syarat pinjaman perumahan_jan 2012

73
BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Upload: roziah-md-amin

Post on 09-Aug-2015

53 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SYARAT PINJAMAN PERUMAHAN

TRANSCRIPT

Page 1: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Page 2: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

PENGENALAN KEPADA BPP

SKIM PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 5 TAHUN 2011 (PP BIL 5 TAHUN 2011)

PERKHIDMATAN ATAS TALIAN

SESI SOAL JAWAB

KANDUNGAN TAKLIMAT

Page 3: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012
Page 4: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

• Diwujudkan pada tahun 1970 di bawah Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan.

• Berfungsi mentadbir dasar dan peraturan pinjaman perumahan Perbendaharaan

PENGENALAN

Page 5: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

i. Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan [Akta 42]; dan

ii. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2011 Syarat (PP Bil. 5 Tahun 2011) dan Tatacara Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.

AKTA DAN PEKELILING

Page 6: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

CARTA ORGANISASI BPP

Page 7: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

• BPP mempunyai 8 seksyen iaitu :

i. Seksyen Proses dan Bayaran;

ii. Seksyen Cagaran;

iii. Seksyen Akaun;

iv. Seksyen Teknologi Maklumat;

v. Seksyen Perundangan;

vi. Seksyen Khidmat Pengurusan;

vii.Seksyen Kawalan; dan

viii.Seksyen Dasar dan Perancangan Strategik;

SEKSYEN - SEKSYEN DI BPP

Page 8: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012
Page 9: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

• Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia terbahagi kepada dua iaitu :-

i. Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (SPPP); dan

ii. Skim Pembiayaan Perumahan Perbendaharaan Secara Islam (SPPI).

PENGENALAN

Page 10: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

• ‘Cagaran’:-

Jaminan melalui gadaian bagi hartanah yang mempunyai Hakmilik Individu/Strata atau melalui penyerahan hak bagi hartanah yang mempunyai Hakmilik Induk.

• ‘Hartanah’:-

Tanah dengan tujuan membina rumah atau tanah dan rumah atau rumah kedai atau petak rumah kediaman yang seumpamanya dengan ciri-ciri rumah kediaman.

TAFSIRAN PENTING

Page 11: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

• ‘Ciri-ciri rumah kediaman’:-

Mempunyai ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur.

• ‘Petak rumah kediaman’:-

Rumah kediaman bertingkat seperti pangsapuri, apartmen, kondominium dan sebagainya.

Sambungan…

Page 12: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

i. Anggota Perkhidmatan Awam/Polis/Tentera :

Pegawai Tetap yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan;

Warganegara Malaysia;

SYARAT-SYARAT ASAS PINJAMAN

Page 13: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

Telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan telah disahkan jawatan; dan

Bukan seorang bankrap atau siberhutang hukuman atau seorang tidak berkemampuan atau sedang diambil tindakan tatatertib bagi tujuan buang kerja.

Sambungan…

Page 14: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

ii. Anggota Pentadbiran Persekutuan iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik;

iii. Anggota Pentadbiran Negeri iaitu Menteri Besar, Ketua

Menteri, Timbalan Menteri Besar, Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;

iv. Hakim Mahkamah Persekutuan/Rayuan/Tinggi tertakluk

kepada Akta Saraan Hakim 1971[Akta 45]; v. Anggota Dewan Rakyat; vi. Yang DiPertua Dewan Rakyat; dan vii. Ahli Dewan Undangan Negeri.

Sambungan…

Page 15: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

• Pemohon yang akan bersara atau anggota tentera yang akan tamat perkhidmatan – permohonan diterima tidak lewat daripada satu (1) tahun sebelum bersara atau tamat perkhidmatan.

• Pemohon Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – permohonan diterima tidak lewat daripada lima (5) tahun sebelum tamat perkhidmatan.

PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN

Page 16: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

• Pinjaman hanya dibenarkan untuk pembelian satu (1) lot hartanah sahaja.

• Pemohon yang membatalkan pinjaman kerana terlibat dengan projek terbengkalai/ bermasalah adalah dibenarkan memohon semula pinjaman pertama/kedua yang mana berkaitan selepas pembatalan diluluskan.

• Pemohon yang membatalkan pinjaman bagi hartanah pertama adalah dibenarkan memohon pinjaman hartanah pertama semula selepas menyelesaikan baki hutang tetapi tidak dibenarkan mendapat kemudahan pinjaman kedua.

