sunathon sarawak siri 3 projek misi perubatan dan ... · kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon...

24
SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN KEMANUSIAAN PEKAN KAPIT DAN PEKAN SONG & KG ASAP, BELAGA TARIKH 24 – 30 NOVEMBER 2018 ANJURAN YAYASAN IKHLAS DAN PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN KAPIT KERJASAMA IKATAN PENGAMAL PERUBATAN & KESIHATAN MUSLIM MALAYSIA (I-MEDIK) MEDICOM

Upload: others

Post on 21-Sep-2019

69 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

SUNATHON SARAWAK SIRI 3

PROJEK MISI PERUBATAN DAN KEMANUSIAAN PEKAN KAPIT DAN PEKAN SONG & KG ASAP, BELAGA

TARIKH

24 – 30 NOVEMBER 2018

ANJURAN

YAYASAN IKHLAS DAN PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN KAPIT

KERJASAMA

IKATAN PENGAMAL PERUBATAN & KESIHATAN MUSLIM MALAYSIA (I-MEDIK)

MEDICOM

Page 2: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

2 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

RINGKASAN EKSEKUTIF

Program Sunathon Sarawak Siri 3 Projek Misi Perubatan dan Kemanusiaan

Objektif Utama

1. Mengeratkan hubungan antara pelbagai Badan Kerjasama antaranya NGO – NGO di Sarawak, Media – media, Badan Kerajaan, Badan Korporat serta masyarakat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

2. Membantu masyarakat terutamanya di pedalaman Sarawak agar dapat menikmati kualiti hidup yang baik dengan mempunyai kesihatan yang baik dan keperluan asas yang mencukupi

3. Memberi peluang kepada para doktor berkenalan antara satu sama lain disamping bertukar-tukar pengalaman

Pelaksana Utama Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan Bahagian Kapit

Badan Pelaksana Bersama

1. Badan – Badan Kerajaan

Jabatan Kesihatan

Jabatan Pendidikan

Jabatan Agama Islam Sarawak

2. Pihak Berkuasa Tempatan

Pejabat Residen Bahagian Kapit

Tuai – Tuai rumah dan Ketua-Ketua Kampung di sekitar Pekan Belaga, Pekan Kapit dan Pekan Song

3. Badan – Badan Bukan Kerajaan

Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Zon Sarawak

Harakah Islamiah (HIKMAH)

Urusetia Saudara Kita

I-Medik Malaysia

MediCom

Kelab – Kelab Pacuan empat Roda

4. Media

Media Prima

Tempat Pekan Belaga, Pekan Kapit & Pekan Song, Kapit, Sarawak

Tarikh

Pekan Kapit dan Pekan Song, Kapit 24 – 27 November 2018 Kampung Asap, Belaga 27 - 30 November 2018

Sasaran Masyarakat pedalaman Kapit

Page 3: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

3 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan

oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan Kapit bagi mengadakan Projek Sunathon Siri 3 dalam

Misi Perubatan dan Kemanusiaan di Pekan Belaga, Pekan Kapit dan Pekan Song dalam daerah

Kapit, Sarawak.

PENDAHULUAN

Program berbentuk misi perubatan ini merupakan satu inisiatif Kemanusiaan dan Kebajikan hasil

cetusan idea daripada Yayasan Ikhlas dan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim

Malaysia (I-MEDIK) yang telah dijalankan sejak Mac 2016, setelah mengambilkira kawasan

pedalaman Sarawak yang tidak mempunyai akses yang mudah untuk ke klinik-klinik atau

hospital-hospital yang berdekatan serta mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan

rawatan segera.

Program seperti ini sebenarnya amat diperlukan oleh masyarakat pedalaman kerana kesihatan

merupakan satu keperluan kepada manusia lebih-lebih lagi kepada masyarakat pedalaman yang

mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan perhatian perubatan dengan kadar segera.

Pemeriksaan kesihatan secara percuma dilihat perlu dijalankan sekali – sekala. Hal ini bagi

mengetahui tahap dan taraf kesihatan masyarakat Sarawak khususnya pedalaman seterusnya

mengelakkan golongan ini dari diserang penyakit tanpa disedari dan diketahui. Rawatan segera

wajar dijalankan sekiranya didapati mempunyai sebarang penyakit.

