peraturan syarikat

19
PERATURAN PERKHIDMATAN PERATURAN PERKHIDMATAN SYARIKAT SYARIKAT

Upload: apokking

Post on 18-Dec-2015

85 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

peraturan syarikat makan segera

TRANSCRIPT

  • PERATURAN PERKHIDMATAN SYARIKAT

  • MASA OPERASI (SB PUTATAN)10.00 Pagi 10.00 Malam2 syift8.00 Pagi 5.00 Petang3.00 Petang 12.00 Tengah Malam

  • MASA OPERASI (SB PUTATAN)Semua kakitangan adalah DIWAJIBKAN untuk menepati masa bekerja yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan syarikat.Semua kakitangan syarikat TIDAK dibenarkan untuk membuang masa atau Mencuri Tulang sewaktu masa bekerja.

  • LEWAT DATANG KERJASemua kakitangan yang LEWAT datang kerja tanpa sebab yang munasabah akan dikenakan DENDA. Butiran kelewatan tersebut akan dimasukkan ke dalam fail peribadi untuk tujuan penilaian prestasi kerja tahunan.

  • LEWAT DATANG KERJALewat 1 minit hingga 30 minit, tambahan masa 1 jam bekerja.Lewat 30 minit hingga 1 jam, tambahan masa 2 jam bekerja.Lewat lebih 1 jam, gantian 1 hari bekerja penuh.

  • PONTENG KERJAMana mana kakitangan yang BERCUTI TANPA KEBENARAN atau TANPA SEBARANG ALASAN YANG MUNASABAH maka ia akan dianggap sebagai PONTENG KERJA dan akan dikenakan tindakan seperti berikut:-

  • PONTENG KERJATidak hadir bekerja 1 hari Gaji 2 hari akan dipotong + Surat Amaran1Tidak hadir bekerja 2 hari Surat Amaran2 / Surat Tunjuk SebabTidak hadir bekerja 3 hari @ lebih Perkhidmatan akan DITAMATKAN serta merta.

  • KERJA LEBIH MASAMana mana kakitangan yang diarahkan oleh pihak pengurusan untuk bekerja lebih masa, adalah DIWAJIBKAN untuk mematuhi arahan tersebut.Sekiranya terdapat kakitangan yang ingin bekerja lebih masa, permohonan hendaklah dibuat terlebih dahulu oleh kakitangan tersebut serta WAJIB mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan.

  • KERJA LEBIH MASAPekerja tidak dibenarkan membuat kerja lebih masa sekiranya TIDAK DILULUSKAN oleh pihak pengurusan.

  • CUTIPekerja yang ingin memohon CUTI atau CUTI GANTI hendaklah menghantar borang permohonan cuti mereka (setelah mendapat kelulusan cuti daripada Pengurus Restoran) kepada Bahagian Pentadbiran (Ibupejabat), 7 HARI sebelum tarikh yang dipohon.

  • NOTIS BERHENTI KERJAMana-mana pekerja yang ingin berhenti kerja adalah DIWAJIBKAN untuk memberi NOTIS BERHENTI KERJA.Tempoh Percubaan (FTP) 14 hari NOTIS / membayar gaji 14 hari (Berhenti serta merta).

  • NOTIS BERHENTI KERJAPekerja Kontrak / Tetap 1 Bulan NOTIS / membayar gaji 1 Bulan (Berhenti serta merta).

  • PENAMATAN PERKHIDMATANPerkhidmatan kakitangan juga boleh ditamatkan SERTA MERTA TANPA NOTIS sekiranya :-Melakukan kesalahan atau melanggar sebarang peraturan perkhidmatan syarikat.Melakukan kecuaian atau salah laku (seperti MENCURI ATAU MENAGIH DADAH) sebelum, semasa dan selepas menjalankan tugas.

  • KERAHSIAANSemua kakitangan tidak harus, melainkan diberi kuasa atau diperlukan sebagai menjalankan tugas mendedahkan sebarang maklumat RAHSIA ATAU SULIT yang bersabit dengan tugas harian, urusniaga atau hal-ehwal syarikat yang diketahui mahupun maklumat berhubung dengan kakitangan dan perkara perkara peribadi mereka yang boleh memudaratkan diri, kakitangan dan syarikat.

  • KERAHSIAANSegala maklumat ADALAH RAHSIA DAN SULIT . TIDAK boleh digunakan dalam apa bentuk sekalipun yang akan menjejaskan reputasi syarikat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

  • DISIPLIN KERJA & PROSEDUR TATATERTIBSetiap pekerja WAJIB menjaga kebersihan diri dan tempat kerja.Setiap pekerja perlu menunjukkan DISIPLIN DAN BUDI BAHASA yang tinggi semasa bekerja. Perlu bersikap lembut, sopan dan hormat menghormati sesama rakan sekerja dan juga pelanggan.

  • DISIPLIN KERJA & PROSEDUR TATATERTIBMana-mana pekerja yang TIDAK MEMATUHI UNDANG-UNDANG atau melanggar mana-mana peraturan syarikat akan dikenakan HUKUMAN TATATERTIB.

  • DISIPLIN KERJA & PROSEDUR TATATERTIB2 jenis kesalahan / salahlakuSalahlaku Kecil (Minor Misconduct).Salahlaku Besar (Major Misconduct)

  • DISIPLIN KERJA & PROSEDUR TATATERTIBSalahlaku Kecil (Minor Misconduct) - Pekerja akan melalui 3 KALI AMARAN LISAN Salahlaku Besar (Major Misconduct) - 2 KALI SURAT AMARAN sebelum tindakan BUANG KERJA.