tahap penerimaan untuk menaiki bas- my assigmnent

32
PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan TAHAP PENERIMAAN PELAJAR UNTUK MENAIKI BAS: KAJIAN KES DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA ABSTRAK Kesudian menaiki bas oleh pelajar UUM yang memiliki kenderaan adalah bergantung kepada faktor-faktor tertentu. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membuat kaji selidik atau melihat faktor-faktor yang akan menyebabkan pelajar beralih dari kenderaan persendirian kepada perkhidmatan bas. Bas merupakan suatu pengangkutan yang lestari. Disamping dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, bas juga dapat meminimumkan pencemaran sekiranya penggunaan bas adalah maksimum. Faktor yang telah dikenalpasti akan menyebabkan penukuran kepada pengangkutan bas adalah jarak perjalanan dan juga kos. Kajian dijalankan di dalam kawasan UUM iaitu meliputi keseluruhan tempat tumpuan pelajar. Kajian dijalankan dengan menggunakan soal selidik pilihan keadaan dimana pelajar akan diberikan satu situasi yang akan menyebabkan mereka memilih had kesanggupan mereka untuk berkenderaan sendiri. Model logistik dibentuk melalui kajian yang dijalankan. Model ini dapat memberikan aggaran pada masa depan supaya dapat menyelesaikan masalah yang serius di kawasan UUM. Enam model telah dibentuk bagi menganalisis kesudian menaiki bas oleh pelajar UUM yang memiliki kenderaan. 31

Upload: mas-zuraiza

Post on 04-Aug-2015

110 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

TAHAP PENERIMAAN PELAJAR UNTUK MENAIKI BAS: KAJIAN KES DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

ABSTRAK

Kesudian menaiki bas oleh pelajar UUM yang memiliki kenderaan adalah bergantung

kepada faktor-faktor tertentu. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membuat kaji selidik

atau melihat faktor-faktor yang akan menyebabkan pelajar beralih dari kenderaan persendirian

kepada perkhidmatan bas. Bas merupakan suatu pengangkutan yang lestari. Disamping dapat

mengurangkan kesesakan lalu lintas, bas juga dapat meminimumkan pencemaran sekiranya

penggunaan bas adalah maksimum.

Faktor yang telah dikenalpasti akan menyebabkan penukuran kepada pengangkutan bas

adalah jarak perjalanan dan juga kos. Kajian dijalankan di dalam kawasan UUM iaitu meliputi

keseluruhan tempat tumpuan pelajar. Kajian dijalankan dengan menggunakan soal selidik pilihan

keadaan dimana pelajar akan diberikan satu situasi yang akan menyebabkan mereka memilih had

kesanggupan mereka untuk berkenderaan sendiri. Model logistik dibentuk melalui kajian yang

dijalankan. Model ini dapat memberikan aggaran pada masa depan supaya dapat menyelesaikan

masalah yang serius di kawasan UUM. Enam model telah dibentuk bagi menganalisis kesudian

menaiki bas oleh pelajar UUM yang memiliki kenderaan.

1

Page 2: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

BAB I

PENGENALAN KAJIAN

1.1 PENDAHULUAN

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan kepada rakyatnya supaya mengamalkan sikap

untuk berkongsi kenderaan. Ini merupakan satu langkah bijak yang diambil oleh kerajaan. Ini

kerana dengan berkongsi kenderaan bukan sahaja dapat mengelakkan daripada kesesakan

lalulintas, malah dapat mengurangkan kadar kemalangan dan juga pencemaran. Untuk kesan

yang lebih efektif, pelbagai kemudahan awam disediakan oleh kerajaan supaya rakyatnya tidak

menggunakan kenderaan sendiri. Antara pengangkutan awam yang disediakan ialah

perkhidmatan bas.

Bas merupakan sistem pengangkutan terbaik kerana bukan sahaja dapat mengurangkan

kesesakan malah dapat mengurangkan pencemaran. Jika kita lihat negara-negara maju seperti

Jepun, Britain dan Amerika, mereka lebih menggalakkan rakyatnya menggunakan kenderaan

awam berbanding kenderaan sendiri. Mereka mengambil langkah dengan mengurangkan tempat

letak kenderaan dan menaik taraf sistem pengangkutan awam yang disediakan. Hasilnya negara

mereka kurang kesesakan lalu-lintas, pencemaran dan juga kemalangan.

Dengan ini satu kajian dilaksanakan dengan harapan dapat menyebabkan para pengguna

untuk beralih kepada penggunaan bas daripada kenderaan sendiri. Kajian akan dilakukan di

Universiti Utara Malaysia. Kajian ini dilakukan di UUM kerana terdapat beberapa masalah yang

timbul akibat daripada para pelajarnya kini lebih gemar berkenderaan sendiri. Tujuan

penyelidikan ini adalah untuk mengkaji perangai pemilihan kenderaan awam oleh pelajar UUM.

1.2 LATAR BELAKANG

Masalah yang dihadapi oleh Universiti Utara Malaysia ialah kebanyakan pelajar

pelajarnya lebih gemar untuk berkenderaan sendiri daripada menggunakan pengangkutan yang

telah disediakan. Ini akan menyebabkan timbulnya masalah masalah seperti pencemaran udara,

bunyi dan peningkatan peratus kemalangan. Jika diteliti dengan lebih dekat lagi, UUM

menghadapi satu lagi masalah iaitu permintaan tepat letak kenderaan yang semakin meningkat.

Peningkatan taraf hidup merupakan faktor utama menyebabkan pengguna lebih gemar untuk

berkenderaan sendiri.

2

Page 3: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

Hal ini akan menyebabkan kesesakan terutamanya pada waktu-waktu puncak. Jika

dilihat, pengguna akan mengambil masa yang lama untuk keluar masuk di UUM pada waktu

puncak. Sekiranya bas digunakan sebaiknya, masalah kesesakan terutamanya pada waktu puncak

dapat dielakkan. Dengan keluasan kawasan UUM sekarang, sudah tentu tidak dapat menampung

permintaan untuk tempat meletak kenderaan. Pelajar dan kakitangan perlu mengambil masa yang

lama untuk mencari dan meletakkan kenderaan mereka. Hasilnya, terdapat beberapa kenderaan

meletakkan kenderaan mereka di tempat yang tidak sepatutnya. Ini tidak sepatutnya berlaku. Hal

ini bukan sahaja mengundang bahaya kepada para pemandu yang lain malah menyukarkan

pergerakan kenderaan sekaligus akan menyebabkan kesesakan.

Kajian akan dilakukan terhadap pelajar UUM untuk mengkaji perangai pemilihan

kenderaan awam. Kajian ini meliputi soal selidik pilihan keadaan (stated preference survey)

untuk mengkaji bagaimana para pelajar beralih kepada penggunaan bas. Ini untuk mengenalpasti

mengapa mereka kurang berminat untuk menaiki kenderaan awam yang telah disediakan oleh

pihak Universiti. Jawapan yang diberi akan dikaji dan dianalisa dengan membinakan satu model

logistik.

Hasil kajian amat penting dan ia boleh digunakan untuk mengkaji keperluan akan datang.

Daripada hasil kajian juga perkhidmatan bas di UUM dapat menyelenggara perkhidmatan

mereka sesuai dengan jawapan yang diberi oleh pihak respondan. Hal ini diharap dapat

mengubah sikap mereka daripada berkenderaan sendiri kepada menaiki kenderaan awam. Jika

kajian ini berhasil, pihak UUM tidak perlu menambah tempat letak kenderaan dan kawasan yang

diperuntukkan boleh digunakan untuk pembangunan yang lebih baik. Segala masalah masalah

seperti, kemalangan, kesesakan dan pencemaran dapat dihindari.

