syarahan makanan tradisional

3
TEKS UCAPAN/SYARAHAN KEPENTINGAN MAKANAN TRADISIONAL Mayang berliut berisi padat, Tidak bercabang lembutnya empulur, Resamnya timur menjunjung adat, Bila bertandang salam dihulur. Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan salam 1 Malaysia. Terima kasih tuan pengerusi majlis, Yang dihormati Dr. Abdul Ghani Bin Jalil, seterusnya hadirin hadirat rakan seperjuangan sekalian. Berdriri rumah kerana tiang serinya, berdiri saya kerana syarahan diberi yang bertajuk “Kepentingan Mengekalkan Makanan Tradisional”. Hadirin sekalian, Salah satu kepentingan makanan tradisional adalah berkait rapat dengan jati diri negara kita. Dengan adanya makanan tradisional ini, orang asing akan mengenali budaya negara kita dengan lebih dekat. Orang asing yang menikmatinya akan menghormati cita rasa kegemaran rakyat kita. Selain itu, sudah pasti ada yang berminat untuk terus menikmatinya. Hal ini sekaligus membantu mengekalkan dan meningkatkan populariti makanan tradisional kita. Hadirin sekalian,

Upload: ameer-al-asyraf-muhamad

Post on 01-Feb-2016

1.085 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

Syarahan Makanan Tradisional

TRANSCRIPT

Page 1: Syarahan Makanan Tradisional

TEKS UCAPAN/SYARAHAN KEPENTINGAN MAKANAN TRADISIONAL

Mayang berliut berisi padat,

Tidak bercabang lembutnya empulur,

Resamnya timur menjunjung adat,

Bila bertandang salam dihulur.

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan salam 1 Malaysia. Terima kasih tuan

pengerusi majlis, Yang dihormati Dr. Abdul Ghani Bin Jalil, seterusnya hadirin hadirat rakan

seperjuangan sekalian. Berdriri rumah kerana tiang serinya, berdiri saya kerana syarahan diberi

yang bertajuk “Kepentingan Mengekalkan Makanan Tradisional”.

Hadirin sekalian,

Salah satu kepentingan makanan tradisional adalah berkait rapat dengan jati diri negara

kita. Dengan adanya makanan tradisional ini, orang asing akan mengenali budaya negara kita

dengan lebih dekat. Orang asing yang menikmatinya akan menghormati cita rasa kegemaran

rakyat kita. Selain itu, sudah pasti ada yang berminat untuk terus menikmatinya. Hal

ini sekaligus membantu mengekalkan dan meningkatkan populariti makanan tradisional kita.

Hadirin sekalian,

Seterusnya, makanan tradisional yang terus dikekalkan itu penting supaya generasi yang

akan datang tidak melupakannya. Sebagai contoh, makanan tradisional orang Melayu seperti

rendang, sate, tempe, rojak, lontong, sambal tumis, tempoyak, dodol, otak-otak, onde-onde, dan

banyak lagi akan pupus suatu masa nanti sekiranya tidak dikekalkan.  Sekiranya usaha ini tidak

dilakukan sekarang, kemungkinan besar pada suatu hari nanti generasi baru tidak dapat lagi

mengenali makanan-makanan tradisional ini. Hal ini kerana makanan segera seperti Kentucky

Fried Chicken (KFC), McDonald, Sugar Bun, Pizza Hut, dan sebagainya kini sedang menguasai

menu makanan anak-anak muda kita.

Page 2: Syarahan Makanan Tradisional

Hadirin sekalian,

Selanjutnya, pengekalan makanan tradisional dalam amalan pemakanan

masyarakat Malaysia akan memastikan makanan tradisional itu tidak lenyap ditelan oleh zaman.

Pengekalan makanan tradisional ini dapat juga merangsang industri pengeluaran makanan-

makanan tradisional secara komersial. Misalnya, sate akan dapat difrancaiskan ke seluruh dunia

sekiranya usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan bagi mempopularkan makanan ini dalam

kalangan warga asing. Sekiranya budaya makan makanan segera dapat diterapkan di

kalangan masyarakat kita, begitu jugalah sebaliknya. Makanan tradisional kita dapat

diperkenalkan sebagai makanan popular di luar negara.

Hadirin sekalian,

Selain itu, makanan-makanan tradisional yang terus dikekalkan ini secara tidak langsung

dapat juga menambah kepelbagaian pilihan sajian masyarakat kita. Hal ini juga sekali gus

memudahkan pihak pengusaha hotel dan katering menyediakan sajian makanan yang pelbagai.

Keadaan seperti ini penting agar mereka dapat memenuhi kehendak para pelanggan yang terdiri

daripada berbagai-bagai bangsa, sama ada rakyat setempat mahupun warga asing.

Kesimpulannya, makanan tradisional tetap mempunyai nilainya yang tersendiri.

Faedahnya banyak apabila kita mengekalkan amalan pemakanan makanan tradisional ini.

Dengan adanya sikap seperti ini, warisan nenek moyang kita akan kekal terpelihara. Setakat

inilah sahaja syarahan saya pada pagi ini. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi mendengar

syarahan saya. Sekiranya kata-kata saya menyinggung perasaan para hadirin, saya memohon

ampun dan maaf. Sebagai manusia biasa, saya tidak lari daripada kesalahan seperti kata pepatah

Melayu, "Bumi mana tidak ditimpa hujan, bahtera mana tidak menempuh gelombang ombak,

dan lautan mana tidak bergelombang”. Sekian terima kasih.