tahap kesedaran keselamatan dan kesihatan · pdf filedan kesihatan di tempat kerja mempunyai...

11
224 TAHAP KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) TERHADAP BAHAYA “FORKLIFT” DALAM KALANGAN PEMANDU “FORKLIFT” DI SEKTOR PEMBUATAN Nor Azimah Chew Abdullah a & Hamirul Adli Hashim b a Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah Darul Aman Emel: [email protected] b Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Ipoh, Perak Abstrak Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) pemandu-pemandu forklift terhadap bahaya forklift. Kerangka populasi dalam kajian ini merangkumi pemandu-pemandu forklift yang bekerja di industri pembuatan di negeri Selangor. Prodesur persampelan kebarangkalian (probability sampling) telah digunakan dan seramai 417 orang responden menjawab soal selidik tersebut. Data yang diperoleh diproses menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 19.0 dan teknik analisis yang digunakan adalah One-way ANOVA, Independent sample T-test dan analisis kolerasi pearson. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungkait yang signifikan di antara sikap pekerja dan latihan kepada pekerja dengan tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja. Selain daripada itu, terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesedaran bahaya forklift di tempat kerja berdasarkan peringkat umur, tahap pendidikan, pengalaman kerja dan kehadiran latihan. Kajian ini dilakukan di sektor pembuatan dan boleh diperluaskan kepada industri-industri lain yang menggunakan forklift seperti sektor pengangkutan dan penyimpanan, perdagangan borong dan runcit, pembinaan dan sebagainya. Katakunci: Kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan, bahaya forklift, latihan, sikap Abstract This study aims to examine the level of awareness of occupational safety and health (OSH) among forklift driver towards danger of forklift. The framework population of this study include forklift drivers who work in the manufacturing industry in the state of Selangor. Probability sampling procedure was used and a total of 417 respondents answered the questionnaire. The data obtained were processed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 19.0 and technique of analysis used are One-way ANOVA, independent sample T-test and Pearson correlation analysis. The results of this study indicated that there was a significant correlation between employee attitudes and training of employees and the level of awareness on the danger of forklift in the workplace. In addition, there were significant differences in the level of awareness on the danger of forklift in the workplace based on age, education level, work experience and training attendance. The study was conducted in the manufacturing sector and could be extended to other industries that use forklift such as transport and storage sector, wholesale and retail trade, construction and etc. Keywords: Awareness of occupational safety and health, danger of forklift, training, attitude ISBN 978-967-13903-0-6

Upload: buinguyet

Post on 07-Feb-2018

374 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN · PDF filedan kesihatan di tempat kerja mempunyai hubungan ... Kurang 20 tahun 13 (3.4%) 21 ... 41 tahun keatas 88 (22.9%) Tahap pendidikan

224

TAHAP KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) TERHADAP BAHAYA “FORKLIFT” DALAM KALANGAN

PEMANDU “FORKLIFT” DI SEKTOR PEMBUATAN

Nor Azimah Chew Abdullaha & Hamirul Adli Hashimb

aPusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia, 06010

Sintok, Kedah Darul Aman Emel: [email protected]

bJabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Ipoh, Perak

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) pemandu-pemandu forklift terhadap bahaya forklift. Kerangka populasi dalam kajian ini merangkumi pemandu-pemandu forklift yang bekerja di industri pembuatan di negeri Selangor. Prodesur persampelan kebarangkalian (probability sampling) telah digunakan dan seramai 417 orang responden menjawab soal selidik tersebut. Data yang diperoleh diproses menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 19.0 dan teknik analisis yang digunakan adalah One-way ANOVA, Independent sample T-test dan analisis kolerasi pearson. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungkait yang signifikan di antara sikap pekerja dan latihan kepada pekerja dengan tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja. Selain daripada itu, terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesedaran bahaya forklift di tempat kerja berdasarkan peringkat umur, tahap pendidikan, pengalaman kerja dan kehadiran latihan. Kajian ini dilakukan di sektor pembuatan dan boleh diperluaskan kepada industri-industri lain yang menggunakan forklift seperti sektor pengangkutan dan penyimpanan, perdagangan borong dan runcit, pembinaan dan sebagainya.

