syeikh mutawalli sya_rawi (wafat 1419h

12
http://www.alraufi.blogspot.com/ Syeikh Mutawalli Sya'rawi (wafat 1419H), Lampu Kebenaran (Kealiman Yang Dikagumi, Kematian Yang Ditangisi) Syeikh Mutawalli Sya'rawi dilahirkan pada 15 April 1911/12 Rabiul Akhir 1328H di Daqadus, daerah Mit Ghamir, Negeri Daqaliyyah, Mesir. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Mutawalli Sya’rawi Husaini yang nasab keturunan bapanya sampai kepada Husain bin ‘Ali . Beliau dibesarkan di kalangan keluarga petani namun kedua orang tuanya terkenal sebagai orang yang soleh dan mulia. Semasa Kecil dan Pendidikannya Syeikh Sya'rawi tamat menghafaz al-Quran ketika berusia 11 tahun. Pada tahun 1916, beliau telah memasuki Sekolah Rendah Zaqaziq dan berjaya memperolehi Sijil Sekolah Rendah pada tahun 1923 dan kemudiannya memasuki sekolah peringkat menengah. Beliau terkenal dengan seorang yang sukakan syair dan kesusasteraan ‘Arab sehingga rakan- rakannya melantik beliau menjadi Ketua Persatuan Pelajar dan Ketua Persatuan Kesusasteraan di daerah Zaqaziq. Syeikh Sya'rawi mengambarkan kampungnya yang begitu indah dengan pemandangan, subur dengan tanaman hijau-hijauan di perlembahan Sungai Nil. Sejak kecil lagi beliau dikenali dengan nama Asy-Syeikh Al-Amin (yang amanah) dan pernah dipenjara ketika beliau menuntut di Ma'had Zaqaziq selama sebulan akibat mengadakan sambutan sempena mengingati Saad Zaghlul, seorang ulama’ al-Azhar yang pada ketika itu berjuang menentang kerajaan. Satu peristiwa yang terpenting dalam hidupnya yang berubah segala-galanya apabila keinginan bapanya untuk meminta beliau melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar di Kaherah sedangkan beliau hanya ingin tinggal bersama-sama saudaranya di kampung dan menjadi

Upload: syaz84

Post on 24-Apr-2015

50 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tokoh

TRANSCRIPT

Page 1: Syeikh Mutawalli Sya_rawi (Wafat 1419H

http://www.alraufi.blogspot.com/

Syeikh Mutawalli Sya'rawi ���� (wafat 1419H), Lampu Kebenaran (Kealiman Yang Dikagumi, Kematian Yang Ditangisi)

Syeikh Mutawalli Sya'rawi � dilahirkan pada 15 April 1911/12 Rabiul

Akhir 1328H di Daqadus, daerah Mit Ghamir, Negeri Daqaliyyah, Mesir. Nama sebenarnya

ialah Muhammad bin Mutawalli Sya’rawi Husaini � yang nasab keturunan bapanya sampai

kepada Husain bin ‘Ali �. Beliau dibesarkan di kalangan keluarga petani namun kedua orang

tuanya terkenal sebagai orang yang soleh dan mulia.

Semasa Kecil dan Pendidikannya

Syeikh Sya'rawi � tamat menghafaz al-Quran ketika berusia 11 tahun. Pada tahun

1916, beliau telah memasuki Sekolah Rendah Zaqaziq dan berjaya memperolehi Sijil Sekolah

Rendah pada tahun 1923 dan kemudiannya memasuki sekolah peringkat menengah. Beliau

terkenal dengan seorang yang sukakan syair dan kesusasteraan ‘Arab sehingga rakan-

rakannya melantik beliau menjadi Ketua Persatuan Pelajar dan Ketua Persatuan

Kesusasteraan di daerah Zaqaziq.

Syeikh Sya'rawi � mengambarkan kampungnya yang begitu indah dengan

pemandangan, subur dengan tanaman hijau-hijauan di perlembahan Sungai Nil.

Sejak kecil lagi beliau dikenali dengan nama Asy-Syeikh Al-Amin (yang amanah) dan

pernah dipenjara ketika beliau menuntut di Ma'had Zaqaziq selama sebulan akibat

mengadakan sambutan sempena mengingati Saad Zaghlul, seorang ulama’ al-Azhar yang

pada ketika itu berjuang menentang kerajaan.