1.3 OBJEKTIF

Objektif kajian ini ialah untuk mendapatkan kelakuan pelajar dalam memilih mod

pengangkutan di dalam kampus terutamanya berkaitan dengan bas. Kajian ini akan melibatkan:

1. Kajian pilihan keadaan

2. Permodelan kelakuan pelajar memilih mod pengangkutan

3. Membuat analisis keperluan dan seterusnya memberikan cadangan berkenaan langkah-langkah

untuk menggalakkan pelajar menggunakan pengangkutan awam.

3

Page 4: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

1.4 SKOP KAJIAN

Kawasan dimana kajian akan dijalankan adalah di dalam Universiti Utara Malaysia (UUM).

Para pelajar merupakan subjek dan responden dalam kajian yang akan dijalankan. Para pelajar

akan ditemuduga dan jawapan yang diberikan akan dimasukkan di dalam borang soal selidik.

Hasil daripada soal selidik ini amat penting kerana ia akan digunakan dalam analisa statistik

yang kemudiannya dijadikan sebagai rujukan dalam menghasilkan suatu model logistik.

Kawasan kawasan yang dipilih untuk menjalankan kajian ialah:

Kolej Perniagaan (COB)

Kolej Sastera dan Sains (CAS)

Kolej Undang-undang, Kerajaan, dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS)

1.5 RUMUSAN

Kajian yang akan dijalankan ialah kajian kesudian menaiki bas oleh pelajar UUM yang

akhirnya akan menerbitkan suatu model mengenai perangan pemilihan kenderaan awam oleh

pelajar UUM. Faktor masa, jarak, kos, keselesaan merupakan antara faktor-faktor yang

mempengaruhi kajian. Keputusan kajian adalah sepenuhnya daripada soal selidik dengan pelajar

iaitu respondan bagi kajian ini. Secara keseluruhannya, hasil daripada pengagregatan dan

penganalisaan data yang akan dilakukan adalah untuk menyelidik dan menganalisis kesudian

menaiki bas oleh pelajar UUM serta menghasilkan suatu model yang dapat menghubungkan

faktor yang akan menyebabkan penggunaan bas oleh pelajar UUM dalam suatu fungsi logistik

dan regresi linear.

Melalui kajian ini, kita akan dapat menentukan parameter-parameter atau dikenali

sebagai pembolehubah bersandar yang sesuai bagi model logistik tersebut. Model yang

dihasilkan diharap dapat membantu dalam meramal tahap penggunaan bas pada masa akan

datang. Model ini juga diharap dapat membantu UUM menyelenggara sistem perkhidmatan

awam mereka agar memenuhi citarasa pelajar pelajar.

4

Page 5: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

BAB II

ULASAN KARYA

2.1 PENGENALAN

Model pisah ragaman atau model pemilihan kenderaan merupakan model yang digunakan untuk

menganggarkan peratus atau bahagian daripada jumlah perjalanan yang menaiki setiap ragam

pengangkutan yang ada di kawasan kajian. Sekiranya terdapat tiga ragam pengangkutan seperti

kereta, bas dan motosikal, maka model ini memberikan peratus orang yang menaiki kereta, bas

dan motosikal. Model terawal telah dihasilkan oleh Warren T. Adam (Riza Atiq 1994). Antara

contoh model yang dihasilkan ialah

Y=-2.6466+ 3.7084 ln P +0.3912 ln E + 2.3757 ln T + 0.4918 ln U -0.9708 ln M (2.1)

di mana

Y = Peratus orang menaiki transit

P = Jumlah penduduk berumur 5 tahun keatas (dalam sebutan 10 000)

T = Faktor perkhidmatan transit

E = Faktor ekonomi

U = Faktor pengagihan guna tanah

M = Kawasan yang menjadi perbandaran(dalam batu persegi)

Warren T. Adam telah mencipta model pisah ragaman zon penghujung pada tahun 1959.

Pada masa itu, model pisah ragaman antara zon tidak wujud lagi. Model zon penghujung

dianalisa dari data-data yang diambil dari beberapa bandar besar di Amerika Syarikat di antara

tahun 1948 hingga 1953 dan ia adalah berada dalam bentuk persamaan regresi. Namun model

yang dibina adalah untuk menganggarkan pisah ragaman untuk keseluruhan bandar dan bukan

untuk satu satu zon di dalam bandar.

Dalam tahun 1956, ketika kajian pengangkutan ke atas kawasan Chicago dijalankan telah

menghasilkan satu lagi model pisah ragaman (Howe 1958). Model peluang-penghalang yang

telah digunakan adalah jantina, guna tanah, taraf pekerjaan dan pemilihan lesen memandu orang

5

Page 6: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

yang melakukan perjalanan yang bertujuan untuk menganggar peratus orang menaiki transit

untuk pergi bekerja. Kajian pengangkutan ke atas Pittsburg dijalankan pada awal 60-an telah

menghasilkan satu lagi bentuk model pisah ragaman. Model ini menggunakan cara pengkelasan

kategori dari persamaan regresi dalam penentuan pesahan orang yang menaiki transit.

Pembolehubah utama yang digunakan adalah pemilihan kenderaan, kepadatan penduduk dan

jarak dari pusat bandar (Keffer1962).

Pisah ragaman pengangkutan boleh dilakukan selepas pengagihan perjalanan. Dalam kes

ini, model ini dinamakan pisah ragaman antara zon kerana pisah ragaman dilakukan terhadap

perjalanan dari satu zon ke satu zon yang lain. Pisah ragaman juga boleh dilakukan sebelum

pengagihan perjalanan. Dalam hal ini pula, model ini dinamakan pisah ragaman zon penghujung

kerana pisah ragaman dilakukan terhadap pengeluaran dan tarikan perjalanan oleh setiap zon

(Riza Atiq 1994).

Model zon penghujung dibina beasaskan anggapan bahawa setiap orang yang melakukan

perjalanan terpaksa menaiki sesuatu ragam pengangkutan. Misalnya orang yang melakukan

perjalanan dengan menaiki bas tidak mempunyai pilihan lain selain menaiki bas. Anggapan ini

betul bagi bandar yang perkhidmatan pengangkutan awamnya dalam keadaan yang tidak

memuaskan (Meyer dan Miller 1984). Ini bermakna orang yang memiliki kereta tidak akan

meninggalkan keretanya di rumah untuk menaiki bas. Demikian jugalah orang yang menaiki bas,

mereka memang benar benar terpaksa menaiki bas walaupun keadaanya tidak selesa. Oleh sebab

model zon penghujung ini melakukan pisah ragaman keatas jumlah keluaran dan tarikan

perjalanan, maka pisah ragaman itu merupakan fungsi guna tanah dan sosioekonomi. Pemboleh-

pemboleh ubah yang digunakan boleh dikatakan sama seperti pemboleh ubah dalam model

penjanaan perjalanan.

Pada tahun 1960-an, telah wujud kesedaran akan kelemahan yang ketara dalam model

pisah ragaman zon penghujung. Dengan itu lahirlah model antara zon. Model antara zon yang

pertama dibina ialah model untuk menganggarkan kebarangkalian orang menaiki transit yang

hendak dibina di San Francisco. Dalam kajian tersebut, beberapa pemboleh ubah yang sesuai

telah disenaraikan dan seterusnya dipadankan dengan pisah ragaman pengangkutan dengan cara

pencocokan lengkung. Akhirnya didapati bahawa nisbah masa perjalanan dengan jarak, tujuan

perjalanan dan kaitannya dengan usia dan jantina pejalan kaki yang mana merupakan satu

pembolehubahberkesan bagi menentukan kebolehan berjalan kaki. Daripada pembolehubah ini,

6

Page 7: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

beberapa lengkung pesongan boleh dihasilkan untuk beberapa jenis perjalanan. Lengkung

lengkung ini bolehlah dikatakan sebagai berbentuk suatu fungsi logistik ataupun fungsi

Gompetz. Hanya terdapat 10% perbezaan yang ketara antara nilai pisah ragaman yang sebenar

dengan nilai anggaran. Dengan kata lain, perkaitannya adalah lebih kurang 90%.