Katakunci: Kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan, bahaya forklift, latihan, sikap Abstract This study aims to examine the level of awareness of occupational safety and health (OSH) among forklift driver towards danger of forklift. The framework population of this study include forklift drivers who work in the manufacturing industry in the state of Selangor. Probability sampling procedure was used and a total of 417 respondents answered the questionnaire. The data obtained were processed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 19.0 and technique of analysis used are One-way ANOVA, independent sample T-test and Pearson correlation analysis. The results of this study indicated that there was a significant correlation between employee attitudes and training of employees and the level of awareness on the danger of forklift in the workplace. In addition, there were significant differences in the level of awareness on the danger of forklift in the workplace based on age, education level, work experience and training attendance. The study was conducted in the manufacturing sector and could be extended to other industries that use forklift such as transport and storage sector, wholesale and retail trade, construction and etc. Keywords: Awareness of occupational safety and health, danger of forklift, training, attitude

ISBN 978-967-13903-0-6

Page 2: TAHAP KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN · PDF filedan kesihatan di tempat kerja mempunyai hubungan ... Kurang 20 tahun 13 (3.4%) 21 ... 41 tahun keatas 88 (22.9%) Tahap pendidikan

225

PENGENALAN Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja telah menjadi satu komponen penting kepada

kemajuan sesebuah organisasi sama ada majikan, kesatuan sekerja, dan kerajaan (MacIntosh & Gough, 1998). Setiap individu mengharapkan dirinya sentiasa berada dalam keadaan selamat dan perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan diri sendiri dan juga persekitaran sosial (Bennet, 2002). Jika diteliti punca-punca mengapa berlakunya kemalangan di tempat kerja, kita tidak dapat mengelak daripada membuat satu kesimpulan bahawa manusialah yang bertanggungjawab terhadap sesuatu kemalangan. Jika hazad terdapat di sekeliling individu, maka individu tersebut perlu memainkan peranan dalam menyelenggara, mengawal dan melupus hazad tersebut. Justeru, faktor manusia memainkan peranan yang sangat penting dalam sesuatu kemalangan pekerjaan (Ismail Bahari, 2006).

Occupational Safety and Health Administration (OSHA) menganggarkan sebanyak 85 kematian, 34,900 kecederaan serius dan 61,800 kecederaan tidak serius melibatkan forklift setiap tahun. James (1997) mendefinisikan forklift sebagai kenderaan industri yang bergerak dan digunakan untuk mengangkat, menolak, menarik, atau menyusun bahan. Menurut Industrial Truck Association (ITA) terdapat 855,900 buah forklift di Amerika Syarikat di mana 11.0% daripadanya terlibat dengan pelbagai jenis kemalangan setiap tahun (dianggarkan satu kemalangan bagi setiap forklift) [seperti dalam James, 1997]. Berdasarkan laporan ITA, punca utama kematian berkaitan forklift ialah terbalik (42.0%). Lain-lain punca adalah perlanggaran forklift dengan apa-apa permukaan (25.0%), perlanggaran sesama forklift (11.0%), ditimpa atau dilanggar forklift (10.0%), ditimpa bahan yang jatuh (8 peratus) dan jatuh dari platform “fork” (4.0%) (James, 1997).

Berdasarkan statistik kemalangan yang dilaporkan bagi tahun 2004 sehingga 2008 yang dikeluarkan oleh PERKESO menunjukkan industri sektor pembuatan mencatatkan jumlah tertinggi kemalangan yang dilaporkan setiap tahun berbanding sektor-sektor lain. Pada tahun 2008 sahaja, jumlah kemalangan yang dilaporkan adalah sebanyak 20,703 kes dan ia jauh lebih tinggi berbanding industri lain bagi tahun yang sama. Selaras dengan pelaksanaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994, pihak majikan dan pengurusan atasan sesebuah organisasi bertanggungjawab dalam mencegah risiko berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Oleh kerana isu-isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja mempunyai hubungan langsung dengan kemajuan dan prestasi sesebuah organisasi, maka setiap majikan perlu menyediakan persekitaran kerja yang selamat melalui pengawalan, pendedahan, pendidikan dan latihan mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja (Ismail Bahari, 2006).

Berdasarkan statistik di atas, bahaya penggunaan forklift boleh membawa kepada kejadian berbahaya sekiranya tiada penekanan kepada tahap kesedaran terhadap bahaya penggunaan forklift di tempat kerja. Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesedaran ini adalah sikap pekerja sendiri dan latihan kepada pekerja berkenaan kejadian berbahaya yang boleh berlaku ketika menggunakan forklift. Hasil kajian yang telah dibuat menunjukkan kebanyakan kemalangan mampu dielakkan dengan memberikan latihan dan seterusnya boleh mengurangkan berlakunya kemalangan (James, 1997). Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) pemandu-pemandu forklift terhadap bahaya forklift dengan faktor-faktor demografi, sikap dan tahap latihan pekerja.