Satu peristiwa yang terpenting dalam hidupnya yang berubah segala-galanya apabila

keinginan bapanya untuk meminta beliau melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar di Kaherah

sedangkan beliau hanya ingin tinggal bersama-sama saudaranya di kampung dan menjadi

Page 2: Syeikh Mutawalli Sya_rawi (Wafat 1419H

http://www.alraufi.blogspot.com/

petani. Menurutnya, tidak ada bagi seorang kanak-kanak cita-cita atau keinginan tertentu.

Baginya hanya apa yang ada di sekeliling iaitu untuk menjadi petani dan bekerja di situ.

Tetapi keinginan ayahnya yang inginkan beliau belajar di Kolej Al-Azhar apabila beliau telah

tamat menghafaz Al-Quran. Namun keinginan beliau untuk menjadi petani menjadikannya

membuat berbagai helah agar tidak masuk ke Kolej Al-Azhar. Beliau telah memasukkan

habuk tanah ke dalam matanya agar menjadi rabun dan ditolak semasa peperiksaan

kesihatan. Namun helah ini juga tidak berjaya kerana kolej itu menerima orang buta. Helah

kedua ialah gagap dan berbuat lupa ketika ujian hafalan al-Quran. Namun guru tersebut

tetap menerimanya sebagai pelajar. Helah ketiga ialah meminta ayahnya membeli kitab-

kitab yang besar dan mahal harganya di kedai dengan mengatakan ini adalah silibus kolej.

Lalu dibeli oleh ayahnya. Apabila pulang ayahnya berkata : “ Wahai Amin (gelaran yang

diberikan oleh ayahnya), janganlah kamu menyangka aku lupa bahawa semua buku-buku

tersebut bukanlah silibus untuk kamu. Harga buku silibus kamu tidak sampai 37 Qurus

sahaja. Tetapi, wahai anakku, semoga Allah memanfaatkan kamu dengan buku-buku ini.”

Inilah peristiwa yang merubah hidupnya untuk mendalami ilmu dan membaca buku-

buku yang muktabar. Beliau telah memasuki Kolej Agama Zaqaziq pada tahun 1930an dan

mendapat sijil agama pada tahun 1936.

Beliau telah memasuki Kuliah Bahasa ‘Arab pada tahun 1937 dan beliau aktif dalam

persatuan pelajar di Universiti Al-Azhar. Beliau menjadi graduan pada tahun 1941 dan

menyambung pelajaran dalam Pengkhususan Bahasa ‘Arab (peringkat M.A) dan berjaya

dalam tahun 1943. Beliau pernah dipenjara ketika beliau menuntut di Ma'had Zaqaziq selama

sebulan akibat mengadakan sambutan sempena mengingati Saad Zaghlul, seorang ulama’ Al-

Azhar yang pada ketika itu berjuang menentang kerajaan. Apabila ia tamat graduan, beliau

bertugas sebagai guru agama di Kolej Tanta, kemudian berpindah di Kolej Zaqaziq,

kemudian berpindah ke Kolej Agama Iskandariah. Pada tahun 1950, beliau menjadi guru di

Kolej al-Anjal di Arab Saudi dan kemudian menjadi pensyarah syariah di Universiti Ummul

Qura, Mekkah. Beliau mengajar di situ sehingga tahun 1963. Al-Sya’rawi � mengambarkan

bahawa kuliah Syariah ini terletak berhampiran dengan Masjidil Haram. Ketika saya

mengajar, saya dapat melihat dengan jelas Kaabah dan ini memberi kesan yang besar

terhadap jiwa saya, jiwa para guru dan pelajar-pelajar di situ. Pada waktu itu, tidak

terlepas seditikpun dari mengingati Allah dan rasul-Nya.

Page 3: Syeikh Mutawalli Sya_rawi (Wafat 1419H

http://www.alraufi.blogspot.com/

Pada tahun 1963, apabila berlaku krisis antara Gamal ‘Abdul Naser. Presiden Mesir

dengan Raja Saud, maka Gamal ‘Abdul Naser melarang beliau untuk ke Arab Saudi dan

melantik beliau menjadi Pengarah di Pejabat Syeikh al-Azhar Syeikh Hassan Makmun.

Kemudian beliau bertugas di Algeria sebagai Wakil Al-Azhar dan menetap di sana selama

tujuh tahun. Apabila beliau pulang ke Mesir, beliau dilantik menjadi Pengarah Kementerian

Wakaf, Negeri Gharbiyyah kemudian menjadi wakil bahagian Dakwah dan Pemikiran dan

kemudian menjadi wakil Al-Azhar. Selepas itu, beliau pergi ke ‘Arab Saudi untuk mengajar di

Universiti Raja ‘Abdul Aziz.

