arus globalisasi pencetus evolusi kemunculan kelas menengah dan politik baru di malaysia

23
Pengenalan Dalam dua dekad akhir abad ke-20 satu transformasi nampaknya telah melanda dunia. Fenomena yang kini dikenali dengan gelaran globalisasi telah diperkatakan oleh sarjana, pelbagai pemerhati masyarakat dunia, mahupun penulis dari pelbagai displin ilmu. Malah fenomena ini menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi. Konsep globalisasi bukan suatu yang baru tetapi dalam erti kata lain ialah proses perubahan meliputi ruang lingkup dunia, malah menurut banyak pandangan globalisasi telah bermula sejak penciptaan dan percapaian terbaru dalam peradaban manusia melalui penciptaan teknologi maklumat dan komunikasi baru. Pencapaian ini diikuti pula dengan perubahan skala dan sifat penghasilan barangan dan perkhidmatan; pembahagian global bagi tenaga kerja dan kuasa; perdagangan mata wang; penyebaran maklumat, berita dan budaya material dan bukan material. Penguncupan dunia ini dikatakan hasil ‘Revolusi Gelombang Ketiga’ yakni revolusi maklumat yang dijanakanoleh teknologi maklumat memungkinkan seluruh dunia terangkum di dalam jaringan teknologi itu. Bagi rantau Asia yang merangkumi negara Malaysia, ternyata fenomena ini telah menempias dan memberi impak yang mendalam terhadap rakyatnya. Menurut penulisan Robertson, terdapat perdebatan yang rumit berhubung bila bermulanya globalisasi. Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemenculan Kelas Menengah dan Politik Baru di Malaysia Page 1

Upload: nor-rafidah-khairuddin

Post on 27-Jul-2015

1.610 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemunculan Kelas Menengah dan Politik Baru di Malaysia

Pengenalan

Dalam dua dekad akhir abad ke-20 satu transformasi nampaknya telah melanda dunia.

Fenomena yang kini dikenali dengan gelaran globalisasi telah diperkatakan oleh sarjana,

pelbagai pemerhati masyarakat dunia, mahupun penulis dari pelbagai displin ilmu. Malah

fenomena ini menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan

kepantasan perkembangan teknologi. Konsep globalisasi bukan suatu yang baru tetapi dalam erti

kata lain ialah proses perubahan meliputi ruang lingkup dunia, malah menurut banyak pandangan

globalisasi telah bermula sejak penciptaan dan percapaian terbaru dalam peradaban manusia

melalui penciptaan teknologi maklumat dan komunikasi baru. Pencapaian ini diikuti pula

dengan perubahan skala dan sifat penghasilan barangan dan perkhidmatan; pembahagian global

bagi tenaga kerja dan kuasa; perdagangan mata wang; penyebaran maklumat, berita dan budaya

material dan bukan material. Penguncupan dunia ini dikatakan hasil ‘Revolusi Gelombang

Ketiga’ yakni revolusi maklumat yang dijanakanoleh teknologi maklumat memungkinkan

seluruh dunia terangkum di dalam jaringan teknologi itu. Bagi rantau Asia yang merangkumi

negara Malaysia, ternyata fenomena ini telah menempias dan memberi impak yang mendalam

terhadap rakyatnya. Menurut penulisan Robertson, terdapat perdebatan yang rumit berhubung

bila bermulanya globalisasi. Sekiranya globalisasi dilihat dari segi proses pembentukan satu

sistem dunia yang melibatkan kemunculan hubungan saling berkait dan bergantung antara

pelbagai negara di dunia, maka globalisasi sudah pun bermula jauh lebih awal iaitu sejak

kemunculan sistem kapitalisme itu sendiri pada abad ke-16 dan kemudian disusuli pula dengan

kemunculan kolonialisme dan imperialism. Keterlibatan Malaysia dalam arus globalisasi

mempunyai latar belakang sejarah yang terbina dalam masa panjang. Ia berkaitan secara

langsung dengan kemunculan kolonialisme dan imperialisme khususnya sejak Malaysia menjadi

tanah jajahan kuasa Barat, terutama penjajahan Inggeris bermula abad ke-19 sehingga Malaysia

mencapai kemerdekaan pada 1957. Pembabitan Malaysia dalam ekonomi dunia pada masa itu

telah terikut pola klasik ketergantungan, iaitu berkhidmat sebagai pembekal bahan mentah (timah

dan getah) dan menjadi pasaran barangan siap serta tempat pelaburan modal asing. Dasar

Inggeris yang membuka pintu kemasukan buruh-burung asing secara besar-besaran, dari negara

China dan India untuk memenuhi keperluan modal antrabangsa di Tanah Melayu ketika itu.

Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemenculan Kelas Menengah dan Politik Baru di MalaysiaPage 1

Page 2: Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemunculan Kelas Menengah dan Politik Baru di Malaysia

Ternyata kehadiran mereka telah mengubah pola penduduk yang pada masa itu dipelopori oleh

kaum Melayu, menjadikan masyarakat Tanah Melayu sebuah masyarakat majmuk. Penjajahan,

pembentukan negara penjajah dan kemasukan modal asing telah mengubah struktur kelas

masyarakat Malaysia. Akibat dominasi penjajah dan modal asing, terdapat kemunculan kelas-

kelas baru iaitu kelas kapitalis asing (Eropah), kelas pentadbir (Inggeris dan Melayu), kelas

kapitalisme komprador (Cina dan India) dan kelas buruh (Cina dan India). Walau bagaimanapun,

kelas perdagang peribumi tidak dapat berkembang dek kerana hambatan penjajahan. Namun,

dalam lebih 30 tahun menyusuri arus globalisasi, struktur kelas yang sedemikian telah berubah.

