syair si tanggang

8
TUGASAN 2 SOALAN : MENGANALISIS SEBUAH SYAIR YANG SEDIA ADA DAN SESUAI UNTUK MURID- MURID PEMULIHAN KHAS, ANALISIS ANDA MESTI MENGANDUNGI DUA DARIPADA TEMA-TEMA BAHASA, SASTERA, NASIHAT DAN KEMASYARAKATAN. SYAIR Asal Usul Syair Syair dikatakan diambil daripada perkataan “shi’r’” yang bermaksud puisi atau sajak dalam bahasa Arab. Namun ianya bukanlah puisi dari Arab atau Parsi.Dalam konteks masyarakat Melayu, syair bukanlah puisi atau sajak kerana ianya mempunyai unsur yang tersendiri. Ia Merupakan ciptaan asli masyarakat Melayu. Apakah Yang Dikatakan Sebagai Syair ? Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Ia diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik. Menurut A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar Syair telah wujud sebelum kejatuhan Kerajaan Melaka. Ia adalah kata-kata yang tertulis pada sebuah batu nisan tua yang telah di- jumpai di Minye Tujuh, Acheh . Manakala Za'aba pula mendakwa bahawa syair berasal daripada perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik. Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus. Ia dianggap milik bersama oleh

Upload: ameengpkhem

Post on 21-Dec-2015

302 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Puisi

TRANSCRIPT

Page 1: Syair Si Tanggang

TUGASAN 2

SOALAN : MENGANALISIS SEBUAH SYAIR YANG SEDIA ADA DAN SESUAI UNTUK

MURID-MURID PEMULIHAN KHAS, ANALISIS ANDA MESTI MENGANDUNGI DUA

DARIPADA TEMA-TEMA BAHASA, SASTERA, NASIHAT DAN KEMASYARAKATAN.

SYAIR

Asal Usul Syair

Syair dikatakan diambil daripada perkataan “shi’r’” yang bermaksud puisi atau sajak dalam

bahasa Arab. Namun ianya bukanlah puisi dari Arab atau Parsi.Dalam konteks masyarakat

Melayu, syair bukanlah puisi atau sajak kerana ianya mempunyai unsur yang tersendiri. Ia

Merupakan ciptaan asli masyarakat Melayu.

Apakah Yang Dikatakan Sebagai Syair ?

Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang berasal dari Parsi dan telah dibawa

masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Ia diubahsuaikan mengikut

kesesuaian Bahasa Melayu Klasik. Menurut A. Teeuw berpendapat bahawa syair

merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar

Syair telah wujud sebelum kejatuhan Kerajaan Melaka. Ia adalah kata-kata yang

tertulis pada sebuah batu nisan tua yang telah di-jumpai di Minye Tujuh, Acheh . Manakala

Za'aba pula mendakwa bahawa syair berasal daripada perkataan "syir" yang membawa

maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan

pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.

Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan tidak mempunyai pemilik atau penulis

yang khusus. Ia dianggap milik bersama oleh masyarakat Melayu lama. Fungsi syair adalah

untuk menyampaikan cerita dan pengajaran dan digunakan juga dalam kegiatan-kegiatan

yang berunsur keagamaan.

Ciri-Ciri Syair

Syair terdiri daripada 4 baris serangkap akan tetapi sesetengah syair boleh juga

dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap. Syair tidak mempunyai pembayang maksud dan

tergolong dalam jenis puisi kata (word verse). Bilangan perkataan dalam setiap baris adalah

sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.

Page 2: Syair Si Tanggang

Syair juga memakai skema rima a-a-a-a, iaitu rima akhir tidak. Dalam suatu

baris ,terdapat suatu hentian (pause) kerana itu adanya kolon sepertimana dalam sebaris

pantun Setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris

terdahulu dan seluruh empat baris merupakan satu kesatuan idea yang bererti tidak

terbahagi dua kepada sampiran dan maksud sepertimana seuntai pantun.

Suatu rangkap syair perlu diikuti oleh rangkap-rangkap lain untuk membina suatu

idea yang lengkap, sesuai dengan isi dan tujuannya.. Syair perlu dilagukan untuk

membentuk nyanyian untuk mengungkapkan pengajaran dan pemberitaan. Hal ini adalah

kerana lagu memberikan ciri, rasa, dinamika, asal-usul, dan kebersamaan.

SYAIR SI TANGGANG

Tersebut kisah hikayat lama,

Kisah seorang anak  derhaka,

Kepada kedua ibu dan bapa,

Sentiasa diingat janganlah lupa.

Kisahnya bermula satu keluarga,

Seorang ibu bernama Daruma,

Talang pula nama suaminya,

Hidup bahagia sepanjang masa.

Gembira dihati tidak terkira,

Saat yang dinanti telah pun tiba,

Sekian menanti sembilan purnama,

Mendapat anak lelaki yang pertama.

Nama Si Tanggang telah diberi,

Kepada anak yang sangat disayangi,

Siang dan malam sentiasa diuliti,

Tidak mahu berenggang walau seinci.

Besarlah sudah anak teruna,

Suka bermain tepi muara,

Melihat kapal di depan mata,

Tersimpan impian di dalam dada

Page 3: Syair Si Tanggang

Hidup di kampung tiada cabaran,

Teringin juga merasa kemewahan,

Setiap hari melayan keinginan,

Apakan daya tiada kesudahan.

