syarat-syarat kelulusan bekalan air · pdf filesebagai tapak kerja air ... jika terdapat...

3
LAMPIRAN TP – A SYARAT-SYARAT KELULUSAN BEKALAN AIR 1 / 3 1. Sekiranya paras bekalan air dikehendaki oleh pemohon ini melebihi paras tekanan air selamat selepas 'allowing for pipeline loses' maka stesen pam yang mengandungi rumah pam, tangki sedut dan kolam air perlu disediakan. Bagi stesen yang akan diserahkan kepada jabatan ini untuk diambil alih, maka tapak kawasan stesen pam hendaklah diserahkan kepada kerajaan untuk direzab sebagai tapak kerja air ('waterworks reserve'). 2. Jika terdapat saluran paip air sediada atas tapak cadangan itu nanti dan paip tersebut dikehendaki untuk dialihkan, maka segala kos perbelanjaan terhadap pengalihan itu akan di tanggung oleh pihak pemaju itu sendiri. 3. Permohonan kelulusan melintasi rezab SYABAS hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pembangunan, Ibu Pejabat SYABAS untuk semakan dan tindakan selanjutnya. 4. Pemaju hendaklah melantik Jurutera Perunding Professional untuk urusan permohonan bekalan air. Jurutera Perunding hendaklah diiktiraf oleh kerajaan dan berdaftar dengan SPAN sebagai Jurutera Perunding Bekalan Air. 5. Pemaju adalah disyaratkan membangunkan sistem bekalan air yang diperlukan bagi membolehkan bekalan air ke pembangunan tuan serta membayar kos sumbangan kepada SYABAS sekiranya dikehendaki kelak. 6. Semua kerja-kerja yang berkaitan dengan pemasangan sistem bekalan air hanya boleh dilaksanakan setelah kelulusan pelan diperolehi daripada SYABAS. 7. Sila tuan berhubung terus dengan pejabat SYABAS Wilayah yang berkenaan untuk mengetahui kedudukan punca air yang dimaksudkan. 8. Pihak tuan diminta mengemukakan permohonan secara dalam talian (online) untuk permohonan kelulusan pelan sistem retikulasi luaran dengan memuatnaik 1 set laporan rekabentuk, 1 set pelan retikulasi, 1 set pelan kedudukan lokasi meter air bagi premis-premis yang akan dibekalkan dengan meter air SYABAS, Borang Standard Specification & Drawing (SSD Form) dan Borang Akujanji Pindaan 1/2008 yang telah ditandatangani dan disahkan dari segi perundangan (legally stamped) bagi pembangunan di atas.

Upload: phungliem

Post on 06-Feb-2018

299 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SYARAT-SYARAT KELULUSAN BEKALAN AIR · PDF filesebagai tapak kerja air ... Jika terdapat saluran paip air sediada atas tapak cadangan itu nanti dan paip tersebut dikehendaki untuk

LAMPIRAN TP – A

SYARAT-SYARAT KELULUSAN BEKALAN AIR 1 / 3

1. Sekiranya paras bekalan air dikehendaki oleh pemohon ini melebihi paras

tekanan air selamat selepas 'allowing for pipeline loses' maka stesen pam yang

mengandungi rumah pam, tangki sedut dan kolam air perlu disediakan. Bagi

stesen yang akan diserahkan kepada jabatan ini untuk diambil alih, maka tapak

kawasan stesen pam hendaklah diserahkan kepada kerajaan untuk direzab

sebagai tapak kerja air ('waterworks reserve').

2. Jika terdapat saluran paip air sediada atas tapak cadangan itu nanti dan

paip tersebut dikehendaki untuk dialihkan, maka segala kos perbelanjaan

terhadap pengalihan itu akan di tanggung oleh pihak pemaju itu sendiri.

3. Permohonan kelulusan melintasi rezab SYABAS hendaklah dikemukakan

ke Jabatan Pembangunan, Ibu Pejabat SYABAS untuk semakan dan tindakan

selanjutnya.

4. Pemaju hendaklah melantik Jurutera Perunding Professional untuk urusan

permohonan bekalan air. Jurutera Perunding hendaklah diiktiraf oleh kerajaan

dan berdaftar dengan SPAN sebagai Jurutera Perunding Bekalan Air.

5. Pemaju adalah disyaratkan membangunkan sistem bekalan air yang

diperlukan bagi membolehkan bekalan air ke pembangunan tuan serta

membayar kos sumbangan kepada SYABAS sekiranya dikehendaki kelak.

6. Semua kerja-kerja yang berkaitan dengan pemasangan sistem bekalan air

hanya boleh dilaksanakan setelah kelulusan pelan diperolehi daripada SYABAS.

7. Sila tuan berhubung terus dengan pejabat SYABAS Wilayah yang

berkenaan untuk mengetahui kedudukan punca air yang dimaksudkan.

8. Pihak tuan diminta mengemukakan permohonan secara dalam talian

(online) untuk permohonan kelulusan pelan sistem retikulasi luaran dengan

memuatnaik 1 set laporan rekabentuk, 1 set pelan retikulasi, 1 set pelan

kedudukan lokasi meter air bagi premis-premis yang akan dibekalkan dengan

meter air SYABAS, Borang Standard Specification & Drawing (SSD Form) dan

Borang Akujanji Pindaan 1/2008 yang telah ditandatangani dan disahkan dari

segi perundangan (legally stamped) bagi pembangunan di atas.

