syarahan agama

10
Syarahan solat tiang agama Solat Tiang Agama Assalamualaikum....barisan panel hakim, sidang hadirin hadirat yang dihormati ... Berdirinya saya di atas pentas yg mulia ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Solat tiang agama .. Sidang hadirin hadirat sekalian.. Solat merupakan kewajipan utama bagi setiap Muslim sebagaimana Rukun Islam. Solat mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam Islam. Ibadah lain tidak dapat menyamai ibadah ini kerana Solat merupakan suatu manifestasi perhubungan insan kepada Allah, mengandungi pelbagai hikmah serta mampu menjadikan individu Muslim itu benar-benar bertaqwa. Solat bermaksud doa yang mengandungi beberapa perkataan dan perbuatan tertentu yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Firman Allah dalam surah al Taubah ayat 103, Maksudnya, ..doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka... Solat merupakan tiang agama kerana mengerjakan solat membabitkan seluruh anggota badan. Mulut menyebut, hati menghayati segala erti setiap bacaan manakala tangan, kaki dan seluruh anggota lain berusaha dan bekerja dengan cara yang teratur dari awal hingga akhir solat didirikan. Sabda Rasul s.a.w yang bermaksud: Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya dia menegakkan agama- nya. Setiap yang meninggalkannya dia merosakkan agamanya. (Riwayat Baihaqi) Solat merupakan antara ibadat yang telah lama disyariatkan. Detik 18 bulan sebelum Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, dalam peristiwa Isra telah termaktub kewajipan solat fardu lima waktu sehari semalam ke atas setiap muslim dan wajib ditunaikan walau dalam keadaan apa sekalipun. Menurut Muaz bin Jabl r.a, Rasulullullah s.a.w telah bersabda, Mahukah kamu aku khabarkan tentang kepala, tiang dan menara semua perkara? Aku menjawab? Sudah pasti wahai Rasulullah. Baginda berkata: Kepala semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan menaranya adalah jihad. (Riwayat Muslim)

Upload: farah

Post on 22-Jan-2016

352 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

rrrr

TRANSCRIPT

Page 1: Syarahan Agama

Syarahan solat tiang agama

Solat Tiang Agama

Assalamualaikum....barisan panel hakim, sidang hadirin hadirat yang dihormati ...

Berdirinya saya di atas pentas yg mulia ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “ Solat tiang agama”..

Sidang hadirin hadirat sekalian..

Solat merupakan kewajipan utama bagi setiap Muslim sebagaimana Rukun Islam. Solat mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam Islam. Ibadah lain tidak dapat menyamai ibadah ini kerana Solat merupakan suatu manifestasi perhubungan insan kepada Allah, mengandungi pelbagai hikmah serta mampu menjadikan individu Muslim itu benar-benar bertaqwa. Solat bermaksud doa yang mengandungi beberapa perkataan dan perbuatan tertentu yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam.

Firman Allah dalam surah al Taubah ayat 103,

Maksudnya, ..doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka...

Solat merupakan tiang agama kerana mengerjakan solat membabitkan seluruh anggota badan. Mulut menyebut, hati menghayati segala erti setiap bacaan manakala tangan, kaki dan seluruh anggota lain berusaha dan bekerja dengan cara yang teratur dari awal hingga akhir solat didirikan. Sabda Rasul s.a.w yang bermaksud:

Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya dia menegakkan agama-

nya. Setiap yang meninggalkannya dia merosakkan agamanya.

(Riwayat Baihaqi)

Solat merupakan antara ibadat yang telah lama disyariatkan. Detik 18 bulan sebelum Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, dalam peristiwa Isra’ telah termaktub kewajipan solat fardu lima waktu sehari semalam ke atas setiap muslim dan wajib ditunaikan walau dalam keadaan apa sekalipun.

Menurut Muaz bin Jabl r.a, Rasulullullah s.a.w telah bersabda, Mahukah kamu aku khabarkan tentang kepala, tiang dan menara semua perkara? Aku menjawab? Sudah pasti wahai Rasulullah.

Page 2: Syarahan Agama

Baginda berkata: Kepala semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan menaranya adalah jihad.

(Riwayat Muslim)

Sidang hadirin hadirat yang dikasihi..

Manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Kekadang ada kesilapan yang dilakukan sengaja atau tidak. Melalui ibadah solat manusia dapat mengambil kesempatan menjadikannya sebagai waktu untuk bertaubat daripada dosa-doa yang dilakukannya. Maka solat yang dilakukan berulang kali akan membersihkan dirinya daripada maksiat dan dosa.. Dengan pembersihan itu hati akan sentiasa suci. Hati yang suci akan memancarkan segala sumber kebaikan dan kehalusan budi pekerti pada setiap individu Muslim.

menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, Apa pendapat kamu jika ada sungai di hadapan pintu rumah kamu yang boleh kamu mandi di dalamnya lima kali sehari, adakah masih tertinggal dakinya ? Mereka berkata; Sudah pasti tidak akan tinggal sedikit pun dakinya. Baginda bersabda: Itulah perumpamaan Solat lima waktu. Allah telah membersihkan segala kesalahan dengan mengerjakannnya?. ( H.R Bukhari & Muslim )

Hadirin hadirat sekalian

Solat dapat membina jati diri seseorang. Imam Abu Al Aliyah berkata, “ Solat mempunyai tiga keistimewaan, iaitu iklas, khusyuk dan zikrullah. Ikhlas akan membawa seseorang kepada makruf, khusyuk akan mencegah dari perbuatan mungkar, manakala zikrullah akan membantu seseorang melakukan perbuatan makruf dan meninggalkan perbuatan mungkar.

Di samping itu solat dapat menguatkan jiwa seseorang kearah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dan dapat meninggalkan kekejian dan kemungkaran.

Di dalam surah al Ankabut ayat 45, Allah berfirman,

Maksudnya, sesungguhnya solat dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar.

Page 3: Syarahan Agama

Peribadi unggul yang dibentuk melalui solat, akan membentuk sistem kekeluargaan yang harmoni dan diredhai. Di samping itu, masyarakat yang aman dan selamat dunia akhirat akan melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Sidang hadirin hadirat sekalian.

Solat mendidik umat Islam menjadi pengurus masa yang baik.

Mengikut Imam Bukhari dan Muslim, sahabat Abdullah ibn Masud pernah bertanya kepada nabi, “ Apakah amalan yang Allah paling sukai?” Baginda menjawab, “ Solat tepat pada waktunya,” Abdullah ibn Masud bertanya lagi, “ Kemudian apa? Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua ibubapa.” Abdullah bertanya lagi, Kemudian apa?” Nabi menjawab, “ Jihad kerana Allah.”

Allah berfirman, dalam surah an Nisa’ ayat 103

Maksudnya, Sesungguhnya solat adalah satu ketetapan berwaktu yang diwajibkan ke atas orang-orang mukmin.

Oleh kerana solat fardu yang lima terikat dengan waktu, mereka yang bersolat perlu prihatin dan peka dengan waktu kerana solat yang dilakukan di luar waktu dengan sengaja dianggap sebagai tidak sah dan bakal mendatangkan dosa. Kepekaan kepada waktu ini, jika dikembangkan kepada seluruh kehidupan akan menjadikan umat Islam satu golongan yang menghargai masa. Golongan yang menghargai masa pasti akan melahirkan warga yang cemerlang.

Sidang hadirin hadirat yang dihormati..

Solat juga dapat membentuk disiplin diri setiap muslim. Di antara perkara yang wajib dilaksanakan sebelum bersolat ialah mengambil wuduk. Wuduk dianggap tidak sah melainkan dengan tertib. Tertib bermaksud , yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan. Demikian juga ketika bersolat, tertib wajib dipelihara. Jika seseorang mendahulukan amalan yang sepatutnya dikemudiankan,

Page 4: Syarahan Agama

sebagai contoh, melakukan sujud sebelum qiam solatnya dianggap tidak sah. Sebagaimana . Sabda Rasul s.a.w :

Barangsiapa memelihara lima solat fardhunya, dengan menyempurnakan wudhuknya dan menjaga waktu-waktunya, maka ia akan menjadi nur (cahaya) dan burhan (hujjah, bukti) baginya pada Hari Kiamat. Dan barang siapa melalaikannya, akan dikumpulkan kelak bersama Fir aus dan Hamam

(Riwayat abu Daud, Tarmizi dan Baihaqi)

Latihan-latihan seperti ini mampu melahirkan insan yang celik prosedur lagi berdisiplin sekaligus menjadikannya efisien dalam setiap pekerjaan.

Sidang hadirin hadirat yang dimuliakan.

Solat membezakan antara seorang Muslim dengan kafir. Ini bermakna, meninggalkan Solat dengan segaja menjadikan seseorang itu kafir.