Ditambahkan lagi dengan transformasi ekonomi selepas Merdeka yang dicetuskan oleh proses

perindustrian, khususnya selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah merombak

struktur kelas yang tidak seimbang dari segi etnik. Apa yang perlu diketahui bahawa impak

globalisasi yang melanda negara Malaysia bukan tertumpu sudut ekonomi semata-mata, bahkan,

politik dan sosio-budaya tidak ketinggalan. Saya akan menjelaskan dengan lebih lanjut berkaitan

impak globalisasi ini pada penulisan yang berikutnya.

Setelah separuh abad Malaysia merdeka daripada kencaman penjajah, saya sedar bahawa

kesan kolonialisme penjajah barat membawa erti yang besar kepada rakyat Malaysia hari ini.

Trajektori sejarah masyarakat Malaysia berubah apabila keadaan ini melahirkan kelas-kelas baru

moden khususnya kemunculan ‘kelas menengah’. Pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam

tempoh dua dekad lebih setelah perlaksanaan DEB telah mempercepatkan proses pembentukan

kelas pekerja,kelas menengah dan kelas kapitalis di Malaysia.Proses mobiliti sosial menegak

yang dimungkinkan oleh pendemokrasian pendidikan, khususnya pendidikan tinggi,

membolehkan sebahagian anggota kelas bawahan (petani atau pekerja) untuk memasuki kelas

menengah dan bahkan sejumlah kecil memasuki kelas kapitalis. Perindustrian dan pertumbuhan

ekonomi yang pesat di Malaysia juga telah mengembangkan kelas menengah baru yang terdiri

daripada para pentadbir, pengurus dan professional pelbagai kaum. Dengan perkembangan

ekonomi kearah ekonomi perkhidmatan di bawah arus globalisasi, adalah dijangkakan saiz kelas

menengah baru akan bertambah lagi pada masa hadapan.

Rentetan fenomena globalisasi yang melanda Malaysia dan kemunculan kelas-kelas

menengah yang membawa banyak perubahan ketara dalam budaya politik Malaysia sehingga

Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemenculan Kelas Menengah dan Politik Baru di MalaysiaPage 2

Page 3: Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemunculan Kelas Menengah dan Politik Baru di Malaysia

wujudnya satu politik baru di Malaysia hari ini. Adakah politik baru di Malaysia mampu

menjana kestabilan politik yang lebih utuh pada masa akan datang? Mari kita akan sama-sama

lihat pada penulisan selanjutnya.

Wacana Globalisasi

Bagaimanakah impak globalisasi mampu memunculkan golongan kelas menengah

sejurus kemudian mewujudkan satu politik baru di Malaysia? Semenjak pertengahan dekad 80-

an, ekonomi antarabangsa berubah dengan pesat terutamanya negara-negara di rantau Asia

Tenggara dan Asia Timur. Sebagai contoh, Malaysia mencapai kadar pertumbuhan ekonomi di

antara lapan hingga Sembilan peratus tiap-tiap tahun di antara 1986 hingga 1997. Fenomena ini

dikaitkan dengan keterbukaan ekonomi dunia yang juga dikenali sabagai proses globalisasi.

Keadaan ini mewujudkan berbagai-bagai implikasi dan cabaran kepasa negara-negara

membangun seperti Malaysia. Sebagai sebuah negara yang kecil, Malaysia menghadapi

fenomena globalisasi dunia dengan pelbagai kekangan yang mencabar kerana keadaan fenomena

itu sendiri begitu kompleks. Pada tahap awal DEB, iaitu dari 1970 sehingga 1982, pemerintah

telah mengubah dassar laissez faire apabila ia melaksanakan dasar afirmatif. DEB yang bertujuan

membatasai penguasaan modal asing dalam sektor korporat kepada 30 peratus dan

meningkatkan pemilikan modal Bumiputera dalam sektor tersebut kepada 30 peratus dalam

tempoh 20 tahun. Ini dilakukan dengan mendorong pertumbuhan modal kapitalis negara dan

membesarkanbarisan kelas usahawan dan menengah Bumiputera. Secara khususnnya, DEB

melaksankan pelbagai program untuk mengurangi kemiskinan, mewujudkan kelas kapitalis

Bumiputera melalui penyusunan semula struktur ekuiti, menyusun semula pola pekerjaan untuk

mewujudkan kelas menengah dan kelas pekerja Bumiputera; dan demikian mengurangkan

pengenalan kaum melalui fungsi ekonomi. Menurut tulisan Abdul Rahman Embung, hasil

daripada dasar ini, terdapat pengecilan bahagian modal asing dalam sektor korporat,

pertumbuhan modal dalam negeri, kelas menengah dan kelas pekerja menjadi berbilang etnik

dan suasana bar yang menstabilkan hubungan antara kaum telah diwujudkan. Perkembangan

kelas menengah berbilang kaum telah mengurangkan polarisi kelas dan kaum yang wujud

Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemenculan Kelas Menengah dan Politik Baru di MalaysiaPage 3

Page 4: Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemunculan Kelas Menengah dan Politik Baru di Malaysia

sebelum ini. Membaca hujahan Nidzam Sulaiman dalam tulisannya, saya bersetuju bahawa

meskipun Malaysia sudah mejangkau alaf baru, namun politik negara masih tidak dapat lari dari

persoalan etnik. Perkembangan kebanyakan parti politik, dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan,

persaingan calon di dalam pilihanraya dan pola pengundian orang ramai sering tercenderung

kearah persoalan etnik. Melihat pertumbuhan pesat parti politik di Malaysia hari ini, ia

merupakan sumbangan positif kepada perkembangan persaingan yang sihat bagi demokrasi dan

masyarakat sivil. Namun pengaruh etnik yang masih kuat telah menyebabkan sifat politik

Malaysia masih terkongkong kepada sentimen primodial. Dengan itu kerjasama, gabungan atau

pakatan antara beberapa parti terpaksa dibentuk, lebih banyak yang bergabung maka lebih

dominan kerajaan yang dibentuk seperti yang ditunjukkan oleh kerajaan campuran kini.

Pendemokrasian pendidikan yang telah melanda akibat penjajahan barat, telah memberi banyak

kesedaran politik khususnya kelas menengah baru yang terpelajar. Mereka kini adalah golongan

yang sering bangkit menyuarakan pandangan politik mereka malah telah bergiat aktif dalam parti

politik di Malaysia kini. Secara ringkas, pembangunan ekonomi yang mendadak dua puluh tahun

kebelakangan ini (iaitu sebelum berlakunya kegawatan ekonomi 1997-98), telah pun

mengubahsuai struktur masyarakat Malaysia, termasuk mewujudkan satu kelas menengah

terpelajar baru yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ekoran daripada itu, budaya politik Malayis

mula mengalami perubahan. Terdapat wacana politik yang timbul pada masa dahulu, budaya

politik ini didominasi oleh amalan politik berdasarkan kaum ataupun ‘etnicisme’ manakala

muncul pula wacana dan amalan politik yang baru iaitu ‘developmentalisme’ dan ‘demokrasi

berpartisipasi’.

Teori Globalisasi

Cochrane dan Pain menegaskan bahawa dalam kaitannya dengan globalisasi, terdapat tiga

pendekatan teroritis yang dapat dilihat, iaitu

Para globalis percaya bahawa globalisasi adalah suatu fenomena yang memiliki kesan nyata

terhadap bagaimana orang dan pemerintah di seluruh dunia mentadbir. Mereka percaya bahawa

Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemenculan Kelas Menengah dan Politik Baru di MalaysiaPage 4

Page 5: Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemunculan Kelas Menengah dan Politik Baru di Malaysia

negara-negara dan kebudayaan tempatan akan hilang kebudayaan dan ekonomi global yang

homogen akibat kesan globalisasi. Namun, para globalis tidak berpendapat sama mengenai kesan

proses tersebut ke dunia hari ini.

Para globalis positif dan optimistis menganggap baik perkembangan globalisasi dan menyatakan

bahawa globalisasi akan menghasilkan masyarakat dunia yang toleransi dan bertanggungjawab.

Para globalis pesimis berpendapat bahawa globalisasi adalah sebuah fenomena negatif kerana

hal tersebut sebenarnya adalah bentuk penjajahan barat (terutama Amerika Syarikat) yang

memaksa sejumlah bentuk budaya dan penggunaan yang homogen. Namun, sebilangan mereka

kemudian membentuk golongan untuk menentang globalisasi (antiglobalisasi).

Para tradisionalis tidak percaya bahawa globalisasi sedang berlaku. Mereka berpendapat

bahawa fenomena ini adalah sebuah mitos semata atau, jika memang ada, terlalu dibesar-

besarkan. Mereka merujuk bahawa kapitalisme telah menjadi sebuah fenomena antarabangsa

sejak ratusan tahun. Apa yang sedang kita alami saat ini hanyalah merupakan siri lanjutan, atau

evolusi, dari produksi dan perdagangan kapitalisme.

Para transformasionalis berada di antara para globalis dan tradisionalis. Mereka bersetuju

bahawa pengaruh globalisasi telah sangat digembar-gemburkan oleh para globalis. Namun,

mereka juga berpendapat bahawa tidak bijak sekiranya jika kita menyangkal proses globalisasi

ini.

Kelas Menengah

Kelas menengah merupakan kelas yang sedehana, baik dari sydut pendapatan mahupun

sosial. Di dalam pertumbuhan demokrasi kelas ini di anggap elemen penting yang

mempengaruhi perkembangan masyarakat. Menurut tulisan Lipset dan Moore menjelaskan

betapa kehadiran kelas akan menjadi pencetus kepada tuntutan-tuntutan sivil yang akhirnya

boleh membawa kepada perkembangan demokrasi.. Dalam konteks masyarakat kelas ini wujud

Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemenculan Kelas Menengah dan Politik Baru di MalaysiaPage 5

