akidah syeikh abdul qadir al.doc

10

Upload: siapa-al-ahbashi

Post on 04-Jun-2018

244 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akidah Syeikh Abdul Qadir al.doc

8/13/2019 Akidah Syeikh Abdul Qadir al.doc

http://slidepdf.com/reader/full/akidah-syeikh-abdul-qadir-aldoc 1/10

Page 2: Akidah Syeikh Abdul Qadir al.doc

8/13/2019 Akidah Syeikh Abdul Qadir al.doc

http://slidepdf.com/reader/full/akidah-syeikh-abdul-qadir-aldoc 2/10

  2

Page 3: Akidah Syeikh Abdul Qadir al.doc

8/13/2019 Akidah Syeikh Abdul Qadir al.doc

http://slidepdf.com/reader/full/akidah-syeikh-abdul-qadir-aldoc 3/10

  3

Akidah Syeikh Abdul Qadir al-JailaniDi sini akan saya sebutkan dengan ringkas apa yang menjadi akidah Syeikh'Abdul Qadir al-Jailani, berdasarkan keterangan yang terdapat di dalam kitabbeliau al-Ghunyah dan yang lainnya.

Syeikh Jailani Mengikuti 'Akidah Salaf

Syeikh 'Abdul Qadir al-Jailani seringkali menyatakan:

“Akidah  (keyakinan) kami adalah 'akidah (kaum) Salafush Soleh danakidah para Sahabat. “ (Siyar A 'lamin Nubala', XX/442)

Beliau juga berkata dalam kitabnya Fat-hur Rabbani hal. 35 (majlis ke-10):

“Hendaklah kamu berittiba' dan janganlah kamu berbuat bidaah, danhendaklah kamu juga mengikuti mazhab Salafush Soleh, berjalanlah kamu di

 jalan yang lurus.” (Syeikh 'Abdul Qadir al-Jailani, hal. 76.)

Page 4: Akidah Syeikh Abdul Qadir al.doc

8/13/2019 Akidah Syeikh Abdul Qadir al.doc

http://slidepdf.com/reader/full/akidah-syeikh-abdul-qadir-aldoc 4/10

  4

Mengikuti Ahlus Sunnah wal Jama'ah

Dalam kitabnya al-Ghunyah (1/80), beliau mengatakan:

“Wajib bagi setiap orang yang beriman untuk mengikuti (Ahlus) Sunnahwal Jamaah, yang dimaksud dengan Sunnah adalah Sunnah Rasulullahshallallaahu 'alaihi wa sallam, sedangkan yang dimaksud dengan Jamaahadalah kesepakatan para Sahabat Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallampada masa Khulafaa-ur Rasyidin yang empat (Abu Bakar, 'Umar, 'Utsman dan'Ali radhiyallaahu 'annum) —mudah-mudahan Allah merahmati mereka semua—.” 

Kewajiban mengikuti 'akidah yang benar;

yakni akidah Salafush Soleh

Syeikh mengatakan di dalam kitabnya al-Ghunyah hal. 455:

“Perkara yang diwajibkan atas setiap para pemula yang baru mengikutitarekat (al-Qadiriyah) ini untuk memiliki 'akidah yang sahih. Dan hal itumerupakan dasar (yang harus dimiliki), dan 'akidah yang sahih itu adalah akidahSalafush Soleh.” (Syeikh 'Abdul Qadir al-Jailani, hal. 637.)

Page 5: Akidah Syeikh Abdul Qadir al.doc

8/13/2019 Akidah Syeikh Abdul Qadir al.doc

http://slidepdf.com/reader/full/akidah-syeikh-abdul-qadir-aldoc 5/10

  5

Tentang Iman

Beliau juga telah mengatakan di dalam kitab al-Ghunyah hal. 80:

“Kami meyakini bahawasanya iman itu adalah ucapan dengan lisan,

meyakini dengan hati, dan amal perbuatan anggota badan, dan iman itu dapatbertambah dengan ketaatan serta dapat berkurang dengan perbuatan dosa danmaksiat, dan iman itu juga dapat menjadi kuat dengan ilmu, dan juga dapatmelemah dengan kebodohan, dan hanya dengan taufik dari Allah Ta'ala iman ituakan terwujud.” 