Sambungan…

Page 17: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

• Sebarang pindaan ke atas kelulusan pinjaman tidak dibenarkan setelah peminjam mengembalikan Surat Setuju Terima Pinjaman (Borang E).

• Pinjaman dibatalkan mulai tarikh peminjam meninggalkan perkhidmatan atau memungkiri mana-mana syarat perjanjian pinjaman. Bagi kes bayaran belum dikeluarkan sepenuhnya, Perbendaharaan Malaysia akan menghentikan pengeluaran bayaran seterusnya.

Sambungan…

Page 18: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

• Perjanjian bersama hanya dibenarkan jika nama pembeli di dalam Perjanjian Jual Beli adalah suami dan isteri.

• Pinjaman bersama hendaklah dikemukakan serentak oleh suami dan isteri untuk membeli satu hartanah yang sama.

Sambungan…

Page 19: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2012 berkenaan Syarat dan Tatacara Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

SUMBER RUJUKAN

Page 20: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

i. Jenis I

Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap.

Syarat pinjaman :

Pembelian hartanah yang telah siap daripada pemaju atau penjawat awam yang lain (urusniaga kontra) atau penjual yang belum mempunyai Hakmilik Individu/ Strata (pasaran sekunder) atau hartanah lelongan BPP.

JENIS DAN SYARAT PINJAMAN

Page 21: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

ii. Jenis II

Membina rumah diatas tanah sendiri.

Syarat pinjaman :

Pembinaan rumah hanya dibenarkan selepas pinjaman diluluskan.

Tanah ada Hakmilik Individu dan bebas daripada sebarang bebanan.

Pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Sambungan… …Jenis-jenis Pinjaman

Page 22: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

iii. Jenis III Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam

pembinaan Syarat pinjaman : Pembelian hartanah daripada pemaju : - Hartanah perlu mempunyai Hakmilik Individu atau Hakmilik

Induk; dan - Pemaju mestilah mencatatkan Lesen pemaju serta Permit

Jualan di dalam Perjanjian Jual Beli. Pembelian hartanah daripada kontraktor : - Hartanah mempunyai Hakmilik Individu Pembelian petak rumah kediaman dengan lot parkir berasingan

dibenarkan dengan syarat Perjanjian Jual Beli hendaklah berasingan dan permohonan perlu dikemukakan serentak

Laporan Penilaian daripada JPPH.

Sambungan… …Jenis-jenis Pinjaman

Page 23: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

iv. Jenis IV Membeli tanah dengan tujuan membina rumah Syarat pinjaman : Tanah perlu mempunyai Hakmilik Individu

Surat kebenaran pindahmilik dan menggadai daripada Pihak

Berkuasa Negeri diperlukan jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan

Jika hartanah telah digadai kepada bank/institusi kewangan, penyata baki hutang penjual mestilah dalam had amaun kelayakan pemohon bagi tempoh enam bulan ke hadapan

Pembelian hanya dibenarkan bagi tanah yang telah siap/sedia untuk pembinaan rumah

Amaun kelayakan tidak melebihi 50% daripada kelayakan semasa.

Laporan penilaian daripada JPPH.

Sambungan… …Jenis-jenis Pinjaman

Page 24: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

v. Jenis V Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada

bank/institusi kewangan Syarat pinjaman : Bank / institusi kewangan telah menjelaskan 100% bayaran

kepada pemaju/penjual

Hakmilik Individu/Strata mestilah atas nama pemohon dan telah dicagar kepada bank/institusi kewangan

Boleh ambil alih baki hutang suami/isteri dengan syarat pemohon adalah pemilik bersama

Penyata baki hutang bank/institusi kewangan bagi tempoh 6 bulan kehadapan

Laporan Nilaian daripada JPPH

Sambungan… …Jenis-jenis Pinjaman

Page 25: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

vi. Jenis VI Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui

pinjaman Kerajaan Syarat pinjaman : Hakmilik Individu didaftar atas nama pemohon dan telah dicagar

kepada Kerajaan Malaysia

Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan

Surat kebenaran menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri diperlukan jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan

Pelan bangunan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuat kuasa

Laporan Nilaian daripada JPPH

Sambungan… …Jenis-jenis Pinjaman

Page 26: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

vii.Jenis VII

Membuat kerja ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman – dibeli melalui Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia atau tidak dibeli melalui Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

Sambungan… …Jenis-jenis Pinjaman

Page 27: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

• Ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman yang dibeli melalui Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