Page 6: Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemunculan Kelas Menengah dan Politik Baru di Malaysia

tetapi masih belum cukup berpengaruh wlaupun akhirnya sudah menampakkan perkembangan

semakin efektif. Masyarakat yang terlalu terbaghagi berasaskan kaum juga telah mengurangkan

kesepaduan kelas ini. Dalam ertikata lain ia berpecah berasaskan kaum meskipun mereka

berkongsi berbagai kepentingan yang sama. Kelas menengah moden yang sudah lahir pada abad

ini terdiri daripada pegawai kerajaan, pengurus syarikat swasta, ahli sains, jurutera, akauntan,

doktor,peguam dan lain-lain. Dalam konteks transformasi masyarakat melalui perindustrian dan

pembentukan kelas menengah, pendidikan memainkan dua peranan utama. Pertama, pendidikan

adalah satu bidang yang amat penting bagi memungkinkan berlakunya proses penindustrian

dengan lancer kerana ia menyediakan sumber daya manusia yang terdidik dan terlatih untuk

keperluan industri. Kedua, pendidikan ialah proses menghimpun modal budaya yang amat

penting bagi memungkinkan pembentukan kelas menengah dan juga kelas-kelas lainnya.

Pendemokrasian pendidikan, khususnya pendidikan tinggi, adalah satu mangkin bagi

transformasi masyarakat Malaysia dan pembentukan kelas menengah.

Ulasan

Kini, globalisasi boleh dianggap sudah menjadi satu perkataan yang sering disebut oleh

pelbagai pihak dalam pelbagai wacana pada peringkat tempatan dan antarabangsa. Globalisasi

juga dikatakan menjadi konsep yang penting yang dapat membantu kita memahami transformasi

masyarakat di dunia dengan menarik perhatian kita kepada perubahaan asas yang sedang berlaku

dalam era selepas Perang Dingin. Globalisasi yang terjelma dalam bentuk pemampatan masa dan

ruang dalam hubungan sosial memungkinkan perubahan di peringkat antarabangsa lalu

mempengaruhi sesebuah negara dan perhubungan dalam negeri supaya menjadi lebih luas dan

pantas. Perubahan struktur kelas amat ketara di bawah dampak globalisasi. Mengapakah

globalisasi sangat berkait rapat dengan kelas? Apa itu sebenarnya kelas? Merujuk kepada

pendekatan teoritis tentang perspektif kelas, kelas merujuk kepada kumpulan manusia yang

berada dalam kedudukan ekonomi yang sama dalam masyarakat yang berstrata. Peluang hidup

mereka dalah sama malah kepentingan ekonomi juga adalah sama. Namun, punca ikatan kelas

mereka berbeza. Karl Marx menyatakan bahawa kelas berkait dengan ragam pengeluaran yang

Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemenculan Kelas Menengah dan Politik Baru di MalaysiaPage 6

Page 7: Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemunculan Kelas Menengah dan Politik Baru di Malaysia

dirujuk kepada individu yang memiliki alat pengeluaran dan hubungan sosial. Dalam proses

pengeluaran berlaku berubahan dari satu tahap ke tahap lain jenis masyarakat itu. Marx

membahagikan kelas dalam masyarakat feudal dan masyarakat kapitalis. Dalam masyarakat

feudal, wujud kelas-kelas utama iaitu kaum wangsa yang memiliki tanah dan golongan naungan

serf iaitu terdiri daripada kaum petani yang tidak bebas dan sering berpindah randah ke tempat

lain. Apa yang dapat saya hubungkaitkan setelah membuat pembacaan mengenai senario kelas

masyarakat feudal oleh Marx, saya dapat membuat satu perkaitan dengan konsep penaungan.

Menurut perspektif antropoligi, penaungan berlaku dalam masyarakat feudal diantara penanung

(raja, pembesar,tuan tanah) dan dinaungi (kaum petani). Hubungan sosial antara golongan ini

berkaitan hubungan sosial yang seimbang. Walaupun terdapat eksploitasi seperti golongan

miskin perlu menyewa tanah dengan kadar yang tidak adil kepada penaung, golongan yang

dinaungi ini tetap memberi kesetiaan yang tidak berbelah bahagi, kehormatan dan kerahan

tenaga kepada penaung mereka sebagai balasan memberi perlindungan kepada meraka dan

memberi keperluan apabila menghadapi saat kecemasan. Konsep penaungan tidak menimbulkan

elemen penindasan kerana antara mereka memerlukan satu sama lain kerana saling bertukar

kehendak dan keperluan. Namun begitu, isu kelas telah wujud kerana terdapat pengasingan kelas

atasan (penanung) dan kelas bawahan(petani, miskin). Manakala dalam masyarakat kapitalis

pula menurut Karl Marx, terdiri daripada pemodal dan pekerja (kelas-kelas utama). Atas

dorongan ingin mengaut keuntungan, kelas kapitalis ini telah melakukan eksploitasi dan

penindasan. Lalu konflik kelas timbul. Para pemodal penyediaan mesin dan tapak khas untuk

sektor pengeluaran. Apabila kaum-kaum pekerja tinggal dan bekerja dalam satu unit, komunikasi

antara meraka lebih efektif kerana satu tapak didirikan untuk berniaga dan semua menuju ke

tempat yang sama. Kesedaran tentang penindasan yang sebenarnya timbul dalam kalangan

meraka kerana meraka saling bertukar-tukar dan pandangan. Ditambah dengan fenomena

globalisasi yang melanda dunia, tahap pengetahuan dan kesedaran semakin meningkat apabila

jaringan komunikasi antara kaum pekerja lebih mudah dan cepat. Kesannya mereka telah berani

melakukan mogok keatas golongan pemodal. Namun, berbeza dengan dengan perspektif kelas

oleh Max Weber yang menyatakan kelas merujuk kepada kepenggunaan iaitu hartamilik,

pendapatan mahupun taraf hidup atau juga dikenali sebagai ‘status ekonomi sosial’ (SES). SES

juga diambilkira melalui prestej dan kehormatan yang dimiliki oleh individu bukan semata-mata

Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemenculan Kelas Menengah dan Politik Baru di MalaysiaPage 7

Page 8: Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemunculan Kelas Menengah dan Politik Baru di Malaysia

faktor ekonomi. Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, disebabkan ikatan etnik berleluasa,

selalunya kewujudan kelas, kepentingan kelas dan ikatan kelas tidak berapa jelas. Namun,

dengan pembangunan ekonomi kapitalis, perbezaan kelas makin ketara khasnya dalam sesuatu

kaum yang terdiri daripada kelas atasan, menengah dan bawahan. Adakalanya kelas bertindan

lapis dengan kaum malah kadang-kala merentas garis kaum juga sehingga pihak berkuasa

mengenakan sekatan untuk banteras pertubuhan ikatan kelas ini. Antara sebab mengapa

tercetusya keadaan ini mungkin disebabkan ikatan primodial yang masih kuat dikalangan rakyat

Malaysia. Oleh yang demikian, perlu ada akta atau undang-undang untuk mengawal kelas

menengah daripada membuat kekacauan. Dari sudut pandangan kelas oleh pemerintahan, tidak

neutral untuk memihak ke sebelah pihak berkuasa. Wujud kerajaan pakatan yang memanipulasi

sentimen perkauman malah memupuk kesedaran palsu. Disamping itu menyekat pembangkang

dan pihak kiritis dari aspek mengawal dan menahan mereka. Dasar-dasar lebih mengutamakan

kepentingan kelas atasan dan ini telah menyebabkan kaum buruh dianak tirikan seperti tiada

dasar gaji yang minima serta sistem cukai tidak progresif. Hal ini pada pandangan saya memang

terjadi di Malaysia kerana saya memgetahui bilangan miskin tegar meningkat dari hari ke hari.

Habuan yang mereka terima tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan oleh kerana kerana

dasar yang tidak seimbang. Saya amat bersetuju bahawa terdapat persamaan antara Marx dan

Weber dalam membincangkan perspektif kelas. Hujahan mereka pada pandangan saya bernas

kerana menurut mereka, apabila ekonomi mendadak, kedudukan status ketinggalan dan menurun

tetapi sentimen kelas lebih menonjol. Hari ini, jelas bahawa kelas atasan adalah golongan

mendominasi ekonomi. Namun begitu, terdapat saya percaya bahawa disebalik sentimen

kekelasan, terdapat ikatan primodial dalam kalangan mereka yang cenderung untuk memihak

dan memilih kaum atau etnik sendiri. Adakah perkara ini sesuai dengan budaya politik Malaysia

yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa? Apa yang dikhuatiri ialah mungkin ada sesetengah

pihak cuba mencari peluang untuk menimbulkan sentimen perkauman dalam kalangan mereka.

Oleh yang demikian, pada pandangan saya, konsep demokrasi konsosiasional atau

permuafakatan adalah jalan terbaik bagi membendung permasalahan ini. Seorang sarjana barat,

Lijphart telah membuat kajian di negara-negara yang berbilang kaum cuba mencari formula

kepada penyelesaian masalah ini. Saya amat bersertuju dengan hujahan beliau kerana mengikut

Lijpahart, pembentukan demokrasi konsiasional dapat mewujudkan kestabilan politik kerana

Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemenculan Kelas Menengah dan Politik Baru di MalaysiaPage 8

Page 9: Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemunculan Kelas Menengah dan Politik Baru di Malaysia

mengutamakan pengagihan sumber politik dan ekonomi kepada kelompok yang berbeza.

Serentak itu perkongsian kuasa yang diamalkan dapat member kepuasan kepada berbagai kaum

dari masyarakat tersebut meeskipun tidak semaksimumnya. Dengan itu, ia dianggap jalan keluar

yang realistik kepada masalah kemajmukan dan persaingan kaum.

Pada awal ulasan saya telah menulis isu globalisasi dan pertengahan isu kelas dan

masyarakat yang pelbagi etnik pula. Bagi saya, apabila rakyat sesebuah negara menpunyai

kesepakatan dan harmoni, nescaya negara tersebut dapat mengharungi implikasi globalisasi yang

melanda dunia hari ini, Sebelum mengulas lebih lanjut tentang impak globalisasi, terdapat dua

pendekatan awal yang perlu diketahui iaitu pertama konsep ketergantungan iaitu bergantung

kepada pihak-pihak tertentu dan kedua, iaitu sistem agihan pekerjaan sedunia baru. Konsep

ketergantungan adalah dari segi modal, teknologi, kemahiran perniagaan pengurusan, pasaran,

dan pendidikan elit tempatan. Kemunduran ekonomi di negara sedang membangun, ekoran

daripada penglibatan negara-negara ini dalam sektor ekonomi antarabangsa yang tidak seimbang

bukan semata-mata disebabkan masyarakat majmuk dan ikatan promodial ataupun kekurangan

sistem birokrasi atau penginstitusian politik mahupun kecenderungan kearah elitism. Sebaliknya,

ketidakstabilan politik dan sistem berotoritarianisme yang wujud adalah kerana rakyat jelata di

negara sedang membangun dipinggirkan oleh proses sebab pembangunan ekonomi yang terhad.