Selain kesihatan, bantuan kewangan juga diperlukan bagi mereka yang memerlukan agar mereka

dapat meneruskan kehidupan seharian yang semakin mendesak.

Tema “Anda sihat, Masyarakat Hebat” dipilih untuk program kali ini dengan harapan masyarakat

sentiasa dalam keadaaan sihat dan sejahtera dan akhirnya dapat menyumbangkan sesuatu

kepada masyarakat serta negara yang tercinta.

Page 4: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

4 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

Page 5: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

5 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

PENGENALAN TEMPAT MISI

BANDAR KAPIT, SARAWAK Anggaran penduduk Bandar Kapit: 56,709 orang

Sibu ke Pekan Kapit mengambil masa 4 jam menggunakan jalan air

PEKAN BELAGA, SARAWAK Anggaran penduduk di Pekan Belaga seramai 37,102 orang

Perjalanan dari Pekan Kapit ke Pekan Belaga melalui Sungai Rajang selama 8 jam

Page 6: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

6 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

PEKAN SONG, SARAWAK

Anggaran penduduk di Pekan Song: 20,046 orang

Pekan Kapit ke Pekan Song: 2 jam menggunakan jalan air

Klinik Kesihatan Song antara tempat untuk mengadakan sunathon

Page 7: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

7 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

RAKAN KERJASAMA DAN BUTIRAN KERJASAMA

NAMA AGENSI

BUTIRAN KERJASAMA CADANGAN BADAN

Yayasan Ikhlas

Menguruskan segala pergerakan dan perhubungan di kawasan pedalaman

Menyediakan kelengkapan penginapan bagi sukarelawan ketika misi di Pekan Kapit, Pekan Belaga dan Pekan Song

Mengadakan perbincangan lebih awal bersama penduduk Pekan Kapit, Pekan Song, Pekan Belaga & Sungai Asap, Belaga.

Menyediakan laporan bergambar dan video bagi tujuan dokumentasi.

Badan Kerajaan

Membantu dari sudut 7logistik dan tenaga manusia

Memberi kebenaran untuk mengadakan misi di kawasan tersebut

Membantu dari sudut dana

Menyediakan kelengkapan dan peralatan Berkhatan

Menyediakan bilik bedah untuk berkhatan

- Pejabat Kesihatan Bahagian Kapit

- Jabatan Pendidikan - Jabatan Kemajuan Negeri - Badan Berautoriti Agama

(Jabatan Agama Islam Sarawak dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Pihak Berkuasa Tempatan

Membantu dari sudut 7logistik

Memberi kebenaran mengadakan misi di kawasan tersebut

Membantu dari sudut dana

- Pegawai Kawasan (District Officer)

- Ketua Kampung - Tuai Rumah - Pemancha

Media Menyediakan Liputan Khas untuk melihat suasana di kawasan Bandar Kapit dan Pekan Song

- Media Prima

Page 8: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

8 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

Badan Bukan Kerajaan

Menyediakan tenaga pakar perubatan

- Ikatan Pengamal Perubatan Muslim Malaysia (I – Medik)

- MediCom - Yayasan Dakwah Islamiah

(YADIM) - Harakah Islamiah (HIKMAH) - Urusetia Saudara Kita (USK) - Kelab Pacuan Empat Roda - Persatuan – Persatuan

Individu Awam

Membantu menyediakan tenaga sukarela dan logistik

Membantu dari sudut kewangan

OBJEKTIF PROGRAM SUNATHON SIRI 3 SARAWAK Pencapaian objektif yang disasarkan dibahagikan kepada dua aspek, iaitu:

1. Meningkatkan kualiti hidup masyarakat pedalaman

a. Mengurangkan beban masyarakat yang tidak mempunyai akses yang mudah untuk

ke klinik dan hospital.

b. Memberi kesedaran betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan dengan

mengadakan konsultasi ringkas daripada para doktor yang bertauliah.

c. Memberi bantuan kemanusiaan kepada masyarakat pedalaman yang kurang

berkemampuan

d. Memberi Ceramah motivasi kepada masyarakat umum berkenaan kepentingan

meningkatkan kualiti hidup

2. Pengalaman mengurus program

a. Melaksanakan tanggungjawab sosial dan kebajikan dengan memperkenal dan

memberi pendedahan tentang asas-asas penjagaan kebersihan dan kesihatan

kepada masyarakat pedalaman Sarawak.

