapatkan maklumat mengenai sesuatu peristiwa yang sedang berlaku, kaedah deskriptif digunakan. Seringkali juga penyelidikan deskriptif bermatlamat untuk menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji. Sekiranya penyelidikan bermatlamat untuk menerokai sesuatu bidang, penyelidikan yang dijalankan adalah berbentuk penerokaan. Kaedah penyelidikan deskriptif tidak memerlukan usaha mengawal sesuatu olahan. Ini adalah kerana penyelidikan tidak menentukan terlebih dahulu faktor-faktor yang mendatangkan kesan ke atas sesuatu peristiwa.

POPULAS, LOKASI DAN SAMPEL KAJIAN Menurut Fraen Kel et. al, (1996) populasi ialah sekumpulan sasaran penyelidik supaya sesuatu dapatan kajian dapat diaplikasikan. Mohd Najib (2003) menyatakan, populasi ialah sekumpulan masyarakat yang mempunyai ciri yang sama. Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 yang belajar di salah sebuah asrama penuh di daerah Jempol, Negeri Sembilan. Pengkaji telah menentukan secara khusus sampel yang menjadi pilihan. Sampel dalam kajian ini ialah seramai 100 orang pelajar daripada 120 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Selain itu, sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang mementingkan pembelajaran abad ke-21. Tambahan pula guru di sekolah ini menggunakan komputer riba dan paparan LCD sebagai alat bantu mengajar (ABM) di dalam kelas dan guru memberi latihan dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kepada pelajar.

Page 5: TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TERHADAP · PDF filekhususnya dapat dilihat seawal peringkat prasekolah, ... pengajaran dan pembelajaran ... maka satu pendekatan dan kaedah baru yang

515

Jadual 1 Bilangan responden mengikut Tingkatan

Pelajar Mengikut Tingkatan

Bilangan (Bilangan pelajar)

Sampel (Bilangan Pelajar)

Tingkatan 1 25 20 Tingkatan 2 30 25 Tingkatan 3 25 22 Tingkatan 4 20 15 Tingkatan 5 20 18

Jumlah 120 100 Kajian kuantitatif ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan borang soal selidik terhadap seramai 100 orang responden dipilih secara persampelan berkelompok. Pemilihan sampel berkelompok ini digunakan setelah mengambil kira bilangan kumpulan yang relevan dengan masalah kajian terbatas. Analisis secara deskriptif merupakan satu statistik yang digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri pemboleh ubah iaitu untuk mencari nilai min, kekerapan dan peratusan. Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat latar belakang responden, mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar, tahap pengetahuan kosa kata pelajar, tahap pengetahuan tatabahasa pelajar serta tahap kemahiran pelajar terhadap penggunaan Gerbang Maya dalam pdp Bahasa Melayu. Dalam kajian yang dilaksanakan ini, instrumen kajian merupakan set borang soal selidik yang diedarkan kepada responden kajian. Jawapan berdasarkan Skala Likert untuk melihat darjah persetujuan berbentuk skala lima mata yang terdiri daripada skala 1 = Sangat Tidak Setuju, skala 2 = Tidak Setuju, skala 3 = Sederhana Setuju, skala 4 = Setuju, skala 5 = Sangat Setuju.

INSTRUMEN KAJIAN Dalam kajian ini, borang soal selidik digunakan sebagai instrument kajian bagi mendapatkan maklumat yang diberikan. Hal ini kerana pengedaran soal selidik dapat menerangkan tujuan tinjauan deskriptif digunakan dengan jelas secara bercetak serta mengurangkan kesilapan dalam merekodkan hasil daripada maklum balas yang diterima, Azizi et al. 2006. Menurut Abu Hassan dan Mohd Rashid (2010), soal selidik digunakan untuk memungut data fenomena yang sukar diperhatikan. Soal selidik mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Dengan demikian data yang diperoleh lebih objektif, data lebih seragam dan tepat kerana diberi pada waktu yang sama. Soal selidik dalam kajian ini diadaptasi daripada Zamri Mahamod (2004) dan diubahsuai yang bersesuaian dengan tajuk serta elemen yang dikaji iaitu mempunyai 3 bahagian. Bahagian A maklumat tentang latar belakang responden. Bahagian B dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu bahagian B (1) maklumat tentang tahap pengetahuan pelajar terhadap pautan GM, bahagian B (2) tahap pengetahuan kosa kata pelajar terhadap pautan GM dan bahagian B (3) tahap pengetahuan tatabahasa pelajar terhadap pautan GM. Bahagian C pula maklumat tentang tahap kemahiran pelajar terhadap pautan GM. Soal selidik bahagian B dan bahagian C diukur dengan menggunakan skala likert 5. Pengetahuan dan kemahiran pelajar mempunyai hubungan yang rapat dengan penggunaan pautan Gerbang Maya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas.

PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA Analisis data merupakan aktiviti untuk memberi makna, menginterpretasikan dan teori kepada data (Schwandt, 1997). Menurut Mohd Sharif (2001), tujuan penganalisisan data adalah untuk mencari makna dalam data dan dijalankan secara menyusun dan membentangkan maklumat secara sistematik. Setelah menjalankan kajian rintis, kajian sebenar dijalankan dengan mengedarkan set soal selidik kepada responden mengikut bilangan yang telah ditetapkan iaitu seramai 100 orang pelajar yang teridiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Data yang diperoleh daripada 100 orang pelajar ini dianalisis secara sistematik dengan menggunakan prisian Statistic Package for Social Science (SPSS). Penganalisisan data kuantitatif dilakukan dengan menggunakan statistik diskriptif dan inferensi. Menurut Chua (2006) statistik deskriptif merupakan statistik yang digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri pemboleh ubah. statistik deskriptif bertujuan untuk menentukan min, Sisihan piawai, median, mod, frekuensi dan peratusan. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan frekuensi dan peratusan untuk mengenal pasti maklumat latar belakang responden. Dalam mengenal pasti tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar, pengkaji menggunakan skor min dan menyatakan interpretasi min setiap item yang dikaji.

Page 6: TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TERHADAP · PDF filekhususnya dapat dilihat seawal peringkat prasekolah, ... pengajaran dan pembelajaran ... maka satu pendekatan dan kaedah baru yang

516

Selain itu, pengkaji mengkaji tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Analisis deskriptif berbentuk peratusan dan min digunakan untuk menganalisis pembolehubah-pembolehubah tersebut iaitu tahap pengetahuan pelajar dan tahap kemahiran pelajar terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya dalam pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM Serting. Bagi menganalisis data yang diperoleh, pengkaji menggunakan jadual interpretasi skor min yang dikemukan oleh Nunnally dan Bernstein (1994). Jadual interpretasi skor min adalah seperti di muka surat sebelah:

Jadual 2 Interpretasi Skor Min

Skor Min Interprestasi Skor Min 1.00 hingga 2.00 Rendah 2.01 hingga 3.00 Sederhana rendah 3.01 hingga 4.00 Sederhana tinggi 4.01 hingga 5.00 Tinggi

(Sumber : Nunnally dan Bernstein 1994)

Jadual 3.3 menunjukkan agihan bahagian dalam instrumen pengkajian dalam kajiannya. Jadual 3.3 terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bahagian A (demografi responden) terdapat 4 item, Bahagian B merupakan Tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan GM mempunyai 13 item dan Bahagian C merupakan Tahap kemahiran pelajar terhadap penggunaan GM terdapat 13 item. Dalam maklumat latar belakang pelajar, pengkaji mengambil kira jantina, penggunaan Internet pelajar di rumah, penggunaan Internet di sekolah di sekolah dan tahap penguasaan pelajar terhadap Internet.

Jadual 3 Agihan bahagian dalam instrumen kajian Perkara/ Bahagian

Konstruk Pecahan Konstruk Bilangan Item

A Demografi Latar Belakang Pelajar 4 B Pelajar Tahap Pengetahuan 13 C Pelajar Tahap kemahiran 10 Jumlah 27

Kesahan dalam menyiapkan kajian merupakan ciri asas dalam pembentukan sesuatu alat ukur. Menurut Best dan Kahn (1998), kesahan kandungan instrumen ialah merujuk kepada sejauh mana instrumen yang digunakan mampu mengumpul data yang diperlukan dalam sesebuah kajian. Selain itu, kesahan sangat penting kerana dapat membenarkan pengkaji menguji keterangan data-data yang berlainan. Kebolehpercayaan instrumen merupakan satu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap item. Berdasarkan Kerlinger (2000), analisis bermaksud mengkategorikan data, meringkaskan, menyusun dan memanipulasikan data yang diperoleh untuk menjawab pernyataan kajian. Melalui kajian yang dilaksanakan ini, borang soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terdiri para pelajar yang dipilih secara rawak berkelompok di MRSM Serting di Negeri Sembilan. Selain itu, jawapan responden disemak dan dianalisis untuk direkodkan. Data yang diperoleh berdasarkan soal selidik dianalisis oleh pengkaji yang menggunakan perisian (SPSS) dan dinyatakan secara deskriptif menggunakan statistik min dan peratusan. Manakala statistik inferensi digunakan untuk membuat generalisasi keputusan kajian yang diperoleh daripada sampel kajian kepada populasi kajian. Dengan data yang diambil daripada sampel, pengkaji menggunakan statistik inferensi untuk membuat kesimpulan tentang ciri-ciri populasi berdasarkan sampel. Satatistik inferensi memainkan peranan penting dalam penyelidikan untuk memastikan maklumat yang serupa dengan populasi yang dikaji diperoleh daripada sampel. Selain itu, ujian-t digunakan untuk menguji kewujudan perbezaaan antara min satu pemboleh ubah bagi dua kumpulan sampel yang tidak saling bergantungan. Terdapat beberapa syarat untuk mengji perbezaan min ini iaitu skala pengukuran mestilah sela atau nisbah sahaja dengan menggunakan persampelan rawak dan mestilah bertaburan normal. Selain itu, saiz sampel harus mempunyai nilai 10 atau lebih (Mohd salleh & Zaidatun, 2001). Secara konklusinya, pengkaji menggunakan kaedah pemprosesan data telah digunakan dalam menganalisis data yang dikumpulkan. Pengkaji menggunakan bentuk frekuensi, peratusan dan min dalam membuat penganalisisan data.