Walaupun negara sedang membangun sesudah merdeka, namun ekonomi masih alami

ketergantungan malah fenomena ketergantungan ini adalah lanjutan daripada sistem eonomi

antarabangsa yang berbentuk imperialism. Pada waktu kolonialisme, ekonomi tanah jajahan

sehingga sektor buatan asal dihapuskan. Seterusnya mengkhususkan perpaduan satu atau dua

bahan mentah contohnya getah asli, bijih timah dan lain-lain) yang diperlukan oleh pihak

penjajah yang mengkhususkan pengeluaran benda-benda buatan. Perdagangan antarabangsa

merupakan pertukaran antara bahan buatan barat dan bahan mentah tanah jajahan. Manakala

Sistem Agihan Pekerja Sedunia merujuk kepada amnya Negara Perusahaan Baru ( Newly

Industrial Country, NIC). NIC melalui beberapa tahap perindustrian. Pertama, Industri

Penggantian Import (ISI). Bahan-bahan buatan dalam industry ini adalah ringan dan kurang

modal serta teknologi penggunaan adalah tidak canggih. Antara bahan-bahan ini ialah minuman,

pakaian dan batu bata. Kedua, Industri Berorientasikan Eksport. Modal yang sederhana dan

teknologi yang lebih canggih digunakan. Buruh digunakan pakai dalam industri ini. Industri ini

Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemenculan Kelas Menengah dan Politik Baru di MalaysiaPage 9

Page 10: Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemunculan Kelas Menengah dan Politik Baru di Malaysia

menjalankan aktiviti pengecualian cukai dan kawalan ke atas buruh. Tambahan itu, infrastruktur

adalah lengkap dalam industri ini menyebabkan ramai pelabur asing meningkat. Ketiga,

pusingan atau giliran kedua ISI. Dalam industri ini pula, bahan buatan adalah berat dan tahan

lasak seperti kenderaan dan mesin besi waja. Industri ini juga menjalankan pemprosesan minyak

petrol dan sektor perkapalan mahupun pembinaan. Oleh yang demikian, giliran kedua ISI ini

memerluakn banyak modal, teknolgi yang tinggi dan pekerja yang mahir. Tahap perindustrian

terakhir adalah industry Hi-Tech. Industri ini memerlukan banyak modal dan teknologi

digunakan amat canggih malahan pekerja industri ini sungguh mahir (jurutera). Ekoran

perindustrian yang pesat, struktur ekonomi dan struktur masyarakat mengalami perubahan

mendalam lalu telah muncul kelas-kelas baru iaitu peniaga besar kelas menengah, kaum pekerja.

Kelas menengah lebih berminat menyertai politik dan ketika ini,masyarakat semakin kukuh dan

demokrasi lebih menonjol seperti di Taiwan dan Korea.

Menurut Francis Loh Kok Wah, idea dan konsep globalisasi adalah rentetan daripada

tamatnya Perang Dingin, keruntuhan Tembok Berlin dan kejatuhan empayar Soviet yang

bermula pada tahun 1989. Kesan globalisasi keatas aspek politik apabila kemunculan

regionalism yang berlaku dalam perkembanagn dan pengukuhan Europian Union, dan pada tahap

yang secara relative rendah sedikit, Kemunculan NAFTA dan ASEAN. Malaysia adalah antara

ahli dalam ASEAN pada hari ini. Arus globalisasi telah membawa kepada pengurangan

nasionalisme dan kewibawaan negara menurut sesetengah pemerhati. Oleh yang demikian,

peranan yang dimainkan oleh UN, Bank Dunia,IMF dan WTO telah meningkat. Dari aspek

sosio-budaya ini pula, Francis Loh Kok Wah mengatakan globalisasi membawa implikasi

peningkatan homoginasi atau standarisasi dunia. Kehidupan seharian kita telah menjadi

semakain sama tidak kira di mana saja kita berada dan apakah asal usul keturunan kita. Ya, saya

amat setuju dengan hujahan beliau kerana bagi saya yang merupakan generasi yang lahir pada

era kerancakan globalisasi, kehidupan hari ini seakan sama dari segi pemakaian, makanan (McD,

Pizza Hut), rancangan television (CSI, American Idol) dan alat teknologi (I-Phone, I-Pod, PSP).