b. Memberi pendedahan kepada doktor-doktor muda dan sukarelawan mengenai

keadaan masyarakat pedalaman.

c. Membuat pemeriksaan kesihatan secara spontan dan membina hubungan dua

hala dengan masyarakat pedalaman agar dapat mendalami dan memahami

permasalahan dan keperluan mereka dengan lebih jelas.

d. Mengurangkan penyakit berjangkit yang merebak dalam kalangan masyarakat

setempat melalui penerangan yang diberikan di samping menyedarkan dan

memberi pengetahuan asas tentang punca dan cara sesuatu wabak itu berjangkit

serta kaedah pencegahan yang betul dan berkesan.

Page 9: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

9 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

e. Menggerakkan dan menyusun pasukan sukarelawan yang sama-sama ingin

menyumbang khidmat bakti bagi membantu melancarkan perjalanan program.

TARIKH DAN TEMPAT MISI a. 24 – 27 November 2018

Pekan Kapit dan Pekan Song, Kapit, Sarawak

b. 27 – 30 November 2018

Pekan Belaga dan Sungai Asap, Belaga, Sarawak

KONSEP PROGRAM

Berdasarkan aktiviti yang dirancang, perlaksanaan program adalah seperti berikut

a. Pemeriksaan Kesihatan oleh doktor-doktor yang bertauliah

b. Ceramah Kesihatan atau ceramah motivasi

c. Bersunat

d. Pemeriksaan gigi

e. Akviti sukaneka

f. Gotong - royong

g. Sumbangan umum kepada masyarakat pedalaman yang kurang berkemampuan

FAEDAH KEPADA PENAJA DAN RAKAN KERJASAMA Rujuk Lampiran I

BELANJAWAN Rujuk Lampiran II

TENTATIF

Rujuk Lampiran III

PENUTUP DAN HARAPAN Menjadi harapan yang tinggi agar misi kali ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Harapan

kepada masyarakat pedalaman Sarawak agar dapat berdikari dan membina struktur masyarakat

mereka sendiri serta mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat

lainnya di Malaysia.

Amatlah diharapkan Program Sunathon Siri 3 Sarawak dalam Misi Perubatan dan Kemanusiaan

ini dapat dijalankan dengan jayanya serta segala aktiviti yang dirancang dan bakal dilaksanakan

menepati objektif dan mencapai sasaran supaya ianya dapat memberi impak yang berkesan dan

mendalam.

Page 10: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

10 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

LAMPIRAN I Faedah Kepada Penaja Dan Rakan Kerjasama

1. Setiap sumbangan layak mendapat Pengecualian Cukai (Rujuk Lampiran IV)

2. Program yang dijalankan sebagai tanggungjawab sosial

3. Promosi di FB, Website dan media sosial Yayasan Ikhlas

4. Siaran Media di TV 3 & Majalah 3

TAWARAN PENAJAAN

Pakej Platinum : Seluruh Sumbangan (100% sumbangan)

Syarikat / badan sebagai penyumbang Utama

Logo syarikat penyumbang akan diletakkan di Latar belakang majlis bunting banner

Hanya nama Syarikat / Badan penyumbang dan Yayasan Ikhlas sahaja disebut

Liputan media ( surat khabar ) secara eksklusif kepada syarikat

Setiap sumbangan layak mendapat Pengecualian Cukai (Rujuk Lampiran IV)

Program yang dijalankan sebagai tanggungjawab social

Promosi di FB, Website dan media sosial Yayasan Ikhlas

Siaran Media seperti di TV 3 (Majalah 3)

Syarikat penyumbang diberi slot bagi menyampaikan ucapan dalam majlis sumbangan

Penajaan seorang wakil syarikat / Badan Penyumbang ke tempat misi

Pakej Emas : Sumbangan 75% daripada keseluruhan perbelanjaan

Syarikat / badan sebagai penyumbang

Logo syarikat penyumbang akan diletakkan di Latar belakang majlis bunting banner

Setiap sumbangan layak mendapat Pengecualian Cukai (Rujuk Lampiran IV)

Program yang dijalankan sebagai tanggungjawab sosial

Promosi di FB, Website dan media sosial Yayasan Ikhlas

Siaran Media seperti di TV 3 (Majalah 3)

