syarahan agama iman pencetus umat gmilang

10
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh diucapkan kepada pengacara majlis, kombinasi hakim yang arif lagi bijaksana serta sidang dewan sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini adalah “Iman dan takwa pencetus umat gemilang .” Daun selasih di hujung dahan, Tempat berehat si anak helang, Didahului tajuk pembukaan syarahan, Iman dan takwa pencetus umat gemilang. Dari segi bahasa, iman bermaksud percaya , manakala dari pendapat ahli sunnah waljamaah , iman bermaksud mengaku dengan lidah , membenarkan dalam hati,serta beramal dengan anggota , Manakala takwa bermaksud menunaikan perkara yang diwajibkan oleh Allah ta’ala serta meninggalkan perkara yang dilarang olehNya, serta pencetus bererti pemangkin atau titik tolak , dan gemilang bermaksud bercahaya dan terang benderang. Jika disimpulkan dari makna dasar , iman dan takwa pencetus umat gemilang bermaksud keimanan dan ketakwaan merupakan titik tolak bagi melahirkan sebuah komuniti masyarakat islam yang harmoni dan hebat dari semua aspek kehidupan. Para hadirin sekalian , Marcapada ini , isu seperti pengamalan perkara khurafat dalam kalangan masyarakat sudah acapkali kedengaran. Amalan kurafat tersebut merangkumi perbuatan karut yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam, namun perkara tersebut dianggap berhubung kait dengan Islam . Antara contoh amalan khurafat tersebut termasuklah mempercayai tangkal azimat dapat menolak 1

Upload: matserabut

Post on 30-Jun-2015

1.195 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Syarahan Agama Iman Pencetus Umat Gmilang

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh diucapkan kepada pengacara majlis, kombinasi

hakim yang arif lagi bijaksana serta sidang dewan sekalian.

Tajuk syarahan saya pada hari ini adalah “Iman dan takwa pencetus umat gemilang .”

Daun selasih di hujung dahan,

Tempat berehat si anak helang,

Didahului tajuk pembukaan syarahan,

Iman dan takwa pencetus umat gemilang.

Dari segi bahasa, iman bermaksud percaya , manakala dari pendapat ahli sunnah waljamaah ,

iman bermaksud mengaku dengan lidah , membenarkan dalam hati,serta beramal dengan

anggota , Manakala takwa bermaksud  menunaikan perkara yang diwajibkan oleh Allah ta’ala

serta meninggalkan perkara yang dilarang olehNya, serta pencetus bererti pemangkin atau

titik tolak , dan gemilang bermaksud bercahaya dan terang benderang. Jika disimpulkan dari

makna dasar , iman dan takwa pencetus umat gemilang bermaksud keimanan dan ketakwaan

merupakan titik tolak bagi melahirkan sebuah komuniti masyarakat islam yang harmoni dan

hebat dari semua aspek kehidupan.

Para hadirin sekalian ,

Marcapada ini , isu seperti pengamalan perkara khurafat dalam kalangan masyarakat sudah

acapkali kedengaran. Amalan kurafat tersebut merangkumi perbuatan karut yang

bertentangan dengan akidah dan syariat Islam, namun perkara tersebut dianggap berhubung

kait dengan Islam . Antara contoh amalan khurafat tersebut termasuklah mempercayai

tangkal azimat dapat menolak bala dan menepung tawar untuk mendapat berkat . Pengamalan

budaya khurafat ini masih lagi berleluasa atas sebab kelemahan iman seseorang individu. Hal

ini tidak patut sama sekali berlaku. Setiap individu yang bergelar muslim haruslah memiliki

keimanan dan ketakwaan yang teguh kepada Allah S.W.T. Sepatutnya, setiap individu harus

mencontohi peribadi umat terdahulu yang hidup pada zaman Rasulullah S.A.W . Sebagai

contoh , kekuatan iman yang dimiliki oleh Bilal bin Rabbah harus dihalusi serta dicontohi

