syarikat sheqa.docx

11
RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (FPTV) VAE 3022 : KEUSAHAWANAN PERTANIAN TAJUK DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK SITI RASHEQA BT MAT RAZALI D20111047887 TUGASAN 1 PENGENALAN PERNIAGAAN

Upload: ct-rasheqa-mat-razali

Post on 06-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

RISSEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (FPTV)

VAE 3022 : KEUSAHAWANAN PERTANIAN

TAJUKTUGASAN 1PENGENALAN PERNIAGAAN

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIK

SITI RASHEQA BT MAT RAZALID20111047887

PENSYARAH : EN MOHD AZIZI B MAT RAISKUMPULAN : ATARIKH : 3 APRIL 2015SEMESTER : SEM 2 2014/20151. PENDAHULUAN

Sektor penternakan merupakan salah satu daripada cabang-cabang pertanian selain tanaman makanan asas, buah-buahan, perikanan dan juga akuakultur. Semua cabang dalam tersenarai dalam bidang pertanian ini secara umumnya banyak menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka dengan peningkatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Perubahan drastik kerajaan kearah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar makanan halal utama di dunia serta pelaksanaan terhadap jaminan sekuriti makanan dalam negara, menggalakkan lebih pengeluar makanan dalam negara yang berasaskan ternakan memaksimumkan pengeluaran mereka. Selaras dengan itu, berkembanglah usahawan-usahawan kecil dan sederhana yang memulakan langkah pertama untuk menjalankan apa jua bentuk perniagaan di samping meningkatkan kemahiran dan taraf hidup khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah.Bidang pertanian khususnya penternakan tidak tertumpu kepada golongan petani sahaja tambahan pula bidang ini tidak menghadkan kepada sesiapa pun untuk terus menerokanya. Sekadar meminati bidang penternakan sahaja tidak mencukupi tetapi hendaklah merealisasikannya dengan tindakan selanjutnya sehingga tercapainya matlamat pengusaha untuk mendapatkan keuntungan dan menyahut seruan kerajaan. Maka dengan itu, kami memilih bidang ini sebagai matlamat perniagaan kami kerana bidang ini dilihat berdasarkan pengalaman kebanyakan usahawan, mempunyai potensi yang tinggi untuk meningkatkan taraf hidup di samping dapat menjalankan perniagaan sendiri.Para usahawan atau penternak haruslah mempunyai pengetahuan asas dalam bidang yang mereka ceburi. Tanpa pengetahuan asas, segala perjalanan proses penternakan akan menemui jalan buntu lantaran mengundang risiko kerugian yang besar dan ini adalah amat buruk dan patut dielakkan. Atas dasar inilah banyak institusi-institusi dan pusat-pusat latihan ditubuhkan untuk memberi pendedahan kepada bakal penternak mengenai kaedah, proses dan sebagainya tentang penternakan. Setiap usahawan ternakan haruslah memikirkan cara untuk memaksimumkan keuntungan mereka di samping menjaga kebajikan sosial kerana peranan mereka dalam sektor pengeluaran makanan amat besar terutamanya sumbangannya kepada negara.LATAR BELAKANG SYARIKAT

Syarikat Itiku Itikmu Jua Enterprise membekalkan produk makanan berasaskan daging dan telur itik. Kami menyediakan perkhidmatan ternakan serta menjual daging dan telur itik yang telah diproses ke pasaran tempatan. Secara umumnya, Penternakan itik telah lama dipelihara oleh penternak itik tempatan. Hasil utama penternakan ini adalah telur itik yang telah sedia ada pasaran tersendiri dan terhad. Pengeluaran daging untuk dimakan adalah dari hasil sampingan penternakan itik penelur ini. Itik jantan yang tidak diperlukan untuk pengeluaran telur akan diproses dan dijual . Begitu juga itik-itik penelur yang tua akan diproses dan dijual sebagai daging itik. Bagi penternak khusus untuk pengeluaran daging itik didapati menggunakan itik jenis penelur. Walaupun demikian ada juga terdapat pemeliharaan dari jenis itik berbadan besar dari baka yang diimport. Penternakan itik masih di tahap kecilan kerana ramai yang menganggap penternakan ini susah untuk mencapai ke tahap komersil. Kebanyakan penternakan itik mengamalkan cara penternakan yang tradisional. Pembekalan anak itik adalah sangat terhad. Punca anak itik adalah sama ada dari ladang sendiri atau dibeli dari penternak lain yang mempunyai penternakan itik baka. Kebanyakan penternak itik tempatan menggunakan satu jenis itik untuk pengeluaran telur dan daging. Penternak baka induk itik menggunakan sistem pembiakan kaedah pusingan di mana anak menggantikan induk. Apabila stok induk telah tua dan perlu diganti maka penternak ini akan mengambil telur-telur dari stok ini untuk ditetaskan dan kemudian dijadikan stok induk. Cara penternakan ini telah berjalan dengan lamanya dan didapati hasil pengeluaran dan prestasi itik semakin merosot atau tiada perubahan.

VISI SYARIKATIngin menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa dalam sektor industri daging itik setanding dengan industri daging yang lain seperti daging ayam, daging arnab dan sebagainya didalam bentuk yang pelbagai.