Page 7: TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TERHADAP · PDF filekhususnya dapat dilihat seawal peringkat prasekolah, ... pengajaran dan pembelajaran ... maka satu pendekatan dan kaedah baru yang

517

DAPATAN KAJIAN

LATAR BELAKANG RESPONDEN Sampel kajian terdiri daripada 100 orang responden yang dipilih daripada 107 borang selidik yang dikembalikan terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di salah sebuah sekolah berasrama penuh di daerah Jempol, Negeri Sembilan. Responden dipilih secara rawak berkelompok dalam kajian ini. Kajian dibuat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp) Bahasa Melayu (BM) berlangsung dan pelajar tersebut diberikan tugasan masa cuti hujung minggu ketika mereka pulang bermalam. Maklumat latar belakang (demografi) pelajar diambil bagi memudahkan soal selidik dibuat. Demografi pelajar merupakan sedikit latar belakang pelajar yang hanya melibatkan maklumat asas pelajar. Berdasarkan Jadual 4, analisis deskriptif yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa bilangan sampel pelajar lelaki ialah seramai 43 orang iaitu 43% manakala pelajar perempuan seramai 57 orang iaitu berjumlah 57%. Selain itu, majoriti pelajar mempunyai Internet di rumah mereka iaitu sebanyak 81 orang aitu 81% berbanding 19 orang pelajar iaitu 19% pelajar yang tidak mempunyai Internet di rumah mereka. Bagi penggunaan Internet di sekolah pula item bagi kadang-kadang akses merupakan jumlah paling tinggi seramai 79 orang pelajar iaitu 79% yang mengakses Internet. Manakala jumlah paling sedikit merupakan item mudah akses iaitu hanya 8% berbanding sukar mengakses Internet di sekolah iaitu sebanyak 13%. Min penggunaan Internet di sekolah ialah 33.3. Bagi item penguasaan pelajar terhadap Internet pada tahap Sangat Baik merupakan yang sangat tinggi seramai 89 orang pelajar iaitu 89% dan hanya 11% pelajar tahap penguasaan Internetnya Baik. Manakala bagi tahap Sederhana dan Lemah tiada pelajar yang tidak menguasai Internet pada mutakhir ini.

Jadual 4 Profil dan Pencapaian Sampel Kajian

Item Kategori Kekerapan Peratus 1 Jantina:

Lelaki Perempuan

43 57

43% 57%

2 Penggunaan Internet di Rumah : Ada Tiada

81 19

81% 19%

3 Penggunaan Internet di Sekolah: Mudah Akses Kadang-kadang Akses Sukar Akses

8

79 13

8% 79% 13%

4 Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap Internet: Sangat Baik Baik Sederhana Lemah

89 11 - -

89% 11%

- -

Tahap Pengetahuan Pelajar Menggunakan Pautan Gerbang Maya Jadual 5 menunjukkan jadual skor min bagi mengetahui tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Terdapat dua tahap yang berbeza setelah keputusan analisis dilakukan iaitu pada tahap Sederhana Tinggi dan Tinggi. Pada tahap Sederhana Tinggi, item Saya dapat menyatakan semula maksud frasa dengan merujuk pautan GM dengan min 3.97. Manakala interpretasi min paling banyak iaitu Sederhana Tinggi, item yang terlibat ialah Guru telah mendedahkan saya tentang pautan GM dalam sesi pembelajaran, Guru memberi penjelasan tentang pautan GM dalam sesi pembelajaran di dalam kelas, Guru banyak membantu saya dalam memahami pautan GM dalam pelajaran, Guru menekankan teknik penyoalan yang berkesan supaya kemahiran berfikir saya dapat dikembangkan, Pengajaran guru menggunakan pautan GM dapat merangsang saya untuk berfikir, Saya dapat mencari maksud peribahasa Melayu melalui pautan GM ini, Saya dapat menyatakan semula maksud perkataan dengan merujuk pautan GM, Saya dapat mempersembahkan hasil binaan ayat dalam bentuk yang lebih menarik Saya dapat mengemukakan pendapat dengan lebih terperinci, Saya dapat mempersembahkan hasil binaan ayat dalam bentuk yang lebih menarik, Saya dapat mengemukakan pendapat dengan lebih terperinci dan item terakhir ialah Saya tahu mengakses pautan GM ini dengan skor min yang diperoleh bagi setiap item tersebut ialah sebanyak 3.83, 3.81, 3.22, 3.71, 3.59, 3.02, 3.44, 3.21 3.33, dan 3.28.