Dari Jabin bin Abdullah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

Perbezaan antara seorang lelaki Muslim dan syirik atau kufur ialah meninggalkan Solat.

(H.R Muslim)

Ubadah bin Somit r.a telah berkata,

Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda Baginda s.a.w,Jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun, walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan meninggalkan Solat dengan sengaja, kerana sesiapa meninggalkan Solat dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam. Jangan melakukan maksiat, kerana perbuatan itu akan menyebabkan kemurkaan Allah dan jangan minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu segala maksiat.( H.R Imam Tabrani )

Sidang hadirin hadirat yang dikasihi

Page 5: Syarahan Agama

Solat tidak akan berkesan tanpa khusyuk. Ini telah dijelaskan sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah Toha ayat 14 yang berbunyi,

Ertinya, ..dirikanlah solat untuk mengingat ku..

Oleh kerana solat benar-benar mendamaikan hati nabi Muhammad s.a.w pernah berkata, “ Bangunlah wahai Bilal (untuk azan) dan rehatkanlah kami dengan solat,”

(Riwayat Imam Ahmad)

Khusyuk perlu diamalkan tidak hanya di dalam solat. Ia perlu diaplikasikan dalam setiap ibadah yang kita lakukan agar kesannya lebih positif.

Hadirin hadirat sekalian,

Hujahan tentang solat tiang agama telah dihuraikan.. tidak sempurna kiranya saya tidak simpulkan..

Kesimpulannya..

Dalam konteks melaksanakan solat, dua perkara wajib dijaga, pertama khusyuk dan kedua, memastikan solat dilaksanakan secara berterusan mengikut cara dan jadual yang ditetapkan. Umat Islam tidak boleh mengabaikan solat. Umat Islam melaksanakan kewajipannya sebagai seorang muslim. Solat merupakan perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari kiamat nanti. Abu Hurairah r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,

Perkara pertama yang ditanya kepada seorang hamba pada hari kiamat tentang amalannya ialah solatnya. Jika baik, dia telah berjaya dan maju. Jika rosak, dia telah celaka dan rugi. Jika amalan fardhunya kurang, Allah berkata : Perhatikan adakah hamba Ku melakukan amalan sunat yang boleh menampung kekurangan amalan fardhunya. Kemudian dilakukan perkara yang sama pada amalan- amalan lain. ( H.R Al-Nasai & Tarmizi )

Saya akhiri syarahan saya dengan kalimah...wabillahi taufiq wal hidayah ..

Assalamualaikum w.b.t..

Page 6: Syarahan Agama

TAJUK SYARAHAN:AKHLAK MULIA PENCETUS UMAT SEJAHTERA

Terima kasih saudara peneraju majlis,yang saya hormati kombinasi kehakiman pendukung kebenaran seterusnya hadirin sidang warga dewan yang dimuliakan Allah sekalian.Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.”Akhlak Mulia Pencetus Umat Sejahtera”,begitulah bunyinya mauduk syarahan saya pada hari yang dirahmati Allah ini.Sebelum kata melancarkan bicara,izinkan saya menginterprestasikan frasa penting yang terkandung dalam mauduk syarahan saya.

Frasa ‘akhlak mulia’ merujuk kamus dewan edisi ke-4 ialah budi pekerti atau tabiat yang luhur.Manakala definisi bagi ‘pencetus’ diklasifikasikan sebagai melahirkan ataupun perangsang.Seterusnya,frasa yang terakhir sekali iaitu ‘umat sejahtera’ dikatakan sebagai segolongan manusia yang hidup dalam keadaan aman dan makmur.

Saudara-saudari yang saya kasihi,

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Orang-orang mukmin yang lebih sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya.(Hadith riwayat:al-Tarmidhi)

Dapat kita lihat kaitan yang erat antara iman dan akhlak. Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa orang yang mempunyai kesempurnaan akidah dan iman ialah orang yang mempunyai akhlak yang baik.Rasulullah sendiri mempunyai akhlak dan budi pekerti yang tinggi sehingga mampu menjadi contoh tauladan dan ‘qudwah hasanah’ kepada seluruh umat manusia.

