syarahan (guru pemacu transformasi negara)

6
Selamat pagi dan salam sejahtera, saya ucapkan kepada pensyarah kita yang dihormati, (nama) dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Tajuk syarahan yang ingin saya sampaikan pada hari ini ialah Guru Pemacu Transformasi Negara . Para hadirin sekalian, Malaysia sedang memasuki era transformasi untuk menjadi sebuah negara yang diri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain. Untuk bertransformasi menjadi negara yang mempunyai standard kelas pertama tidak kira dari segi pembangunan dan pemikiran, kumpulan profesional yang memainkan peranan penting dan berpontensi untuk menjadi pemangkin demi memacu transformasi negara ialah guru. Guru merupakan pemacu transformasi negara yang boleh ditaruhkan harapan untuk membawa perubahan melalui generasi baru. Merekalah benteng negara dalam zaman globalisasi ini untuk melahirkan generasi yang berhasrat transformasi demi mencapai suatu tahap yang lebih tinggi. Saudara dan saudari sekalian, Apabila meneliti pernyataan Guru Pemacu Transformasi Negara , peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat. Hadirin sekalian, Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud (2011), transformasi dalam pendidikan akan terus berlaku kerana selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dengan acuan tersendiri yang mengambil kira kepercayaan, budaya dan nilai setempat. Kementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan

Upload: thomas88182385

Post on 30-Jul-2015

328 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Syarahan (Guru Pemacu Transformasi Negara)

Selamat pagi dan salam sejahtera, saya ucapkan kepada pensyarah kita yang

dihormati, (nama) dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Tajuk syarahan yang

ingin saya sampaikan pada hari ini ialah “Guru Pemacu Transformasi Negara”.

Para hadirin sekalian,

Malaysia sedang memasuki era transformasi untuk menjadi sebuah negara yang diri

sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain. Untuk bertransformasi

menjadi negara yang mempunyai standard kelas pertama tidak kira dari segi

pembangunan dan pemikiran, kumpulan profesional yang memainkan peranan penting

dan berpontensi untuk menjadi pemangkin demi memacu transformasi negara ialah

guru. Guru merupakan pemacu transformasi negara yang boleh ditaruhkan harapan

untuk membawa perubahan melalui generasi baru. Merekalah benteng negara dalam

zaman globalisasi ini untuk melahirkan generasi yang berhasrat transformasi demi

mencapai suatu tahap yang lebih tinggi.

Saudara dan saudari sekalian,

Apabila meneliti pernyataan “Guru Pemacu Transformasi Negara”, peranan guru

sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di

negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru

dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial,

penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen

perubahan. Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses

transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan

yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran

agama dan nilai sejagat.

Hadirin sekalian,

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud (2011), transformasi

dalam pendidikan akan terus berlaku kerana selaras dengan aspirasi negara untuk

menjadi negara maju dengan acuan tersendiri yang mengambil kira kepercayaan,

budaya dan nilai setempat. Kementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar,

Page 2: Syarahan (Guru Pemacu Transformasi Negara)

polisi dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian

pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Program Transformasi Kerajaan yang

merangkumi pelan hala tuju Malaysia menjelang 2020 menggariskan beberapa pelan

tindakan berkaitan sistem pendidikan negara. Sasaran utama NKRA adalah untuk

mempertingkatkan pencapaian pelajar dan bidang yang menjadi tumpuan adalah

prasekolah, kemahiran asas literasi dan numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

dan peningkatan prestasi Pengetua dan Guru Besar. Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) tidak akan

berjaya tanpa komitmen dan sokongan jitu para guru. Guru juga harus

mengoptimumkan kreativiti dan inovasi sendiri untuk memastikan kelancaran dan

keberkesanan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa

Inggeris (MBMMBI) dan Satu Murid Satu Sukan (1M1S). Semua transformasi dasar dan

pembaharuan pendidikan ini tidak akan memberi makna tanpa warga pendidik sebagai

golongan yang berada di barisan hadapan dalam memacu arus pendidikan agar

sentiasa dinamik dan progresif.