Page 8: TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TERHADAP · PDF filekhususnya dapat dilihat seawal peringkat prasekolah, ... pengajaran dan pembelajaran ... maka satu pendekatan dan kaedah baru yang

518

Seterusnya bagi item Pendedahan yang berterusan oleh guru membuatkan pautan GM semakin seronok untuk dipelajari dan item Pautan GM sangat sesuai diaplikasikan dalam pembelajaran bahasa Melayu, kedua-dua item ini merupakan item yang mendapat skor min pada tahap Tinggi iaitu pada nilai 4.29 dan 4.01. Hal ini kerana penggunaan pautan GM ini sangat memberikan impak yang sangat positif kepada pelajar kerana TMK amat memudahkan dan mempercepat segala tugasan dan mereka begitu seronok apabila pelajar dan guru menggunakan TMK dalam sesi pdp sama ada di sekolah atau di rumah. Segalanya bemula di hujung jari kerana dunia kini dikenali sebagai dunia tanpa sempadan dengan menggunakan TMK secara efisien dan efektif. Secara keseluruhannya, item bagi tahap pengetahuan pelajar menggunakan pautan Gerbang Maya ini adalah pada tahap interpretasi Sederhana Tinggi dengan skor min yang 3.36.

Jadual 5 Tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya

Bil Item Min Interpretasi Min 1 Guru telah mendedahkan saya tentang pautan GM

dalam sesi pembelajaran. 3.83 Sederhana Tinggi

2 Guru memberi penjelasan tentang pautan GM dalam sesi pembelajaran di dalam kelas.

3.81 Sederhana Tinggi

3 Guru banyak membantu saya dalam memahami pautan GM dalam pelajaran.

3.22 Sederhana Tinggi

4 Guru menekankan teknik penyoalan yang berkesan supaya kemahiran berfikir saya dapat dikembangkan.

3.71 Sederhana Tinggi

5 Pengajaran guru menggunakan pautan GM dapat merangsang saya untuk berfikir.

3.59 Sederhana Tinggi

6 Pendedahan yang berterusan oleh guru membuatkan pautan GM semakin seronok untuk dipelajari.

4.29 Tinggi

7 Pautan GM sangat sesuai diaplikasikan dalam pembelajaran bahasa Melayu.

4.01 Tinggi

8 Saya dapat mencari maksud peribahasa Melayu melalui pautan GM ini

3.02 Sederhana Tinggi

9 Saya dapat menyatakan semula maksud perkataan dengan merujuk pautan GM.

3.44 Sederhana Tinggi

10 Saya dapat menyatakan semula maksud frasa dengan merujuk pautan GM.

3.97 Sederhana Tinggi

11 Saya dapat mempersembahkan hasil binaan ayat dalam bentuk yang lebih menarik.

3.21 Sederhana Tinggi

12 Saya dapat mengemukakan pendapat dengan lebih terperinci.

3.33 Sederhana Tinggi

13 Saya tahu mengakses pautan GM ini. 3.28 Sederhana Tinggi Jumlah Keseluruhan 3.36 SederhanaTinggi

Tahap Kemahiran Pelajar Terhadap Penggunaan Pautan Gerbang Maya Berdasarkan analisis yang dijalankan terhadap tahap kemahiran pelajar terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya dalam pembelajaran Bahasa Melayu, didapati keseluruhan item iaitu pada tahap interpretasi min Tinggi. Antara item yang terlibat ialah Saya mengunakan GM ini untuk membuat rujukan, Saya kerap menggunakan GM ini di rumah, Saya kerap menggunakan GM ini di sekolah, Saya mempunyai kemahiran TMK yang cukup tentang penggunaan GM ini, Saya kerap menggunakan pautan GM ini untuk memahami pembelajaran subjek bahasa Melayu, Saya pasti tahap kemahiran saya terhadap penggunaan pautan GM dalam pdp Bahasa Melayu, Tahap kemahiran saya semakin bertambah apabila kerap menggunakan pautan GM ini, Pencapaian Bahasa Melayu saya semakin meningkat apabila saya menguasai penggunaan pautan GM ini, Tahap kemahiran saya dalam TMK melalui pautan GM dalam pdp Bahasa Melayu begitu efektif, dan item Penggunaan pautan GM dapat meningkatkan kemahiran saya dalam penggunaan Internet. Min bagi setiap item tersebut iaitu 4.48, 4.38, 4.45, 4.45, 4.13, 4.19, 4.16, 4.24, 4.12, dan akhir sekali 4.16. Min keseluruhan bagi tahap kemahiran pelajar dalam penggunaan pautan GM ialah sebanyak 4.27 pada tahap Tinggi. Hal in demikian kerana aplikasi yang terdapat pada Gerbang Maya mudah difahami oleh pelajar dan arahan yang diberikan sangat mudah serta dapat ditafsir dengan baik.

