tabung bencana yayasan ikhlas ,.+/$6

20
KERTAS KERJA TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS YAYASAN IKHLAS

Upload: lykhue

Post on 11-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS ,.+/$6

KERTAS KERJA

TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS

YAYASAN IKHLA

S

Page 2: TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS ,.+/$6

Tajuk

TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS

(SUMBANGAN PENOREH GETAH & NELAYAN)

Tarikh & Tempat

16 DISERMBER (KAMPUNG SEBERANG PINTASAN, DUNGUN,

TERENGGANU)

8 DISEMBER 2018 (KARIAH GULAU DAN LANDAI MUKIM

SOK, SIK, KEDAH)

Disediakan oleh

IKMAL UBAIDULLAH BIN KAMARUDDIN

PEGAWAI OPERASI, YAYASAN IKHLAS

YAYASAN IKHLA

S

Page 3: TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS ,.+/$6

RINGKASAN EKSEKUTIF

Nama Program Tabung Bencana Yayasan Ikhlas

(Sumbangan kepada Penoreh Getah & Nelayan)

Pengenalan

Projek ini dibuat atas kesedaran untuk membantu mangsa-mangsa fenomena

dan bencana alam. Projek ini berkonsepkan pengumpulan sumbangan dari

pelbagai pihak antara orang awam, syarikat korporat dan syarikat pembekal

makanan & minuman dan seterusnya pengagihan sumbangan tersebut secara

nilai RM100 seorang yang merangkumi wang tunai dan barangan makanan

asas. Projek ini secara khusus dibuat sumbangan kepada keluarga nelayan di

Kampung Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu dan keluarga penoreh

getah di Kariah Gulau Dan Landai Mukim Sok, Sik, Kedah kerana Yayasan

Ikhlas telah mendapat panggilan bantuan dari penduduk setempat yang

memohon sumbangan. Penduduk setempat yang rata-ratanya bekerja sebagai

nelayan dan penoreh getah telah kehilangan sumber pendapatan disebabkan

keadaan laut yang bergelora dan cuaca hujan yang berterusan yang

menyebabkan mereka tidak dapat keluar mendapatkan hasil di kebun dan laut.

Jadi, projek ini dibuat bagi meringankan beban mereka yang tidak bernasib

baik dan terkesan dengan fenomena atau bencana alam yang menimpa

mereka.

Tarikh

1. Projek 1 : 16 Disember 2018, Ahad (Kampung Seberang

Pintasan, Dungun, Terengganu)

2. Projek 2 : 23 Disember 2018, Ahad (Kariah Gulau Dan

Landai Mukim Sok, Sik, Kedah)

Anjuran Yayasan Ikhlas

Sasaran

200 Penerima Manfaat

(100 Kampung Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu dan 100 Kariah

Gulau Dan Landai Mukim Sok, Sik, Kedah)

1. Keluarga nelayan dan penoreh getah yang kehilangan sumber

pendapatan

2. Ibu-ibu tunggal dan fakir miskin

3. Mangsa-mangsa banjir

YAYASAN IKHLA

S

Page 4: TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS ,.+/$6

Objektif

Memberi keringanan beban hidup serta keceriaan buat individu serta

keluarga yang hilang sumber pendapatan disebabkan bencana alam.

Menyuntik semangat buat penerima sumbangan untuk menjalani

kehidupan dengan lebih baik.

Membuka ruang peluang kepada sukarelawan untuk bersama

menjalankan misi bantuan kepada mangsa bencana dan membina rasa

peduli dan prihatin terhadap mangsa-mangsa ini.

Kerjasama Badan Korporat, Individu, Syarikat, Masjid dan Kariah Setempat

Pengisian

Program

a. Penyerahan Sumbangan

b. Ucapan Penganjur, Rakan Kerjsama dan Wakil Penduduk Setempa

Anggaran

Perbelanjaan

RM 12,000 (Kampung Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu)

RM 12,000 (Kariah Gulau Dan Landai Mukim Sok, Sik, Kedah)

JUMLAH KESELURUHAN : RM 22,000

Kesimpulan

Projek ini diharap mampu untuk meringkan beban mangsa-mangsa bencana

dan fenomena ala mini dan mereka mampu untuk meneruskan kehidupan

mereka dalam hari-hari yang mendatang. Projek ini juga mampu menjadi

platform untuk mereka yang bernasib baik menginsafi dan mensyukuri

keadaan semasa masing-masing dan membuka ruang untuk menyumbang

kepada golongan yang kurang bernasib baik.