MISI SYARIKATIngin menembusi pasaran tempatan dalam tempoh 5 tahun akan datang.Syarikat juga mahu membuka ladang penternakan di setiap negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.Mencari peluang pemasaran di luar Malaysia iaitu Asia Tenggara.Ingin mencapai tahap Syarikat antarabangsa dengan mewujudkan francais di luar daripada Asia Tenggara seperti China, Eropah dan Timur Tengah.Ingin mencapai tahap ISO demi keyakinan pengguna terhadap produk burung itik.

OBJEKTIF SYARIKATMenternak itik dengan cara ladang tertutup untuk mengelakkan jangkitan penyakit daripada haiwan lain.Menghasilkan sendiri baka untuk diternak bagi menjimatkan kos.Membesarkan ladang ternakan dan menjadi syarikat yang berdaya maju..Mempromosikan daging itik kepada orang ramai dengan mencetak risalah serta mengadakan ceramah berkenaan dengan daging itik.Menyediakan peluang pekerjaan kepada bumiputera.

ANALISIS SWOT SYARIKAT

Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Halangan Komoditi ItikKekuatan Sumber makanan berkhasiat tinggi Cita rasa baru Sama penggunaan dengan daging ayam Cepat pulangan modal Masa pemeliharaan yang singkat Tidak perlu kawasan besar Ada bekalan anak itik berkualiti tinggi Galakan dari kerajaan Permintaan yang tinggi. Kelemahan Bekalan anak terhad. Bekalan daging tidak mencukupi. Promosi belum meluas. Sistem pengedaran tidak teratur. Sistem pemasaran yang terhad. Penjualan berlainan gred. Penternakan secara kecilan. Sistem pengurusan yang kurang efisien

Peluang Membesarkan pengeluaran ladang. Menggalakkan pengambilan daging itik. Integrasi penternakan. Memperkenalkan sebagai produk baru. Mengeksploitasi aktiviti hiliran daging itik Menjanakan sistem peredaran dan pemasaran yang sempurna. Halangan Tidak dapat diterima oleh pelanggan. Bersaing dengan pasaran daging yang lain. Harga yang tinggi

STRUKTUR ORGANISASI SYARIKAT1.3.1 CARTA LEMBAGA PENGARAHPENGERUSI

AHLI LEMBAGA

AHLI LEMBAGA

AHLI LEMBAGA

AHLI LEMBAGA

1.3.2 CARTA PENGURUSANPENGARAH

PENGURUSKEWANGAN

PENGURUSOPERASI

PENGURUS PEMASARAN

PENYELIA

PEKERJA

PEKERJA

PEKERJA

PEKERJA

PEKERJA

JADUAL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KAKITANGANJAWATANTUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Pengerusi Mengetuai pengurusan perniagaan dan membuat keputusan dalam perbincangan. Menjadi penasihat dalam setiap gerak kerja

Ahli Lembaga Mentadbirkan pertubuhan dengan mengasaskan dasar dan matlamat yang umum; Memilih, melantik, menyokong, dan mengkaji semula prestasi pengerusi. Memastikan ketersediaan sumber kewangan yang mencukupi; Meluluskan belanjawan tahunan;

Pengarah Ternakan Mengawal segala aktiviti penternakan. Memastikan segala kemudahan asas di ladang berada dalam keadaan baik.

Pengurus Operasi Memastikan pengurusan operasi dalam keadaan teratur dan mengikut peraturan yang telah dietakkan Menyediakan jadual kerja untuk setiap ahli syarikat. Memastikan kualiti pekerja dalam keadaan yang baik dan mengikut kehendak. Menguruskan penghasilan produk itik.

Pengurus Pemasaran Meningkatkan perniagaan dengan mencari pemasaran yang baru seperti di hotel-hotel, tender kerajaan dan di institiut pengajian tinggi. Memastikan kualiti produk yang dijalankan hendaklah sentiasa memenuhi selera pelanggan. Membuat iklan-iklan dan mempromosikan produk yang dihasilkan Memastikan produk yang dihantar kepada pelanggan berada dalam keadaan segar dan baik.

Pengurus Kewangan Memastikan kos yang digunakan oleh syarikat dalam keadaan minimum dan menerima keuntungan yang maksimum. Bertanggungjawab menguruskan keluar masuk kewangan syarikat. Menyediakan laporan kewangan syarikat. Menyediakan akaun perniagaan dan rujukan.

Penyelia Tapak Ternakan Menyimpan dan menjalankan beberapa pemprosesan asas terhadap produk ternakan; Menyewa atau melabur dalam harta tanah dan memajukan tanah, bangunan, dan jentera; Menjalankan operasi seperti penyediaan kawasan ternakan itik. Menghantar atau memasarkan produk ternakan. Menyediakan alatan,makanan dan keperluan ternakan itik yang secukupnya

Pekerja Bertanggungjawab memastikan kebersihan dan keselamatan kawasan ternakan. Menjalankan tugas secara bijaksana, cekap dan berdaya kreatif yang tinggi agar kualiti ditahap yang memuaskan Membantu perniagaan ladang ini akan berkembang maju dengan hasil yang baik.