Syarikat penyumbang diberi slot bagi menyampaikan ucapan dalam majlis sumbangan

Pakej Perak : Sumbangan 50% daripada keseluruhan perbelanjaan

Logo syarikat penyumbang akan diletakkan di Latar belakang majlis banner

Page 11: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

11 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

Setiap sumbangan layak mendapat Pengecualian Cukai (Rujuk Lampiran IV)

Program yang dijalankan sebagai tanggungjawab sosial

Promosi di FB, Website dan media sosial Yayasan Ikhlas

Syarikat penyumbang diberi slot bagi menyampaikan ucapan dalam majlis sumbangan Pakej Gangsa : Sumbangan 25% daripada keseluruhan perbelanjaan

Logo syarikat penyumbang akan diletakkan di Latar belakang majlis banner

Setiap sumbangan layak mendapat Pengecualian Cukai (Rujuk Lampiran IV)

Program yang dijalankan sebagai tanggungjawab sosial

Promosi di FB, Website dan media sosial Yayasan Ikhlas

Pakej Lain-Lain :

Menerima sijil penghargaan dari Yayasan Ikhlas

Page 12: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

12 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

LAMPIRAN II Cadangan Belanjawan kepada 400 peserta di 4 lokasi program

Bil Butiran Harga (RM) Kuantiti Jumlah (RM)

1

Pengangkutan (KLIA – SIBU – KLIA)

Kos Pengangkutan Udara 400 40 16,000.00

Pengangkutan dari Lapangan Terbang Sibu ke Terminal Bot Sibu (Pergi & Balik)

140 20 2,800.00

Perjalanan dari Bandar Sibu ke Kapit (Bot Ekspres) – Pergi Balik

70 20 1,400.00

Perjalanan dari Bandar Kapit ke Pekan Song (Bot Ekspres) – Pergi Balik

40 20 800.00

Perjalanan sepanjang di Bandar Sibu 150 1 150.00

Makanan (6 hari) 40 20 800.00

Penginapan (5 Malam) 100 20 2,000.00

2

Pengangkutan (KLIA – SIBU – BINTULU – KLIA)

Pengangkutan dari Lapangan Terbang Sibu ke Terminal Bot Sibu

70 20 1,400.00

Perjalanan dari Bandar Sibu ke Kapit (Bot Ekspres)

35 20 700.00

Perjalanan dari Bandar Kapit ke Pekan Song (Bot Ekspres) – Pergi Balik

40 20 800.00

Perjalanan dari Kapit ke Belaga 80 20 1,600.00

Perjalanan dari Belaga ke Bintulu 80 20 1,600.00

Perjalanan sepanjang di Bandar Bintulu 150 1 150.00

Makanan (9 hari) 40 20 800.00

Penginapan (8 Malam) 100 20 2,000.00

3

Pengangkutan (KLIA – BINTULU – KLIA)

Kos Pengangkutan Udara 400 40 16,000.00

Pengangkutan dari Lapangan Terbang Bintulu ke Pekan Belaga (Pergi Balik)

160 40 6,400.00

Perjalanan dari Pekan Belaga ke Kg Asap 40 40 1,600.00

Perjalanan dari Kg Asap ke Bintulu 70 40 2,800.00

Perjalanan sepanjang di Bandar Bintulu 150 1 150.00

Makanan (5 hari) 40 20 800.00

Penginapan (4 Malam) 100 20 2,000.00

Page 13: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

13 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

4 Sunathon 70.00 400 28,000.00

5 Pemeriksaan Kesihatan [ Senarai ubat boleh dilihat LAMPIRAN iii]

- - 30,800.00

6 Pemeriksaan Dan Rawatan Gigi 30.00 400 12,000.00

7 Hygine Kit kepada kanak-kanak 7.00 400 2,800.00

8 Sumbangan kepada keluarga kurang berkemampuan

100.00 200 20,000.00

9 Program masyarakat seperti gotong royong dan aktiviti sukaneka bersama kanak-kanak

- - 1,500.00

10 Cenderahati kepada Tuai Rumah 100.00 4 400.00

11 Media (Fotografi + Banner) - - 300.00

12 Kontigensi - - 4,000.00

Jumlah Keseluruhan Belanjawan 158,550.00

Page 14: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

14 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

LAMPIRAN III Tentatif Program Sunathon Siri 3 Sarawak Bantuan Perubatan & Kemanusiaan