Hadirin-hadirat sekalian,

Guru merupakan pendidik dan pengamal segala ilmu. Malaysia merupakan negara

yang mewajibkan pendidikan kepada semua golongan kanak-kanak. Melalui

pendidikan, ilmu boleh dipelajari, kemahiran boleh dipertingkatkan serta bakat boleh

dicungkil. Kanak-kanak zaman sekarang telah dihantar ke tadika seawal 5 tahun, dan

akan meneruskan ke sekolah rendah serta sekolah menengah mengikut umur dan

kelayakan. Skim PTPTN juga telah disediakan untuk membolehkan pemuda-pemudi

melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Di medan-medan inilah, guru memainkan

peranan penting dalam menyalurkan ilmu pengetahuan dan memberikan latihan agar

generasi yang berkaliber dan celik ilmu dapat dilahirkan untuk menyokong transformasi

negara.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan sepenuhnya perlu

diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum,

Page 3: Syarahan (Guru Pemacu Transformasi Negara)

kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didik. Kita selalu mengeluh tentang

masalah disiplin murid yang semakin meningkat. Pada zaman sekarang, tindakan tegas

tidak lagi merupakan cara terbaik dalam menangani masalah disiplin yang semakin

bermaharajalela. Sebaliknya, hubungan baik atau raport antara guru dan murid-murid

diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut. Bak kata, tak kenal maka tak cinta. Guru

harus mengenali murid-murid serta berjinak-jinak dengan hal ehwal mereka dan

memahami perasaan mereka. Guru merupakan golongan yang pandai memikirkan dan

mencari jalan untuk mengatasi segala masalah termasuk masalah disiplin murid. Dalam

bidang akademik, guru inovatif haruslah mevariasasikan kaedah pembelajaran dan

pendekatan pengajaran agar murid sentiasa tertarik untuk menumpukan dalam

pelajaran. Untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam bidang kokurikulum, guru

juga berperanan untuk menggunakan inovasi untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan

latihan supaya kemahiran dan kecergasan murid dapat dipertingkatkan.

Hadirin sekalian,

Melentur aur, biarlah dari rebung. Sejak bangku sekolah lagi, guru harus menyalurkan

pemikiran transformasi dalam sanubari murid-murid agar mereka selalu terbawa-bawa

dalam kehidupan dan matlamat mereka. Guru merupakan pembentuk sahsiah dalam

usaha memacu transformasi negara. Jika murid-murid dilatih agar mengamalkan nilai-

nilai murni dan sentiasa menggunakan pemikiran kreatif dan inovatif, secara tidak

langsung sahsiah yang baik dapat dibentuk. Generasi baru akan mempunyai daya

usaha dan semangat transformasi yang tinggi untuk membangunkan negara ke arah

yang lebih membanggakan. Kalau segala kemudahan dan modal disediakan, tetapi

pekerja sendiri tidak mempunyai keinginan untuk memanfaatkannya, adalah mustahil

untuk menampakkan hasil buah yang memuaskan. Guru juga merupakan teladan dan

model untuk dipelajari oleh murid-murid, khasnya kanak-kanak yang cenderung

mencontohi orang yang dihormati mereka. Gurulah merupakan wahana fikiran

transformasi dan model ideal untuk dicontohi murid. Guru haruslah memupuk minda

yang betul dan mempunyai daya maju untuk bertransformasi menjadi yang lebih baik.

Usahlah jadi seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Jika guru sendiri yang

enggan berusaha, apatah lagi menyuruh murid-murid agar berusaha demi

Page 4: Syarahan (Guru Pemacu Transformasi Negara)

kecemerlangan? Guru haruslah mempunyai mentaliti yang betul agar boleh diteladani

dan disalurkan kepada anak-anak murid.

Para hadiri yang dikasihi,

Guru sebagai pemacu transformasi negara haruslah mempunyai daya imaginasi yang

tinggi untuk melihat sesuatu secara berlainan. Guru harus berupaya melihat sesuatu

perkara itu sebagai peluang yang boleh mencetuskan idea baru. Idea tersebut

merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara

bekerja mahaupun pengenalan teknologi. Guru seharusnya menguasai pedagogi

pengajaran bukan sahaja dari segi kemantapan bahkan juga dari segi pembaharuan

dan penambahan. Selain itu, demi melonjakkan pendidikan negara, guru harus

berupaya mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam sekolah dengan

mengemukakan soalan yang menjurus kepada penemuan isu dan jawapan serta jalan

penyelesaian. Guru harus berfikiran terbuka atau berfikir di luar kotak secara

mendalam, iaitu: analitikal, kritikal dan praktikal. Guru harus menggunakan minda

kreatif untuk menemui perspektif baru agar boleh menjadi sarana untuk menghadapi

cabaran yang semakin membanjiri dunia pendidikan kita.