Syarat pinjaman : Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman

Baki kelayakan semasa

Pinjaman bersama suami/isteri – jika pemilik bersama

Dibenarkan selepas 5 tahun daripada tarikh surat kelulusan bagi Jenis

I dan V, 5 tahun daripada tarikh pengeluaran baucar bayaran 95% atau 100%

Pelan kerja ubahsuai yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan

Kos kerja ubah suai perlu mendapat kpenilaian oleh JPPH

Sambungan… …Jenis-jenis Pinjaman

Page 28: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

• Pinjaman ubah suai rumah atau petak rumah kediaman yang tidak dibeli melalui Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

Syarat pinjaman : Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau

pelilik bersama (suami/isteri)

Rumah atau petak rumah kediaman siap sepenuhnya

Pelan kerja ubah suai yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuatkuasa jika melibatkan tambahan bangunan

Kos kerja ubah suai perlu mendapat penilaian daripada JPPH

Sambungan… …Jenis-jenis Pinjaman

Page 29: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

• Amaun pinjaman* yang diluluskan tertakluk kepada amaun yang mana terendah berdasarkan kriteria berikut:

i. Harga hartanah;

ii. Penilaian hartanah oleh JPPH;

iii. Amaun yang dipohon; atau

iv. Kelayakan maksimum pemohon.

AMAUN KELAYAKAN PINJAMAN

Page 30: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

PENGIRAAN KELAYAKAN PINJAMAN*

• Pinjaman Pertama

Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji hakiki semasa.

• Pinjaman kedua

Ansuran bulnan tidak melebihi 50% daripada anggaran pencen bulanan yang akan diterima berdasarkan gaji hakiki semasa (1/4 gaji hakiki semasa)

Page 31: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

BIL GAJI HAKIKI

(RM)

KELAYAKAN BARU

(RM)

1 6500 ke atas 450,000.00

2 5500 ke 6499 420,000.00

3 4500 ke 5499 400,000.00

4 3500 ke 4499 380,000.00

5 3000 ke 3499 320,000.00

6 2500 ke 2999 280,000.00

7 2000 ke 2499 255,000.00

8 1500 ke 1999 205,000.00

9 1200 ke 1499 168,000.00

10 1000 ke 1199 130,000.00

11 800 ke 999 105,000.00

12 799 dan ke bawah 80,000.00

KADAR KELAYAKAN

Page 32: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

Pinjaman pertama

• RM1.00 bagi setiap RM1000.00

Pinjaman kedua

• RM2.00 bagi setiap RM1000.00

WANG PROSES

Page 33: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

PROSES PINJAMAN PERUMAHAN

TERIMA PERMOHONAN

BAYARAN PREMIUM INSURANS

CAGARAN HARTA KEPADA KERAJAAN

MALAYSIA

TINDAKAN UNDANG-UNDANG KE ATAS

PEMINJAM INGKAR

PROSES PERMOHONAN DAN KELULUSAN

PENGELUARAN BAYARAN

BAYARAN BALIK PINJAMAN

PENYELESAIAN PINJAMAN SEPENUHNYA

PEMULANGAN DOKUMEN HAKMILIK

PEMULANGAN BAKI KREDIT / TUTUP AKAUN

Page 34: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012
Page 35: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

i. Pembelian hartanah lelongan

• Sebelum : Tidak dibenarkan sebelum 1 Januari 2011.

• Kini : Pembelian hartanah lelongan oleh Perbendaharan Malaysia dibenarkan menggunakan kemudahan pinjaman perumahan Perbendaharaan Malaysia.

[perenggan 3.10 / Lampiran A4]

Page 36: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

ii. Tempoh bayaran balik pinjaman Pembelian tanah (Jenis IV)

• Sebelum : Maksimum 12 tahun untuk pinjaman pertama dan 10 tahun untuk pinjaman kedua.

• Kini : Maksimum 30 tahun untuk pinjaman pertama dan 25 tahun untuk pinjaman kedua.

[perenggan 4.5 Lampiran A9]

Page 37: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

iii. Pengecualian Polisi Perlindungan Pemilikan Rumah Kediaman (Insurans Kebakaran)

• Sebelum : Peminjam yang membeli petak rumah kediaman (pangsapuri, kondominium dan seumpamanya) diwajibkan mengambil Insurans Kebakaran daripada panel insurans/takaful BPP disamping perlu membayar Insurans Kebakaran yang disediakan oleh Pihak Pengurusan Bangunan. Ini mengakibatkan peminjam membayar dua insurans kebakaran yang berbeza (double insurance).

