t1a4

Upload: anizan-che-mat

Post on 13-Oct-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

epic

TRANSCRIPT

FAKULTI :PENDIDIKKAN DAN BAHASA

SEMESTER / TAHUN SEPTEMBER / 2012

KOD KURSUSHBEF2803

TAJUK KURSUSPERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN( JURNAL REFLEKTIF )

TUTOR :PN. FADZILAH BT. ABDULLAH

DI SEDIAKAN OLEH :ANIZAN BT CHE MATNO. MATRIKULASI : 770805035800001NO. KAD PENGNEALAN: 770805035800NO. TELEFON: 0129601122E-MEL: [email protected] PEMBELAJARAN: KELANTAN LEARNING CENTRE

ANIZAN BT CHE MAT770805035800~HBEF2803~

~2~PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

JURNAL REFLEKTIFPerayaan Tahun Baru Cina merupakan satu-satunya perayaan yang disambut oleh bangsa Cina di negara Kita. Ia merupakan satu perayaan yang disambut oleh Kaum Cina di seluruh dunia. Sejak kecil, setiap awal tahun saya melihat orang Cina menyambut Tahun Baru Cina, menerima angpau, memakai pakaian merah dan bermain mercun(dulu). Dalam hati kecil saya, seronoknya Tahun Baru Cina. Awal-awal lagi mereka meriang-ria dengan perayaan mereka. Ada duit angpau, dapat pakaian baru dan dapat makan dan minum dengan seronok. Kami, terpaksa puasa 1 bulan barulah dapat menikmati segala-gala kegembiraan.Kini, sudah dewasa, saya kenali Tahun Baru Cina merupakan satu perayaan yang menunjukkan kebudayaan dan kepercayaan kaum Cina. Selepas melengkapi tugasan HBEF 2803 ini, saya dapat mengenali Tahun Baru Cina ini lebih mendalam. Biarpun asal-usulnya bermula dengan cerita dongeng, tetapi ia dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada bangsa lain bahawa cara hidup orang Cina pada masa dulu kala dan sebab-sebab mereka berbuat demikian. Melihat kembali maklumat yang saya dapat dari internet, kaum Cina menyediakan mercun, pakaian merah, menunggu kedatangan nian, kini mereka akan menyediakan chun lian, menghiasi rumah dengan bahan merah, pakai merah, makanan yang disediakan juga melambangkan ong atau baik untuk menyambut perayaan ini. Pada pagi perayaan penduduk kampung saling berkunjung bertanya khabar untuk mengambil berat tentang keselamatan masing-masing. Nilai kerjasama, hormat-menghormati dan semangat bermasyarakat yang ditunjukkan sampai kini masih dapat kita lihat. Contohnya sebelum perayaan, kaum Cina bergotong-royong membersihkan kawasan rumah, membawa buah tangan sebelum atau semasa menziarahi rumah saudara-mara.Setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang 15 hari ini semuanya untuk mendidik warga muda agar mengingati peristiwa yang telah dilalui oleh nenek moyang, bersyukur dan berterima kasih kepada tuhan kerana telah melindungi anak cucu sepanjang tahun, menyayangi warga tua dan muda dan mementingkan ikatan persaudaraan.Suasana sambutan yang saya alami di rumah nenek Foo semasa hari perayaan baru-baru ini cukup gembira. Setiap warga kumpul di rumah, berbual-bual dan sibuk mengambil gambar sebagai kenangan. Keadaan ini cukup manis dipandang. Saya dapat rasa kebahagiaan keluarganya. Selepas menjalani kajian terhadap Tahun Baru Cina, saya dapat tahu terdapat juga perkara yang tidak dijalankan oleh kaum Cina di Malaysia seperti mana yang terdapat di dalam maklumat internet iaitu penduduk Malaysia tidak makan Jiao Zi seperti orang Cina di negara Cina. Pada pendapat saya, keadaan ini berlaku mungkin sebab perubahan zaman dan cara hidup dan kebudayaan orang Cina di Malaysia sudah berubah. Pada malam Hari ke-8, puak Hokkian akan mengadakan upacara sembahyang Tian Kong secara besar-besaran di rumah atau pun di tokong. Puak lain seperti Kantonis, Hakka, Fu Zhou tidak membuat upacara sembahyang ini. Di Pulau Pinang, ramai Puak Hokkian, maka setiap tahun ramai orang berkunjung ke tokong. Di Kelantan keadaannya tidaklah semeriah itu. Mereka mula sembahyang pada pukul 12.00 malam. Dengar kata guru-guru SJK, ramai pelajar yang tidak hadir pada keesokan hari kerana pergi sembahyang hingga 2 pagi. Sayangnya saya tidak dapat mengambil gambar-gambar suasana sembahyang. Hari terakhir perayaan - Chap Goh Mei, Kaum Cina di Kelantan tidak ada apa-apa aktiviti. Tetapi di Kuala Lumpur atau bandar-bandar besar seperti Melaka yang ramai orang Cina, ada juga persembahan menyanyi dan menari di Dewan Perniagaan Orang Cina atau di Chine-town bandar tempat-tempat tertentu. Mengikut maklumat yang saya dapat, di Negara Cina, Hong Kong dan tempat yang mempunyai ramai orang Cina, sepanjang jalan utama masih dihiasi bahan-bahan raya, teka-teki tergantung pada tang-lung. Sesiapa yang dapat mendapat jawapan yang tepat, dia boleh tuntut tang-lung tersebut. Biasanya ramai pemuda-pemudi suka merayau-rayau sepanjang jalan. Sayangnya keadaan tiada di Kelantan.Melalui pengalaman kali ini, saya ternampak juga sedikit hakisan nilai dan amalan yang berlaku semasa perayaan. Iaitu:1 Bergotong-royong untuk menyediakan kuih raya. Dari perbualan dengan nenek Foo, mereka sudah tidak menyediakan kuih raya secara gotong-royong. Sedangkan keluarga saya masih mengekalkan keadaan ini, terutamanya semasa menyediakan kuih ketupat. Perubahan zaman telah menyebabkan suri rumah sekarang sibuk beli atau membuat kuih untuk mencari rezeki sebelum perayaan. Seperti menantu nenek Foo, seorang peniaga. Sentiasa sibuk dengan urusan perniagaan, sudah pasti setiap kuih raya terpaksa beli walaupun nenek Foo pandai buat kuih tapi kerana sayang akan mak yang sudah berusia. Maka inilah cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah ini. 2 Penghantaran kad raya sudah kian lesap. Perkembangan industri perhubungan yang kian mengembang menyebabkan pemuda-pemudi sekarang sibuk menghantar SMS dan e-kad melalui i-phone, i-pad atau komputer sebagai tanda persahabatan untuk menjalinkan hubungan. Hanya sekumpulan kecil warga peniaga dan warga yang masih menghantar kad raya sebelum perayaan untuk menanya khabar.3 Oleh sebab penggunaan telefon pintar dan komputer, ia telah menyebabkan anak-anak kecil sibuk bermain alat permainan contohnya PSP, Game boy, permainan dalam i-pad. Mereka tidak kenal permainan tradisional dan tindakan dua hala antara budak-budak lebih kepada telefon pintar yang mereka pegang. Mereka tidak pandai melayan pendatang dan tidak kenal saudara yang telah datang. Komunikasi bersemuka berlaku hanya sekejap.

