syarahan punca kemiskinan masih lagi wujud di malaysia

3
SYARAHAN PUNCA KEMISKINAN MASIH LAGI WUJUD DALAM DI MALAYSIA Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Sebit anak Kelabit; Pengetua Sekolah SMK Katibas, Penolong-Penolong Kanan, Panel Hakim; Penjaga Masa dan rakan-rakan yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur pertandingan syarahan bersempena Bulan Bahasa dan Sastera kerana telah memberikan saya ruang untuk mencapaikan sebuah syarahan yang bertajuk “punca- punca kemiskinan masih lagi wujud di Malaysia”. Hadirin sekalian, Kemiskinan dapat ditakrifkan sebagai ketidakmampuan seseorang individu atau seisi keluarga untuk memenuhi keperluan seharian seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya. Kemiskinan bandar juga dapat ditakrifkan sebagai individu yang tidak mempunyai pendapatan atau mengganggur dan terlibat dalam sektor perniagaan secara kecil-kecilan, pemilik kedai serta pembantu rumah yang tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Kemiskinan luar bandar pula ditakrifkan sebagai seseorang individu yang mempunyai pendapatan kasar tidak melebihi RM500 sebulan. Tidak dapat dinafikan bahawa kadar kemiskinan di negara ini masih lagi berada pada tahap yang membimbangkan. Walaubagaimanapun, pelbagai langkah yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah kemiskinan dalam kalangan penduduk Malaysia, namun semuanya tidak berkesan. Antara punca kemiskinan masih lagi wujud di Malaysia adalah had pekerjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman masih lagi mengamalkan ekonomi tradisional seperti pertanian yang berasaskan konsep sara diri. Pada masa yang sama, golongan petani tersebut agak kurang menggunakan teknologi moden dalam mengusahakan pertanian menyebabkan hasil pertanian tidak berkualiti dan sukar untuk dipasarkan. Penggunaan orang tengah dalam memasarkan hasil menyebabkan golongan petani di kawasan pedalaman tidak mendapat keuntungan yang sepatutnya. Hal ini kerana, orang tengah membeli hasil tanaman dengan harga yang sangat murah dan menjualnya semula dengan harga yang melambung tinggi. Para hadirin yang dihormati sekalian,

Upload: jangan-tengok

Post on 21-Jan-2018

167 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Syarahan punca kemiskinan masih lagi wujud di malaysia

SYARAHAN PUNCA KEMISKINAN MASIH LAGI WUJUD DALAM DI MALAYSIA

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Sebit anak Kelabit;

Pengetua Sekolah SMK Katibas, Penolong-Penolong Kanan, Panel Hakim; Penjaga Masa dan

rakan-rakan yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada pihak penganjur pertandingan syarahan bersempena Bulan Bahasa dan Sastera

kerana telah memberikan saya ruang untuk mencapaikan sebuah syarahan yang bertajuk “punca-

punca kemiskinan masih lagi wujud di Malaysia”.

Hadirin sekalian,

Kemiskinan dapat ditakrifkan sebagai ketidakmampuan seseorang individu atau seisi

keluarga untuk memenuhi keperluan seharian seperti makanan, minuman, pakaian, tempat

tinggal, pendidikan dan sebagainya. Kemiskinan bandar juga dapat ditakrifkan sebagai individu

yang tidak mempunyai pendapatan atau mengganggur dan terlibat dalam sektor perniagaan

secara kecil-kecilan, pemilik kedai serta pembantu rumah yang tidak memerlukan kemahiran

yang tinggi. Kemiskinan luar bandar pula ditakrifkan sebagai seseorang individu yang

mempunyai pendapatan kasar tidak melebihi RM500 sebulan. Tidak dapat dinafikan bahawa

kadar kemiskinan di negara ini masih lagi berada pada tahap yang membimbangkan.

Walaubagaimanapun, pelbagai langkah yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk

menangani masalah kemiskinan dalam kalangan penduduk Malaysia, namun semuanya tidak

berkesan.