Hikmah Anugerah Allah

Beliau telah dikurniakan oleh Allah � dengan ilmu yang tinggi, ingatan

yang kuat serta peribadi yang sempurna. Sewaktu beliau menjawat Menteri Waqaf Mesir

pada November 1976 , seorang doktor pernah berkata : "Aku bimbang apabila kamu

menjawat jawatan ini, ia akan menyibukkan kamu dalam banyak perkara". Lalu Syeikh

Sya'rowi � menyatakan : "Bertenang! Sesungguhnya mereka (kesibukan) tidak akan dapat

menewaskan aku."

Syeikh Sya'rawi � menjadi Menteri Waqaf Mesir selama 2 tahun, walaupun demikian,

jawatan tersebut tidak mengubah pendiriannya sedikitpun. Beliau merupakan seorang yang

amat pemurah dan menafqahkan gaji yang diperolehi kepada pelajar-pelajar dan orang-

orang faqir. Beliau juga amat cinta kepada kaum keluarga Nabi j. Beliau lebih gemar

tinggal berhampiran dengan kawasan Hussain dan sentiasa menziarahi maqam Saiyyidah

Nafisah serta sentiasa menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid

Hussain.

Syeikh Sya'rawi juga merupakan seorang peniaga yang berjaya. Salah seorang

anaknya, Ahmad berkata bahawa ayahnya telah mengkhaskan gaji kepada beberapa orang

Page 4: Syeikh Mutawalli Sya_rawi (Wafat 1419H

http://www.alraufi.blogspot.com/

penduduk yang tinggal di Kaherah, Tanta dan Doqdus (kampung beliau). Beliau juga

mengkhaskan bayaran ceramah di radio-radio dan televisyen serta tulisan-tulisan dalam

akhbar-akhbar dan majalah-majalah untuk kebajikan. Wang 250 juta Pound Mesir (lebih

kurang 73 juta Us Dollar) yang merupakan hadiah daripada Raja Dubai telah didermakan

sebanyak 500,000 Junaih (lebih kurang 146,000 Us Dollar) kepada pelajar-pelajar Al-Azhar

dan yang selebihnya telah didermakan kepada Kementerian Waqaf bagi diedarkan kepada

penghafaz-penghafaz Al-Quran.

Beliau menjadi menteri sehingga tahun 1978 selama dua tahun. Beliau memegang

jawatan ini bukan kerana kepentingan dunia dan dikenali sebagai seorang menteri yang

mudah berinteraksi dan bertanggungjawab. Pintu pejabatnya sentiasa untuk para ulama’,

kawan-kawan dan pelajar-pelajar untuk berbincang dengannya. Walaupun menjawat

jawatan menteri, jawatan tersebut tidak mengubah pendiriannya sedikitpun. Beliau

merupakan seorang yang amat pemurah dan menafkahkan gajinya kepada para pelajar dan

orang miskin.

Beliau juga terkenal sebagai seorang dermawan dan membuat kebajikan. Beliau

mendirikan di kampungnya Daqadus Maahad Al-Azhar, Sekolah Tahfiz, Masjid dan Pusat

Kesihatan untuk orang Miskin. Royalti buku-buku beliau didermakan untuk kebajikan.

Menurut anaknya, Ahmad bahawa bapanya telah mengkhaskan daripada gajinya

kepada beberapa orang penduduk yang tinggal di Kaherah, Tanta dan kampungnya. Malahan

wang yang diperolehi dari ceramah-ceramah, royalti buku dan majalah disedekahkan untuk

orang ramai. Beliau pernah menafkah wang berjuta dolar yang dihadiahkan oleh Raja Dubai

untuk aktiviti dakwah.

Mengenai kenapa beliau tidak memakai pakaian rasmi Al-Azhar (iaitu berjubah dan

serban Merah), beliau menjawab sememangnya beliau menyukai pakaian rasmi Al-Azhar

namun setelah beliau dituduh ingin merebut jawatan Syeikh Al-Azhar maka beliau

menanggalkan pakaian tersebut untuk selamanya. Hal ini terjadi kerana beliau memberikan

ciri-ciri dan syarat-syarat kelayakan untuk menjawat jawatan Syeikh Al-Azhar kepada Anwar

Sadat, Setelah itu orang beranggapan bahawa beliau menginginkan jawatan tersebut.Oleh

kerana itu, untuk membuktikan keikhlasannya beliau menanggalkan pakaian yang amat

disukainya.