ULASAN KARYA

Faktor Demografi

Terdapat beberapa hasil penemuaan kajian yang telah dibuat berdasarkan faktor demografi

pekerja. Dalam aspek faktor umur, kajian Zahedi et al. (2009) mendapati bahawa tahap pengetahuan dan kesedaran tentang risiko bekerja dalam kalangan responden pekerja makmal perubatan menunjukkan perbezaan yang ketara mengikut kumpulan umur. Dapatan Hale (1972) dan James (1997) juga menunjukkan terdapat perbezaan dalam tahap kesedaran KKP di antara pekerja yang muda dan pekerja yang berumur di mana pekerja yang muda dipercayai mempunyai sikap kurang memberi tumpuan, kurang berdisplin, mudah cuai dan sebagainya. Manakala bagi pekerja yang berumur pula lebih berhati-hati tetapi sering menghadapi masalah penurunan dalam produktiviti kerja.

ISBN 978-967-13903-0-6

Page 3: TAHAP KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN · PDF filedan kesihatan di tempat kerja mempunyai hubungan ... Kurang 20 tahun 13 (3.4%) 21 ... 41 tahun keatas 88 (22.9%) Tahap pendidikan

226

Dari aspek tahap pendidikan, hasil kajian Zolkufli dan Faiz (2012) membuktikan bahawa responden yang mempunyai tahap pendidikan peringkat sarjana mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan ia juga disokong oleh Anuar et al. (2009) yang menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara pengetahuan dan kesedaran KKP mengikut tahap pendidikan. Menurut Anuar, pekerja yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi iaitu ijazah dan ke atas mempunyai pengetahuan KKP yang tinggi berbanding pekerja yang mempunyai tahap pendidikan bertaraf diploma dan STPM.

Aspek pengalaman bekerja pula menunjukkan bahawa dapatan James (1997) mendapati bahawa tahap kesedaran adalah berbeza mengikut pengalaman bekerja. Pekerja yang muda biasanya mempunyai kurang pengalaman kerja dan mudah mengalami kemalangan berdasarkan hasil kajian empirikal yang telah dibuat. Ini disokong oleh kajian Zolkufli dan Faiz (2012) yang menunjukkan bahawa staf yang telah lama bekerja mempunyai tahap kesedaran yang tinggi berbanding staf lain.

Sikap

Sikap pekerja juga merupakan faktor yang penting dalam menentukan tahap kesedaran KKP.

Sikap seorang pekerja mestilah selari dengan apa yang digariskan oleh AKKP 1994 yang menyatakan bahawa: “Seksyen 24 (1) (a) – Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja untuk memberikan perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja”. Cox dan Cox (1991) menyokong bahawa sikap adalah petunjuk yang paling komprehensif kepada tahap kesedaran kepada budaya kerja selamat. Kajian Ahmad Tulka et al. (2012) telah menunjukkan bahawa sikap mempengaruhi tahap kesedaran staf Politeknik dalam aspek KKP. Kajian Saidin dan Hakim (2007) mendapati bahawa 90.0% dari kecederaan di tempat kerja adalah disebabkan oleh sikap pekerja, amalan kerja atau tingkah laku dan budaya kerja. Kajian James (1997) dan Weidner et al. (1998) menunjukkan sikap mempunyai hubungkait dengan kemalangan dan tingkah laku yang selamat, dan pengurusan sikap boleh digunakan untuk menilai keberkesanan latihan dalam meningkatkan tahap kesedaran.

Latihan

Pendidikan dan latihan yang diberikan secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap

kompetensi seseorang pekerja (Ismail Bahari, 2006). Mustazar dan Peng (2009) mendapati bahawa kebanyakan pekerja berminat melibatkan diri dalam latihan KKP dan latihan harus melibatkan semua pihak agar lebih banyak pekerja mendapat latihan tentang KKP dan ini akan mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja. Secara tidak langsung, apabila lebih banyak pekerja memahami dan mendapat pengetahuan tentang KKP maka ini akan mengurangkan risiko berlaku kecuaian serta dapat mengurangkan kemalangan di tempat kerja. Walaupun latihan memang bermanfaat dan dapat mengurangkan kemalangan, namun kebanyakan pihak majikan kurang memberi tumpuan kepada program latihan dalam membudayakan KKP dalam kalangan pekerja (Anuar et al., 2009). Dapatan kajian Ahmad Tulka et al. (2012) membuktikan bahawa faktor latihan mempengaruhi tahap kesedaran staf Politeknik dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ini juga turut disokong oleh Saidin dan Hakim (2007) dalam kajian mereka yang mendapati bahawa salah satu aspek yang ditekankan dalam keselamatan dan kesihatan pekerja adalah latihan mengenai keselamatan dan kesihatan. Malahan, James (1997) dalam kajiannya mendapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesedaran KKP bagi pemandu-pemandu forklift yang menghadiri latihan di mana responden yang menghadiri latihan tidak terlibat dengan kemalangan berbanding dengan responden yang tidak menghadiri latihan.