YAYASAN IKHLA

S

Page 5: TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS ,.+/$6

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1 Tujuan 1

2 Pengenalan 1

3 Objektif 2

4 Sasaran 2

5 Strategi Pelaksanaan 3

6 Cadangan Aturcara Program 3

7 Urusetia Projek 3

8 Anggaran Belanjawan Dan Pakej Tajaan 3

9 Koleksi Gambar Misi Bantuan 3

10 Penutup 4

11

i. Lampiran 1

ii. Lampiran 2

iii. Lampiran 3

iv. Lampiran 4

v. Lampiran 5

5

6

7

10

12

YAYASAN IK

HLAS

Page 6: TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS ,.+/$6

1

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk memohon tajaan dan kerjasama dari

pelbagai pihak bagi menjalankan projek kebajikan Tabung Bencana Yayasan

Ikhlas di Sik, Kedah dan Kampung Seberang Pikasan, Dungun, Terengganu.

2.0 PENGENALAN

Projek yang dijenamakan dengan nama Tabung Bencana Yayasan Ikhlas ini

merupakan salah satu daripada projek dilaksanakan oleh Yayasan Ikhlas dengan

kerjasama pelbagai pihak membuat pengumpulan sumbangan bagi meringankan

sedikit bebanan serta menceriakan penerima sumbangan yang terdiri daripada

mangsa-mangsa bencana alam. Sebelum ini, Yayasan Ikhlas telah menjalankan

misi-misi bantuan bagi mangsa-mangsa bencana seperti banjir, kebakaran rumah,

musim tengkujuh yang menghilangkan sumber pendapatan bagi nelayan dan petani

dan lain-lain lagi.

Yayasan Ikhlas telah terlibat dalam misi bantuan terhadap mangsa-mangsa bencana

sejak tahun 2016. Misi-misi bantuan telah dijalankan di utara, pantai timur dan juga

Sarawak. Misi-misi ini dibuat dengan pengumpulan kutipan sumbangan orang

awam, syarikat-syarikat korporat dan pembekal barangan.

Yayasan Ikhlas pada kali ini telah menerima panggilan bantuan daripada dua tempat

iaitu Kariah Gulau Dan Landai Mukim Sok, Sik, Kedah dan Kampung Seberang

Pintasan, Dungun. Dua tempat ini diduduki oleh golongan berpendapatan rendah

dari petani dan nelayan. Apabila tiba musim tengkujuh, mereka kehilangan sumber

pendapatan mereka disebabkan oleh hujan lebat yang berterusan, cuaca ribut yang

tidak menentu yang mengakibatkan mereka tidak dapat bekerja untuk menyara

keluarga mereka. Penempatan mereka malah ada sebahagiannya yang telah

ditenggelami air banjir.

YAYASAN IKHLA

S

Page 7: TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS ,.+/$6

2

Justeru itu, bagi meringankan beban mangsa-mangsa ini, Yayasan Ikhlas dengan

rendah hati mengajak mana-mana badan, syarikat, dan individu untuk bersama kami

menjayakan projek Tabung Bencana Yayasan Ikhlas ini. Moga dengan pelaksanaan

projek ini menjadi bukti keprihatinan kita kepada mereka yang kurang bernasib baik

dalam menempuhi ujian bencana alam yang telah menimpa mereka.

3.0 OBJEKTIF

Memberi keringanan beban hidup serta keceriaan buat individu serta keluarga

yang hilang sumber pendapatan disebabkan bencana alam.

Menyuntik semangat buat penerima sumbangan untuk menjalani kehidupan

dengan lebih baik.

Membuka ruang peluang kepada sukarelawan untuk bersama menjalankan

misi bantuan kepada mangsa bencana dan membina rasa peduli dan prihatin

terhadap mangsa-mangsa ini.

4.0 SASARAN

Seramai 200 orang penerima sumbangan (bernilai RM 200 yang mengandungi

wang tunai dan barangan makanan) disasarkan pada projek ini yang terdiri daripada

kalangan individu dan ahli keluarga yang terlibat dalam mangsa-mangsa bencana

dan fenomena alam seperti banjir dan hujan lebat yang berterusan di musim

tengkujuh terutamanya golongan yang kehilangan atau kerosakan tempat tinggal

dan golongan yang bekerja sebagai nelayan, penoreh getah, petani yang hilang

punca pendapatan disebabkan oleh bencana tersebut.