Page 5: Syeikh Mutawalli Sya_rawi (Wafat 1419H

http://www.alraufi.blogspot.com/

Bintang Pujaan

Syeikh Sya'rawi muncul dalam kegawatan politik dan banyak meninggalkan jasa dan

kenangan. Beliau juga adalah seorang Syeikh yang berjaya memenangi hati jutaan rakyat

Mesir, orang Arab dan Muslim umumnya. Melalui pegangannya yang begitu kuat kepada Al-

Quran dan kebolehannya dalam membakar semangat melalui ucapan yang ringkas dan bernas

dan tulisannya yang sesuai untuk semua.

Setiap hari Jumaat selama 20 tahun, beliau muncul dalam "Khawater Sya'rawi" di

Masjid Arba'een di kampungnya dan dua masjid di Kaherah. Beliau selalu berkhutbah dan

mentafsir Al-Quran sehingga berjaya memikat pendengarnya yang terdiri dari kalangan

masyarakat biasa. Sungguhpun begitu, para pendengar dari kumpulan sekular yang intelek

seperti Syeikh Al-Qimani, sentiasa memerhatikan setiap pergerakan dan kenyataannya

seterusnya melaporkannya ke pejabatnya yang terletak di Jalan Al-Ahram di Giza.

Menurut bekas pembantu editor majalah Ras Al-Yusuf, Adel Hamanda, Syeikh Sya'rawi

umpama bintang (Bintang Agama). Beliau mempunyai banyak maklumat dan berjaya menarik

perhatian orang ramai.

Bersama Pemuda

Beliau adalah seorang ulama’ yang rapat dengan golongan pemuda. Beliau sering

mengadakan perjumpaan dan nadwah dengan mereka sehinggakan beliau sendiri yang

menjadi ketua yang pertama Majlis Kelab Sukan Daqadus ketika mula-mula ditubuhkan.

Sifat Peribadi dan Rahsia Dirinya

Syeikh Sya’rawi � adalah merupakan Saiyidul Abidin yang dikurniakan

dengan limpahan cahaya dan dapat melihat dengan cahaya Allah �. Sahabat akrabnya

pernah beberapa kali mengintip perbuatannya di waktu malam. Ternyata didapati beliau

Page 6: Syeikh Mutawalli Sya_rawi (Wafat 1419H

http://www.alraufi.blogspot.com/

tidak tidur malah didapati sedang asyik sujud mengabdikan diri kepada Allah �. Beliau

menghidupkan malamnya dengan berdiri, rukuk, sujud dan membaca Al-Quran sepanjang

malam sehingga mencapai 70 rakaat sembahyang bertahajjud kepada Allah �.

Sewaktu di Madinah Munawwarah dan Mekah, beliau berjalan tanpa menggunakan alas kaki

sedangkan darjah kepanasan pada masa tersebut terlalu panas lebih kurang 50 C kerana

memuliakan tempat tersebut. Maha Besar Allah sewaktu di Masjidil Haram beliau tidak

melaksanakannya seperti orang lain yang pada kebiasannya bertawaf sebanyak tujuh kali.

Rasa cintanya dengan Allah terlalu mendalam, walaupun dalam keadaan panas yang amat

terik beliau mampu bertawaf sehingga 14, 21 dan 28 kali. Beliau pernah melarang maqam

Nabi Ibrahim dipindahkan dari tempatnya dengan berpendapat bahawa maqam tersebut

adalah tempat peribadatan haji dan tidak boleh diubah.

Beliau menyayangi kanak-kanak dan insan lain lebih dari anak-anaknya sendiri.

Kecintaannya terhadap Rasulullah j terlalu mendalam sehinggakan beliau sentiasa

bertasbih dan bersalawat kepadanya. Insan yang benar-benar ingin mendekatkan dirinya

kepada Tuhan seharusnya menjadikan beliau antara contoh muqarrabin yang selayaknya

diikuti. Beliau juga adalah seorang yang mantap ilmunya, kuat ingatannya dan insan kamil

lagi mutakamil. Sewaktu membeli beliau tidak mengambil baki wang yang dihulurkan malah

menyenangkan orang lain dalam muamalahnya. Sifat dermawannya tidak dapat disangkal

lagi malah beliau adalah orang yang tidak pernah jemu menyalurkan gajinya di jalan Allah

dengan menafkahkannya kepada faqir miskin di Daqadus dan tempat-tempat lain yang

memerlukan. Namun beliau bukanlah seorang yang berbangga dengan amalnya malah beliau

sentiasa menutupi setiap sumbangannya agar tidak diketahui oleh ‘tangan kirinya’.