• Kini : Peminjam diberi pilihan mengambil Insurans Kebakaran daripada panel insurans/takaful BPP disamping diwajibkan mengambil Insurans Kebakaran yang disediakan oleh Pihak Pengurusan Bangunan setiap tahun.

Page 38: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

iv. Kelayakan pinjaman pertama

• Sebelum : Anggaran bayaran balik bulanan tidak melebihi 40% daripada gaji hakiki.

• Kini : Anggaran bayaran balik bulanan dinaikkan kepada tidak melebihi 60% daripada gaji hakiki.

[perenggan 5.2]

Page 39: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

v. Hartanah berstatus pajakan

• Sebelum : Pembelian hartanah berstatus pajakan mempunyai baki pajakan sekurang-kurangnya lima belas (15) tahun selepas pinjaman selesai dibayar.

• Kini : Baki pajakan dikurangkan kepada 10 tahun.

[perenggan 3.8]

Page 40: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

vi. Penangguhan bayaran balik bulanan

• Sebelum :

1. cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji untuk melanjutkan pelajaran atas tajaan Kerajaan; dan

2. cuti tanpa gaji untuk mengikuti suami/isteri yang melanjutkan pelajaran di luar negara atas tajaan Kerajaan.

[perenggan 10.5 iii dan iv]

Page 41: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

• Kini : Kemudahan ini diperluaskan kepada peminjam yang :-

i. cuti menjaga anak bagi tempoh minimum setahun selepas tamat cuti bersalin; dan

ii. cuti tanpa gaji bagi tempoh minimum setahun kerana mengikuti suami/isteri yang bertugas dengan Kerajaan Malaysia di luar negara.

Sambungan…

Page 42: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

vii. Pengurangan kadar faedah • Sebelum :

i. Pinjaman < RM100,000:-

10% setahun (12 Jun 1985-30 Jun 1987);

9% setahun (1 Julai 1987-31 Disember 1988); dan 7% setahun (1 Januari 1989).

ii. Pinjaman > RM100,000:-

12% setahun (12 Jun 1985-30 Jun 1987);

11% setahun (1 Julai 1987-31 Disember 1988) dan 9% setahun (1 Januari 1989).

Page 43: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

• Kini :

Kadar faedah bagi peminjam yang meninggalkan perkhidmatan diseragamkan kepada 7% setahun mulai 1 Januari 2011.

Sambungan…

Page 44: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

viii. Pengurangan kadar faedah

* Bagi peminjam yang bertukar skim

perkhidmatan

• Sebelum : Kadar faedah pasaran 7% setahun (jika perkhidmatan terputus).

• Kini : kadar faedah 4% setahun dengan syarat skim perkhidmatan tidak terputus.

Page 45: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

ix. Membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik;

*Pembelian hartanah daripada suami/ isteri sahaja

tidak dibenarkan (kecuali hartanah tersebut perlu dijual atas arahan mahkamah atau mahkamah syariah atau untuk maksud menyelesaikan baki hutang hartanah berkenaan).

[perenggan 3.11]

Page 46: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

x. Kadar pinjaman untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua dinaikkan kepada RM20,000.00 berbanding RM10,000.00 sebelum ini;

[perenggan 3.12]

Page 47: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

xi. Had kelayakan pinjaman • Sebelum : Kelayakan maksimum

ialah dari RM72,000 hingga RM360,000.

• Kini : Kelayakan maksimum ialah dari RM80,000 hingga RM450,000.

*Kelayakan adalah mengikut tangga gaji. [Lampiran A10]

Page 48: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

BIL GAJI HAKIKI

(RM)

KELAYAKAN LAMA (RM) KELAYAKAN BARU

(RM)

1 6500 ke atas 360,000 450,000.00

2 5500 ke 6499 360,000 420,000.00

3 4500 ke 5499 360,000 400,000.00

4 3500 ke 4499 360,000 380,000.00

5 3000 ke 3499 300,000 320,000.00

6 2500 ke 2999 264,000 280,000.00

7 2000 ke 2499 240,000 255,000.00

8 1500 ke 1999 192,000 205,000.00

9 1200 ke 1499 156,000 168,000.00

10 1000 ke 1199 120,000 130,000.00

11 800 ke 999 96,000 105,000.00

12 799 dan ke bawah 72,000 80,000.00

PERBANDINGAN KADAR KELAYAKAN

Page 49: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2011, Pekeliling Perbendaharaan, Surat Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Perbendaharaan yang berkaitan dengan pinjaman perumahan Perbendaharaan yang terdahulu adalah terbatal.