Secara matematik, fungsi logistik adalah seperti berikut (Spiegel 1981);

P = 1 .

ab˟ + c

di mana

P = Kebarangkalian bagi suatu pilihan

x = Pembolehubah bersandar

a,b,c = Pemalar

Untuk fungsi Gompertz pula;

P = qrᵇ˟

di mana

P = Kebarangkalian bagi suatu pilihan

x = Pembolehubah bersandar

q,b,r = Pemalar

Model pisah ragaman antara zon memecahkan perjalanan dari satu zon ke satu zon yang

lain kepada beberapa ragam pengangkutan yang ada di kedua dua zon berkenaan. Oleh itu,

model ini boleh memasukkan pemboleh pemboleh ubah tentang pengangkutan antara zon zon.

Misalnya, bagi perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur menuju ke Shah Alam, model ini

boleh mengambil kira kos menaiki bas, menaiki kereta dan menaiki motosikal serta masa

perjalanan bagi ketiga tiga ragam pengangkutan tersebut. Perkara ini menyebabkan model ini

boleh mengambil kira orang orang yang mempunyai pilihan sama ada menaiki kenderaan sendiri

atau menaiki kenderaan awam. Perkara ini juga membolehkan model ini mengetahui kesan

perubahan dasar kerajaan ke atas pilihan ragam pengangkutan, seperti kesan bayaran tol, kesan

menghadkan pemilikan kereta dan juga kesan memperbaiki perkhidmatan kenderaan awam.

7

Page 8: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

2.2 MODEL PISAH RAGAMAN ZON PENGHUJUNG

Model ini memecahkan jumlah perjalanan yang keluar atau memasuki sesuatu zon

kepada beberapa ragam pengangkutan yang ada. Model jenis ini memecahkan perjalanan kepada

ragam ragam pengangkutan yang ada bukan dalam bentuk jumlah perjalanan tetapi dalam bentuk

kebarangkalian daripada jumlah keluaran perjalanan. Oleh sebab lengkok bagi pisah ragaman

sebenar selalunya berbentuk fungsi logistik, maka fungsi fungsi ini digunakan bagi tujuan

pembinaan model.

Rajah 2.1: Kedudukan model pisah ragaman zon penghujung (Sumber: Riza Atiq 1994).

Fungsi logistik merupakan model untuk pilihan perduaan manakala dalam pisah ragaman

ini terdapat empat pilihan iaitu berjalan kaki, menaiki bas, menaiki kereta dan menaiki

motosikal. Hal ini menyebabkan satu struktur pilihan yang seperti yang ditunjukkan dalam rajah

2.2 perlu digunakan.

Dalam struktur pilihan yang ditunjukkan dalam rajah 2.2, pilihan pertama ialah menaiki

kenderaan atau berjalan kaki. Dalam pilihan kedua pula ialah didalam kategori untuk menaiki

kenderaan sendiri ataupun kenderaan awam. Bagi kenderaan sendiri pula dipecahkan lagi

menjadi pilihan ketiga iaitu dengan menaiki motosikal ataupun kereta. Sebagai contoh kita lihat

8

PENJANAAN PERJALANAN

PISAH RAGAMAN

PENGAGIHAN PERJALANAN

UMPUKAN PERJALANAN

Page 9: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

salah satu aplikasi pisah ragaman. Laporan ini adalah ringkasan bancian perjalanan tahun 2005

antara kakitangan dan pelajar di College Lane, de Havilland dan St Albans Campuses antara 7

Mac dan 1 April. Dua kategori bancian dijalankan. Satu adalah bancian terhadap kakitangan

manakala satu lagi adalah bancian terhadap pelajar. Namun kedua-dua bancian ini adalah sama.

Bancian yang dijalankan adalah bancian terhadap pilihan mod pengangkutan.

Rajah 2.2 Struktur pilihan pisah ragaman pengangkutan

(Sumber : Riza Atiq 1994)

2.3 SELIDIK PILIHAN KEADAAN

Pisah ragaman atau model pilihan kenderaan memerlukan satu kajian terhadap keadaan

keadaan yang menyebabkan seseorang itu memilih satu satu jenis mod kenderaan. Maka, untuk

tujuan tersebut, soal selidik terhadap orang orang yang memilih mod pengangkutan tersebut

diperlukan. Ini kerana, cara ini merupakan cara terbaik untuk mendapatkan hasil yang tepat.

Sebelum soal selidik dijalankan, soalan soalan yang merupakan penyebab suatu pilihan

mod kenderaan dikenal pasti terlebih dahulu. Biasanya, dalam pengangkutan antara faktor yang

mempengaruhi pemilihan mod kenderaan ialah faktor ekonomi iaitu pendapatan seseorang, masa

9

Pilihan Ketiga

KERETAMOTOSIKAL

KENDERAAN SENDIRIKENDERAAN AWAM(BAS)

BERKENDERAANBERJALAN KAKI

SEMUA PERJALANAN

Pilihan Kedua

Pilihan Pertama

Page 10: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

perjalanan dan kos perjalanan yang amat mempengaruhi pemilihan tersebut. Sebagai contoh, jika

masa perjalanan untuk menaiki kenderaan awam adalah lebih pendek daripada menaiki kereta,

sebahagian pemilik kereta akan meninggalkan keretanya untuk menaiki kenderaan awam. Begitu

juga dengan kos perjalanan. Keadaan yang sama akan berlaku sekiranya kos perjalanan yang

dijana oleh kenderaan lain adalah lebih murah daripada menaiki kereta.

Daripada Tsinghua Science and Technology volume 11 soal selidik pilihan keadaan

pernah dijalankan di Beijing Capital International Airport pada 22 Mac 2004 oleh JIAO

Pengpeng, LU Huapu, YANG Lang. Bancian adalah termasuk penumpang-penumpang yang

menaiki dan menuruni pesawat dan juga orang yang menghantar penumpang ke lapangan

terbang. Kandungan kajian adalah termasuk sifat individu, sifat perjalanan dan ragam dalam

pemilihan pengangkutan iaitu transit, teksi, kenderaan sendiri ataupun kenderaan awam dan bas.

Kajian merupakan gabungan antara kajian pilihan keutamaan (stated preference survey) dan

kajian pilihan pendedahan (stated revealed survey) (JIAO et. al 2004).

Dalam Transportation Research, satu lagi kajian yang menggunakan kajian pilihan

keadaan ialah kajian keadaan peilihan tepat letak kenderaan dikalangan pelancong di Newport,

Rodhe Islandyang dijalankan oleh C. M. Anderson, Chhandita Das & Timothy J. Tyrrell. Kajian

ini sebenarnya strategi perancangan pengangkutan yang bertujuan untuk mengurangkan

kesesakan lalu lintas. Kajian ini mengenalpasti penyelesaian yang efektif dengan mencari faktor

yang menyebabkan transit sebagai pilihan.

Kajian pilihan keadaan dijalankan dengan respondon perlu membuat pilihan antara untuk

menggunakan dua tempat untuk meletak kenderaan dimana tempat letak kenderaan tersebut

memerlukan pengangkutan awam dan berjalan kaki untuk menuju destinasi yang ditetapkan.

Masa memainkan peranan dalam pemilihan pengangkutan tersebut.