Beliau memegang jawatan wazir hanya dari tahun 1976 hingga 1978 kerana

memandangkan jawatannya ini tidak memberikan sesuatu kesan untuk dia melaksanakan

Islam dengan baik. Bahkan beliau jarang dapat pulang kekampungnya dan melihat

keluarganya. Sewaktu diminta oleh sahabatnya untuk membela dirinya yang difitnah pada

masa tersebut, beliau akan memperingatkan sahabatnya dengan Ayat Allah � yang

bermaksud “Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman dan yang sentiasa

mendoakan bagi mereka yang sesat akan mendapat hidayah dan petunjuk dariNya”.

Tidak sampai sebulan sebelum kematiannya, sahabat karibnya, Muhammad As Sa’di

menemuinya di hospital dan menceritakan kembali kepadanya tentang mimpinya bertemu

Page 7: Syeikh Mutawalli Sya_rawi (Wafat 1419H

http://www.alraufi.blogspot.com/

dengan Saidatina Zainab ���� ا� �ر yang telah berkata kepadanya “ Katakanlah kepada

Sya’rawi, janganlah takut ”. Ternyata beliau masih ingat dengan mimpi tersebut yang

menunjukkan beliau bukanlah seorang yang mudah terlupa.

Mujaddid Kurun Ke-20

Allah � telah menzahirkan baginya ilmunya, kefahaman yang mendalam, cahaya

hatinya penjagaan lisannya dan mewarisi akhlak Rasulullah j. Beliau sering memberi

nasihat dengan firman Allah � yang memberi maksud “Katakanlah dan Aku tidak meminta

dari mereka sebarang balasan kecuali berkasih sayanglah sesama saudara kaum kerabat”.

Kesufiannya amat tinggi. Ketika ditanya oleh As-Sanrawi �, “Apakah dia jalan suluk kepada

Allah?. Beliau menjawab “Apabila kamu mengosongkan dirimu dari sebarang pergantungan

dan menghiasinya dengan manhaj Allah. Maka Allah akan melimpahkan bagimu limpahanNya

yang Maha Agung”. Beliau merupakan imam yang sufi dan zuhud. Selepas meninggalkan

jawatannya dalam wazir, beliau berkhidmat sebagai ulama’ Al-Azhar. Namun beliau enggan

memakai pakaian Al-Azhar dan beliau hanya memakai kopiah dan jubahnya.

Pandangan Sahabat dan Ulama Mengenainya

Ahmad Bahjat menyifatkan Syeikh al-Sya’rawi � seorang ahli tafsir semasa yang dapat

menafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan uslub yang mudah difahami oleh orang umum.

Sementara Omar Hashim, bekas Rektor al-Azhar menyifatkannya sebagai seorang mujadid

abad ini. Yusuf Al-Qaradawi menyifatkan Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi � seorang ahli Al-

Quran. Beliau merupakan seorang yang dikurniakan Allah kefahaman Al-Quran dan rahsia-

rahsianya serta pandangan-pandangannya mempunyai kesan kepada masyarakat umum, sama

ada golongan terpelajar mahupun tidak. Tidak semua orang yang membaca Al-Quran dapat

menyelami makna-makna kecuali diberikan Allah kefahaman tersebut. Dan Syeikh al-

Sya’rawi � adalah orangnya yang diberikan Allah kurniaan tersebut. Menurut al-Qaradawi,

Syeikh Al-Sya’rawi � keseluruhan hidupnya adalah untuk berkhidmat kepada agama Islam

dan menyebarkan ilmu dan kematian ulama’ merupakan satu kehilangan besar dan musibah

kepada umat kerana apabila Allah menarik ilmu adalah dengan kematian ulama’. Apatah lagi

dalam masa terdekat beberapa ulama’ lainpun telah meninggal dunia sebelumnya seperti

Syeikh Muhammad al-Ghazali, Syeikh Khalid Muhammad Khalid, Syeikh Jad al-Haq Ali Jad al-

Haq (Syeikh al-azhar), Syeikh ‘Abdullah bin Zayd Ali Mahmud, Syeikh ‘Abdul Fatah Abu

Ghadah �. Menurutnya lagi, sememanng ada yang bersepakat dengan Syeikh al-Sya’rawi �

Page 8: Syeikh Mutawalli Sya_rawi (Wafat 1419H

http://www.alraufi.blogspot.com/

dan ada yang berbeza pendapat dengannya seperti pandangannya mengenai pemindahan

organ. Beliau tidak bersetuju pemindahan organ. Beliau juga tidak bersetuju untuk

mengambil pendekatan menentang kerajaan dan mengambil pendekatan tadaruj sedangkan

ada sesetengah golongan inginkan pendekatan kekuatan dan menentang pemerintah.