oleh segenap manusia di muka bumi ini. Bilal bin rabbahmenerima Islam melalui sahabatnya

yang bernama al Fadl dan dilihat beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mendalami ajaran

agama Islam sehingga sanggup berulang-alik ke rumah Arqam bin Abi Al-Arqam   secara

rahsia supaya kegiatannya menerima Islam sebagai sebahagian daripada hidupnya tidak

diketahui oleh tuannya.Namun akhirnya Umaiyah mengetahuinya dan memujuk Bilal agar

meninggalkan Islam dan kembali ke ajaran asalnya, tetapi Bilal berkeras untuk

mempertahankan Islam sebagai agama dunia dan akhiratnya. Umaiyah pernah berkata,“Aku

1

Page 2: Syarahan Agama Iman Pencetus Umat Gmilang

berkuasa ke atas tubuh dan jasadmu.”Tetapi Bilal lantas menjawab,“Fikiranku, imanku dan

kepercayaanku bukan milikmu.”Setelah gagal memujuk Bilal, Umaiyah nekad untuk

bertindak kejam ke atas Bilal dengan mengikat batu besar di tubuh Bilal yang tidak

berpakaian, mengheret ke tengah padang pasir yang panas membakar dan memukul tanpa

belas kasihan. Ketabahan serta kekuatan iman beliau harus diteladani oleh setiap individu.

Seperti firman Allah dalam surah al luqman ayat 12-13 :

Surah Annisa ayat 48

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya

(dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa

yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang

mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah

melakukan dosa yang besar.

Luqman

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta

Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya

kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang

kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal

kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Hadirin yang dihormati,

Dengan keteguhan iman , kemantapan takwa dalam diri setiap individu , ibadah kita akan

menjadi berkualiti. Sebagai contoh , sesetengah pihak sering mengabaikan solat dalam

kehidupan. Solat itu merupakan tiang agama. Hal ini diibaratkan dengan rumah yang tidak

bertiang. Dalam erti kata lain, tanpa akar, pokok tidak akan berbuah. Oleh itu, solat

merupakan asas kepada keteguhan iman seseorang. Dengan iman yang teguh, umat yang

gemilang akan dapat dilahirkan. Setiap individu juga perlu menitikberatkan soal keikhlasan

serta tidak mengharapkan ganjaran setiap kali menjalankan sesuatu tanggungjawab yang

2

Page 3: Syarahan Agama Iman Pencetus Umat Gmilang

diamanahkan tanpa mengamalkan rahsuah serta pecah amanah dalam kalangan masyarakat

sewaktu menjalankan tugas. Dengan cara ini , umat Islam akan dipandang mulia serta

dihormati oleh masyarakat seluruh dunia. Seperti firman Allah dalam surah al an’am ayat

162-163:

Alzariyaat[56 ]

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka

menyembah dan beribadat kepadaKu.

AnAM

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,

hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Selain itu juga, melalui iman yang teguh, kita akan dapat membina jati diri yang mantap .

Sebagai contoh, melalui keteguhan iman , kita dapat mengunakan laman sosial seperti

Facebook, Myspace, Twitter dan sebagainya dengan tujuan yang baik sekiranya kita pandai

mengawal iman. Namun begitu, sebaliknya akan berlaku sekiranya iman tidak dapat dikawal.

Sebagai contoh, laman – laman sosial ini digunakan untuk tujuan tidak baik seperti

merosakkan rumahtangga orang lain. Baru – baru ini, kajian menunjukkan bahawa 90% kes

penceraian adalah disebabkan penyalahgunaan laman-laman sosial seperti ini . Oleh itu ,

jelaslah bahawa iman dan takwa mampu membina jati diri yang mantap. Seperti firman Allah

dalam surah al-imran ayat 104

Al Imran[104]

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada

kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,

serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat

demikian ialah orang-orang yang berjaya.. 

3

Page 4: Syarahan Agama Iman Pencetus Umat Gmilang

Alsajjaadh

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami

hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat

itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan

menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula

tidak bersikap sombong takbur.