3.0 PEMBOLEHUBAH DAN HIPOTESIS KAJIAN

Rajah 1 menunjukkan kerangka kajian yang terdiri daripada pembolehubah tidak bersandar dan

pembolehubah bersandar. Pembolehubah bersandar adalah kesedaran KKP terhadap bahaya forklift manakala pembolehubah tidak bersandar adalah demografi pekerja (peringkat umur, tahap pendidikan, dan pengalaman bekerja), sikap dan latihan.

ISBN 978-967-13903-0-6

Page 4: TAHAP KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN · PDF filedan kesihatan di tempat kerja mempunyai hubungan ... Kurang 20 tahun 13 (3.4%) 21 ... 41 tahun keatas 88 (22.9%) Tahap pendidikan

227

Pembolehubah tidak bersandar Pembolehubah bersandar

Rajah 1. Kerangka kajian

Hipotesis kajian adalah seperti berikut:

H1: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat

kerja berdasarkan peringkat umur.

H2: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat

kerja berdasarkan tahap pendidikan.

H3: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat

kerja berdasarkan pengalaman bekerja.

H4: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat

kerja berdasarkan kehadiran latihan.

H5: Terdapat hubungkait yang signifikan di antara sikap pekerja dengan tahap kesedaran KKP terhadap

bahaya forklift di tempat kerja.

H6: Terdapat hubungkait yang signifikan di antara latihan kepada pekerja dengan tahap kesedaran KKP

terhadap bahaya forklift di tempat kerja.

Demografi pekerja: - Peringkat umur

- Tahap pendidikan

- Pengalaman

bekerja

Sikap

Latihan

Kesedaran KKP terhadap bahaya forklift

ISBN 978-967-13903-0-6

Page 5: TAHAP KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN · PDF filedan kesihatan di tempat kerja mempunyai hubungan ... Kurang 20 tahun 13 (3.4%) 21 ... 41 tahun keatas 88 (22.9%) Tahap pendidikan

228

METODOLOGI KAJIAN

Sejumlah 450 borang soal selidik telah diedarkan kepada pemandu-pemandu forklift bagi sektor industri pembuatan di sekitar negeri Selangor dan sebanyak 417 (92.7%) berjaya dikumpulkan manakala hanya 384 (85.3%) borang soal selidik yang boleh digunakan selepas penapisan dan penyemakan dilakukan. Borang soal-selidik terbahagi kepada empat bahagian: (1) Demografi, (2) Sikap, (3) Latihan, dan (4) Kesedaran. Bagi faktor demografi, bentuk skala yang digunakan adalah skala nominal, manakala bagi faktor sikap, latihan dan kesedaran menggunakan Skala Likert 1= sangat tidak setuju kepada 6= sangat setuju dan kesemua instrumen diperoleh daripada James (1997), Burke et al. (2002) dan Molenaar et al. (2002). Prosedur ujian statistik yang telah digunakan untuk menganalisis data adalah Statistical Package for Social Science ( SPSS ) versi 19. Analisis frekuensi terhadap faktor demografi responden dilakukan melalui teknik statistik deskriptif manakala ujian-T, ujian ANOVA, ujian Korelasi Pearson bagi menjawab hipotesis kajian ini.