Hadirin-hadirat yang budiman,

Menelusuri kata kunci saya yang-1 iaitu “Akhlak mulia pencetus umat yang sejahtera”.Dengan akhlak yang mulia,manusia mengetahui hala tuju,tujuan dan tugasnya di atas muka bumi ini.Allah telah menciptakan seluruh alam ini dan Dia tidak akan menciptakan tanpa sebab dan tujuan.Begitu juga umat yang diciptakan oleh Allah untuk menggalas dua tugas utama iaitu sebagai hamba-Nya dan khalifah-Nya di atas muka bumi ini.Firman Allah :

Maksudnya: Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku(surah al-Baqarah:30). Sebagai hamba Allah,kita sebagai manusia haruslah melaksanakan segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala

Page 7: Syarahan Agama

larangan-Nya.Jika manusia tidak mengabaikan apa yang disuruh-Nya pasti dapat menciptakan umat yang sejahtera dan jauh daripada berakhlak mazmumah.

Hadirin-hadirat yang dihormati Allah,

Seterusnya,kata kunci saya ke-2 adalah “Kekuatan akidah memainkan peranan penting dalam membentuk umat yang berakhlak mahmudah”.Menurut Ibn-Miskawayh,al-Tusi dan al-Ghazali meyakini sekiranya keadaan jiwa itu tidak tenang dan berserabut,ia akan menghasilkan tindakan luaran yang janggal dan tidak bermoral.Sebaliknya,jika jiwa seseorang itu tenang dan sihat,ia akan menghasilkan tindakan luaran yang bermoral.Oleh itu,jiwalah yang perlu dididik dengan sebaik-baiknya untuk mencapai akhlak yang terpuji.Dengan kekuatan tauhid dan akidah, manusia akan merasa persamaan antara manusia di hadapan Allah.Tanpa ada perasaan egoistik dan invidualistik maka akan lahir umat yang berakhlak mulia dan bersatu padu dalam keadaan damai dan harmoni.

Sidang dewan sekalian,

Huraian saya ke-3 iaitu “Umat yang berakhlak mahmudah mengetahui sifat-sifat Tuhan”.Justeru,dia akan berusaha bersungguh-sungguh menurut kekuatannya sebagai seorang manusia supaya dapat meneladani sifat-sifat Allah s.w.t.Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang lalu dia berusaha supaya mempunyai sifat santun dan penyayang.Begitulah jua dengan sifat-sifat Allah yang dapat diketahui dalam al-Quran dan Hadith.Maka umat yang beriman akan meyakini bahawa dalam dirinya terdapat sifat-sifat kesempurnaan yang baik yang mampu ditonjolkan melalui akhlak mahmudah.

Hadirin sekalian,

Hujah saya yang ke-4 ialah “Umat yang mempunyai akhlak yang luhur dan terpuji akan sentiasa mencontohi peribadi dan akhlak Rasulullah s.a.w.

Firman Allah : Maksudnya:Sesungguhnya Rasulullah itu menjadi contoh tauladan yang baik bagi kamu(surah al-Ahzab:21).Peribadi Rasulullah merupakan contoh yang baik kepada sekalian umat manusia.Ini kerana sebagai nabi dan utusan Tuhan,baginda merupakan orang yang paling mengetahui tentang agama yang dibawanya iaitu Islam dan bagindalah yang paling sempurna mengamalkan ajaran Islam.Maka sebagai umat baginda yang kasih kepadanya,seharusnya kita mencontohi peribadi dan akhlak yang dimiliki baginda.Kemuliaan dan keluhuran akhlak baginda tidak sahaja diakui oleh manusia sehingga baginda diberi julukan al-Amin bahkan Allah yang mengutusnya sendiri mengakui hal ini.

Page 8: Syarahan Agama

Firman Allah:Sesungguhnya engkau (hai Muhammad),memiliki budi pekerti yang luhur(surah al-Qalam:4)

Sidang dewan sekalian,

Kata kunci saya yang seterusnya ialah “Dengan keluhuran akhlak dapat membataskan manusia daripada melakukan perbuatan yang dilarang Islam”.Selain itu,dengan berakhlak mulia dapat membataskan manusia daripada mengikut hawa nafsu terus-terusan mengajak mereka berakhlak dengan akhlak mazmumah.Mereka yang mempunyai asas akhlak yang luhur akan sentiasa meyakini bahawa Allah mengawasi gerak-geri mereka dan Dia tahu apa sahaja mereka lakukan sama ada terang-terangan atau tersembunyi daripada pandangan orang lain.Sebaliknya,mereka yang tidak mempunyai asas akhlak yang mulia akan terumbang-ambing kerana kehilangan arah dan hanya menurut hawa nafsu dan bisikan syaitan.Malangnya,mereka alpa bahawa keseronokan duniawi hanyalah sementara.