Bil. Lokasi Bilangan Penerima

1 Kariah Gulau Dan Landai

Mukim Sok, Sik, Kedah 100

2 Kampung Seberang

Pintasan, Dungun,

Terengganu

100

JUMLAH 200 orang

YAYASAN IKHLA

S

Page 8: TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS ,.+/$6

3

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Mengumpul dana dan sumbangan dari badan-badan kerajaan, korporat, swasta dan

sumbangan awam bagi menaja keperluan projek Tabung Bencana Yayasan Ikhlas.

Memobilisasikan pasukan sukarelawan Yayasan Ikhlas di negeri Kedah dan

Terengganu untuk membantu melancarkan perjalanan kempen dan program.

Mencari rakan strategik serta menjalinkan kerjasama dengan badan-badan

atau institusi-institusi yang mempunyai kepakaran berkaitan yang boleh

disumbangkan kepada penerima bantuan projek seperti;

Kerjasama dengan pengeluar produk makanan dan minuman

Kerjasama dengan Majlis-Majlis Agama Negeri, pusat-pusat Islam di

institusi pengajian tinggi (IPT), dan masjid-masjid/surau-surau

Kerjasama dengan pihak media

6.0 CADANGAN ATURCARA PROGRAM

Rujuk LAMPIRAN 1.

7.0 URUSETIA PROJEK

Rujuk LAMPIRAN 2.

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN DAN PAKEJ TAJAAN

Rujuk LAMPIRAN 3.

9.0 POSTER PROJEK

Rujuk LAMPIRAN 4

10.0 KOLEKSI GAMBAR MISI BANTUAN

Rujuk LAMPIRAN 5

YAYASAN IKHLA

S

Page 9: TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS ,.+/$6

4

11.0 PENUTUP

Semoga projek Tabung Bencana Yayasan Ikhlas ini menjadi salah satu bukti

momentum keprihatinan rakyat Malaysia yang berterusan tanpa mengira latar

belakang diri dalam menghulurkan sumbangan serta mampu meringankan sedikit

kesusahan yang dialami oleh golongan yang kurang bernasib baik yang terlibat

dengan bencana alam.

YAYASAN IKHLA

S

Page 10: TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS ,.+/$6

5

LAMPIRAN 1

Jika program mengumpulkan kesemua penerima sumbangan dalam satu majlis:

MASA PERKARA

11.00 pagi Ketibaan tetamu kehormat dan para penerima sumbangan

11.25 pagi Bacaan Al-Quran

11.30 pagi Ucapan wakil Yayasan Ikhlas

11.40 pagi Ucapan wakil pihak penaja sumbangan

11.50 pagi Penyerahan sumbangan kepada para penerima

12.50 tengah hari Sesi bergambar

1.00 petang Bersurai

Jika program tidak mengumpulkan kesemua penerima sumbangan dalam satu

majlis:

MASA PERKARA

11.00 pagi Sukarelawan berkumpul

11.05 pagi Taklimat ringkas

11.15 pagi Ucapan wakil Yayasan Ikhlas

11.20 pagi Ucapan wakil pihak penaja sumbangan

11.25 pagi Sesi bergambar

11.35 pagi Berpecah mengikut kumpulan untuk edaran sumbangan

12.30 tengah hari Selesai sesi edaran sumbangan dan bersurai

*waktu bergantung kepada perancangan di setiap lokasi

YAYASAN IKHLA

S

Page 11: TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS ,.+/$6

6

LAMPIRAN 2

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Dato’ Mohd Rosli bin Ramli

Pengerusi Pemegang Amanah, Yayasan Ikhlas

Pengarah : Ir. Hj. Kamaruddin Kassim

Pengurus Besar, Yayasan Ikhlas

AJK :

1. Ikmal Ubaidullah bin Kamaruddin (011-10347997)

2. Rabiatul Hasanah binti Mahmood (014-2909635)

3. Arif Anwar bin Lokmanul Hakim (014-2549281)

4. Mohamad Fathil Aqil Abdullah (019-6159496)

5. Noor Hafizah binti Muhaimi (011-23250418)

6. Ustaz Luqman Afifi Sabri (019-3421384)

7. Aisyah binti Mun’im (017-5301573)

8. Syafiq Syahmi Sazali (012-9790211)

9. Norasyima binti Zaki (013-9290452)

YAYASAN IKHLA

S

Page 12: TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS ,.+/$6

7

LAMPIRAN 3

ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA HARGA (RM) KUANTITI JUMLAH (RM)

1 Beras 5kg 12.00

200 20,000.00

2 Bihun 400gm atau

bersesuaian

6.00

3 Minyak masak 3kg 12.00

4 Tepung gandum 1kg 2.00

5 Gula 1kg 2.00

6 Biskut paket 750gm

atau bersesuaian

8.00

7 Bahan minuman (3 in

1, uncang, atau

bersesuaian)