DAPATAN KAJIAN

Demografi responden

Jadual 1

Demografi Responden

Item Kekerapan (%)

Umur (n = 384) Kurang 20 tahun 13 (3.4%) 21 – 25 tahun 66 (17.2%) 26 – 30 tahun 74 (19.3%) 31 – 35 tahun 64 (16.7%) 36 – 40 tahun 79 (20.6%) 41 tahun keatas 88 (22.9%)

Tahap pendidikan

(n = 384)

Sekolah rendah 21 (5.5%) PMR/SRP/LCE 109 (28.4%) STPM/SPM/MCE 195 (50.8%) Sijil 45 (11.7%) Diploma 9 (2.3%) Ijazah 5 (1.3%)

Pengalaman bekerja

(n = 384)

Kurang setahun 19 (4.9%) 1 – 5 tahun 125 (32.6%) 6 – 10 tahun 83 (21.6%) 11 – 15 tahun 55 (14.3%) 16 tahun keatas 102 (26.6%)

Jenis industri sektor

pembuatan

(n = 384)

Tekstil & pakaian 23 (6.0%) Besi & logam 47 (12.2%) Pemprosesan makanan 51 (13.3%) Perabot & perkayuan 5 (1.3%) Getah & plastik 56 (14.6%) Elektrik & elektronik 67 (17.4%) Kimia 14 (3.6%) Bahan binaan 6 (1.6%) Jentera & kejuruteraan 15 (3.9%) Farmaseutikal 19 (4.9%) Lain-lain 81 (21.1%)

Lain-lain jenis industri

sektor pembuatan

(n = 384)

Jumlah industri tersenarai 303 (78.9%) Automotif 45 (11.7%) Percetakan 16 (4.2%) Kaca 20 (5.2%)

ISBN 978-967-13903-0-6

Page 6: TAHAP KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN · PDF filedan kesihatan di tempat kerja mempunyai hubungan ... Kurang 20 tahun 13 (3.4%) 21 ... 41 tahun keatas 88 (22.9%) Tahap pendidikan

229

Hasil kajian dalam Jadual 1 mendapati jumlah tertinggi responden mengikut umur adalah daripada kumpulan 41 tahun ke atas iaitu sebanyak 88 responden (22.9%) manakala jumlah terendah iaitu responden berumur kurang daripada 20 tahun iaitu sebanyak 13 responden (3.4%). Hasil dapatan kajian menunjukkan majoriti responden mempunyai tahap pendidikan peringkat STPM/SPM/MCE iaitu sebanyak 195 responden (50.8%) dan jumlah terendah adalah dari kumpulan yang mempunyai ijazah iaitu sebanyak 5 responden (1.3%). Hasil kajian juga mendapati majoriti responden mempunyai pengalaman kerja di antara 1 hingga 5 tahun iaitu 125 responden (32.6%) manakala jumlah tertinggi daripada mereka adalah yang bekerja di sektor pembuatan elektrik dan elektronik iaitu sebanyak 67 responden (17.4%).

Ujian Hipotesis i. Hipotesis 1

Hipotesis 1 diuji melalui analisis Anova bagi pembolehubah peringkat umur dengan tahap

kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja. Dengan nilai F iaitu 27.87 pada aras signifikan 0.00 (p < 0.05), terdapat cukup bukti untuk menerima H1 di mana keadaan ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja berdasarkan peringkat umur (Jadual 2). Maka dengan ini, hipotesis H1 iaitu terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja berdasarkan peringkat umur adalah diterima. Jadual 2 Analisis Anova bagi Faktor Peringkat Umur dengan Tahap Kesedaran KKP terhadap Bahaya Forklift

Jumlah persegi df Min persegi F Sig.

Antara kumpulan Di dalam kumpulan Jumlah

28.08 76.17 104.25

5 378 383

5.62 .20

27.87 0.00

ii. Hipotesis 2

Hipotesis 2 diuji melalui analisis Anova bagi pembolehubah tahap pendidikan dengan tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift ditempat kerja. Dengan nilai F iaitu 7.85 pada aras signifikan 0.00 (p < 0.05), terdapat cukup bukti untuk menerima H2 di mana keadaan ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja berdasarkan tahap pendidikan (Jadual 3). Maka dengan ini, hipotesis H2 iaitu terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja berdasarkan tahap pendidikan adalah diterima.

Jadual 3 Analisis Anova bagi Faktor Tahap Pendidikan dengan Tahap Kesedaran KKP terhadap Bahaya Forklift

Jumlah persegi df Min persegi F Sig.

Antara kumpulan Di dalam kumpulan Jumlah

9.81 94.44 104.25

5 378 383

1.96 .25

7.85 0.00

ISBN 978-967-13903-0-6

Page 7: TAHAP KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN · PDF filedan kesihatan di tempat kerja mempunyai hubungan ... Kurang 20 tahun 13 (3.4%) 21 ... 41 tahun keatas 88 (22.9%) Tahap pendidikan

230

iii. Hipotesis 3

Hipotesis 3 diuji melalui analisis Anova bagi pembolehubah pengalaman bekerja dengan tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja. Dengan nilai F iaitu 5.37 pada aras signifikan 0.00 (p < 0.05), terdapat cukup bukti untuk menerima H3 di mana keadaan ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja berdasarkan pengalaman bekerja (Jadual 4). Maka dengan ini, hipotesis H3 iaitu terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja berdasarkan pengalaman bekerja adalah diterima. Jadual 4 Analisis Anova bagi Faktor Pengalaman Bekerja dengan Tahap Kesedaran KKP terhadap Bahaya Forklift

Jumlah persegi df Min persegi F Sig.