Hadirin-hadirat sekalian,

Huraian saya yang ke-6 iaitu yang terakhir sekali ialah “Dengan keluhuran akhlak dan akidah yang utuh,sistem moral atau ideologi ciptaan manusia secara automatiknya tertolak”.Manusia yang mempunyai akhlak yang luhur dan akidah yang utuh,tidak akan terpengaruh dengan slogan anti-agama atau anti-wahyu yang akan menciptakan umat yang huru-hara dan hidup tanpa landasan undang-undang dan batasan.Ini kerana manusia menciptakan sesuatu berdasarkan tingkat akal mereka yang terbatas dan menurut hawa nafsu semata-mata demi agenda tertentu.Namun,sistem moral dan akhlak yang diciptakan Allah yang menciptakan manusia adalah lengkap dan universal.Malahan,sistem moral dan akhlak-Nya menepati fitrah manusia itu sendiri.

Muslimin-muslimat yang dihormati Allah,

Konklusinya,jelaslah kepada kita bahawa akhlak mulia pencetus umat sejahtera.Akhlak mulia merupakan jati diri kepada umat Islam.Dalam konteks negara kita yang sedang berjuang untuk lahir sebagai sebuah negara maju bersandarkan modal insan yang cemerlang.Kita perlu mengorak langkah sedaya upaya untuk kembali menghayati dengan setepatnya pengajaran agama dari segenap sudut terutama pencetus umat sejahtera iaitu akhlak mulia.Sekian,terima kasih.

Page 9: Syarahan Agama

TAJUK:AKHLAK MAHMUDAH MENJANA KELUARGA CEMERLANG

“Sabda Nabi Muhammad S.A.W, orang mu’min yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang paling banyak berbuat baik kepada isterinya”

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekalung budi sejambak kasih saudara pengerusi majlis, yang dihormati barisan kombinasi kehakiman intelek berkarisma kontruktif pemikirannya, salam pertemuan saudara penjaga masa,guru-guru Pembina Negara bangsa,seterusnya hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

“akhlak mahmudah menjana keluarga cemerlang”

Demikianlah tajuk syarahan saya pada hari ini.Kata orang, jika mahu teruna dan dara, pikat dahulu ibu bapanya, jika mahukan hujah saya dengarkan kini definisinya.Secara literalnya, frasa akhlak mahmudah merujuk kepada perbuatan,perkataan,tingkah laku dan sifat yang elok dan indah berlandaskan kepada Al Quran dan Assunnah.menjana pula dikonotasikan sebagai membentuk atau menghasilkan manakala keluarga cemerlang diertikan sebagai kaum kerabat yang cemerlang dari aspek sahsiah dan juga sosial. Jadi dapatlah diinterpretasikan di sini bahawa akhlak mahmudah menjana keluarga cemerlang bermaksud sikapyang terpuji yang terbentuk dalam diri individu akan dapat menghasilkan sebuah keluarga yang cemerlang yang akhirnya akan melahirkan komuniti masyarakat yang harmoni.

Hadirin-hadirat pencetus revolusi sekalian,

Saya singkapi tirai syarahan ini dengan melontarkan mutiara hati saya yang pertama di bawah aspek Rasullulah S.A.W sebagai contoh tauladan dalam pembetukan akhlak mahmudah. Saya akan bawa hati-hati saudara-saudari sekalian untuk mengetahui bagaimana betapa terpujinya akhlak nabi sehingga baginda dapat menjadi ketua keluarga yang baik.

: األحزاب ) سورة حسنة سوة أ الله رسول في لكم كان (21لقد

Mafhumnya:Adalah bagi kamu Pada Diri Rasullullah itu contoh ikutan terbaik.

Menerusi firman Allah S.W.T ini jelaslah bahawa akhlak rasullulah patut di contohi oleh semua umat manusia. Saidatina Aisyah R.A pernah meriwayatkan bahawa akhlak rasullulah itu adalah Alquran.lihat sahaja dengan kecemerlangan akhlak baginda,baginda sebagai ketua keluarga sentiasa menjalankan tugas amar ma’ruf nahi mungkar selain sentiasa ihsan kepada isteri-isteri dan anak-anak baginda maka terbentuklah keluarga cemerlang yang patut dijadikan contoh pada hari ini. Jadi inilah model yang boleh di jadikan ikutan bagi membentuk akhlak mahmudah yang berlandaskan kepada Alquran dan Assunnah.