Untuk itulah maka kemudian Syeikh membawakan sebuah hadits sebagai dalildalam masalah ini:

“Iman itu memiliki 70 cabang/tingkatan lebih, yang tertinggi dari cabang-cabang keimanan itu adalah dengan mengucapkan "laa ilaaha illallaah (tidakada ilah yang berhak untuk disembah dengan benar kecuali Allah)" dancabang/tingkatan terendahnya adalah menyingkirkan gangguan dari jalan.” 

Page 6: Akidah Syeikh Abdul Qadir al.doc

8/13/2019 Akidah Syeikh Abdul Qadir al.doc

http://slidepdf.com/reader/full/akidah-syeikh-abdul-qadir-aldoc 6/10

  6

Syeikh Jailani membezakan antara

"Iman" dan "Islam"

Beliau juga membezakan antara "Iman" dan "Islam", di mana beliau menyatakan

di dalam al-Ghunyah hal. 81:

“ Adapun Islam, maka masuk ke dalam pengertian Iman, oleh kerana itu,setiap Iman itu pasti Islam, akan tetapi (tidak sebaliknya; yakni) tidak setiapIslam itu Iman.” 

Sifat Istiwa'

(bersemayam di atas 'Arsy)

Syeikh mengatakan di dalam al-Ghunyah hal. 73:

“Wajib hukumnya untuk memutlakkan Sifat Istiwa' (bersemayamnya Allahdi atas 'Arsy) "bagi Allah, tanpa takwil, dengan meyakini bahawa Zat Allah

Page 7: Akidah Syeikh Abdul Qadir al.doc

8/13/2019 Akidah Syeikh Abdul Qadir al.doc

http://slidepdf.com/reader/full/akidah-syeikh-abdul-qadir-aldoc 7/10

  7

bersemayam di atas 'Arsy, dan bukan dengan makna duduk dan mumarasah(kebiasaan), sebagaimana yang telah diucapkan oleh kaum Mujassimah(mereka yang telah mensifati Allah dengan jism/tubuh.) dan Karamiyah, dan

 juga bukan dengan makna ketinggian Martabat ('uluw war rifah) sebagaimanayang difahami oleh kaum Asy’ariah, dan juga bukan dengan makna istila'

(penguasaan) dan ghalabah (mengalahkan yang lain), sebagaimana yangdikatakan oleh kaum Muktazilah, kerana tidak ada dalil yang menunjukkankepada semua arti tersebut. Dan juga tidak pernah dinukil dari keterangan paraSahabat dan Tabi'in dari kalangan Salafush Soleh, dari para ulama Ash-habulHadits, bahkan sebaliknya bahawa yang telah dinukil keterangannya dariSalafush Soleh dan para ulama Hadits itu adalah bahawa mereka memahamiayat-ayat dan hadits-hadits Sifat secara mutlak (apa adanya, tanpa takwil danta'thil).” 

Kemudian pada hal. 73, (al-Ghunyah) beliau berkata:

“Keterangan yang menyebutkan bahawa Allah bersemayam di atas Arsy-Nya itu juga telah disebutkan di dalam setiap Kitab yang pernah Allah Turunkankepada setiap Nabi yang pernah diutus (ke muka bumi ini), tanpa disebutkan

tentang kaifiah (hakikat bentuk)nya, kerana Allah akan tetap memiliki Sifatketinggian ('uluw) dan kemampuan (qudrah), dan Allah juga memiliki Sifatmenguasai (istiila’) dan mengalahkan (ghalabah) atas setiap hamba-hamba-Nya, seperti: Arsy dan yang lainnya dari makhluk ciptaan Allah. Akan tetapi Sifatistiwa' itu tidak boleh untuk diertikan dengan menguasai (istaiilaf) dan menga-lahkan (ghalabah), kerana Sifat istiwa' (bersemayamnya)” Allah di atas 'Arsy itumerupakan Sifat Zatiah (Yang dimaksud dengan "Sifat Zatiyah" adalah sifatyang selalu ada dan akan terus ada pada Allah, dan tidak mungkin berpisah

Page 8: Akidah Syeikh Abdul Qadir al.doc

8/13/2019 Akidah Syeikh Abdul Qadir al.doc

http://slidepdf.com/reader/full/akidah-syeikh-abdul-qadir-aldoc 8/10

  8

dari-Nya.) bagi Allah, sebagaimana Allah telah mengkhabarkan sendiri tentanghal itu (di dalam Al-Qur-an) kemudian Allah memperjelas lagi hal ini di dalam 7ayat yang terdapat di dalam Al-Qur-an.” (Tujuh tempat tersebut dalam Al-Qur-anadalah al-A'raaf: 54, Yunus: 3, ar-Ra'd: 2, Thaha: 5, al-Furqaan: 59, as-Sajadah:4, dan al-Hadid: 4) begitu juga (telah diterangkan oleh Rasul-Nya) di dalam