Kumpulan 1 : Pekan Kapit, Pekan Song & Pekan Belaga (24 Nov – 30 Nov 2018)

TARIKH MASA BUTIRAN

23 Nov 2018 (Jumaat)

- Rombongan dari Kuala Lumpur sampai ke Lapangan Terbang Sibu

24 Nov 2018 (Sabtu)

9.00 Pagi Berjumpa di sekitar Terminal Bot Sibu

11.00 Pagi Bertolak ke Bandar Kapit (Menggunakan bot ekspres)

4.00 Petang Tiba di Bandar Kapit / Check-in Hotel / Rehat / Makan

25 Nov 2018 (Ahad)

8.00 pagi Sarapan Pagi

9.00 Pagi Pemeriksaan Kesihatan dan Sunathon

1.00 Petang Makan Tengah hari / Rehat / Solat

2.00 Petang Pemeriksaan Kesihatan dan Sunathon

6.00 Petang Rehat / Solat / Makan

7.00 Malam Program Ceramah

26 Nov 2018 (Isnin)

8.00 pagi Sarapan Pagi

9.00 Pagi Pemeriksaan Kesihatan dan Sunathon

1.00 Petang Makan Tengah hari / Rehat / Solat

2.00 Petang Pemeriksaan Kesihatan dan Sunathon

6.00 Petang Rehat / Solat / Makan

27 Nov 2018 (Selasa)

7.00 pagi Sarapan Pagi

8.00 Pagi Bertolak ke Pekan Belaga (Menggunakan bot ekspres)

5.00 petang Sampai Pekan Belaga

6.00 Petang Rehat / Solat / Makan

28 Nov 2018 (Rabu)

8.00 pagi Sarapan Pagi

9.00 Pagi Pemeriksaan Kesihatan dan Sunathon di Pekan Belaga

1.00 Petang Makan Tengah hari / Rehat / Solat

2.00 Petang Pemeriksaan Kesihatan dan Sunathon

6.00 Petang Rehat / Solat / Makan

29 Nov 2018 (Khamis)

8.00 Pagi Sarapan Pagi

10.00 Pagi Bertolak ke Bintulu (Menggunakan kereta)

1.00 Petang Tiba di Bintulu / Check-in Hotel / Makan / Rehat

30 Nov 2018 8.00 Pagi Sarapan Pagi

Page 15: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

15 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

Kumpulan 2 : Pekan Kapit & Pekan Song, Sarawak (24 Nov – 27 Nov 2018)

Kumpulan 3 : Kampung Asap, Belaga (27 Nov – 30 Nov 2018)

9.00 Pagi Check-out / Bertolak ke Lapangan Terbang Bintulu

12.00 Tengah hari Balik ke KLIA

TARIKH MASA BUTIRAN

23 Nov 2018 (Jumaat)

- Rombongan dari Kuala Lumpur sampai ke Lapangan Terbang Sibu

24 Nov 2018 (Sabtu)

9.00 Pagi Berjumpa di sekitar Terminal Bot Sibu

11.00 Pagi Bertolak ke Bandar Kapit (Menggunakan bot ekspres)

4.00 Petang Tiba di Bandar Kapit / Check-in Hotel / Rehat / Makan

25 Nov 2018 (Ahad)

7.00 pagi Bertolak ke Pekan Song (Menggunakan bot ekspres)