Antara kumpulan Di dalam kumpulan Jumlah

5.59 98.65 104.24

4 379 383

1.40 .260

5.37 .00

iv. Hipotesis 4

Hipotesis 4 telah diuji melalui Ujian–t bagi pembolehubah hadir latihan dengan tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja. Min bagi tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift bagi pekerja yang menghadiri dan tidak menghadiri latihan ditunjukkan dalam Jadual 5. Didapati min bagi tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift lebih tinggi bagi pekerja yang menghadiri latihan (min = 5.46) berbanding dengan min bagi pekerja yang tidak menghadiri latihan (min = 4.65). Manakala Jadual 6 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja berdasarkan kehadiran latihan di mana nilai signifikan yang diperoleh adalah 0.00 (p < 0.05). Maka dengan ini, hipotesis H4 iaitu terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja berdasarkan kehadiran latihan adalah diterima.

Jadual 5 Min Bagi Tahap Kesedaran KKP terhadap Bahaya Forklift bagi Pekerja yang Menghadiri dan Tidak Menghadiri Latihan

Hadir Latihan

N

Min

Sisihan Piawai

Min kesilapan seragam

Tahap kesedaran KKP

Ya Tidak

320 64

5.46 4.65

.43

.39 .024 .049

ISBN 978-967-13903-0-6

Page 8: TAHAP KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN · PDF filedan kesihatan di tempat kerja mempunyai hubungan ... Kurang 20 tahun 13 (3.4%) 21 ... 41 tahun keatas 88 (22.9%) Tahap pendidikan

231

Jadual 6 Analisis Ujian-t bagi Faktor Kehadiran Latihan dengan Tahap Kesedaran KKP terhadap Bahaya Forklift

Ujian Levene untuk persamaan pembolehubah

t-test untuk persamaan min-min

F

Sig.

t

df

Sig. (2-ekor)

Tahap kesedaran KKP

Persamaan pembolehubah telah diandaikan Persamaan pembolehubah tidak diandaikan

.63

.43 14.09 14.86

382 95.03

.00 .00

v. Hipotesis 5

Ujian hipotesis 5 adalah ujian analisis kolerasi antara pembolehubah sikap dengan tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja (Jadual 7). Pada aras keertian 0.01 (selang keyakinan 99%) terdapat cukup bukti untuk menerima H5 di mana sikap pekerja mempunyai tahap kolerasi yang sederhana (0.45) dengan tahap signifikan 0.00 (p < 0.01). Keadaan ini menunjukkan terdapat hubungkait yang positif dan signifikan di antara sikap pekerja dengan tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja. Maka dengan ini hipotesis H5 iaitu terdapat hubungkait yang signifikan di antara sikap pekerja dengan tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja adalah diterima.

Jadual 7 Kolerasi Pearson antara faktor sikap dengan tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift

Min Sikap Min Kesedaran KKP

Min Sikap Kolerasi Pearson Sig. (2-ekor) N

1 384

Min Kesedaran KKP Kolerasi Pearson Sig. (2-ekor) N

.45**

.00 384

1 384

Nota: **Kolerasi adalah signifikan pada aras keertian 0.01 (2-ekor)

ISBN 978-967-13903-0-6

Page 9: TAHAP KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN · PDF filedan kesihatan di tempat kerja mempunyai hubungan ... Kurang 20 tahun 13 (3.4%) 21 ... 41 tahun keatas 88 (22.9%) Tahap pendidikan

232

vi. Hipotesis 6

Ujian hipotesis 6 adalah ujian analisis kolerasi antara pembolehubah latihan dengan tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja (Jadual 8). Pada aras keertian 0.01 (selang keyakinan 99%) terdapat cukup bukti untuk menerima H6 di mana latihan mempunyai tahap kolerasi yang sederhana (0.57) dengan tahap signifikan 0.00 (p < 0.01). Keadaan ini menunjukkan terdapat hubungkait yang signifikan yang positif antara latihan dengan tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja. Maka dengan ini hipotesis H6 iaitu terdapat hubungkait yang signifikan di antara latihan KKP dengan tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja adalah diterima.