10

Page 11: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

Rajah 2.3 Contoh kajian pilihan keadaan

(Sumber : Transportation Research 2006)

Dalam menjalankan kajian pilihan keadaan, pengukuran dilakukan dengan beberapa

kaedah untuk mendapatkan data. Dalam satu kajian yang dilaksanakan di Hong Kong mengenai

faktor yang menyebabkan kesesakan di stesen transit di Hong Kong telah menjalakan dua kaedah

untuk mengumpul data iaitu dengan cara temuduga dan tinjauan keadaan (William H. K. Lam et

al 1998).

2.4 MODEL PISAH RAGAMAN ANTARA ZON

Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.3, model pisah ragaman antara zon digunakan

selepas model pengagihan perjalanan. Model ini memecahkan jumlah perjalanan di antara dua

zon dalam matrik asalan-tujuan kepada beberapa ragam pengangkutan yang ada. Oleh itu jika

terdapat matriks asalan-tujuan dalam unit perjalanan orang, model ini akan memecahkan kepada

beberapa matriks asalan-tujuan mengikut ragam ragam pengangkutan yang wujud. Misalnya bagi

kawasan Kuala Lumpur, ia boleh dibahagikan kepada matriks asalan Tujuan bagi perjalanan

berjalan kaki, perjalanan berkereta, perjalanan bermotosikal dan perjalanan menaiki bas (Riza

Atiq 1994). Kelebihan model jenis ini adalah ia boleh memasukkan pembolehubah berkenaan

dengan ciri-ciri setiap ragam pengangkutan di antara dua zon. Dengan ini, masa perjalanan dan

kos perjalanan antara zon permulaan dan zon tujuan boleh dimasukkan ke dalam model di

samping ciri guna tanah dan sosio ekonomi kedua dua zon penghujung.

11

Page 12: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

Dalam peringkat awal perkembangannya, model ini menggunakan lengkong lencongan,

tetapi ia memerlukan jumlah lengkung lencongan yang banyak kerana setiap satu lengkung

hanya boleh memberikan dua pilihan berasaskan hanya satu pembolehubah sahaja.(Riza Atiq

1994).

Bagi menggantikan lengkung lencongan ini, fungsi logistic boleh digunakan. Walau

bagaimanapun, fungsi logistic ini hanya terhad kepada dua pilihan sedangkan jumlah pilihan

biasanya melebihi dua. Perkara ini boleh diatasi dengan menggunakan struktur pilihan seperti

yang telah ditunjukkan dalam bahagian 2.2. Satu cara lagi boleh digunakan untuk menggantikan

lengkung lencongan ialah dengan menggunakan fungsi logic multinominal. Fungsi ini boleh

memodelkan pilihan yang banyak dan proses penentukurnya juga tidak sukar (Riza Atiq 1994).

2.5 PEMBINAAN MODEL REGRESI LELURUS

Model regresi lelurus biasanya digunakan dalam statistik dan kaedah berangka dan model

ini memerlukan pengiraan yang banyak. Pengiraan yang banyak juga diperlukan untuk memilih

model yang baik dan untuk menguji ketepatannya. Hal ini menyebabkan penggunaan model

regresi lelurus kurang disukai pada suatu ketika dahulu. Namun dengan perkembangan

teknologi, wujudnya perisian perisian computer yang boleh memudahkan pengiraan dilakukan.

Antara perisian yang boleh digunakan adalah SPSS, Mathcad, Microsoft Excell dan lain lain.

2.6 MENENTUKURKAN FUNGSI LOGIK MULTINOMIAL

Terdapat beberapa cara untuk menentukan fungsi logistik multinomial. Meyer dan Miller

(Meyer dan Miller 1984) menyarankan penggunaan kaedah kobolehjadian maksimum

(maximum likelihood), tetapi kaedah ini menyulitkan dan melibatkan banyak proses matematik.

Satu lagi cara untuk menentukan fungsi logik multinomial ialah dengan menjelmakan fungsi ini

ke dalam bentuk persamaan lelurus dan kemudian semua parameter yang tidak diketahui dapat

dilakukan dengan mudah dan cepat.

12

Page 13: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

2.7 PANDUAN UNTUK MEMBINA MODEL

Bagi memastikan model yang dihasilkan memenuhi kriteria yang dikehendaki, beberapa

aspek perlu diambil kira;

1. Mudah dan sederhana –

Sesuatu model yang dibina itu hendaklah mudah dan sederhana agar model berkenaan dapat

digunakan dan difahami secara mudah

2. Sesuai dengan tujuan model dibina –

Model yang dibina hendaklah sesuai dengan tujuan yang dikehendaki.

3. Kos yang munasabah –

Kos yang perlu untuk membina model ini mestilah lebih rendah daripada kos pemerhati

sebenar.

4. Ketepatan –

Model yang ingin dibina, mestilah mencapai ketepatan dan ralat ralat yang hadir mestilah

berada dalam tahap yang masih boleh diterima.

5. Peka –

Model hendaklah peka terhadap sebarang perubahan yang bakal berlaku dalam kajian.

6. Boleh diguna pakai –

Model diharap dapat digunapakai dimana model mampu memberi gambaran kepada keadaan

sebenar.

13

Page 14: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

BAB III

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Pengumpulan data adalah sangat penting dalam kajian ini kerana ralat dan kesilapan

dalam peringkat ini akan menyebabkan pengukuran model menjadi tidak tepat dan seterusnya

akan mengakibatkan ralat yang lebih besar lagi semasa membuat ramalan pada masa akan datang

(Atkins 1986). Demikian juga tentang penentuan sempadan kawasan kajian dan pembahagiannya

kepada zon-zon, sesuatu model boleh mengeluarkan jawapan yang jauh berbeza dengan

mengubah-ubah sistem pembahagian kawasan kajian kepada zon zon (Openshaw 1978).

Kajian ini adalah merujuk kepada kesudian untuk menaiki bas oleh pelajar UUM. Ia

dipengaruhi oleh beberapa faktor yang biasanya menjadi penentu iaitu jarak perjalanan, usia,

jantina, tujuan perjalan, masa yang diambil dan juga sumber kewangan. Faktor faktor yang

disebutkan merupakan faktor yang diambil kira dalam kesudian mereka untuk menaiki bas.

Untuk memperolehi data data terhadap faktor yang disebutkan, borang soal selidik direkabentuk

untuk diedarkan kepada responden. Hasil daripada borang tersebut merupakan data-data yang

akan digunakan untuk tujuan kajian. Sebelum kajian dijalankan iaitu borang soal-selidik

diedarkan lokasi perlu ditentukan terlebih dahulu.

Lokasi merupakan aspek paling penting dalam melakukan kajian ini. Penentuan lokasi

perlu dikenalpasti dan amat penting untuk memudahkan pengumpulan data dilaksanakan dengan

mudah dan tepat. Dengan cara ini, data yang diperoleh akan dapat memberi keyakinan dan

kepastian akan kebenaran dan kesahihannya. Pangkalan data yang lengkap sangat penting dalam

pembinaan model untuk kajian ini. Ini kerana data-data berkenaan menjadi asas untuk

memahami interaksi antara juzuk-juzuk yang ada dalam kawasan kajian. Lazimnya lima

komponen utama pangkalan data ialah;

1. Penggunaan kemudahan pengangkutan yang ada sekarang seperti aliran lalu lintas di

jalan utama, penggunaan bas dan sebagainya.

2. Data tentang sistem pengangkutan yang ada sekarang seperti jalan dan lebuh raya,

perkhidmatan kenderaan awam, pengurusan lalu lintas dan sebagainya.