Page 9: TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TERHADAP · PDF filekhususnya dapat dilihat seawal peringkat prasekolah, ... pengajaran dan pembelajaran ... maka satu pendekatan dan kaedah baru yang

519

Jadual 6 Tahap kemahiran pelajar terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya Bil Item Min Tahap 1 Saya menggunakan GM ini untuk membuat rujukan. 4.48 Tinggi 2 Saya kerap menggunakan GM ini di rumah. 4.38 Tinggi 3 Saya kerap menggunakan GM ini di sekolah. 4.13 Tinggi 4 Saya mempunyai kemahiran TMK yang cukup tentang

penggunaan GM ini. 4.45 Tinggi

5 Saya kerap menggunakan pautan GM ini untuk memahami pembelajaran subjek bahasa Melayu.

4.12 Tinggi

6 Saya pasti tahap kemahiran saya terhadap penggunaan pautan GM dalam pdp Bahasa Melayu.

4.19 Tinggi

7 Tahap kemahiran saya semakin bertambah apabila kerap menggunakan pautan GM ini.

4.16 Tinggi

8 Pencapaian Bahasa Melayu saya semakin meningkat apabila saya menguasai penggunaan pautan GM ini.

4.24 Tinggi

9 Tahap kemahiran saya dalam TMK melalui pautan GM dalam pdp Bahasa Melayu begitu efektif.

4.45 Tinggi

10 Penggunaan pautan GM dapat meningkatkan kemahiran saya dalam penggunaan Internet.

4.16 Tinggi

Jumlah 4.27 Tinggi PERBEZAAN MIN PENIALAIAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN PAUTAN GERBANG MAYA DALAM PDP BM BERDASARKAN JANTINA Dalam jadual 7 bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan min yang signifikan penilaian pelajar terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu antara pelajar pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Analisis ujian-t dilakukan oleh pengkaji. Berdasarkan jadual 4.6, min penilaian terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang diperoleh pelajar lelaki ialah 3.98 dan sisihan piawai ialah 0.491. Sementara bagi pelajar perempuan pula memperoleh min penilaian terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu pada bacaan 3.95 dengan sisihan piawai 0.473. Perbezaan min antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan hanyalah sebanyak 0.03. Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor pelajar lelaki dengan pelajar perempuan, t (100) = 0.541, p > 0.05. Oleh itu, hipotesis nul bagi kajian ini adalah dapat ditolak, iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min penilaian penggunaan pautan Gerbang Maya dalam pembelajaran Bahasa Melayu antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Hal ini demikian kerana kedua-dua kumpulan pelajar ini mempunyai penilaian terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya dalam pembelajaran Bahasa Melayu yang sama. Jadual 7 Perbezaan penialaian pelajar terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya berdasarkan jantina

Jantina N Min SP T Sig. Lelaki 43 3.98 0.491 0.541 0.573

Perempuan 57 3.95 0.473 Signifikan pada paras 0.05

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Bahagian ini menghuraikan dua dapatan kajian utama. Dapatan pertama berkaitan tahap pengetahuan pelajar, tahap pengetahuan kosa kata pelajar, tahap pengetahuan tatabahasa dan tahap kemahiran pelajar terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dapatan kedua pula membincangkan tentang perbezaan antara penilaian terhadap penggunaan pautan GM berdasarkan jantina, tahap penggunaan Internet di rumah, penggunaan Internet di sekolah dan tahap penguasaan pelajar terhadap Internet. Perbincangan tentang kajian ini adalah berdasarkan kepada persoalan-persoalan kajian. Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap Penggunaan Pautan Gerbang Maya Tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dihuraikan berdasarkan 13 item. Kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar

Page 10: TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TERHADAP · PDF filekhususnya dapat dilihat seawal peringkat prasekolah, ... pengajaran dan pembelajaran ... maka satu pendekatan dan kaedah baru yang