Perkara ini sudah tentu berbeza dengan Syeikh al-Sya’rawi �. Namun, kesemuanya

bersetuju atas sumbangan dan khidmatnya dalam khidmat kepada agama Islam

keseluruhannya, meninggikan kalimatnya dan berdakwah kepada masyarakat dengan bahasa

yang mudah dan semasa. Al-Qaradawi menyebutkan lagi, Syeikh Al-Sya’rawi � merupakan

gurunya dalam subjek Balaghah semasa beliau menuntut di Kolej Al-Azhar Tanta. Menurut

al-Qaradawi, pada tahun 1417H, apabila beliau dianugerah Pingat Antarabangsa Syahsiyat

Islam Dubai, saya telah diminta oleh pihak penganjur untuk menghadiri bagi menghormati

beliau. Saya telah hadir dan apabila beliau mengetahui kehadiran saya beliau merasa

sungguh seronok dan bergembira. Saya menghadiri majlis tersebut sebagai tanda

menghormatinya dan sepatutnya kita sebagai seorang muslimin juga menghormati para

ulama’ kita seperti Syeikh al-Sya’rawi dan Muhammad al-Ghazali �.

Perkahwinannya dan Anak-Anaknya

Syeikh al-Sya’rawi � telah berkahwin dalam usianya yang masih muda atas

permintaan bapanya yang inginkan beliau berkahwin awal dan isterinya adalah pilihan

keluarga. Mereka dikurniakan 5 orang anak iaitu Sami, ‘Abdul Rahim, Ahmad, Fatimah dan

Solehah. Mengenai pendidikan anak-anak, Al-Sya’rawi � menyebutkan bahawa perkara yang

penting ialah memberi contoh teladan dan sekiranya kita menunjukkan akhlak yang mulia

sudah tentu mereka akan mengikutinya. Adalah menjadi kewajipan kita mendidik mereka

dengan akhlak dan perangai yang mulia dan memelihara telinga dari mendengar perkara

yang buruk, memelihara matanya dari melihat yang mungkar. Kita hendaklah mendidik anak-

anak dengan pendidikan Islam dalam menunaikan amalan dan kewajipan agama, tekun

dalam membuat kerja dan menunaikan solat pada waktunya.

Karya-Karyanya

1. Tafsir al-Sya’rawi (Tafsir al-Sya’rawi)

2. al-Isra’ wa al-Mi’raj (Isra dan Mikraj) Terjemahan dalam bahasa Melayu oleh Dinie

Publihers

3. al-Islam wa al-Fikr al-Mu’asir (Islam dan Pemikiran Semasa)

Page 9: Syeikh Mutawalli Sya_rawi (Wafat 1419H

http://www.alraufi.blogspot.com/

4. al-Islam wa al-Mar’ah (Islam dan wanita)

5. al-Tariq ila Allah (Jalan Menuju Allah)

6. al-Fatawa (Fatwa-Fatwa)

7. Mu’jizat al-Qur’an (Mukjizat al-Quran) Terjemahan dalam bahasa Melayu oleh Pustaka

Nasional)

8. Min Fayd al-Rahman (Dalam Limpahan al-Rahman) Terjemahan dalam bahasa Melayu oleh

Pustaka Yasmeen)

9. al-Qada’ wa Qadar (Qada dan Qadar)

10. al-Salat wa Arkan al-Islam.(Solat dan Rukun-Rukun Islam)

11. Nazarat fi al-Qur’an (Pandangan-Pandangan al-Quran)

12. Hadha Huwa al-Islam (Inilah Islam)

13. al-Hayat wa al-Maut (Kehidupan dan Kematian)

14. Al-Taubat (Taubat)

15. al-zalim wa al-zalimun (Zalim dan orang-orang Zalim)

16. Sirah al-Nabawiyyah ( Sejarah Nabi Muhammad j)

Dan masih lagi banyak lagi buku-buku beliau terutama dalam penafsiran al-Quran dan

persoalan umat semasa.

