t1 pn kompos

7
KOMPOS TINGKATAN 1 KOMPOS Maksud Kompos : Sejenis baja organik hasil dari pereputan bahan-bahan sisa seperti sisa-sisa tanaman/tumbuhan, sisa-sisa makanan dan najis ternakan. Kepentingan Kompos : 1. Menambahkan kesuburan tanah. 2. Memperbaiki struktur tanah dan sistem pengudaraan. 3. Memperbaiki saliran tanah liat. 4. Sebagai baja untuk menggantikan baja kimia. Bahan Kompos : Terdiri dari bahan yang mudah reput seperti : i.Sisa tumbuhan - Seperti jerami padi, rumput, daun, pelepah, batang jagung, tandan KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU -PERTANIAN

Upload: cikgu-liza

Post on 26-Jun-2015

1.126 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

KOMPOS TINGKATAN 1

KOMPOS

Maksud Kompos :

Sejenis baja organik hasil dari pereputan bahan-bahan sisa seperti sisa-sisa tanaman/tumbuhan, sisa-sisa makanan dan najis ternakan.

Kepentingan Kompos :

1. Menambahkan kesuburan tanah.2. Memperbaiki struktur tanah dan sistem

pengudaraan.3. Memperbaiki saliran tanah liat.4. Sebagai baja untuk menggantikan baja kimia.

Bahan Kompos :Terdiri dari bahan yang mudah reput seperti : i.Sisa tumbuhan

- Seperti jerami padi, rumput, daun, pelepah, batang jagung, tandan kelapa sawit kosong dan hasil pertanian yang rosak.

ii.Sisa makanan- Kulit buahan, lebihan makanan, bahan sayuran,

ikan dan udang yang tidak diperlukan.iii.Najis ternakan

- Tahi lembu, tahi ayam dan tahi kambing.iv . Kapur

- Kapur tohor, kapur mati dan dolomite.

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU -PERTANIAN

KOMPOS TINGKATAN 1

Pembinaan Kompos

Persediaan sebelum membina kompos- Kenal pasti dan pilih lokasi (jauh dari bangunan

kediaman untuk mengelakkan gangguan bau).- Boleh dibina secara terbuka atau di petak khas.

Langkah-langkah membina kompos 1. Kumpulkan bahan yang diperlukan untuk membuat

kompos.2. Potong halus bahan kompos sama ada

menggunakan mesin chipper atau kaedah konvensional (menggunakan parang).

3. Bina lapisan asas (10sm – 15sm) dari bahan seperti batang jagung atau pelepah palma.

4. Kemudian lapiskan dengan sisa tanaman (10sm – 15sm)

5. Lapiskan pula sisa makanan setebal 10sm-15sm.6. Kemudian lapiskan dengan najis ternakan setebal

2.5sm – 5sm.7. Ulangi langkah 3 hingga 6 sehingga mencapai

ketinggian timbunan 1.2 meter. Najis ternakan dan kapur ditabur secara berselang-seli.

8. Siram binaan kompos sehingga lembap.9. Akhirnya, tutup bahagian atas kompos dengan

bahan kasar seperti langkah 1. Jika binaan kompos terletak di kawasan terbuka,

sila tutup dengan plastik.

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU -PERTANIAN

KOMPOS TINGKATAN 1

Pengurusan Kompos

Untuk mencapai kejayaannya, timbunan kompos hendaklah diurus dengan betul.

Keadaan yang sentiasa lembap diperlukan untuk pembiakan mikroorganisma.

Semasa pereputan, suhu dalam timbunan meningkat antara 60 – 70ºC dalam tempoh 4 – 5 hari. Suhu ini akan beransur turun kepada suhu biasa dalam 30 hari.

Menguji Kejayaan Kompos

Proses pengujian dilakukan selepas 4 – 5 hari kompos dibina menggunakan kayu yang licin dan kering sepanjang 1 meter.

Keadaan batang kayu

Keterangan Tindakan

Batang kayu panas dan lembap

Bahan kompos sedang diurai

Biarkan proses pereputan berlaku

Batang kayu kering dan sejuk

Proses uraian dan reputan tidak berlaku

Timbunan kompos perlu dibina semula

Batang kayu panas dan kering

Timbunan kompos memerlukan air siraman

Siram dengan air

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU -PERTANIAN

KOMPOS TINGKATAN 1

Membalik-balikkan timbunan kompos

Timbunan kompos perlu dibalik-balikkan, digaul dan dibina semula selepas 4 minggu. Tujuannya:a. Memastikan pereputan sekata dan sempurna.b. Memperbaiki saliran dan pengudaraan.

Bina semula timbunan kompos.

Timbunan baru ini perlu diuji selepas 4 hari. Biarkan selama 4 – 5 minggu sehingga bahan kompos reput semuanya.

Kompos yang baik

a. Berwarna hitam.b. Kesemua bahannya reput.c. Tidak berbau.

Penggunaan Kompos

1. Sebagai baja asas dengan mencampur terus ke dalam tanah ( 1kg untuk 1 meter persegi).

2. Sungkupan – diletakkan di sekeliling pokok atau permukaan batas.

3. Sebagai bahan untuk membina kompos yang baru.

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU -PERTANIAN