* Mana-mana hak, keistimewaan atau obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dilakukan sebelum tarikh kuatkuasa atau apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti tidaklah terjejas oleh Pekeliling ini dan hendaklah terus berkuatkuasa seolah-olah Pekeliling ini telah tidak dibuat.

PEMBATALAN

Page 50: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

Peminjam hendaklah :

Mengemukakan Surat Setuju Terima Pinjaman (Borang E) yang lengkap dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh surat kelulusan;

Menandatangi Borang Pindahmilik (Borang 14A) dan dokumen cagaran serta memastikan urusan cagaran disempurnakan oleh peguam dengan segera supaya tidak dikenakan faedah ke atas pembayaran lewat oleh pemaju/penjual;

TANGGUNGJAWAB PEMINJAM

Page 51: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

Melaporkan dengan segera kepada Perbendaharaan Malaysia mengenai pertukaran:-

a. Alamat tempat bertugas, nombor telefon pejabat/ telefon bimbit dan alamat emel;

b. Pusat pembayaran gaji;

c. Alamat tetap terkini; dan

d. Nama dan alamat waris untuk dihubungi.

Sambungan…

Page 52: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

Memastikan Ketua Jabatan melaksanakan APG dan menyerahkan bayaran kepada Perbendaharaan Malaysia;

Membayar ansuran bayaran balik pinjaman kepada Perbendaharaan Malaysia jika APG gagal dilaksanakan oleh Ketua Jabatan atau semasa mengambil cuti separuh gaji/ tanpa gaji/ bersara awal;

Sambungan…

Page 53: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

Jika masih berkhidmat, pastikan semua surat menyurat kepada Bahagian Pinjaman Perumahan hendaklah disalinkan kepada Ketua Jabatan.

Mempastikan ansuran bayaran balik pinjaman semasa Peminjam mengambil Cuti Separuh Gaji/Tanpa Gaji atau Bersara Awal atau meninggalkan perkhidmatan, dibayar terus kepada Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman. Berkuasa Memberi Pinjaman hendaklah dimaklumkan dengan serta merta.

Sambungan…

Page 54: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

Menyelesaikan sekaligus semua baki pinjaman apabila berlaku kemingkiran syarat pinjaman;

Membayar cukai tanah supaya hartanah tidak dirampas;

Membayar pendaftaran gadaian melalui peguam jika dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri; dan

Memaklumkan kepada peguam mengenai perlunya cagaran hartanah dilaksanakan segera supaya tidak dikenakan faedah ke atas pembayaran lewat oleh pemaju/penjual.

Sambungan…

Page 55: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

Memastikan pemohon memenuhi semua peraturan dan syarat yang telah ditetapkan sebelum mengemukakan permohonan kepada Perbendaharaan Malaysia;

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

Page 56: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

Merekodkan dengan sempurna dalam Buku Rekod Perkhidmatan peminjam dan Buku Daftar Jabatan segala butiran yang berkaitan dengan pinjaman seperti berikut:

i. Nombor rujukan fail dan tarikh kelulusan pinjaman; ii. Amaun pinjaman; iii. Amaun ansuran bulanan; iv. Tarikh muka kuat kuasa APG; v. Tarikh tamat APG; dan vi. Tarikh pinjaman diselesaikan.

Sambungan…

Page 57: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

Melaksanakan sepenuhnya APG dan mengemukakan bayaran kepada Perbendaharaan Malaysia selewat-lewatnya pada akhir setiap bulan.

* Potongan perlu dibuat selepas potongan KWSP dan cukai pendapatan.

* Jika APG tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual, Ketua Jabatan perlu menyelesaikan tunggakan melalui potongan gaji secara berganda tanpa perlu mendapat arahan daripada Perbendaharaan Malaysia.

Sambungan…

Page 58: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

Melaporkan dengan serta merta kepada Perbendaharaan Malaysia jika berlaku perubahan terhadap maklumat peminjam seperti berikut :

i. Baki gaji dan elaun tidak mencukupi selepas pemotongan KWSP dan cukai pendapatan;

ii. APG tidak dapat dilaksanakan;

iii. Bertukar alamat pejabat;

iv. Cuti separuh gaji/ tanpa gaji;

Sambungan…

Page 59: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

v. Digantung kerja/ ditahan gaji/ dibuang kerja kerana tindakan tatatertib dan bankrap;

vi. Meninggalkan perkhidmatan;

vii. Bersara; dan

viii.Meninggal dunia.