Jadual 8 Kolerasi Pearson antara faktor latihan dengan tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift

Min Latihan Min Kesedaran KKP

Min Latihan Kolerasi Pearson Sig. (2-ekor) N

1 384

Min Kesedaran KKP Kolerasi Pearson Sig. (2-ekor) N

.57**

.00 384

1 384

Nota: **Kolerasi adalah signifikan pada aras keertian 0.01 (2-ekor)

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Hasil dapatan kajian merumuskan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja berdasarkan peringkat umur. Ia selari dengan keputusan kajian yang dibuat oleh Anuar et al. (2009) di mana terdapat perbezaan yang signifikan terhadap faktor pengetahuan dan kesedaran KKP mengikut umur responden. Hasil dapatan kajian juga konsisten dengan Hale (1972), James (1997) dan Zahedi et al. (2009) yang menyatakan bahawa terdapat perbezaan bagi tahap kesedaran KKP di antara pekerja yang muda dan pekerja yang berumur.

Hasil dapatan kajian merumuskan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja berdasarkan tahap pendidikan. Ia selari dengan keputusan kajian yang dibuat oleh Zolkufli dan Faiz (2012) yang mendapati bahawa responden yang mempunyai tahap pendidikan pada peringkat sarjana didapati mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja berbanding staf yang mempunyai tahap pendidikan pada peringkat sijil. Hasil dapatan kajian juga konsisten dengan kajian Zahedi et al. (2009) yang menyatakan bahawa terdapat perbezaan yang ketara mengenai kesedaran dan pengetahuan tentang risiko bekerja bagi mereka yang mempunyai diploma dan ijazah.

Hasil dapatan kajian merumuskan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja berdasarkan pengalaman bekerja. Ia selari dengan keputusan kajian yang dibuat oleh Stoudt (1981), James (1997) dan Zolkufli dan Faiz (2012) yang mendapati bahawa tahap kesedaran adalah berbeza mengikut pengalaman bekerja. Walau bagaimanapun hasil dapatan kajian tidak konsisten dengan kajian Anuar et al. (2009) yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan bagi pengetahuan dan kesedaran KKP di antara kumpulan berdasarkan pengalaman bekerja kerana faktor ini tidak mempengaruhi tahap kesedaran KKP dan pendedahan kepada pengetahuan KKP diberi kepada pekerja adalah sama.

Hasil dapatan kajian merumuskan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja berdasarkan kehadiran latihan. Ia selari dengan keputusan kajian yang dibuat oleh Mustazar dan Peng (2009) yang menyatakan bahawa kehadiran latihan dapat meningkatkan tahap kesedaran KKP dalam kalangan pekerja. Hasil dapatan kajian juga konsisten dengan James (1997) yang menyatakan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap

ISBN 978-967-13903-0-6

Page 10: TAHAP KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN · PDF filedan kesihatan di tempat kerja mempunyai hubungan ... Kurang 20 tahun 13 (3.4%) 21 ... 41 tahun keatas 88 (22.9%) Tahap pendidikan

233

kesedaran KKP bagi pemandu-pemandu forklift yang menghadiri latihan di mana responden yang menghadiri latihan tidak terlibat dengan kemalangan berbanding dengan responden yang tidak menghadiri latihan.

Hasil dapatan kajian merumuskan bahawa terdapat hubungkait yang signifikan di antara sikap pekerja dengan tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja. Ia selari dengan keputusan kajian yang dibuat oleh Ahmad Tulka et al. (2012) dan Zolkufli dan Faiz (2012) yang menyatakan bahawa sikap mempengaruhi tahap kesedaran dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Cox & Cox (1991), James (1997) dan Weidner et al. (1998) pula berpendapat sikap adalah petunjuk yang paling komprehensif terhadap tahap kesedaran kepada budaya kerja selamat dan mempunyai hubungkait dengan kemalangan dan tingkah laku yang selamat.

Hasil dapatan kajian merumuskan bahawa terdapat hubungkait yang signifikan di antara latihan kepada pekerja dengan tahap kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja. Ia selari dengan keputusan kajian yang dibuat oleh Weidner et al. (1998), Ahmad Tulka et al. (2012), Mustazar dan Peng (2009), Zolkufli dan Faiz (2012) dan Saidin dan Hakim (2007) yang menyatakan bahawa faktor latihan mempengaruhi tahap kesedaran KKP pekerja. Dengan adanya perancangan dan pengurusan yang baik mengenai program latihan keselamatan, maka penekanan terhadap amalan kerja selamat secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap kesedaran KKP dan perlakuan pekerjaan yang lebih efektif (James, 1997).

