syarat piln & pidn mara 2012

3
Page 1 of 3 MAJLIS AMANAH RAKYAT PROGRAM KHAS LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 PINJAMAN PELAJARAN BOLEH UBAH MARA menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2011 di bawah Program Ijazah Luar & Dalam Negara dan Program Cemerlang IPMa 2012 yang akan mengikuti pengajian peringkat persediaan terlebih dahulu di pelbagai institusi dan bidang yang ditetapkan MARA berdasarkan syarat-syarat di bawah: 1.0 SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN 1.1 Pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia (salah seorang ibu atau bapa pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia) 1.2 Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 bagi kali pertama. 1.3 Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama. 1.4 Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya. 2.0 SENARAI KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN MARA 2.1 Sila rujuk kod pada Lampiran A – Program Ijazah Luar & Dalam Negara dan Cemerlang IPMa untuk tujuan permohonan. PERHATIAN - Program yang menggunakan kod LN0302, LN0330, LN0331, LN0332, LN0333, LN0334, LN0335, LN0336, LN0337, LN1801 dan LN1802 adalah merupakan program kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Upload: mohd-muzakkir-syafiq-musa

Post on 30-Jul-2015

71 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Uploaded from Google Docs

TRANSCRIPT

Page 1: Syarat Piln & Pidn Mara 2012

Page 1 of 3

MAJLIS AMANAH RAKYAT

PROGRAM KHAS LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 PINJAMAN PELAJARAN BOLEH UBAH

MARA menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang lepasan SPM

2011 di bawah Program Ijazah Luar & Dalam Negara dan Program Cemerlang IPMa 2012 yang

akan mengikuti pengajian peringkat persediaan terlebih dahulu di pelbagai institusi dan bidang

yang ditetapkan MARA berdasarkan syarat-syarat di bawah:

1.0 SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN

1.1 Pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia (salah

seorang ibu atau bapa pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia)

1.2 Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 bagi kali pertama.

1.3 Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi

untuk pengajian atau peringkat yang sama.

1.4 Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal

seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

2.0 SENARAI KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN MARA

2.1 Sila rujuk kod pada Lampiran A – Program Ijazah Luar & Dalam Negara dan

Cemerlang IPMa untuk tujuan permohonan. PERHATIAN - Program yang

menggunakan kod LN0302, LN0330, LN0331, LN0332, LN0333, LN0334, LN0335,

LN0336, LN0337, LN1801 dan LN1802 adalah merupakan program kerjasama

Majlis Amanah Rakyat (MARA) – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Page 2: Syarat Piln & Pidn Mara 2012

Page 2 of 3

3.0 SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK MINIMUM

3.1 Sila rujuk lampiran mengikut program yang ditawarkan seperti di bawah:

• LAMPIRAN B - Program Ijazah Luar Negara

• LAMPIRAN C - Program Ijazah Dalam Negara

• LAMPIRAN D - Program Cemerlang IPMa

4.0 PERMOHONAN

4.1 Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (online) di laman web MARA

http://www.mara.gov.my mulai 16 April 2012 – 22 April 2012.

4.2 Borang permohonan perlu dicetak dan dilengkapkan sebaik sahaja permohonan

atas talian (online) dibuat dan dihantar ke alamat seperti di bawah:

Program Khas Lepasan SPM 2011

Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA

Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA

21 Jalan Raja Laut

50609 Kuala Lumpur

4.3 Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu diterima MARA sebelum atau

pada 25 April 2012.

4.4 Pemohon digalakkan menggunakan perkhidmatan Pos Express ataupun

perkhidmatan courier bagi tujuan penghantaran borang permohonan yang telah

dilengkapkan.

4.5 Semakan keputusan berjaya panggilan temuduga bagi pemohon yang memilih

Program Ijazah Luar Negara boleh disemak mulai 07 Mei 2012 di laman web

MARA http://www.mara.gov.my

Page 3: Syarat Piln & Pidn Mara 2012

Page 3 of 3

4.6 Semakan keputusan pemohon berjaya bagi Program Ijazah Dalam Negara dan

Program Cemerlang IPMa boleh disemak mulai 15 Mei 2012 di laman web MARA

http://www.mara.gov.my

4.7 Semakan keputusan pemohon berjaya bagi Program Ijazah Luar Negara boleh

disemak mulai 01 Jun 2012 di laman web MARA http://www.mara.gov.my

4.8 Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas

29 Jun 2012 adalah dianggap tidak berjaya.

5.0 PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi seperti butiran di

bawah:

Pengarah

Bahagian Penganjuran Pelajaran

Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA

21 Jalan Raja Laut

50609 Kuala Lumpur

(u.p: Unit Penajaan Program Khas)

Telefon : 03-2613 2110 / 2075 / 2044 / 2045 / 2050 / 2051 / 2065

Waktu pejabat : 9.00 pagi hingga 4.30 petang

Email : [email protected]