t1a4

4
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE SEMESTER JANUARY 2014 HBEF3603: AKTIVITI 3 (T1A4) JURNAL REFLEKTIF MATRICULATION NO : 760531125518001 IDENTITY CARD NO. : 760531-12-5518 TELEPHONE NO. : 0178643128 E-MAIL : [email protected] LEARNING CENTRE : Sandakan Learning Centre

Upload: lan

Post on 21-Jul-2016

98 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: T1A4

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

SEMESTER JANUARY 2014

HBEF3603:

AKTIVITI 3 (T1A4)

JURNAL REFLEKTIF

MATRICULATION NO : 760531125518001

IDENTITY CARD NO. : 760531-12-5518

TELEPHONE NO. : 0178643128

E-MAIL : [email protected]

LEARNING CENTRE : Sandakan Learning Centre

Page 2: T1A4

JURNAL REFLEKTIF

PENULISAN JURNAL SEPANJANG TEMPOH PERLAKSANAAN TUGAS.

Isu

1. Untuk tugasan yang pertama, saya telah diminta menjalani praktikum di sekolah saya iaitu

SMK Batu Sapi, Sandakan.Saya perlu melaksanakan inovasi P&P yang dipantau dan diselia

oleh guru pembimbing yang telah dilantik dan disahkan oleh guru besar.Saya telah dipantau

secara rasmi dan berekod oleh guru pembimbing sebanyak dua kali.Saya akui sukar untuk

saya dan guru pembimbing mencari tarikh untuk pemantauan amali P&P dimana halangan

yang pertama adalah hujan yang hampir turun setiap hari dimana padang sekolah bertakung

dan dipenuhi air kerana saya telah memilih tajuk P&P kajian permulaan larian pecut yang

perlu dibuat di padang dan halangan kedua adalah kekerapan tiada di sekolah kerana tugas

rasmi yang melibatkan membawa pelajar keluar bertanding samada di peringkat zon mahupun

daerah dalam sukan dan permainan. Ini adalah kerana jawatan saya yang

dipertanggungjawabkan di sekolah adalah sebagai Setiausaha Sukan yang perlu terlibat secara

langsung dalam kegiatan permainan sukan di sekolah.

2. Untuk tugasan yang kedua, saya perlu merakan rakaman video semasa pemantauan P&P

dijalankan dan perlu menghantar rakaman video tersebut.Saya telah merakamkan

menggunakan ‘smart phone’.Kesukaran yang saya lalui adalah untuk menjadikan video ini

dalam link FLV dimana saya tidak mempunyai kemahiran tentang link ini.Selepas

mempelajari dari orang lain akhirnya saya berjaya menghasilkan rakaman ini dalam bentuk

FLV tetapi kesukaran kedua yang timbul adalah saya perlu mengecilkan saiz video rakaman

ini dan tempoh masanya kerana saiz yang dibenarkan hanya 20mb.Saya terpaksa mencuba

banyak kali sehingga berjaya dihantar tugasan ini.Video rakaman telah menjadi 5 minit sahaja

selepas dikecilkan saiz dan tempohnya sedangkan tugasan memerlukan masa 10 minit.

3. Untuk tugasan yang ketiga, saya perlu menyediakan laporan inovasi P&P yang telah

dijalankan.Saya perlu merangka terlebih dahulu tentang apa yang patut saya laporkan supaya

laporan saya menepati spefikasi dan format laporan yang betul.Saya melakukannnya dengan

berhati-hati dan teliti supaya laporan yang dihasilkan menepati standard yang ditetapkan dan

berjalan dengan baik.

Page 3: T1A4

Analisis

1. Masalah ini timbul kerana saya kekurangan masa. Ini disebabkan komitmen kepada sekolah

memandangkan sekolah baharu sahaja memasuki bulan 2, dimana merupakan bulan yang

penuh dengan aktiviti sukan dan permainan. Memandangkan saya terlibat sebagai guru

pengiring sukan, kebanyakan masa saya di habiskan buat sementara waktu dengan aktiviti

sukan. Peluang untuk saya bertemu dengan guru pembimbing agak terhad untuk

membincangkan sesuatu perkara yang berkaitan tugasan juga terbatas.

2. Masalah ini timbul kerana saya tidak mempunyai kemahiran dalam menghasilkan video

dalam bentuk flv dan tiada pengalaman dan pengetahuan dalam menghsilkan video ini.Ini

merupakan pembelajaran yang baharu kepada saya. Oleh itu amatlah sukar difahami dalam

masa yang singkat ditambah pula dengan bebanan kerja di sekolah. Ini yang menyebabkan

penghasilan video rakaman tersebut mungkin ada sedikit kekurangan dan kurang memuaskan.

Walaupun begitu, saya tetap bangga dapat menyediakan rakaman ini dan menghantar tugasan.

3. Ketika menghasilkan laporan inovasi P&P ini, masalah yang saya hadapi adalah amat

sedikit sekali kerana saya telah merangka terlebih dahulu maklumat-maklumat yang perlu

saya masukkan dalam laporan saya dan saya telah menjadikan beberapa format laporan yang

lain sebagai contoh.Oleh saya dapat menghasilkan laporan mengikut standard yang telah

ditetapkan.

Cadangan memperbaiki

1. Untuk mengatasi masalah ini, saya terpaksa melakukan kerja lebih masa di waktu malam

dan menunggu waktu yang sesuai untuk melakukan amali.Dengan cara ini sahajalah dapat

membantu saya mendapatkan maklumat tentang tajuk yang diperolehi. Saya juga meminta

pertolongan rakan-rakan sekerja mendapatkan serba sedikit maklumat.

Alhamdulillah,sekurang-kurangnya ia dapat membantu saya mendapatkan bahan.

2. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah meminta bantuan rakan-rakan yang mahir dalam

IT dan saya mempelajarinya dan melakukan ulangkaji dengan terperinci seberapa kerap yang

boleh. Walaupun begitu, pada pendapat saya pengalaman dan pengetahuan serba sedikit yang

terdapat dalam diri saya banyak membantu saya ketika menghasilkan rakaman video amali

ini.

Page 4: T1A4

3. Seperti yang jelaskan tadi, tiada masalah yang timbul ketika menghasilkan laporan inovasi

P&P. Ini kerana saya menjadikan laporan rakan-rakan saya sebagai contoh dan sumber

rujukan. Ini memudahkan saya menghasilkan laporan yang baik.

Tindakan susulan

1. Tindakan susulan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan cuba membahagikan masa agar

dapat mencari waktu yang sesuai dan kerap bertemu dengan guru pembimbing. Masa rehat

terpaksa dikurangkan begitu juga waktu tidur. Saya dapati inilah cara terbaik untuk saya

menyiapkan kerja ini.

2. Sekiranya ada masa senggang diantara kelas, saya selalu meminta penerangan daripada

rakan sekolah saya yang arif dalam menghasilkan rakaman ini. Dengan pertolongan mereka,

dapatlah menambah pengetahuan saya.

kesimpulan

Terima kasih di ucapkan kepada tutor, kawan-kawan, rakan sekerja dan juga semua individu

yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Alhamdulilah, akhirnya dapat di

siapkan juga tugasan ini. Apa yang dapat dirumuskan disini ialah, kerja yang berat akan

menjadi mudah jika bekerjasama. Bak kata pepatah “bersatu membawa maufakat” yang

membawa maksud jika kita bersatu, pasti hidup akan menjadi mudah.