Hadirin sekalian ,

Bagi memantapkan keimanan, kita haruslah mencintai , menghayati, mengkaji serta mencari

ilmu sepanjang hayat . Seperti kata pepatah, ilmu itu penyuluh kehidupan. Dengan ilmu

pengetahuan, insan yang gemilang serta berkualiti dari pelbagai aspek kehidupan akan dapat

dilahirkan. Sebagai contoh , penubuhan maktab rendah sains mara ulul albab di Kota Putera

Besut adalh salah satu usaha yang baik dalam melahirkan muslim dan muslimah yang

berilmu pengetahuan tinggi dalam kedua- dua aspek dunia dan akhirat. Menerusi firman

Allah dalam surah al mujadalah ayat 111:

Al mujaddalah

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari

tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya

Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun

maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara

kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) -

beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa

yang kamu lakukan.

4

Page 5: Syarahan Agama Iman Pencetus Umat Gmilang

Alzummar

"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu

malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta

mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-

orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya

orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang

yang berakal sempurna.

Seterusnya hadirin yang dikasihi,

Melalui iman dan ketakwaan yang tinggi , umat yang gemilang dapat dilahirkan. Contohnya,

umat islam yang mempunyai daya kreativiti dalam bidang ekonomi dapat dilahirkan. Syarikat

Beras Faiza adalah salah satu contoh umat yang gemilang dari segi ekonomi. Syarikat beras

faiza sering memberikan bantuan kepada umat-umat yang lain yang kurang bernasib baik.

Saya pasti sidang dewan pernah menonton program Bersamamu yang sering ditayangkan di

kaca televisyen. Syarikat beras faiza merupakan salah satu daripada penaja utama program

yang membantu mereka yang kurang bernasib baik. Perkara ini harus menjadi contoh kepada

kita dalam melahirkan individu yang mantap dari segi iman dan takwa. Seperti firman Allah

dalam surah at-taubah ayat 111

Attaubah

5

Page 6: Syarahan Agama Iman Pencetus Umat Gmilang

[111]

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka

dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga,

(disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang

membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang

benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran;

dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu,

bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah

bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Selain itu , umat yang gemilang adalah umat yang sentiasa menjaga hubungan baik sesama

manusia. Hal ini kerana, hubungan yang dingin sebagai contohnya antara jiran tetangga

menyebabkan berlakunya masalah sosial yang sukar dibendung. Sekiranya hubungan sesama

umat islam menjadi renggang, impaknya, umat islam akan berpecah belah serta dipandang

hina oleh golongan masyarakat yang lain. Dengan ini, masyarakat islam akan menjadi

masyarakat yang lemah. Dalam surah al mai’dah ayat 2: Allah berfirman:

Al hujaarah[13]

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan

perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,

supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di

antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha

Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

6

Page 7: Syarahan Agama Iman Pencetus Umat Gmilang

Almaidah2[

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati

mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan

mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan

mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju

ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka

(dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji

di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu.

Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah

menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan

hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan

janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya

(bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

Tunjangnya, sidang dewan yang dihormati sekalian,

Umat islam haruslah memiliki keimanan dan ketakwaan yang mantap terhadap Allah s.wt.

bagi mewujudkan sebuah komuniti umat islam yang disanjungi , dipandang mulia serta

disegani oleh kaum2 yang lain. Janganlah kita menjatuhkan maruah islam yang mulia kerana

sesungguhnya kitalah yang menyumbang kepada kebangkitan umat islam itu sendiri. Dengan

cara tersebut, umat islam dapat duduk sama rendah serta berdiri sama tinggi dengan

masyarakat lain yang maju dan berjaya. Oleh itu, kita haruslah menerapkan konsep keimanan

dan ketakwaan yang teguh dalam diri kita agar kita mampu menjulang kecemerlangan di

persada marcapada.

7

Page 8: Syarahan Agama Iman Pencetus Umat Gmilang

8