Para hadirin yang saya kasihi sekalian,

Sebagai pemacu transformasi negara, guru harus bersedia menghadapi risiko dan

berupaya menerima kegagalan serta belajar daripada kegagalan tersebut. Sesuatu

kejayaan adalah berpunca daripada berkali-kali kegagalan. Sebagai insan yang

fleksibel, guru juga harus bersedia dikritik dan mengenepikan ego serta mendapatkan

nasihat daripada rakan dan mempelajari daripada pengalamannya. Konsep belajar

sepanjang hayat harus dipraktikkan oleh guru agar sentiasa menaiktarafkan inovasi dan

kreativiti individu. Guru tidak seharusnya berpuas hati dengan pencapaian yang ada

atau berhenti di suatu tahap tanpa keinginan untuk berlonjak ke tahap yang lebih tinggi.

Amalan penyelidikan juga harus diamalkan oleh guru, agar kelemahan sendiri dapat

ditemui di samping mengatasi masalah yang dihadapi dengan sistematik dan inovatif.

Saudara-saudari,

Page 5: Syarahan (Guru Pemacu Transformasi Negara)

Kita, sebagai guru, juga harus mempunyai komitmen yang tinggi, bersabar terhadap

kompleksiti dan isu-isu yang timbul serta tenang dan tabah menghadapi cabaran

dengan berusaha menangani masalah dan halangan yang dihadapi. Guru harus selalu

mempunyai motivasi dalaman, iaitu rasa gembira, berpuas hati dan menjadikan kerja

sebagai cabaran untuk mencapai kejayaan. Guru janganlah jemu berusaha untuk

menambah baik amalan pengajaran semasa dan sentiasa berfikiran proaktif, kreatif

serta inovatif. Guru juga disarankan supaya mengaplikasi dan mengamalkan kaedah

pengajaran dan pembelajaran terkini seiring dengan proses globalisasi agar kekal

relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu. Kita harus

mengetahui bahawa zaman ini ialah zaman teknologi maklumat. Murid-murid tidak lagi

minat dengan kaedah “chalk and talk” atau telaah terus daripada buku. Guru harus

mempunyai semangat tinggi untuk menggunakan teknologi seperti komputer, OHP dan

sebagainya.

Hadirin-hadirat,

Akhir sekali, dalam usaha transformasi negara, guru juga merupakan ahli transformer

yang selalu mengejar arus semasa dan menaiktarafkan diri dengan segala ilmu dan

kemahiran yang sentiasa bertambah-tambah. Guru haruslah menambahkan ilmu diri

sendiri dan bukannya terpegun di suatu tapak perhentian. Situasi akan melahirkan

semakin banyak katak di bawah tempurung dan dengan tidak disedari, kita akan

menjadi semakin mundur memandangkan taraf dunia semakin meningkat. Malaysia

sedang menuju ke arah transformasi untuk mencapai tahap yang lebih baik. Demi

transformasi negara, rakyat Malaysia juga harus mengalami transformasi minda dan

meminggirkan segala pemikiran diskriminasi dan prejudis antara satu sama lain. Nilai

perpaduan seharuslah ditanam dalam sanubari murid oleh guru sejak bangku sekolah

lagi. Subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah diperkenalkan dalam sekolah

rendah dan sekolah kebangsaan untuk memupuk semangat patriotik murid. Kerajaan

turut bercadang untuk memperkenalkan subjek baru, iaitu Pendidikan Nasional. Oleh

itu, guru haruslah cukup inovatif untuk menjayakan usaha-usaha kerajaan untuk

melahirkan masyarakat bersemangat 1 Malaysia.

Page 6: Syarahan (Guru Pemacu Transformasi Negara)

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebelum saya mengakhiri syarahan saya, saya ingin menegaskan bahawa warga

pendidik, sebagai pemacu transformasi negara, haruslah sentiasa bersedia untuk

menyambut sebarang perubahan pendidikan bagi diterjemahkan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kerajaan telah menyediakan pelbagai

insentif dan inisiatif bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin. Oleh

itu, warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu memainkan peranan berkesan

dengan cara sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Guru harus

berpegang teguh dengan etika keguruan dan sikap sewenang-wenang semasa

bertugas haruslah dikikis. Dengan ini, baharulah pendidikan negara dapat dilonjakkan

ke tahap yang semaksimanya. Pihak kerajaan telah merancang dan melaksanakan

pelbagai pelan transformasi negara. Kita, sebagai pendidik negara, harus menyahut

dan memacu transformasi negara dengan menambahkan usaha lagi dalam bidang

profesion kita agar boleh melahirkan generasi berminda transformasi. Rakyak tidak

harus memutarbelitkan segala usaha kerajaan dan seyogianya berusaha menyahut

segala seruan kerana bersatu teguh, bercerai roboh.

Sekian sahaja, terima kasih. Majulah guru untuk transformasi negara.