Page 2: SYARAT-SYARAT KELULUSAN BEKALAN AIR · PDF filesebagai tapak kerja air ... Jika terdapat saluran paip air sediada atas tapak cadangan itu nanti dan paip tersebut dikehendaki untuk

LAMPIRAN TP – A

SYARAT-SYARAT KELULUSAN BEKALAN AIR 2 / 3

9. Tuan dikehendaki membuat pembayaran fi pemprosesan pelan sistem

bekalan air luaran dimana kadar adalah berdasarkan kepada jumlah keperluan

bekalan air setiap pengemukaan permohonan. Inbois fi pemprosesan pelan

tersebut akan dikeluarkan selepas permohonan secara dalam talian diterima oleh

SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD.

10. Sekiranya pembangunan akan dibangunkan dalam fasa-fasa, sila masukkan

pelan-pelan dengan disertakan nombor fasa dan bilangan unit dengan jelas

supaya bil Sumbangan Kos Pembangaunan (SKP) / Sumbangan Modal (SM) dapat

dikeluarkan mengikut fasa-fasa berkenaan.

11. Tuan hendaklah memuatnaik surat perlantikan sebagai Jurutera Perunding

daripada pemaju yang mana skop Jurutera Perunding adalah termasuk

pengawasan tapak pembangunan selain daripada rekabentuk terperinci.

12. Surat kelulusan lokasi sambungan paip/kolam air ini perlu dimuatnaik

bersama semasa mengemukakan laporan kiraan hidraulik bagi sistem bekalan air

luaran.

13. Pihak pemaju hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa

kontraktor dan/atau tukang paip dan/atau perunding dan/atau mana-mana orang

yang terlibat dengan kerja-kerja rekabentuk dan/atau pemasangan dan/atau

pembinaan dan/atau penyambungan dan/atau pengubahsuaian sistem bekalan

air di kawasan pembangunan pihak pemaju mempunyai permit / pendaftaran

(mengikut kategori yang bersesuaian) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air

Negara (SPAN) sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 50 Akta

Industri Perkhidmatan Air 2006 dan Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air

(Permit) 2007.

14. Bermula 01/11/2012, semua permohonan bekalan air sementara adalah

tidak diluluskan oleh SYABAS. Pihak pemaju adalah disarankan untuk

memulakan atau menyegerakan kerja-kerja pembinaan sistem bekalan air tetap

dan menyerahkan sistem yang telah disiap dibina kepada SYABAS bagi

mengelakkan kelewatan pembekalan bekalan air tetap.

Page 3: SYARAT-SYARAT KELULUSAN BEKALAN AIR · PDF filesebagai tapak kerja air ... Jika terdapat saluran paip air sediada atas tapak cadangan itu nanti dan paip tersebut dikehendaki untuk

LAMPIRAN TP – A

SYARAT-SYARAT KELULUSAN BEKALAN AIR 3 / 3

15. Pemaju perlu mengambilkira dalam rekabentuk pelan bangunan

berhubung lokasi serta kedudukan meter-meter air yang akan dibekalkan, dibaca

dan diselenggara oleh SYABAS berdasarkan kepada syarat dan kriteria berikut :

a. Cadangan kedudukan meter air di tapak perlu berada di dalam

sempadan pembangunan, diluar pagar, selepas longkang saliran (jika

berkenaan) serta selari dengan pagar/sempadan. Kedudukan meter air

juga hendaklah tidak menghalang laluan dan di halang oleh sebarang

objek; i.e daun pintu, pagar/ tiang pagar, struktur binaan lain dan

sebagainya.

b. Perincian kepada komponen-komponen yang berkaitan hendaklah

merujuk kepada spesifikasi yang ditunjukkan dalam pelan standard

(Standard Drawings) dan pelan perincian tipikal (Tipikal Details)

SYABAS (yang mana berkaitan) yang boleh dicapai melalui laman

sesawang www.syabas.com.my.

c. Perunding hendaklah mengemukakan permohonan rasmi bagi

mengesahkan lokasi serta kedudukan meter-meter premis yang akan

dibekalkan oleh SYABAS semasa permohonan pelan retikulasi bekalan

air.

16. Adalah dimaklumkan bahawa semua caj / fi berkaitan dengan

permohonan bekalan air baru adalah tertakluk kepada GST 6%; i.e Fi Kelulusan

Pelan, Sumbangan Kos Pembangunan (SKP)/ Sumbangan Modal (SMP) dan

sebagainya.

17. Selaras dengan Keputusan Jemaah Menteri yang dinyatakan di dalam surat

dari Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ruj. no: (32)dlm.IPK.Sel.04.05.1/298

Jld.1 bertarikh 6.5.2015, pihak pemaju hendaklah mematuhi perkara-perkara

berikut:-

a) Memastikan semua utiliti bawah tanah baharu yang dipasang

melalui pengorekan terbuka atau penggerudian berarah

(Horizontal Directional Drilling, HDD) diukur oleh Jurukur

Tanah Bertauliah semasa pemasangannya.

b) Jurukur Tanah Bertauliah perlu mengemukakan salinan digital

dan Pelan Utiliti yang memenuhi spesifikasi Jabatan Ukur dan

Pemetaan Malaysia (JUPEM) kepada Pengarah Ukur dan

Pemetaan.