520

terhadap penggunaan pautan GM dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu pada tahap sederhana tinggi dengan min keseluruhan 3.36. Kajian ini disokong dengan kajian yang telah dijalankan oleh Abdul Razak dan Norazlina (2008). Kajian yang dibuat ini adalah untuk mengenal pasti pengetahuan pelajar terhadap penggunaan pautan GM dalam pdp Bahasa Melayu. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pendedahan yang berterusan oleh guru membuatkan pautan GM semakin seronok untuk dipelajari mendapat min yang paling tinggi iaitu 4.29. Hal ini menunjukkan pelajar akan berasa seronok mempelajari subjek Bahasa Melayu jika guru berterusan menggunakan penggunaan pautan GM ini semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Selain itu, hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa kebanyakan min setiap item pada bahagian ini berada pada tahap sederhana tinggi. Terdapat hanya dua item sahaja yang berada pada tahap tinggi iaitu 4.29 dan 4.01. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan pautan GM ini perlulah berterusan oleh guru untuk impak yang baik kepada para pelajar agar pelajar lebih meminati subjek Bahasa Melayu dan sekali gus dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Tahap Kemahiran Pelajar Terhadap Penggunaan Pautan Gerbang Maya Tahap kemahiran pelajar terhadap penggunaan pautan GM dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dihuraikan berdasarkan 10 item. Kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran pelajar terhadap penggunaan pautan GM dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu pada tahap tinggi dengan min keseluruhan 4.27. Kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji ini adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran pelajar terhadap penggunaan pautan GM dalam pdp Bahasa Melayu. Keputusan kajian menunjukkan bahawa saya menggunakan GM ini untuk membuat rujukan dengan skor min yang tinggi iaitu 4.48. Hal ini kerana pelajar gemar dan mahir menggunakan teknologi maklumat sama ada telefon pintar dan Internet. Dapatan ini disokong oleh Kellner (2000) bahawa perubahan teknologi mempengaruhi budaya hidup seseorang. Selain itu, hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa kesemua min setiap item pada bahagian ini berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan pautan GM sangat membantu pelajar dalam membuat rujukan. Implikasi yang pelajar akan perolehi dalam sangat membantu pelajar dalam menguasai subjek Bahasa Melayu dan sekali gus dapat menarik minat pelajar. Kajian yang dijalankan oleh Misyuniza (2013) dan Nurul Ain (2013) memperoleh keputusan bahawa terdapat hubungan yang positif antara pembelajaran bahasa Melayu dengan kemahiran TMK pelajar. Perbezaan Min Penilaian Pelajar Terhadap Penggunaan Pautan Gerbang Maya Berdasarkan Jantina Kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min penilaian pelajar terhadap penggunaan pautan GM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu berdasarkan Jantina. Min penilaian terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang diperoleh pelajar lelaki ialah 3.98 dan sisihan piawai ialah 0.491. sementara bagi pelajar perempuan pula memperoleh min penilaian terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu pada bacaan 3.95 dengan sisihan piawai 0.473. Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian Noor Hakimeen (2006) dan Zuhairusnizam (2001), hasil dapatan kajian mereka menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan terhadap penggunaan Internet.

IMPLIKASI KAJIAN Secara holistiknya, kajian ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai pengetahuan dalam penggunaan Internet tetapi kurang berpengetahuan dalam penggunaan pautan Gerbang Maya. Pelbagai maslahat terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya dalam pembelajaran bahasa.Walaupun belum terdapat kajian khusus yang meluas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu berbantukan komputer yang menggunakan bahan multimedia seperti pautan Gerbang Maya ini. Kita percaya bahawa pembelajaran bahasa ini akan menjadi lebih menarik, bermakna, dan produktif melalui penggunaan TMK ini. Hal ini demikian kerana TMK dapat menggabungkan bunyi, suara, gambar, filem, dan teks untuk mewujudkan persekitaran baharu yang kaya dengan input bahasa yang membolehkan pelajar berinteraksi. Keistimewaan ini tidak terdapat pada alat bantu mengajar yang lain, seperti buku, pita audio, dan pita video yang lebih bersifat satu hala. Dalam sistem pendidikan negara pada masa kini berada dalam arus perdana kepesatan ekoran perkembangan TMK. Namun begitu, peajar-pelajar selalu sahaja dilabelkan sebagai ketinggalan dalam penggunaan TMK. Pada dasarnya perkara ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor iaitu faktor kekangan masa yang terhad di dalam kelas menghalang penggunaan TMK dalam proses pembelajaran. Hal ini kerana, kadang-kadang seseorang guru memerlukan masa yang khusus di luar waktu sekolah bagi membuat persediaan terhadap alat yang melibatkan pengunaan TMK yang kadang kala agak sukar dan mengambil sedikit waktu sesi pembelajaran pelajar.

Page 11: TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TERHADAP · PDF filekhususnya dapat dilihat seawal peringkat prasekolah, ... pengajaran dan pembelajaran ... maka satu pendekatan dan kaedah baru yang

521

Hasil kajian ini juga mendapati bahawa penggunaan pautan Gerbang Maya merupakan satu aplikasi yang mesra pengguna kerana cara pengendaliannya yang cepat dikendalikan dan amat mudah difahami oleh mereka di samping keseluruhan yang dipaparkan di dalam Gerbang Maya adalah bersesuaian dan menarik untuk proses pengajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Pernyataan ini disokong oleh Saunders (2003) yang menyatakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan laman sesawang (web) atau pautan ini yang mesra pengguna dan mampu menarik minat pelajar kerana web ini memenuhi keperluan sumber pembelajaran pelajar khususnya di sekolah. Tuntasnya, kajian pengkaji ini perlu diteruskan oleh pengkaji lain kerana kajian ini amat memberikan implikasi yang sangat positif dalam dunia pendidikan abad ke-21 ini. Seterusnya, tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar terhadap penggunaan pautan Gerbang Maya dalam pembelajaran Bahasa Melayu adalah tinggi kerana pautan ini amat mudah, cepat, efisien dan begitu efektif digunakan sama ada di sekolah atau di mana-mana sahaja kita berada. Hal ini sinonim dengan perkembangan TMK iaitu penggunaan TMK hanya di hujung jari walaupun terdapat pelbagai kekangan apabila hendak menggunakannya. Oleh itu, pihak sekolah dan juga MARA perlu bekerjasama bagi menyelesaikan masalah dalam penggunaan TMK bagi merealisasikan dan melicinkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu khususnya di seluruh MRSM dan di seluruh sekolah amnya.