10.00 Pagi Pemeriksaan Kesihatan dan Sunathon

1.00 Petang Makan Tengah hari / Rehat / Solat

2.00 Petang Pemeriksaan Kesihatan dan Sunathon

6.00 Petang Rehat / Solat / Makan

7.00 Malam Program Ceramah

26 Nov 2018 (Isnin)

8.00 pagi Sarapan Pagi

9.00 Pagi Pemeriksaan Kesihatan dan Sunathon

1.00 Petang Makan Tengah hari / Rehat / Solat

2.00 Petang Bergerak ke Kapit (Menggunakan bot ekspres)

6.00 Petang Rehat / Solat / Makan

27 Nov 2018 (Selasa)

8.00 Pagi Sarapan Pagi

10.00 Pagi Bertolak ke Bandar Sibu (Menggunakan bot ekspress)

1.00 Petang Tiba di Bandar Sibu

6.00 petang Check-out / Bertolak ke Lapangan Terbang Sibu

8 malam Balik ke KLIA

TARIKH MASA BUTIRAN

26 Nov 2018 (Isnin)

- Rombongan dari Kuala Lumpur sampai ke Lapangan Terbang Bintulu

27 Nov 2018 (Selasa)

9.00 Pagi Berjumpa di sekitar Bintulu

11.00 Pagi Bertolak ke Pekan Belaga

Page 16: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

16 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

3.00 Petang Tiba di Pekan Belaga / Check-in Hotel / Rehat / Makan

6.00 Petang Rehat / Solat / Makan

28 Nov 2018 (Rabu)

8.00 pagi Sarapan Pagi

9.00 Pagi Pemeriksaan Kesihatan dan Sunathon di Pekan Belaga Belaga

1.00 Petang Makan Tengah hari / Rehat / Solat

2.00 Petang Bergerak ke Kampung Asap, Belaga

6.00 Petang Rehat / Solat / Makan

29 Nov 2018 (Khamis)

8.00 Pagi Sarapan Pagi

9.00 Pagi Pemeriksaan Kesihatan dan Sunathon di Kampung Asap, Belaga

1.00 Petang Makan Tengah hari / Rehat / Solat

2.00 Petang Pemeriksaan Kesihatan dan Sunathon

6.00 Petang Rehat / Solat / Makan

30 Nov 2018 (Jumaat)

8.00 Pagi Sarapan Pagi

10.00 Pagi Bertolak ke Bintulu (Menggunakan kereta)

1.00 Petang Tiba di Bintulu / Check-in Hotel / Makan / Rehat

9.00 Pagi Check-out / Bertolak ke Lapangan Terbang Bintulu

12.00 Tengah hari Balik ke KLIA

Page 17: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

17 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

LAMPIRAN IV Senarai Ubat-Ubatan Yang Dibawa Dalam Misi Perubatan dan Sunathon

Nama Ubatan (Meds) Harga (RM) Kuantiti Jumlah (RM)

Sy mvt 60ml 8.00 160 1,280.00

Mdi salbutamol 20.00 80 1,600.00

Trisilox 10’s 2.00 320 640.00

Lms cream 25g 7.00 160 1,120.00

Normal saline eyedrop 10ml 8.50 80 680.00

T diclofenac 50mg 3.00 280 840.00

Neomycin cream 15g 8.00 80 640.00

T metronidazole 200mg 4.00 100 400.00

CMC Eyedrop 6.00 160 960.00

Syringe 5ml 1.00 160 160.00

Glucose strip (freestyle optium) 50pcs 117 40 4,680.00

T PCM 500mg 10’s 2.50 1200 3,000.00

Syrup PCM 120ml 5.00 800 4,000.00

Povidone Solution

2700.00

12 bottles

10,800.00

Lignocaine 2% 400 vial

Antibiotic Capsule 4000 caps

Panadol 4000 tabs

CMC Ointment 80

Anios or OPA Cidex 10 bottles 5 litres

Plastic basic for soaking instrument 8

TOTAL 30,800.00

Page 18: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

18 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

LAMPIRAN V Kelulusan Pengecualian Cukai Yayasan Ikhlas oleh LHDN

Page 19: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

19 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

Page 20: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

20 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

LAMPIRAN VI Gambar – gambar Aktiviti Yayasan Ikhlas Cawangan Sarawak

Misi Perubatan dan Kemanusiaan di Ulu Kota, Sarikei pada 24 – 26 Februari 2017

Page 21: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

21 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

Tinjauan di Long Jawe, Belaga

Page 22: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

22 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

LAMPIRAN VI Gambaran Konsep Program

Konsep 1: Pemeriksaan Kesihatan oleh doktor-doktor bertauliah

Konsep 2: Ceramah Kesihatan atau ceramah motivasi

Page 23: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

23 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

Konsep 3: Bersunat

Konsep 4: Aktiviti sukaneka

Page 24: SUNATHON SARAWAK SIRI 3 PROJEK MISI PERUBATAN DAN ... · Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon SUMBANGAN DANA bagi misi yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan

24 | K e r t a s K e r j a S U N A T H O N S I R I 3 S A R A W A K 2 0 1 8

Konsep 5: Gotong-royong

Konsep 6: Sumbangan umum kepada masyarakat pedalaman kepada yang kurang berkemampuan