Ruang lingkup sekeliling menjadi lebih kecil kerana perkembangan ini ada kaitannya dengan

ICT baru dan juga kemudahan perjalanan jarak jauh. Maka perbezaan budaya telah semakin

berkurang. Namun begitu, globalisasi sosio-budaya tidak keseluruhannya menyebabkan semua

orang meniru orang Barat. Proses ‘glokalisasi’ dan ‘hibridasi’ adalah lebih bertetapan apabila

Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemenculan Kelas Menengah dan Politik Baru di MalaysiaPage 10

Page 11: Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemunculan Kelas Menengah dan Politik Baru di Malaysia

dalam menu makanan seperti Mc Rendang dan Prosperity Burger, di mana kita telah berusaha

unutk memastikan cirri-ciri tempatan, identiti dikekalkan. Dari aspek ekonomi pula, amnya,

merujuk kepada perluasan sistem ekonomi bebas yang memasukkan negar-negara bekas komunis

dan juga negara-negara sedang membangun. Khususnya merujuk kepada peningkatan polisi

liberalisasi, deregulasi dan penswastaan ekonomi (LDP). Dibawah pemerintahan Dr. Mahathir

dan Tun Daim Zainuddin, polisi LDP telah pun diperkenalkan dan berjaya menstilulasi ekonomi

Malaysia. Ekonomi telah diliberalisasikan untuk memudahkan kemasukan pelaburan asing di

dalam sektor-sektor seperti pembuatan dan kewangan, lairan capital portfolio ke dalam pasaran

kewangan KLSE serta membantu pertukran perdagangan Malaysia dengan negara-negara lain.

Deregulasi pula bermaksud memindahkan sebarang halangan perlindungan syarikat tempatan

Malaysia, pengurangan sekatan secara beransur-ansur ke atas penglibatan asing di dalam bank,

dan juga perlonggaran kuota NEP dalam pemilikan dan pekerjaan. Selepas perlaksanaan Pelan

Penswastaan, kebanyakan kemudahan awam, korporat kerajaan dan beberapa projek mega baru

telah diserahkan kepada sector swasta. Ini adalah termasuk MAS,Telekom, Pos Malaysia dan

lain-lain. Pada tahun 1990an sector swasta telam menjana pertumbuhan ekonomi. Kebanyakan

rakyat Malaysia, terutama kelas perniagaan telah mengalu-alukan penswastaan kerana ia

mendatangkan peluang kepada mereka. Kelas pertengahan turut menyambut baik penswastaan,

disebabkan ketidakefisiensian perkhidmatan awam dan kemudahan awam. Dasar LDP telah

berjaya menstimulasikan pertumbuhan ekonomi. sehingga Malaysia menghadapi kegawatan

ekonomi pada tahun 1997-1998 dan krisis 2008, ekonomi keseluruhannya berkembang,

penstrukturan semula masyarakat Malaysia juga berjaya, ada kelas-kelas baru yang muncul dan

menikmati pembangunan seperti kelas peniaga, kelas menengah baru. Golongan yang paling

berjaya adalah pihak-pihak yang menyesuaikan diri bersama ekonomi baru yang global, yang

brdasarkan ICT, berdasarkan pengetahuan, K-ekonomi selari denganarus globalisasi yang

memuncak. Namun, LDP masih menguntungkan pihak ats dan kroni. Dasar Neo-liberal LDP

juga telah membawa pembangunan yang tidak seimbang. Jurang antara kelas semakin lebar

membawa kepada implikasi politik kelas menengah. Menurut Scumpeter dan Lipset, kelas

menengah moden itu tidak mempunyai satu perspektif sahaja dan tidak semua mahukan

demokrasi Malah golongan ini pandai berfikir dan ingin kekalkan autonomi sendiri.

Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemenculan Kelas Menengah dan Politik Baru di MalaysiaPage 11

Page 12: Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemunculan Kelas Menengah dan Politik Baru di Malaysia

Pada penulisan sebelum ini, saya telah menyatakan bahawa sebelum berlakunya

kegawatan ekonomi 1997-98, telah berlaku pengubahan struktur masyarakat Malaysia termasuk

mewujudkan satu kelas menengah terpelajar baru yang terdiri daripada pelbagai kaum. Menurut

Francis Loh Kok Wah, Malaysia telah diwarnai ‘politik baru’ akibat kesan pertentangan antara

wacana dan amalan politik etnicisme, developmentalisme dan demokrasi berpatisipasi. Mari kita

fahami apa yang dimaksudkan oleh etnicisme. Etnicisme merupakan wacana dan amalan politik

yang member keutamaan kepada tanggapan peribadi kaum diri yang agak ekslusif dan tidak

merangkumi pihak lain. Hubungan dan kepentingan social serta mobilisasi dan perwakilan

politik juga berdasarkan kaum. Maka sering berlaku konflik. Keadaan ini mengancam kestabilan

politk. Pada hakikatnya, ketegangan dan konflik kaum ini bukan disebabkan satu proses

semulajadi. Rakyat yang berbeza kaum tidak semestinya saling membenci. Ketegangan dan

konflik pada amnya berlaku disebabkan sesetengah individu untuk memilih untuk mewujudkan

kepentingan diri sendiri, mobilisasi politik dan hubungan mengikut kaum masing-masing

disamping mengenepikan atau menidakkan sama sekali pihak lain. Etnicisme telah

mendominasikan budaya politik Malaysia dari awak sehingga baru-baru ini. Saya menyokong

hujahan beliau kerana dapi pengamatan saya, masih banyak amalan politik yangcenderung

kearah perkauman dan dalam parti politik sendiri sering digembar gemburkan isu perkauman.