8.00

8 Wang Tunai 50.00

9 Operasi Majlis* 2,000.00 2 4,000.00

Jumlah 24,000.00

*Kos sumbangan dan perbelanjaan di kedua-dua tempat

*PERINCIAN KOS OPERASI MAJLIS

BIL PERKARA HARGA (RM) KUANTITI JUMLAH (RM)

1 Sewa Dewan/Tapak 700.00 2 1,400.00

2 Pengangkutan 300.00 2 600.00

3 Sepanduk 200.00 2 400.00

4 Urusetia (10) 300.00 2 600.00

5 Kontigensi 500.00 2 1,000.00

JUMLAH 2,000.00 2 4,000.00

YAYASAN IKHLA

S

Page 13: TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS ,.+/$6

8

KAEDAH SUMBANGAN / PAKEJ PENAJAAN SUMBANGAN

(a) SUMBANGAN / TAJAAN BARANGAN

BIL BARANGAN KUANTITI

1 Minyak masak 3kg 200 botol

2 Beras 5kg 200 kampit

3 Bihun 400gm atau bersesuaian 200 bungkus

4 Gula 1kg 200 kampit

5 Tepung gandum 1kg 200 kampit

6 Bahan minuman (3 in 1, uncang, atau

bersesuaian) 200 kotak

7 Biskut paket 750gm atau bersesuaian 200 tin besar

*Barangan untuk kedua-dua kawasan

(b) SUMBANGAN / TAJAAN WANG TUNAI MENGIKUT KAWASAN

KAWASAN KUANTITI PERKARA JUMLAH JUMLAH

Kariah Gulau

Dan Landai

Mukim Sok,

Sik, Kedah

100 orang

Sumbangan Wang

Tunai RM 5,000.00

RM 12,000.00 Sumbangan

Barangan RM 5,000.00

Operasi Majlis RM 2,000.00

Kampung

Seberang

Pintasan,

Dungun

100 orang

Sumbangan Wang

Tunai RM 5,000.00

RM 12,000.00 Sumbangan

Barangan RM 5,000.00

Operasi Majlis RM 2,000.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 24,000.00

YAYASAN IKHLA

S

Page 14: TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS ,.+/$6

9

PAKEJ TAJAAN

Pakej Emas : RM 15,000.00 dan ke atas

Syarikat / Badan sebagai penyumbang utama sumbangan di kawasan terpilih

Hanya logo syarikat dan Yayasan Ikhlas akan diletakkan di

backdrop

bunting

banner

Hanya nama Syarikat / Badan dan Yayasan Ikhlas sahaja disebut ketika

majlis

Liputan media (surat khabar) secara eksklusif kepada syarikat sebagai

penyumbang utama

Menerima plak penghargaan dari Yayasan Ikhlas ketika majlis sumbangan

Syarikat diberi slot bagi menyampaikan ucapan dalam majlis sumbangan

Pakej Perak : RM 10,000.00

Syarikat / Badan sebagai penyumbang sumbangan di kawasan yang dipilih

Logo syarikat akan diletakkan di

backdrop

banner

Menerima plak penghargaan dari Yayasan Ikhlas ketika majlis sumbangan

Syarikat diberi slot bagi menyampaikan ucapan dalam majlis sumbangan

Pakej Gangsa : RM 5,000.00

Syarikat / Badan sebagai penyumbang sumbangan di kawasan yang dipilih

Logo syarikat akan diletakkan di

backdrop

banner

YAYASAN IKHLA

S

Page 15: TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS ,.+/$6

10

LAMPIRAN 4

POSTER TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS

(SUMBANGAN NELAYAN)

YAYASAN IKHLA

S

Page 16: TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS ,.+/$6

11

POSTER TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS

(SUMBANGAN PENOREH GETAH)

YAYASAN IKHLA

S

Page 17: TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS ,.+/$6

12

LAMPIRAN 5

MISI BANTUAN BANJIR DI SARAWAK 2016

YAYASAN IKHLA

S

Page 18: TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS ,.+/$6

13

MISI BANTUAN BANJIR ZON UTARA 2017

YAYASAN IKHLA

S

Page 19: TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS ,.+/$6

14

MISI BANTUAN BANJIR PANTAI TIMUR 2017

YAYASAN IKHLA

S

Page 20: TABUNG BENCANA YAYASAN IKHLAS ,.+/$6

15

MISI BANTUAN KEBAKARAN 2018

YAYASAN IKHLA

S