CADANGAN Dalam menghadapi dunia globalisasi, pelbagai rintangan dan cabaran terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat amat besar sekali. Penghayatan penggunaan bahasa Melayu menjadi semakin sukar apabila kepentingan ekonomi menjadi cagarannya. Namun, jumlah penutur bahasa Melayu yang melebihi 200 juta di dunia ini sebenarnya sudah cukup untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa teknologi maklumat serantau dalam dunia pendidikan. Kini yang amat penting ialah kekuatan dan semangat tambahan untuk merealisasikan hasrat ini, termasuk kerjasama yang bersepadu antara semua negara yang berbahasa Melayu. Selain itu, pelbagai usaha mungkin dapat dilaksanakan demi kemajuan penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat, antaranya termasuklah: i. Kerajaan memberikan pengiktirafan sewajarnya dan berterusan kepada orang yang berjuang

memartabatkan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat. Penghantaran dapat dilaksanakan melalui skim ganjaran atau anugerah secara berkala.

ii. Kerajaan menjadikan perkhidmatan penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat sebagai tanggungjawab sosial kerajaan. Pihak kerajaan, melalui Dewan Bahasa dan Pustaka, dapat menyediakan perkhidmatan mencari istilah dan bahasa dalam teknologi maklumat untuk semua golongan penggunaan bahasa Melayu di negara ini secara percuma. Perkhidmatan ini dapat dipopularkan melalui gerbang web bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka yang sedia ada.

iii. Kerajaan menyediakan prasarana yang lebih dinamik untuk pengembangan istilah dan bahasa dalam gerbang web DBP yang sedia ada. Sesiapa sahaja boleh memberikan cadangan dan pendapat terhadap sebarang perkara baru yang timbul berkaitan dengan penggunaan istilah dalam teknologi maklumat.Pengesahan terhadap istilah dan bahasa yang betul kemudiannya dapat dilakukan dengan cepat oleh pakar bahasa yang dilantik. Dengan cara ini sahaja bahasa Melayu berupaya berkembang seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi maklumat itu sendiri.

iv. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka perlu meningkatkan permuafakatan dan kerjasama dalam teknologi maklumat yang berbahasa Melayu pada peringkat negara serantau yang mampu memberikan pulangan bernilai ekonomi yang sewajarnya.

v. Selain itu, saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap penggunaan TMK dalam kalangan pelajar pula ialah:

vi. Kementerian Pendidikan dengan seberapa segera menyediakan perunntukan yang mengcukupi bagi menyediakan prasarana dan peralatan untuk membangunkan dan menggunakan TMK dalam pangajaran dan pembelajaran di sekolah.

vii. Kelengkapan yang mengcukupi perlu disediakan sebagai tempat untuk guru-guru dan para pelajar mendapat nasihat dan latihan.

viii. KPM menyediakan latihan dan kursus-kursus dalam bidang TMK bagi semua guru untuk menghadapi perkembangan TMK bagi masa hadapan.

ix. Makmal-makmal komputer perlu diperbanyak di peringkat sekolah untuk memberi peluang kepada setiap pelajar menggunakan komputer dan memahirkannya.

Page 12: TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TERHADAP · PDF filekhususnya dapat dilihat seawal peringkat prasekolah, ... pengajaran dan pembelajaran ... maka satu pendekatan dan kaedah baru yang

522

x. Pihak KPM perlu menghantar guru keluar negara bagi menjalani latihan yang lebih professional dalam penggunaan computer dan Internet.

Berdasarkan kepada cadangan tersebut diharapkan pelbagai inovasi dapat dilaksanakan demi mencapai Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dan Internet ini merupakan satu cabaran yang perlu diterima oleh semua pihak bagi melahirkan individu yang celik computer dan celik IT dalam menghadapi alaf baharu. Pengkaji akan datang diharapkan dapat menjalankan kajian seterusnya dalam bidang TMK dan Internet secara terperinci khususnya subjek Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar kerana pengkaji-pengkaji yang lepas banyak mengkaji tentang guru. Antara yang cadangannya ialah: Kajian ini hanya menggunakan instrumen borang soal selidik sahaja. Maka hasil dapatan kajian hanya tertumpu kepada responden sahaja yang memberikan maklumat. Kepelbagaian kaedah pemerolehan data boleh diambil oleh pengkaji antaranya melalui temu bual dan pemerhatian. Hal ini bertujuan untuk melihat persamaan dan perbezaan maklumat yang diperoleh dalam kajian tersebut. Kajian ini lebih tertumpu kepada pelajar sekolah menengah berasrama penuh sahaja. Untuk kajian selanjutnya dicadangkan supaya responden kajian ditumpukan kepada guru atau pelajar sekolah menengah kebangsaan. Kajian ini lebih tertumpu kepada tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar sahaja. Dicadangkan dalam kajian lanjutaan, pengkaji boleh mengukur keberkesanan penggunaan pautan Gerbang Maya ini dan juga sikap pelajar atau guru terhadap penggunaan pautan ini.