Menurut Sya’rawi � beliau tidak mengulangi mana-mana buku kecuali Al-Quran. Al-

Quran telah memberi ufuk yang luas kepada jiwa dan pemikirannya. Beliau menafsirkan Al-

Quran dengan menamakannya sebagai “Khawatir al-Imaniah”. Ia bukan semata-mata tafsiran

ayat demi ayat mengikut tertib mashaf serta menerangkan kalimah dan menafsirkan ayat

tersebut.

Wasiat

Sebelum Syeikh Sya' rawi � meninggal dunia, beliau telah mengumpulkan anak-anak

cucunya lalu berwasiat agar tidak bergaduh dalam masalah harta. Sesiapa yang inginkan

harta, ambillah hartanya. Malah beliau berwasiat bahawa perbalahan mereka biarlah pada

masalah agama. Pusaka agama yang beliau tinggalkan ialah tafsir Al-Quran, hadis dan ilmu-

ilmu beliau. Beliau juga berwasiat perkara yang sama kepada seluruh umat Islam.

Page 10: Syeikh Mutawalli Sya_rawi (Wafat 1419H

http://www.alraufi.blogspot.com/

Saat Kematian

Sebelum kematiannya, beliau telah dapat merasakan saat-saat

kematiannya yang makin hampir. Ini terbukti semasa perasmian sebuah masjid di

kampungnya tiga bulan yang lalu beliau mengatakan, "Semua harta adalah milik Allah dan

setiap apa yang telah diberikan oleh Allah kepadaku, akan aku nafkahkannya pada jalan

Allah. Sesungguhnya aku tidak memiliki apa-apa. Harta dan diriku hanya untuk Allah.

Seandainya setiap orang merasa bertanggungjawab pada kampung dan bandar tempat

kelahirannya, nescaya tempat itulah lebih indah dari bandar-bandar besar di seluruh dunia.

Aku ingin tanah tempat kelahiranku ini bakal menimbusi jasadku nanti."

Walaupun sewaktu hayatnya, Kerajaan Saudi telah menawarkan kepada beliau tanah

perkuburan di perkuburan Baqi' tetapi Al Fadhil Syeikh menolak dengan mengatakan, "Tanah

kelahiranku lebih layak menerima jasadku hingga dia dapat memelukku ketika aku mati

sebagaimana aku memeluknya dan memeliharanya ketika hayatku." Malah dua hari sebelum

meninggal dunia, beliau berwasiat agar mempersiapkan kuburan untuknya di kampung.

Semasa di akhir hayatnya juga, beliau mengalami kesakitan yang parah pada dadanya

menyebabkan beliau tidak mampu untuk hernafas dengan baik dan sakit tulang. Anak

saudaranya yang bernama Hajah Suad menyatakan bahawa sewaktu hampir saat kematian,

beliau cuba untuk bangun dan berteriak dengan suara yang jelas sehingga didengari oleh

orang yang berada di sekelilingnya, "Selamat datang wahai Hussain! Kamu telah datang

sendiri berjumpa aku, aku gembira dengan kedatanganmu".

Pada pagi Rabu 17 Jun 1998/22 Safar 1419H, sejarah tersulam di dalam diari Islam,

setelah mengalami kegeringan akhirnya beliau kembali ke pangkuan Ilahi. Jenazahnya telah

dimandikan oleh Dr. Omar Hashim dan diimamkan oleh Dr. Sayyid Al-Tantawi.

Page 11: Syeikh Mutawalli Sya_rawi (Wafat 1419H

http://www.alraufi.blogspot.com/

Umat Islam ketika itu terkejut dan tersentak apabila seorang Imam yang

memperjuangkan Islam sehingga digelar sebagai "Lampu Kebenaran" telah wafat ketika

berumur 87 tahun.

Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya iaitu Doqdus berdasarkan wasiat

beliau sendiri. Jenazahnya telah dibawa oleh anak-anak muridnya, penduduk kampung serta

semua pencinta beliau. Hampir sejuta orang telah menghadiri pengkebumian beliau.

Pemergian ulama besar ini telah menghimpunkan jutaan manusia sebagaimana

mereka berasak-asak dalam perhimpunan untuk mendengar tazkirah dan kuliah semasa

hidupnya. Kegembiraan penduduk kampung Daqadus, Mansurah (Tempat asal al Fadhil)

bertukar dengan linangan airmata kerana pemergiannya. Tersambar di hati-hati mereka

suatu keperitan dan kesedihan di atas pemergian dan perpisahan yang tidak diingini ini.