Antara punca kemiskinan masih lagi wujud di Malaysia adalah had pekerjaan. Hal ini

dikatakan demikian kerana kebanyakan masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman masih

lagi mengamalkan ekonomi tradisional seperti pertanian yang berasaskan konsep sara diri. Pada

masa yang sama, golongan petani tersebut agak kurang menggunakan teknologi moden dalam

mengusahakan pertanian menyebabkan hasil pertanian tidak berkualiti dan sukar untuk

dipasarkan. Penggunaan orang tengah dalam memasarkan hasil menyebabkan golongan petani di

kawasan pedalaman tidak mendapat keuntungan yang sepatutnya. Hal ini kerana, orang tengah

membeli hasil tanaman dengan harga yang sangat murah dan menjualnya semula dengan harga

yang melambung tinggi.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Page 2: Syarahan punca kemiskinan masih lagi wujud di malaysia

Punca kemiskinan masih lagi wujud di Malaysia yang seterusnya ialah taraf pendidikan

rendah. Kadar buta huruf di negara ini masih lagi pada tahap yang tinggi terutamanya di

kawasan luar bandar. Hal ini dikatakan demikian kerana kadar pendapatan yang rendah dalam

kalangan ibu bapa telah menyebabkan yuran persekolahan anak-anak tidak mampu dibiayai.

Pendidikan yang rendah dalam kalangan generasi muda di negara ini menyebabkan golongan

tersebut sangat sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang menawarkan kadar gaji yang

tinggi seperti dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan.

Penghijrahan penduduk dari luar bandar ke kawasan bandar merupakan punca

kemiskinan masih lagi wujud di negara ini. Penghijrahan penduduk dari kawasan desa ke

kawasan bandar agak sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan kerana tidak memenuhi syarat

yang ditentukan oleh sektor yang diminati seperti taraf umur, kesihatan, kelulusan dan

sebagainya. Pada masa yang sama, kebanyakan masyarakat desa yang berhijrah ke kawasan

bandar bekerja dalam bidang pekerjaan yang menawarkan kadar pulangan yang sangat rendah

seperti membuka gerai-gerai kecil, menjadi pembersih, dan sebagainya.

Para hadirin yang budiman,

Seterusnya, punca kemiskinan masih lagi wujud di negara ini adalah kekurangan peluang

pekerjaan. Kebanyakan majikan di negara ini sangat suka mengupah buruh asing bekerja dalam

sektor pekerjaan berbanding dengan warga tempatan. Hal ini dikatakan demikian kerana pekerja

asing dapat dibayar dengan upah yang murah berbanding dengan pekerja tempatan. Dalam pada

itu, kesan pengambilan pekerja asing yang ramai menyebabkan warga tempatan sukar untuk

mendapatkan pekerjaan dan ini mengakibatkan warga tempatan tidak mampu memenuhi

keperluan harian seperti makanan, tempat tinggal, dan sebagainya kerana tidak mempunyai

pendapatan yang tetap.

Akhir sekali, punca kemiskinan masih lagi wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia

adalah faktor ekonomi negara. Kemelesetan ekonomi negara akan menyebabkan golongan

berpendapatan rendah terjejas. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila kemelesetan ekonomi

berlaku ramai pekerja khususnya dalam sektor perkilangan akan kehilangan pekerjaan. Golongan

ini akan menganggur dan pada masa yang sama, golongan ini perlu menanggung bilangan ahli

keluarga yang ramai. Di samping itu, kadar inflasi juga akan meningkat menyebabkan golongan

Page 3: Syarahan punca kemiskinan masih lagi wujud di malaysia

berpendapatan rendah terbeban dengan kenaikan harga barang terutamanya barang keperluan

harian seperti beras, pakaian dan sebagainya.

Sekian sahaja syarahan saya kali ini. Sekian terima kasih.