14

Page 15: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

3. Guna tanah. Pembangunan dan perubahan guna tanah akan mengubah permintaan

perjalanan. Oleh itu, data guna tanah yang ada sekarang seperti kawasan perumahan dan

jenis jenis rumah, kawasan perniagaan dan penggunaan penggunaan bangunan, dan juga

kawasan industri dan jenis jenis kilang yang ada di dalamnya perlu diperoleh.

4. Sosioekonomi seperti jumlah penduduk atau keluarga, pendapatan dan pemilikan kereta.

5. Corak dan permintaan perjalanan. Ini termasuklah data asalan-tujuan beserta masa

perjalanan, ragam pengangkutan setiap perjalanan dan sebab perjalanan berkenaan.

3.2 KAEDAH MENJALANKAN KAJIAN

Kajian ini akan dijalankan dengan tiga langkah bagi menghasilkan model kajian. Tiga

langkah yang dinyatakan adalah seperti berikut;

1. Kajian soal selidik

2. Analisis data

3. Pembinaan model

Huraian langkah langkah yang dinyatakan adalah seperti berikut:-

Kajian Soal Selidik

Kajian ini dijalankan dengan bertanya kepada responden iaitu para pelajar UUM. Soalan

yang ditanya adalah berdasarkan soalan yang telah ditentukan dan jawapan ditanda di dalam

borang kaji selidik. Langkah ini boleh dikatakan sebagai langkah untuk mengambil data.

Analisis Data

Bahagian ini merangkumi kerja pengagregatan data. Data data yang diperoleh hasil

daripada kajian soal selidik dimasukkan ke dalam pangkalan data dan graf yang berkaitan

diplotkan untuk melihat hubungan antara pembolehubah.

Pembinaan Model

Selepas hubungan antara pembolehubah diperolehi, model logistik dibina. Kemudian

kesahihan model diperiksa untuk mengenal pasti ralat yang hadir. Dalam kajian ini, soal selidik

akan dilakukan terhadap pelajar pelajar UUM yang bertindak sebagai respondan. Kawasan kajian

15

Page 16: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

adalah meliputi linkungan pertama dan lingkungan kedua. Lokasi yang dipilih merupakan lokasi

yang terbaik untuk menemuramah respondan terhadap ragam pemilihan pengangkutan awam.

Soal selidik akan dijalankan pada waktu waktu puncak iaitu biasanya waktu pagi ketika pelajar

bergegas ke kuliah dan tengah hari serta petang ketika pelajar pulang dari perkuliahan.

3.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Seperti yang telah dinyatakan, data-data untuk kajian ini adalah hasil daripada temuramah

atau soal-selidik terhadap pelajar pelajar UUM. Temubual dengan pelajar adalah berdasarkan

borang soal selidik yang digunakan untuk mendapatkan data kajian. Oleh itu soalan soalan di

dalam borang soal selidik perlulah dirangka dengan baik dan teliti agar dapat memenuhi

kehendak kajian. Terdapat beberapa langkah yang diambil untuk merangka kaedah kajian ini

iaitu ;

1. Mengkaji data yang diperlukan

2. Merangka beberapa soalan yang berkaitan

3. Menjalankan kajian terhadap soalan yang dirangka

4. Merekabentuk borang soal selidik berdasarkan soalan yang dirangka

5. Mengenal pasti responden kajian

6. Mengenal pasti lokasi soal selidik akan dijalankan

7. Menemuramah responden

8. Merekodkan data ke dalam pangkalan data

9. Membuat penilaian terhadap data yang diperoleh

Setiap langkah yang dinyatakan perlu dipatuhi agar ralat yang dihasilkan oleh model

dapat diminimumkan. Bahagian pengumpulan data merupakan bahagian paling awal dalam

pembinaan model kajian kerana melalui data data inilah yang akan menghasilkan data data yang

sesuai dengan skop kajian.

3.4 KAJI SELIDIK PILIHAN KEADAAN

Kaji selidik pilihan keadaan dilakukan bagi memperoleh data yang tepat bersesuaian

dengan kehendak kajian ini. Bagi orang yanag dikenali dan dipercayai, soal-selidik secara

bersurat digunakan. Namun tidak semua orang yang dikenali dan dipercayai menggunakan cara

16

Page 17: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

ini. Orang yang hanya memahami objektif kajian ini sahaja akan diberikan borang soal-selidik

dan kejujuran amat penting untuk memperoleh data yang tepat. Bagi orang orang yang tidak

dikenali, soal selidik akan dijalankan secara temuduga. Ini kerana cara ini boleh mendapatkan

data yang dipastikan kesahihannya.

Dalam kajian ini, soal selidik pilihan keadaan dilakukan. Data data diambil secara

temudaga iaitu tempat dimana menjadi tarikan keluaran pelajar seperti dewan kuliah, tepi jalan,

tempat letak kenderaan serta tempat tempat yang telah dikenalpasti. Temuduga di kawasan

tempat letak kenderaan merupakan kaedah yang mudah dan murah. Pelajar yang menaiki

kenderaan persendiriaan ditahan dan ditanya berkaitan dengan soal selidik kajian. Sebelum soal

selidik dilakukan penerangan ringkas diberikan untuk mengelakkan salah faham berlaku. Soal

selidik akan dijalankan dengan bilangan sampel tertentu di setiap kawasan yang dikenal pasti.

Perisian seperti Excell, SPSS dan Mathcad diguna untuk mengnalisa data data yang diperoleh

hasil daripada soal selidik yang dijalankan.

3.5 BORANG SOAL SELIDIK

Kajian ini memerlukan satu borang soal selidik yang berkesan dan dimuatkan dengan

soalan soalan yang telah dirangka. Soalan soalan yang dirangka adalah berdasarkan keperluan

data yang diingini. Setiap soalan mestilah mudah dan senang difahami dan teratur.

Antara soalan soalan yang terkandung di dalam soal selidik adalah seperti berikut;

1. Jantina

2. Umur

3. Sumber kewangan

4. Pemilihan kenderaan

5. Kos

3.6 KAEDAH PEMBINAAN MODEL

Dalam bahagian ini, cara atau kaedah menghasilkan model akan diterangkan dengan

lebih teliti. Model akan dibina setelah data data yang diperoleh selesai dianalisis. Melalui

analisis tersebut satu fungsi logistik akan dibina.

17

Page 18: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

3.7 JADUAL PERANCANGAN KERJA

18

2011

2012

Page 19: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

BAB IV

ANALISIS KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Dalam kajian ini, data diperoleh melalui hasil dari soal-selidik yang telah dijalankan

terhadap pelajar pelajar UUM yang merupakan responden dalam kajian ini. Soal-selidik

melibatkan semua pelajar UUM yang menaiki kenderaan persendirian iaitu pelajar yang

menggunakan kereta dan juga yang menggunakan motosikal. Soal-selidik dijalankan ditempat

letak kenderaan di dalam kawasan UUM. Setelah data-data yang diingini diperoleh, data tersebut

disusun dan kemudian pengagregatan dan analisis data dilaksanakan.

Setiap data yang diperoleh hasil daripada soal-selidik dicatatkan di dalam borang kaji

selidik. Data kemudiannya dipindahkan ke dalam pangkalan data kajian. Pangkalan data

bertujuan untuk mengasingkan data mengikut kehendak kajian dan seterusnya memudahhkan

proses analisis dilaksanakan. Microsoft Excel 2010 dipilih sebagai pangkalan data. Ini kerana

perisian ini akan memudahkan proses analisis data. Perisian ini juga dapat melakukan analisis

data dengan mudah. Maka, disamping perisian ini dijadikan sebagai pangkalan data, perisian ini

juga akan digunakan untuk analisis data. Sebelum analisis data dijalankan, data perlu disusun

mengikut kategorinya.