KESIMPULAN Secara konklusinya, sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan murid-murid yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke masa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pendapat yang kita beri, penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran semestinya akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku pelajar tersebut. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini. Hal ini kerana penggunaan pautan Gerbang Maya ini sangat memberikan impak yang positif kepada pelajar kerana TMK amat memudahkan dan mempercepat segala tugasan dan mereka begitu seronok apabila pelajar dan guru menggunakan TMK dalam sesi pdp sama ada di sekolah atau di rumah. Segalanya bemula di hujung jari kerana dunia kini dikenali sebagai dunia tanpa sempadan dengan menggunakan TMK secara efisien dan efektif. RUJUKAN Abdul Razak Idris & Norazlina Adam. 2008. Penggunaan Internet dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah di

Sekitar Johor Bahru, Johor. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Abdul Razak Hamdan, Yazrina Yahya, Mohd Shanudin Zakaria dan Mohd Zamri Murah. 2000. Teknologi

Maklumat. Malaysia. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd Azizi Yahya et. el. 2006. Menguasai Pengkaji Dalam Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia: PTS

Professional. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). 2005. Pengurusan Perubahan Sekolah Bestari : Panduan Penggunaan

Bahan Internet Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Best, J.W., dan Kahn,J.V. 1998, Research in Education (Edisi ke-8). Needham Height: Allyn and Bacon. Brown, A.L. 1997. Transforming Schools into Communities of Thinking and Learning about Serious Matters,

American Psychologist, vol.5, no.52, pp.399-413. Chang & Chi Cheng. 2001. A study on the Evaluation and Effectiveness Analysis of Web-based Learning

Portfolio (WBLP). British Journal of Educational Technology; 32 (4): 435-459. Chua Yaw Piau. 2006. Kaedah dan Stitistik Penyelidikan. Buku 2. Asas Statistik Penyelidikan. Mc Graw Hill.

Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2002. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Fraen Kel, J. R. 1996. How to design and evaluate research. United States of America. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala Lumpur.

Page 13: TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TERHADAP · PDF filekhususnya dapat dilihat seawal peringkat prasekolah, ... pengajaran dan pembelajaran ... maka satu pendekatan dan kaedah baru yang

523

Kellner. D. 2000. New Technologies/New Literacies: Reconstructing for the New Millenium. Teaching Education. 11(3): 13-25.

Kerlinger, F.N., dan Lee, H.B. 2000. Foundations of Behavioral Research. Edisi Ke-4. United State : Wadsworth/ Thomson Learning.

Mohd Majid Konting. 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Najib Ghafar. 2003. Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Salleh & Zaidatun Tasir. 2001. Pengenalan kepada Analisis Data Berkomputer: SPSS 10.0 for window.

Kuala Lumpur: Venton Publishing. Mohamed Sharif Mustaffa. 2001. The Analysis of Counseling in Context: A Qualitative Research Case Study

Approach to Practice in Malaysia Secondary Schools. Tesis PhD. The School of Psychology and Counseling. Faculty of Healthy, Queensland University of Technology, Australia.

Newby et. al. 2000. Instructional Technology for Teaching and Learning. New Jersey: Prentice all. Noor Hakimeen Othman. 2006. Tahap Penggunaan Internet dari Persepsi Pelajar Peringkat Menengah Sek.

Men. Keb. Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nunnally. J.C. & Bernstein. I.H. 1994. Pychhometric Theory (3rd ed.). New York: McGraw-Hill. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). 2001. Modul Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Rosnani Mahmud. 2006. Kesediaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asas dalam Pendidikan (TMKP)

Guru-guru Sekolah Menengah. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Univerisiti Kebangsaan Malaysia.

Rusnani Abdul Kadir & Rosseni Din. 2006. Computer Mediated Communication: A Motivational Strategy Toward Diverse Learning Style. Jurnal Pendidikan 31 (2006) 41-51.

Schwandt, T.A. 1997. Qualitative Inquiry: A Dictionary of Terms. Thousand Oaks: Sage. Saunders, M., Lewis, P., & Thornhill, A. 2003. Research Method for Business Students, 3rd edition. New York:

Prentice Hall. Thomas, D. C. 1999. Cultural diversity and work group effectiveness. Journal of Cross Cultural Psychology, 30,

242-263. Yahya Othman & Roselan Baki. 2008. Aplikasi Komputer dalam Pengajaran Bahasa: Penguasaan Guru dan

Kekangan dalam Pelaksanaan. 1st International Malaysia Educational Technology Convention. Zamri Mahamod. 2004. Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Melayu Sekolah Menengah.

Tesis Ph.D. fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2008. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu: Teori dan Pratis. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Zainudin Hassan & Muhamad Azam Jaafar. 2008. Penggunaan Komputer dan Internet dalam Pengajaran dan

Pembelajaranndi Kalangan Guru Sekolah Menengah di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.