Selepas memahami perayaan Tahun Baru Cina dan nampak kelebihan dan kekurangan yang berlaku pada perayaan ini, sebagai seorang guru di negara Malaysia yang berbilang bangsa saya rasa adalah tanggungjawab saya untuk memperkenalkan setiap perayaan yang disambut oleh bangsa di Malaysia. Kajian saya tidak patut berhenti selepas ini, saya harus mengenali setiap perayaan secara mendalam dan juga akan memperkenalkan perayaan melalui pengajaran dan pembelajaran saya contohnya,1 Mengajar anak murid saya membuat alat hiasan tang-lung yang diperbuat daripada kertas angpau semasa kelas seni.2 Mengajar murid membuat kad ucapan dan hantar kepada guru bangsa Cina dan kawan atau jiran mereka yang berbangsa Cina agar hantaran kad ucapan ini masih dijalankan oleh setiap orang. 3 menggalakkan mereka bermain permainan tradisi dengan kawan dan memperkenalkan permainan sendiri kepada kawan bangsa lain.4 Menggalakkan pelajar saya mempelajari tulisan kaligrafi kaum Cina.5 Memberi kesedaran bahawa pentingnya pemahaman antara agama, budaya dan adat resam setiap bangsa di negara kita.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak universiti kerana memberi satu tugasan yang begitu bermakna kepada saya, agar saya dapat mempelajari banyak ilmu. Bukan sekadar mengenali perayaan agama lain, malah memberi peluang kepada saya mempelajari cara merakam temu-bual dan merakam video. Di sini, saya juga berterima kasih kepada kawan saya En. Eui sekeluarga kerana membenarkan saya bertemu-ramah ahli keluarganya dan tolong mengambil dan memberi kebenaran kepada saya untuk membuat video dengan gambar-gambar ahli keluarganya.