Dalam kajian ini sebanyak 150 data dicerap untuk digunakan sebagai sampel untuk

tujuan analisis. Data-data yang diperoleh kemudiannya diagregatkan berdasarkan faktor jantina

dan juga jenis kenderaan. Data diagregat dan di analisis dan akhirnya satu model berbentuk yang

berbentuk fungsi logistik dihasilkan.

4.2 PENGAGREGATAN DATA

Dalam pengagregatan data untuk kajian ini ini terdapat dua pembolehubah tak bersandar

telah dikenal pasti. Pembolehubah tersebut adalah:

• Jarak perjalanan

• Harga pakir

Dalam kajian ini juga terdapat pelbagai ketidak tentuan bagi mendapatkan data kajian. Ini

kerana kedudukan pelajar adalah tidak tetap untuk pada setiap hari. Kedudukan pelajar berubah

19

Page 20: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

pada keesokan harinya. Ini menyebabkan data yang diperoleh pada hari ini tidak semestinya

sama untuk data yang diambil pada hari berikutnya.

Pengagregatan data dilakukan supaya data tersebut dapat dianalisis untuk menghasilkan

suatu persamaan yang mana ia dapat digunakan oleh jurutera untuk tujuan rekabentuk suatu

struktur kejuruteraan. Hasil persamaan boleh dalam bentuk bertulis ataupun dalam bentuk

atucara komputer. Hasil daripada kajian ini memudahkan jurutera untuk merekabentuk suatu

sistem yang mana akan menggalakkan para pelajar UUM untuk menaiki kenderaan awam yang

disediakan.

4.2.1 PENGAGREGATAN DATA KESUDIAN MENAIKI BAS BERDASARKAN

JENIS KENDERAAN JIKA TERDAPAT KENAIKAN HARGA PETROL

Pengagregatan data untuk kesan kenaikan harga petrol dilihat melalui jenis kenderaan

iaitu motosikal dan juga kereta. Pengkelasan data dibahagikan mengikut jarak jarak yang telah

dikenal pasti. Graf 4.1 menunjukkan graf yang telah dijalankan pengagregatan mengikut jenis

kenderaan jika terdapat kenaikan harga petrol hasil soal selidik terhadap 150 orang pelajar UUM.

Graf 4.1

Peratusan pelajar yang menaiki bas jika terdapat kenaikan harga petrol.

Hasil daripada pengagregatan dan graf, dapat dilihat bahawa sebanyak 36.0%

penunggang motosikal akan beralih kepada perkhidmatan bas sekiranya harga petrol dinaikkan

20

<300 300-500

501-700

701-900

901-110

1101-1300

1301-1500

>15000

5

10

15

20

25

30

35

40

MotosikalKereta

Page 21: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

kepada RM2.50 seliter pada jarak 1501 meter dan lebih. Bagi pengguna kereta pula

menunjukkan peralihan tertinggi kepada sistem perkhidmatan bas pada jarak yang sama iaitu

1501meter dan keatas dengan peratus kebarangkalian sebanyak 37.3%. Ini menunjukkan bahawa

para pengguna kenderaan kereta dan motosikal akan beralih pada perkhidmatan bas pada jarak

1501 meter dan lebih jika harga petrol dinaikan kepada RM2.50 seliter.

4.2.2 PENGAGREGATAN DATA KESUDIAN MENAIKI BAS BERDASARKAN

JENIS KENDERAAN JIKA TEMPAT LETAK KENDERAAN DIKENAKAN

BAYARAN

Pengagregatan data menaiki bas berdasarkan kadar harga pakir dilakukan dengan

mengagregatkan data soal selidik kepada tahap harga. Tahap-tahap harga dikelaskan dengan

permulaan sebanyak RM0.50 dan seterusnya dinaikkan dengan kadar RM0.50. Graf 4.2 dibawah

menunjukkan penggregatan data yang dilakukan terhadap soal-selidik yang dijalankan terhadap

150 orang pelajar.

<0.5 0.50-1.00 1.00-1.50 1.50-2.00 2.00-2.50 2.50-3.000

5

10

15

20

25

30

35

40

MotosikalKereta

Graf 4.2

Peratusan pelajar yang menaiki bas jika tempat letak kenderaan dikenakan bayaran.

Daripada graf yang ditunjukkan, bagi pengguna motosikal terdapat kenaikan

kebarangkalian penukaran kepada bas dari permulaan dan sehingga suatu tahap yang tinggi

kebarangkalian tersebut menurun. Peratus kebarangkalian tertinggi untuk pengguna motosikal

bertukar kepada perkhidmatan bas ialah 30.67% iaitu pada harga pakir adalah diantara RM1.50

ke RM2.00. Bagi pengguna kereta pula, keadaan yang sama seperti motosikal berlaku. Terdapat

21

Page 22: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

kenaikan peratus sehingga ke tahap maksimum kemudian berlaku penurunan. Peratus

kebarangkalian tertinggi untuk pengguna kereta beralih kepada perkhidmatan bas adalah 33.33%

iaitu pada harga pakir diantara RM2.00 ke RM2.50.

4.2.3 PENGAGREGATAN DATA KESUDIAN MENAIKI BAS BERDASARKAN

JENIS KENDERAAN JIKA PERKHIDMATAN BAS DINAIKTARAF

Pengagregatan data kesudian menaiki bas terhadap peningkatan perkhidmatan bas

dilakukan dengan pengkelasan jarak. Suatu jarak ditentukan untuk melihat peratus penukaran

terhadap perkhidmatan bas. Untuk mendapatkan peratus tersebut, soal-selidik dilakukan terhadap

150 orang pelajar di UUM. Kemudian dari data yang diperoleh pengagregatan dilakukan. Graf

4.3 menunjukkan kebarangkalian peratus pelajar yang akan bertukar kepada perkhidmnatan bas

jika perkhidmatan bas dinaiktaraf setiap 10 minit untuk sebuah bas.

<300 300-500 501-700 701-900 901-1100 1101-13000

5

10

15

20

25

30

35

MotosikalKereta

Graf 4.3: Peratusan pelajar yang menaiki bas jika sistem perkhidmatan bas dinaik taraf

Daripada graf dapat diketahui bahawa terdapat kenaikan sehingga ke suatu tahap

maksimum untuk pengguna motosikal. Keberangkalian peratus penukaran kepada sistem

perkhidmatan bas tertinggi untuk pengguna motosikal ialah 38.67% iaitu pada jarak 1501 meter

dan lebih. Bagi pengguna kereta pula, terdapat kenaikan dan kemudian berlaku penurunan.

Peratus kebarangkalian tertinggi untuk pengguna kereta bertukar kepada perkhidmatan bas ialah

32.00% dimana ia berlaku pada jarak 1101 meter ke 1300 meter.

22

Page 23: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

4.3 ANALISIS DATA

Untuk analisis data, data yang telah digregatkan diguna semula untuk menjalakan analisis

ini. Data yang sesuai dipilih dari segi aplikasi keadaan sebenar untuk dianalisis. Data yang

dipilih mestilah merupakan suatu data yang mempunyai pembolehubah yang tak bersandar yang

boleh dimasukkan ke dalam persamaan agar dapat di analisis. Perisian Microsoft Excel dipilih

untuk menjalakan analisis data. Dalam analisis data kajian ini, didapati terdapat dua

pembolehubah tak bersandar iaitu:

• Jarak perjalanan

• Harga pakir

Jarak perjalanan dikenal pasti sebagai suatu pembolehubah tak bersandar yang boleh

dilakukan analisis keatasnya melalui analisis permodelan logistik dan juga analisis persamaan

regresi linear. Harga pakir juga dikenal pasti sebagai suatu pembolehubah tak bersandar yang

boleh dianalisis seperti jarak perjalanan. Kedua dua pembolehubah ini mempengaruhi kaedah

pemilihan pelajar dalam soal selidik yang dijalankan.