Developmentalisme pula merujuk kepada wacana atau amalan budaya politik baru hasil daripada

pembangunan ekonomi yang mendadak dan secara khususnya ia merujuk kepada kemajuan

kebendaan dan ingin saya tambahkan disini bahawa globalisasi cukup memainkan peranan yang

agak penting dalam mencapai peningkatan keselesaan hidup seharian. Mana tidaknya jaringan

komunikasi yang begitu mudah menyenangkan mereka untuk berurusan diperingkat lokal

mahupun antarabangsa bagi menjamin kelangsungan sektor kewangan dan sumber ekonomi

masing-masing. Pembangunan dan kemajuan kebandaran menjadi sebahagian nilai yang dihargai

oleh masyarakat khasnya di kalangan kelas menengah baru. Malahan orientasi ini juga

menghargai kestabilan politik yang dipercayai adalah perlu untuk meneruskan pembangunan.

Pemerintahan yang berorientasikan pembangunan yang didirikan sering menggunakan dasar-

dasar politik yang kurang demokratik demi meneruskan kuasanya. Namun wacana pembangunan

ini sungguh mengkagumkan rakyat sehingga mereka sanggup mengenepikan nilai-nilai

demokrasi ini. Yang terakhir ialah konsep demokrasi berpatisipasi. Kewujudan NGO sejak

Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemenculan Kelas Menengah dan Politik Baru di MalaysiaPage 12

Page 13: Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemunculan Kelas Menengah dan Politik Baru di Malaysia

tahun 1980an dan pergerakan reformasi di masa kebelakangan ini mewujudkan sebahagian kels

menengah. Khususnya dan rakyat amnya, juga bersikap kritis. Bagi rakyat yang tertarik dengan

demokrasi prosedurel yang menumpukan kepada partisipasi dalam proses pilihanraya formal

tiap-tiap 4 sehingga 5 tahun. Sebaliknya mereka ingin menyertai politik dalam erti yang lebih

luas dan menuntut antara lain pemerintahan lebih bertanggungjawab, telus dan adil. Hak-hak

asasi manusia sejagat seperti hak-hak bersuara, berkumpul dan mendirikan persatuan, disamping

‘ rule of law’ sering menandai perjuangan mereka. Bagi mereka, untuk bekerjasama diantara satu

sama lain walaupun berbeza kaum, jantina mahupun agama tidak menjadi satu masalah. Maka

mereka menolak kedua-dua sekali etnicisme tetapi juga developmentalisme. Saya menyokong

hujah Francis Loh Kok Wah mengenai konsep demokrasi berpatisipasi ini kerana saya

berpendapat perkembangan kelas menengah akibat kesedaran politik mendorong mereka untuk

bangkit menyuarakan suara hati dan menegakkan hak asasi mereka mahupun kelas bawahan

malah memberi. kesedaran kepada rakyat untuk memahami makna politik pada erti yang

sebenarnya.

Kesimpulan

Penduduk dunia pada masa depan akan terpaksa terus berdepan dengan cabaran baru

yang dibawa oleh bentuk proses globalisasi kini. Misalnya kenajuan di bidang teknologi

maklumat dan komunikasi akan terus mendorong proses globalisasi. Globalisasi tidak boleh

dilihat dari sudut negatif sahaja tetapi kita mesti berfikir secara holistik dan menimbal balik

sudut positif yang diterima oleh manusia sejagat akibat arus globalisasi. Tidak dapat dinafikan

kepesatan perindustrian dan pertumbuhan ekonomi yang pesat dibawah dampak globalisasi telah

memunculkan kelas menengah baru. Proses globalisasi akan terus melanda <alaysia, mugkin

dengan lebih pesat lagi, manakala pemerintah pula akan terus menerus mengatur mengatur

semula kedudukannya dalam hubungan dengan proses ini. Sama ada kelas kapotalis atau

menengah di Malaysia dapat terus berkembang dan memantapkannya adalah amat dipengaruhi,

antara lain perkembangan sistem ekonomi kapitalis Malaysia.Siatem ekonomi kapitalis Malaysia

Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemenculan Kelas Menengah dan Politik Baru di MalaysiaPage 13

Page 14: Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemunculan Kelas Menengah dan Politik Baru di Malaysia

pula amat bergantung kepada pergolakan ekonomi antarabnagsa dan juga kepda peranan

pemerintah itu sendiri. Namun begitu, apa yang dapat dilihat dalam scenario politik Malaysia

hari ini, bangkit kelas menengah yang ingin sama membantu mencapai kestabilan dan

berperanan bersam-sama pemerintah. Sudut positif yang dapat dilihat adalah dengan terbangun

nya konsep ‘demokrasi berpasitipasi’ yang dipelopori oleh golongan kelas menengah. Pada masa

akan datang, saya percaya hasil wacana dan amalan politik demokrasi berpatisipasi ini mampu

dibangunkan oleh golongan kelas menengah ditambahkan lgi dengan pukulan arus globalisasi

yang semakin rancak, mereka mampu mencapai kestabilan politik yang utuh tanpa ada sentimen

perkauman mahu etnik dan merencahkan lagi warna-warni ‘politik baru’ di Malaysia. Akhir

kalam, saya berpegang teguh dengan pendapat saya bahawa arus globalisasi telah membawa

kemunculan kelas menengah dan mewujudkan fenomena politik baru di Malaysia.

Arus Globalisasi Pencetus Evolusi Kemenculan Kelas Menengah dan Politik Baru di MalaysiaPage 14