Hadirin-hadirat sekalian,

Bunga melur bunga kekwa, dengarkan kini mutiara hati ke dua dibawah kata kunci akhlak cemerlang bermula daripada individu itu sendiri. Bagi membentuk akhlak mahmudah,usaha

Page 10: Syarahan Agama

yang paling penting adalah mengubah diri kita sendiri.Firman Allah S.W.T dalam surah Ar Ra’du ayat 11.

بانفسهم ما يغيروا حتى بقوم ما اليغير الله ان

Maksudnya:Allah tidak akn mengubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri.Persoalannya di sini apakah yang perlu di ubah dan bagaimanakah caranya untuk mengubah akhlak menjadi terpuji? Dalam era modenisasi ini, pelbagai alternative telah disediakan. Seseorang individu perlu menyusun jadual untuk mengikuti tazkirah di masjid-masjid di samping merujuk kepada media cetak mahupun media elektronik seperti internet dan televisyen.Tuntasnya, sebagai rakyat Malaysia yang hidup di Negara maju ini,mengapa tidak kita manfaatkan kemudahan yang telah tersedia untuk memperbaiki akhlak menjadi lebih terpuji!

Sidang hadirin yang budiman,

Pucuk paku ulam pegaga,masuk kini kepada pendekatan indicator ke-3. “peranan ilmu dalam membentuk akhlak mahmudah,”. Ilmu pengetahuan akan dapat membezakan antara manusia yang berakhlak dan juga sebaliknya. Ingin saya bawakan hadirin hadirat sekalian untuk sama-sama kita hayati kata-kata daripada Imam Syafie.

, , بالعلم فعليه معا هما اراد من بالعلم فعليه االخرة اراد من بالعلم فعليه الدنيا اراد ”من

Nah, jelaslah disini jika inginkan akhlak seindah junjungan besar nabi Muhammad S.A.W kita perlulah memenuhi diri ini dengan seberapa banyak ilmu pengetahuan.Cuba anda banyangkan?bagaimana mugkin statistik kes pembuangan bayi setakad tahun 2003 hingga 2006 mencecah kepada 64000 kes jika akhlak mahmudah telah Berjaya dibentuk.hal ini demikian kerana,tiadanya ilmu pengetahuan dalam diri mereka.jelas menunjukkan disini,bahawa ilmu pengetahuan adalah pembentuk utama akhlak mahmudah yang seterusnya akan melahirkan keluarga yang cemerlang.

Hadirin-hadirat pencetus revolusi sekalian,

Dengarkan kini pendekatan indikator yang terakhir di bawah aspek amar ma’aruf nahi mungkar membentuk akhlak mahmudah. Manusia adalah golongan yang pada fitrahnya sering lupa.Alangkah baiknya jika setiap umat islam itu saling ingat-mengingati antara satu sama lain dan sudah pastilah kebejatan akhlak yang kian menular kini akan dapat diatasi.Bukan itu sahaja,jika amar ma’aruf nahi mungkar di amalkan dalam diri individu, sesebuah keluarga itu akan cemerlang dek kerana dianggotai oleh sebik-baik umat di kalangan umat manusia.Memetik firman allah S.W.T dalam Surah Al Imran ;110.

“Maksudnya,bahawa kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia ,kerana kamu munyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah daripada yang mungkar.”

Jelas menunjukkan di sini bahawa amar ma’aruf nahi mungkar akan membentuk umat yang berakhlak iaitu umat yang terbaik di kalangan umat manusia.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Page 11: Syarahan Agama

Konklusinya,semua anggota koloni masyarakat perlulah berganding bahu bagi membentuk akhlak mahmudah seterusnya menjana kepada keluarga cemerlang. Sebelum berlayar bahtera, ingin saya tegaskan semula ke empat-empat mutiara hati saya pada hari ini.

1) Rasullulah S.A.W sebagai qudwah hasanah.

2) Membentuk diri sendiri dengan akhlak mahmudah.

3) Ilmu pengetahuan asas akhlak mahmudah.

4) Amar ma’ruf nahi mungkar dalam membentuk akhlak mahmudah.

Oleh itu, yang terlena,kita sedar-sedarkan. Yang tersedar, kita fikir-fikirkan. Yang berfikir, kita renung-renungkan bahawa dengan adanya akhlak mahmudah pasti sebuah keluarga akan cemelang dan seterusnya membawa kepada sebuah Negara yang terbilang.

Salam permisi, salam undur diri.