Terdapat dua analisis yang akan dilaksanakan terhadap data yang diperoleh. Dua analisis

tersebut adalah :

• Analisis Model Logistik

• Analisis Regresi Linear untuk Model Logistik

Untuk mendapatkan kedua-dua model tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian

Microsoft Excel 2003. berikut merupakan tatacara untuk menggunakan perisian Microsoft Excel

tersebut:

i. Buka fail data kajian

ii. Pada menu Tools , pilih Data Analysis

iii. Pilih Regression

iv. Masukkan input input data yang berkaitan dan tekan OK.

Hasil daripada analisis data dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2010. Output

yang terhasil mengandungi maklumat seperti ralat, kolerasi ganda dua, ujian t, nilai α dan titik

persilangan. Kesemua output ini amat berguna untuk tujuan analisis.

23

Page 24: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

BAB V

PERBINCANGAN

5.1 PENGENALAN

Universiti Utara Malaysia merupakan sebuah universiti yang terkenal dengan

penyelidikan dan pembangunan. UUM pesat membangun dari aspek kualiti pembelajaran dan

kemudahan infrastruktur. UUM telah menyediakan perkhidmatan bas untuk memudahkan para

pelajar untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain terutamanya untuk ke tempat

belajar. Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara yang secara rasminya

ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya

mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya.

Perancangan pembinaan universiti keenam ini bermula apabila Kementerian Pendidikan

Malaysia merancang untuk menubuhkan universiti ini dalam bulan Ogos 1983. Pada 19 Oktober

1983, Jemaah Menteri telah memberi kelulusan rasmi ke atas projek yang pada waktu itu

dinamakan “Projek Universiti Keenam”, di Kedah. Beberapa bulan kemudian, pejabat sementara

universiti keenam yang diberi nama Universiti Utara Malaysia ini dibuka secara rasminya pada

15 Februari 1984 di Jitra. Pada awal perancangan penubuhan UUM, para pelajar tidak

dibenarkan untuk membawa kenderaan bermotor di dalam kawasan universiti. Namun akhirnya

perancangan tersebut terpaksa diubah. Perancangan awal UUM untuk tidak membenarkan

pelajar pelajarnya membawa kenderaan bermotor sesuai dengan kawasan rekabentuk UUM yang

bangunannya dibina. Kawasan ini digelar lingkungan 1 UUM. Pengubahsuaian terhadap

perancangan awal ini telah dapat diperhatikan pada lingkungan ke 2 UUM yang mana bangunan

bangunan kolej yang baru dibina terlalu jauh dengan kawasan kediaman pelajar. Ini

menyebabkan dasar untuk tidak membenarkan pelajar membawa kenderaan bermotor terpaksa

diubah.

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji, menyelidik dan menganalisis

kesudian para pelajar UUM untuk menaiki bas serta menghasilkan beberapa model pemilihan

yang dapat menunjukkan hubungkait faktor-faktor pemilihan mod pengangkutan untuk menaiki

bas oleh pelajar UUM dalam bentuk fungsi logistik. Model logistik yang dihasilkan daripada

kajian ini dapat digunakan bagi kajian kejuruteraan awam sebagai panduan dalam mereka bentuk

24

Page 25: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

sistem pengangkutan awam yang baik dan juga sebagai asas untuk menentukan dasar pemilikan

kenderaan untuk pelajar. Pengubahsuaian yang dilaksanakan berdasarkan model ini akan

menjamin kepuasan para pengguna, meminimumkan penggunaan kenderaan persendirian oleh

palajar sekaligus dapat memeperbaiki sistem perkhidmatan kenderaan awam UUM agar dapat

digunakan pada kadar yang maksimum.

5.2 PERBINCANGAN HASIL KAJIAN

Daripada pengagregatan dan analisis data yang telah dijalankan terhadap soal selidik

kesudian menaiki bas oleh pelajar UUM telah memberikan gambaran umum tentang corak

pemilihan mod kenderaan dikalangan pelajar pelajar UUM. Sebanyak 150 data telah dicerap bagi

mewakili keseluruhan pelajar pelajar UUM. 150 data ini dianggap sebagai sampel bagi

keseluruhan pelajar UUM untuk melihat corakk pemilihan mereka. Dari hasil data juga, terdapat

beberapa pembolehubah tak bersandar yang dipertimbangkan iaitu :

• Jarak perjalanan

• Harga pakir

Daripada hasil yang diperoleh juga menunjukkan hanya tedapat sedikit perbezaan antara

P model yang dihasilkan dengan nilai P sebenar yang diperoleh. Ralat yang kecil diperoleh bagi

setiap model yang dihasilkan.. Secara keseluruhannya data yang diperoleh adalah baik. Faktor

peringkat pemilihan pelajar tidak menentu. Jika diperhatikan data yang diperoleh yang telah di

grafkan, terdapat peratus pemilihan tidak seperti diharapkan iaitu kenaikan secara seragam bagi

setiap yang dinilai iaitu jarak perjalanan dan juga harga. Namun jika diperhatikan terdapat turun

naik terhadap peratus sebelum peratus mencapai tahap yang maksimum. Namun terdapat juga

turanan peratus berlaku selepas nilai maksimum dicapai.

Hal ini berlaku mungkin disebabkan tahap jarak yang diberi adalah tidak baik. Jarak yang

baik dapat memberikan kenaikan yang seragam sehingga ke nilai maksimum. Ini juga mungkin

disebabkan responden tidak memahami soalan atau samar-samar tentang kehendak soalan.

Walaupun penerangan telah diberikan kepada responden namun mungkin ia masih belum

mencukupi.

25

Page 26: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

5.3 PERBANDINGAN HASIL KAJIAN

Jika diteliti kajian yang dijalankan adalah lebih baik daripada kajian yang pernah

dijalankan di Beijing Capital International Airport pada 22 Mac 2004 oleh JIAO Pengpeng, LU

Huapu, YANG Lang. Bancian adalah termasuk penumpang-penumpang yang menaiki dan

menuruni pesawat dan juga orang yang menghantar penumpang ke lapangan terbang. Kandungan

kajian adalah termasuk sifat individu, sifat perjalanan dan ragam dalam pemilihan pengangkutan

iaitu transit, teksi, kenderaan sendiri ataupun kenderaan awam dan bas. Kajian merupakan

gabungan antara kajian pilihan keutamaan (stated preference survey) dan kajian pilihan

pendedahan (stated revealed survey) (JIAO et. al 2004).

Kajian kesudian menaiki bas oleh pelajar UUM yang memiliki kenderaan adalah lebih

baik kerana kajian telah menghasilkan model yang peka terhadap perubahan dan dapat diguna

untuk meningkatkan penggunaan kenderaan awam di dalam UUM. Jika diperhatikan kajian yang

dijalankan di Beijing Capital International Airport pada 22 Mac 2004 oleh JIAO Pengpeng, LU

Huapu, YANG Lang hanya melihat ragam pemilihan bagi mereka yang berada di kawasan

lapangan terbang tersebut.

5.4 CARA MENGGALAKKAN PELAJAR MENAIKI BAS

Daripada hasil analisis kajian yang telah dijalankan, cara yang terbaik untuk

meningkatkan penggunaan bas dikalangan pelajar UUM yang berkenderaan adalah dengan

mengenakan harga pakir dan juga meningkatkan sistem perkhidmatan bas. Daripada model juga

dapat diperhatikan bahawa sekirannya harga pakir dikenakan dalam lingkungan RM2.00 ke

RM2.50, lebih daripada 60 % pelajar yang mengguna kereta akan beralih kepada perkhidmatan

bas manakala untuk pengguna motosikal sekiranya harga pakir ditetapkan dalam lingkungan RM

1.00 ke RM 1.50 hampir 50 % pelajar akan beralih kepada perkhidmatan bas.