Secara kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa faktor demografi seperti peringkat umur, pengalaman kerja, peringkat pendidikan dan hadir latihan mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap tahap kesedaran KKP pekerja. Manakala sikap dan juga latihan mempunyai hubungkait yang signifikan dengan kesedaran KKP terhadap bahaya forklift di tempat kerja. Oleh kerana kajian yang dijalankan hanya kepada industri sektor pembuatan di negeri Selangor sahaja, dicadangkan supaya kajian yang sama dilaksanakan di negeri-negeri lain. Kajian juga boleh diperluaskan kepada industri-industri lain yang menggunakan forklift seperti sektor pengangkutan dan penyimpanan, perdagangan borong dan runcit, pembinaan dan sebagainya.

RUJUKAN

Ahmad Tulka, Faridah Suderman, & Lailatul Hamidah. (2012). Kajian kesedaran staf Politeknik Melaka terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Artikel Jurnal Politeknik. Daripada http://politeknik.gov.my

Anuar, I., Zahedi, F., Kadir, A., & Mokhtar AB. (2009). Tahap pengetahuan keselamatan dan kesihatan

pekerjaan di kalangan pekerja di makmal perubatan di Lembah Klang. Journal of Community Health, 15, 35-42.

Bennet, D. (2002). Health and safety management systems: Liability of asset. Journal of Public Health

Policy, 23 (2), 153-171. Burke, Micheal, J., Sarpy, Sue Ann, Tesluk, Paul, E., Smith-Crowe, & Kristin. (2002). General safety

performance: A test of a grounded theoretical model. Personnel Psychology, 55(2), 429-458. Cox, S., & Cox, T. (1991). Structure of employee attitudes to safety: A European example. Work and

Stress, 5, 93-106. Hale, A. R. (1972). A review of the industrial accident research literature. Applied Psychology, 289-295. Ismail Bahari. (2006). Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Malaysia: McGraw Hill. James W.C. (1997). Descriptive analysis of forklift fatalities and powered industrial vehicle injuries and a

case-control of the characteristic of the vehicle, driver and environment. The Johns Hopkins University. Daripada http://proquest.umi.com.eserv.uum.edu.my

ISBN 978-967-13903-0-6

Page 11: TAHAP KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN · PDF filedan kesihatan di tempat kerja mempunyai hubungan ... Kurang 20 tahun 13 (3.4%) 21 ... 41 tahun keatas 88 (22.9%) Tahap pendidikan

234

McIntosh, M., & Gough, R. (1998). The impact of workplace on occupational health and safety: A study of four manufacturing plants. An International Journal of Human Factors in Manufacturing, Wiley Science.

Molenaar, Keith, Brown, Hyman, Caile, Shreve, Smith, & Roger. (2002). Corporate culture: A study of

firms with outstanding construction safety. Professional Safety, July, 18-27. Mustazar, & Peng, H. S. (2009). Keberkesanan latihan keselamatan dan kesihatan dalam mengurangkan

kemalangan di tempat kerja. Prosiding Perkem IV, 2, 293-324. Occupational Safety and Health Administration (OSHA) (2012). Occupational safety and health

standards. Daripada http://www.osha.gov. Saidin M., & Hakim M. (2007). Pembangunan budaya keselamatan dalam industri pembinaan. The

Professional Journal of The Institution of Surveyor, 42(2), 20-33. Stoudt, H. W. (1981). Human factors. The Journal of the Human Factors and Ergonomic Society, 23, 29-

37. Weidner, B. L., Gotsch, A. R., Delnevo, C. D., Newman, T. B. & McDonald, B. (1998). Worker health and

safety training: Assessing impact among responders. American Journal of Industrial Medicine, 33, 241-246.

Zahedi, F., Anuar, I., Kadir, A., & Mokhtar AB. (2009). Occupational safety and health risk perception

among medical laboratory workers in klang. Journal of Community Health, 15, 77-82. Zolkufli, AH,. & Faiz A. (2012). Tahap kesedaran staf UTM terhadap keselamatan pekerjaan di makmal

dan bengkel kejuruteraan. Journal of Educational Management, 6, 36-51.

ISBN 978-967-13903-0-6