Sambungan…

Page 60: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

Mencatatkan APG di dalam Sijil Gaji Akhir bagi membolehkan Ketua Jabatan di tempat bertugas yang baharu melaksanakan APG mengikut jadual;

Memberi ingatan kepada peminjam supaya membuat bayaran berikut :

i. Cukai tanah; dan

ii. Bayaran perkhidmatan peguam.

Sambungan…

Page 61: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

Menasihatkan Peminjam supaya tidak membuat apa-apa komitmen kewangan yang lain sehingga mengakibatkan diri mereka menanggung kesusahan berat kerana berhutang.

Tindakan surcaj akan diambil dibawah Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] ke atas Ketua Jabatan yang tidak mematuhi APG termasuk menangguh pelaksanaan, mengurangkan amaun dan memberhentikan potongan gaji yang ditetapkan serta menangguhkan penyerahan kutipan APG kepada Perbendaharaan Malaysia.

Sambungan…

Page 62: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

i. Takaful Malaysia;

ii. Takaful Ikhlas;

iii. CIMB AVIVA Insurans/ Takaful;

iv. HSBC Amanah Takaful;

v. Etiqa Takaful;

vi. Etiqa Insurance;

vii. Prudential BSN Takaful; dan

viii. AXA Affin.

PANEL INSURANS/ TAKAFUL

Page 63: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012
Page 64: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

MAKLUMAN

Mulai 1 Januari 2012 semua permohonan pinjaman hartanah pertama digalakkan diisi secara atas talian melalui Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu.

https://sppb.treasury.gov.my

Page 65: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012
Page 66: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

KEMUDAHAN

Kelulusan Bersyarat secara online (serta-merta) apabila borang permohonan pinjaman perumahan online lengkap diisi.

Pembayaran wang proses melalui Internet Banking melalui perkhidmatan CIMBClicks dan Maybank2U.

Pemilihan Perlindungan Insuran/Takaful secara online.

Semakan menggunakan 1 ID (Portal SPPB)

Status Permohonan, Bayaran Balik, Bayaran Kemajuan, Penghantaran Hak Milik, Baki Pinjaman & Penyata Tahunan.

Page 67: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

Laman web BPP http://bpp.treasury.gov.my

Page 68: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

• Bagi pertanyaan berkenaan proses pinjaman perumahan, BPP telah menyediakan beberapa saluran pertanyaan seperti :-

i. Portal Pertanyaan di laman web BPP;

ii. Perkhidmatan SMS;

iii. Talian Helpdesk di setiap seksyen;

iv. Laman web Treasury dan BPP dan;

v. SMS Infoblast.

PERKHIDMATAN ELEKTRONIK

Page 69: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

• Aduan;

• Semakan status penghantaran Hakmilik;

• Semakan baki pinjaman perumahan;

• Semakan status permohonan pinjaman perumahan;

• Semakan kelayakan pinjaman perumahan;

• Semakan status pengeluaran bayaran terkini;

• Pertanyaan Alamat lengkap Bahagian Pinjaman Perumahan; dan

• Permohonan Borang Permohonan Pinjaman Perumahan.

PERKHIDMATAN SMS BPP

Page 70: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

• Melalui laman web BPP peminjam / bakal peminjam boleh membuat pengiraan berikut:-

1. Pengiraan kelayakan anggaran balik pinjaman;

2. Pengiraan kelayakan anggaran bayaran balik pinjaman kedua; dan

3. Pengiraan kelayakan anggaran bayaran balik pinjaman bagi kes lanjut tempoh.

LAMAN WEB INTERAKTIF BPP

Page 71: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

• e-Perkhidmatan di laman web BPP seperti:-

1. e-Borang;

2. Semakan status bayaran balik oleh peminjam;

3. Semakan status pengeluaran bayaran kemajuan;

4. Semakan status penghantaran hak milik;

5. Semakan baki pinjaman;

6. Semakan status permohonan;

7. Penyata Tahunan 2008-2010;dan

8. e-Bayaran (melalui CIMBClikcs dan Maybank2u)

Page 72: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

SESI SOAL JAWAB

Page 73: Syarat Pinjaman Perumahan_Jan 2012

Talian Helpdesk;

Proses - 03 – 8880 2061

Cagaran - 03 – 8880 2062

Bayaran - 03–8880 2063/2064/2065

Akaun - 03 – 8880 2066/2067

STM - 03 – 8880 2733/2714

Bahagian Pinjaman Perumahan

Perbendaharaan Malaysia

No. 9, Kompleks Kementerian Kewangan

Persiaran Perdana, Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan

62592 Putrajaya