Sistem perkhidmatan bas juga akan memainkan peranan dalam menggalakkan pelajar

menggunakan bas. Sekiranya sistem perkhidmatan bas dinaiktaraf dengan 10 minit untuk sebuah

bas, pada jarak perjalanan 1000 m ke 1300 m hampir 50% pelajar yang menggunakan motosikal

akan beralih ke perkhidmatan ini manakala bagi pengguna kereta pula pada jarak 1000 m – 1300

m lebih daripada 50% pelajar akan beralih ke perkhidmatan ini.

Salah satu kaedah lagi ialah dengan menaikkan harga petrol. Namun kadar harga petrol

ditetapkan oleh pihak kerajaan. Sekiranya harga petrol dinaikkan kepada RM2.50 seliter lebih

26

Page 27: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

daripada 60% pengguna motosikal dan kereta akan beralih kepada perkhidmatan bas pada jarak

perjalanan 1300 m ke 1500m. Namun untuk kes meningkatkan penggunaan bas secara efektif di

dalam UUM, dengan meningkatkan sistem perkhidmatan bas dengan 10 minit untuk sebuah bas

dan mengenakan harga pakir sebanyak RM2.50 untuk kereta dan RM1.50 untuk motosikal.

Dengan cara ini lebih daripada 50 % pengguna motosikal dan kereta akan beralih kepada

perkhidmatan bas.

5.5 PENGGUNAAN HASIL KAJIAN

Hasil model logistik dan regresi linear yang diperoleh daripada pengagregatan dan

analisis data dapat digunakan untuk membina satu atucara ringkas. Atucara yang dihasilkan

merupakan suatu perwakilan model. Dengan ini pengiraan untuk mendapatkan kebarangkalian

dari model lebih mudah dengan hanya memasukkan data-data yang berkaitan dalam atucara.

Antara perisian perisian yang boleh digunakan untuk membina atucara adalah seperti C++,

Matlab dan Visual Basic.

Konsep penggunaan setiap bahasa-bahasa diatas adalah hampir sama. Setiap yang

dinyatakan dapat dilaksanakan menggunakan Windows XP. Selain itu bahasa-bahasa tersebut

mudah untuk dilaksanakan. Atucara yang dibina adalah berdasarkan hasil model logistik dan

regresi linear yang diperoleh untuk menggambarkan corak pemilihan pelajar. Penggunaan hasil

kajian juga dapat digunakan untuk meningkatkan lagi pengguna pengguna bas yang itu dengan

meningkatkan lagi sistem perkhidmatan bas yang sedia ada. Jurutera perlu mengamalkan etika

moral yang baik tidak hanya mementingkan aspek kejuruteraan semata-mata tetapi juga

mementingkan ciri-ciri kemanusiaan itu sendiri.

27

Page 28: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

BAB VI

KESIMPULAN KAJIAN

6.1 KESIMPULAN HASIL KAJIAN

Hasil daripada pengagregatan dan analisis data yang dijalankan dapat disimpulkan

bahawa kajian iani telah berjaya mencapai objektifnya. Objektif utama kajian ini ialah:

• Kajian pilihan keadaan

• Permodelan pemilihan pelajar dalam memilih mod pengangkutan

• Membuat analisis keperluan dan seterusnya memberikan cadangan berkenaan langkah-langkah

untuk menggalakkan pelajar menggunakan pengangkutan awam.

6.2 CADANGAN KAJIAN PADA MASA HADAPAN

Ketepatan ujikaji ini boleh lagi dipertingkatkan dengan beberapa kaedah dan cadangan

untuk kajian lanjutan yang bakal dijalankann pada masa masa akan datang.

Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan adalah :

• Pengkaji hendaklah mahir menggunkan perisian Microsoft Excell supaya dapat mengagregat

dan menganalisis data dengan tepat dan efisyen.

• Pengkaji hendaklah memahami keadaan semasa di kawasan kajian yang merangkumi lokasi

dan peta semasa.

• Menggunakan lebih banyak perisian untuk mengagregat dan menganalisis data seperti Matlab,

Visual Basic, Pengaturcaraan C, Fotran dan SPSS. Perbandingan terhadap keputusan yang

diperoleh bagi setiap data dapat dilakukan.

• Kajian dalam data soal selidik perlu diperbaiki serti mengubah dan menambah keperluan data

yang sedia ada kepada suatu bentuk yang lebih berkesan yang mudah difahami oleh responden.

• Lebih banyak data patut diambil supaya pengagregatan dan analisis yang dilakukan

memperolehi keputusan yang lebih menghampiri keadaan sebenar.

• Menentukan kelebaran saiz yang lebih baik agar dapat memperolehi data yang baik dari

responden.

28

Page 29: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

RUJUKAN

Atkins, S. T. 1986. Transport planning Models: What the Paper Say dalam Traffic Engineering

& Control :460-467

C. M. Anderson, Chhandita Das & Timothy J. Tyrrell 2005, Transportation Reasearch: Parking

Preferrence Among Tourist in Newport, Rodhe Island : 334, 340-341

JIAO Pengpeng, LU Huapu, YANG Lang 2004, TSINGHUA SCIENCE AND TECHNOLOGY

11 :Disagregate Traffic Mode Choice Model Based on Combination of Revealed and

Stated Preference Data. 355-356

John Wiley & Sons Inc, 2004, Applied Statistics and Probability for Engineers, Third Edition :

373-380.

Keefer, L.E. 1962, Characteristic of Captive and Choice Transit Trips in the Pittsburgh

Metropolitan Area dalam Highway Research Board Bullentin. No. 347 hlmn.24-33.

Yaakub Bin Ismail 2002, Kesudian Berjalan Kaki oleh Pelajar UUM, Jabatan Kejuruteraan

Awam dan Struktur UUM : 1-4, 5-20, 39-42.

29

Page 30: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

LAMPIRAN 1

BORANG SOAL SELIDIK

KESUDIAN MENAIKI BAS OLEH PELAJAR UUM YANG MEMILIKI KENDERAAN

Jantina Lelaki Perempuan

Apakah mod pengangkutan yang anda gunakan untuk tujuan perjalanan anda ?

Motosikal Kereta

Jika harga petrol dinaikkan dari RM1.92 seliter kepada RM2.50 seliter, berapakah jarak perjalan yang

akan menyebabkan anda menaiki bas ?

< 300

300m-500m

501m-700m

701m-900m

901m-1100m

1101m-1300m

1301m-1500m

>1501m

Jika tempat letak kenderaan dikenakan bayaran, berapakah had bayaran yang menyebabkan anda

beralih kepada perkhidmatan bas ?

< RM 0.50

RM0.50-RM1.00

RM1.00-RM1.50

RM1.50-RM2.00

RM2.00-RM2.50

RM2.50-RM3.00

RM3.00-RM3.50

>RM3.50

30

Page 31: Tahap Penerimaan Untuk Menaiki Bas- My Assigmnent

PLK-UUM BPMG 2013 –Teori Dan Praktis Pengangkutan

Jika perkhidmatan bas dinaikkan taraf dengan sebuah bas dalam setiap 10minit, berapakah jarak

perjalanan yang menyebabkan anda menaiki bas ?

< 300

300m-500m

501m-700m

701m-900m

901m-1100m

1101m-1300m

1301m-1500m

>1501m

31