Pemergiannya juga menandakan kehilangan seorang tokoh agamawan yang kontroversi

dalam sejarah moden bumi Mesir. Al Fadhil Syeikh amat dikasihi oleh penduduk kampungnya

kerana beliau banyak menafkahkan harta-hartanya untuk kebajikan umat Islam. Beliau telah

mendirikan sekolah rendah serta Maahad Azhar di Daqadus untuk kemudahan penduduk

kampungnya. Walaupun beliau pergi untuk selamanya namun jasa dan keprihatinannya

terukir indah dan tidak mungkin dapat dilupakan oleh mereka. Pada tahun 1967, Mesir telah

digugat oleh isu kemiskinan, kemunculannya memberikan satu jasa yang besar dan beliau

merupakan lambang keamanan dan kemiskinan. Omar Abdul Rahman dan Syeikh Tantawi

menyatakan bahawa beliau adalah merupakan the silent hero untuk the silent people yang

tidak menimbulkan sebarang pemberontakan. Beliau tidak pernah masuk bertanding di

dalam pilihanraya.

Ramai di kalangan intelektual terutamanya yang berhaluan kiri seperti Hamanda

mengesyaki adanya pakatan sulit antara kerajaan dan stesyen t.v. yang menayangkan

rancangan Syeikh Sya'rawi, Nasional T.V. hanya menyiarkan 15 minit untuk pengkebumian

Syeikh Sya'rawi. Liputan akhbar Ahrar menyatakannya sebagai 'Lawak Dekad Ini'.

Dari Baba Shunadah Kepada Syeikh Sya'rawi

Dalam kesedihan umat Islam di atas pemergiannya, seorang insan turut mendakwa

bahawa dirinya juga merasakan kepiluan dan kehilangan walaupun jelas berlainan agama

Page 12: Syeikh Mutawalli Sya_rawi (Wafat 1419H

http://www.alraufi.blogspot.com/

dan aqidah. Kata-kata inilah yang telah dilafazkan oleh Baba Shunadah, Paderi Besar di

Mesir. Beliau melahirkan rasa yang amat sedih sehingga beliau sering menyendiri bila

teringatkan saat-saat manis yang pernah dilalui bersama sewaktu hayat Al Fadhil Syeikh

Sya'rawi �.

Persahabatan antara mereka bermula ketika beliau mengirim jambangan bunga dan

sekotak coklat kepada Al Fadhil Syeikh yang terlantar sakit di Hospital England. Beliau tidak

menduga pemberiannya itu telah meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam jiwa Al

Fadhil Syeikh yang mana Al Fadhil Syeikh telah menziarahinya pula di kediaman beliau di

Abbasiah setelah kembali dari England.

Semenjak saat itulah bermulanya bibit-bibit kemesraan yang terjalin di antara

mereka. Minat mereka yang mendalam terhadap syair dan puisi telah mengutuhkan dan

mengeratkan lagi persahabatan itu. Di dalam setiap pertemuan mereka sering

membincangkan ilmu bahasa arab yang penuh dengan keindahan.

Beliau mengakhiri pertemuannya dengan wartawan majalah Sa'ah sambil menegaskan

bahawa hanya Tuhan yang mengetahui betapa terkesan serta sedih hatinya di atas

pemergian sahabatnya Al Fadhil Syeikh dan mendakwa bahawa persahabatan erat yang

terjalin di antara mereka walaupun tidak diketahui umum tetapi telah memberikan banyak

manfaat kepada umat Islam dan Masihi. Beliau mendakwa lagi Al Fadhil Syeikh benar-benar

merupakan sahabatnya.

Hanya Allah yang mengetahui sejauh manakah ikhlasnya beliau di dalam persahabatan

yang telah dijalankan bersama Al Fadhil Syeikh. Apakah benar dakwaan Baba Shunadah

bahawa persahabatan tersebut telah membantu umat Islam dan Masihi atau sebaliknya?

Sebagai umat Islam, kita dituntut supaya berbuat baik sesama manusia tanpa mengira

agama sepertimana yang telah dilakukan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad j namun

demikian perlu ada sifat "hazar" dalam diri kerana kaum kuffar tidak pernah mengenal erti

penat dan jemu dalam mengatur strategi untuk melemahkan umat Islam.

Rujukan: http://www.pmram.org/alazhar/arkib/khazanah_1.htm http://www.geocities.com/CollegePark/Classroom/6433/eksklusif.htm http://www.abim.org.my/madani/content/view/175/2/