Sunnah beliau yang datang dari beliau shallallaahu 'alaihi wa sallam, dan Sifatini adalah Sifat yang terus-menerus ada dan sesuai bagi Allah 'Azza wa Jalla,seperti halnya dengan Sifat Tangan, Wajah, Mata, Pendengaran, Penglihatan,Hidup dan al-Qudrah (Kemampuan).

Sifat Ketinggian (al 'Uluw)

Syeikh mengatakan di dalam al-Ghunyah hal. 71:

“ Allah berada di atas, bersemayam di atas 'Arsy, menjaga danmemelihara kerajaan, Yang Ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu, (dimana AllahTa'ala telah berfirman:) "Kepada-Nya lah naik perkataan-perkataan yang baikdan amal yang saleh dinaikkan-Nya" [Fathir (35): 10], (dan Allah 'Azza wa Jalla

 juga, telah, berfirman:) "Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian(urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalahseribu tahun menurut perhitunganmu."[QS. As-Sajadah (32): 5]” 

Beliau juga mengatakan di dalam al-Ghunyah hal. 72:

“ Arsy (Allah, Yang) Maharahman berada di atas air, dan Allah Ta'alaberada (bersemayam) di atas 'Arsy.” 

Page 9: Akidah Syeikh Abdul Qadir al.doc

8/13/2019 Akidah Syeikh Abdul Qadir al.doc

http://slidepdf.com/reader/full/akidah-syeikh-abdul-qadir-aldoc 9/10

  9

Beliau juga mengatakan di dalam al-Ghunyah hal. 106:

“Kecuali apa yang telah kami sebutkan bahawasanya (AllahBersemayam) di atas 'Arsy.” 

Beliau juga mengatakan di dalam kitabnya Tuhfatul Muttaqin wa Subulul'Arifin:

“Dan Zat Allah bersemayam di atas 'Arsy, sedangkan Ilmu-Nya

mengawasi di setiap tempat.”  (Lihat Ijtima'ul Juyusyal-lslamiyyah  hal. 79,karya Syeikhul Islam Ibnu Qayyim al-jauziyyah.)

Syeikh melarang kita menyatakan bahawa

Allah berada di mana-mana

Di dalam kitabnya al-Ghunyah hal. 72, beliau mengatakan:

“ Allah (bersemayam di atas 'Arsy-Nya) terpisah dari Hamba-hamba-Nya,

akan tetapi Ilmu Allah itu meliputi setiap tempat, dan tidak diperbolehkan (samasekali) mensifati Allah bahawa Dia berada di setiap tempat, akan tetapi wajibuntuk dikatakan bahawa Allah berada di atas langit (bersemayam) di atas 'Arsy-Nya, sebagaimana Allah telah berfirman: "Rab Yang Maha Pemurah, Yangbersemayam di atas 'Arsy." [Thaha (20): 5]

Page 10: Akidah Syeikh Abdul Qadir al.doc

8/13/2019 Akidah Syeikh Abdul Qadir al.doc

http://slidepdf.com/reader/full/akidah-syeikh-abdul-qadir-aldoc 10/10

  10

Kursi Allah

Syeikh mengatakan di dalam al-Ghunyah hal. 72:

“Kursi Allah itu berada di sisi 'Arsy-Nya, (yang mana Kursi Allah itudiumpamakan) seperti sebuah gelang yang dilempar di tengah tanah lapangyang luas.” 

Sifat Nuzul (turun)

Syeikh mengatakan di dalam al-Ghunyah hal. 74:

“ Allah (Rabb semesta alam) meletakkan telapak kaki-Nya di NerakaJahannam, maka sebahagian kami bergabung dengan sebahagian yang lain,

dan Neraka pun berkata: Cukup, cukup (ya Allah)!” 

Sifat Jari-jemari Allah

Syeikh mengatakan di dalam al-Ghunyah hal. 72:

“Hati-hati manusia itu berada di antara genggaman kedua jari dari jari- jemari Allah, yang mana Allah membolak-balikkan hati-hati itu ke mana saja DiaKehendaki.”