Suatu hari tidak diduga,

Nakhoda kapal turun ke muara,,

Nekadnya Tanggang berjumpa Nakhoda,

Agar diterima bekerja dengannya.

Gembiranya Tanggang tidak terkira,

Nakhoda terus terima dirinya,

Semakin teguh impian di dada,

Mencari kemewahan yang diidamkannya.

Pulang Si Tanggang dengan gembira,

Meminta izin dari keluarganya,

Terkejutnya mereka tidak terkira,

Anak yang diharap kan pergi jua...

Daruma menangis sangatlah hiba,

Sambil memeluk anak kesayangannya,

Berjanjilah si Tanggang kepada ibunya,

Akan kembali ke tanah tumpah darahnya.

Setelah menunggu sekian lama

Kembalilah Si Tanggang ke desa semula

Membawa pulang isteri jelita

Dengan kekayaan di dalam bahtera

Kerana ibu tua dan hina

Si Tanggang tidak mahu berjumpa

Berasa malu kepada isterinya

Tidak mahu juga mengaku ibunya

Sikap Si Tanggang yang derhaka itu

Page 4: Syair Si Tanggang

Menyebabkan kecil hati si ibu

Dengan perasaan sedih dan pilu

Disumpah Si Tanggang menjadi batu

ULASAN KARYA SYAIR SI TANGGANG

Page 5: Syair Si Tanggang

NASIHAT

Sebagaimana yang kita tahu cerita Si Tanggang merupakan cerita yang paling

popular dan memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan kita seharian. Kita boleh

mendapatkan cerita ini dalam pelbagai medium antaranya ialah dalam bentuk penulisan,

bahan elektronik, drama atau filem dan penceritaan secara verbal. Pengajaran dan nasihat

sangat berguna di dalam syair Si Tanggang supaya kita sentiasa menghargai jasa dan

pengorbanan seorang ibu. Ibulah yang membesarkan kita dan menjaga kita sejak dari kecil

lagi. Jalan cerita yang disampaikan dalam syair Si Tanggang ini sangat mudah difahami.

Di samping menghargai pengorbanan dan jasa ibu, syair ini juga menerangkan

bagaimana seseorang yang gigih dan bekerja keras dalam kehidupan akan berjaya dalam

hidup. Ini dibuktikan oleh sikap Si Tanggang yang inginkan perubahan dalam hidupnya. Si

Tanggang telah berjaya dalam kehidupannya dan menjadi seorang nakhoda kapal yang

kaya raya. Tetapi disebalik sikap yang gigih itu, ada sisi hitam dalam dirinya yang malu

untuk mengaku ibunya sendiri.

Nasihat yang mudah dalam cerita Si Tanggang ini telah banyak memberi kesedaran

kepada semua dan akibat yang diterima oleh Si Tanggang memberi pengajaran yang

berguna. kepada semua. Jika kita lihat kepada sumpahan ibu terhadapnya, di mana Si

Tanggang telah menjadi batu ia memberi kesan yang sangat mendalam dan membuatkan

orang yang mendengar cerita ini akan berasa insaf dan kesedaran akan lahir dalam dirinya.

Mesej dan nasihat yang disampaikan dalam cerita ini patut dijadikan teladan dan

iktibar. Jika tiada seseorang yang bergelar ibu, maka tiadalah kita di dunia ini.

KEMASYARAKATAN

Mungkin ramai dikalangan kita yang sudah mengetahui kisah penderhakaan Si

Tanggang keatas ibunya. Cerita si Tanggang ini dikatakan disampaikan secara turun

temurun secara lisan oleh masyarakat di kepulauan nusantara ini sejak dulu lagi. Biarpun

terdapat beberapa versi yang berlainan, namun kesemua versi ini menggambarkan betapa

sucinya kisah seorang yang bergelar ibu. Di samping itu ia juga turut memberikan

pengajaran kepada masyarakat bahawa menyakiti hati ibu adalah satu dosa dalam

kehidupan yang tidak akan dapat diampunkan. Si Tanggang akhirnya di sumpah dan

menjadi batu.

Page 6: Syair Si Tanggang

Cerita Si Tanggang menceritakan bagaimana seorang anak lelaki dan seorang ibu

yang hidup dalam kemiskinan dan penderitaan, akhirnya anak tersebut pergi berlayar dan

menjadi kaya dan berpangkat. Anak yang kaya ini akhirnya ditakdirkan pulang semula di

kampung kelahirannya bersama dengan tuan puteri,yang juga isterinya. Lantaran malu

kepada isterinya, dia enggan mengakui ibunya itu…dengan perasaan sedih dan terguris

yang amat sangat ibu tadi menadah tangan memohon kepada tuhan supaya anaknya

diberikan pengajaran. Di sinilah ‘pembalasan’ itu berlaku..anak tadi tenggelam bersama

kekayaannya, dan menjadi batu.

Walaupun terdapat versi cerita si Tanggang ini berlainan mengikut persekitaran

daerah penceritaannya, namun mesej dan nasihat yang disampaikan sangat jelas..”Jangan

menderhaka kepada Ibu”.Benarlah seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis bahawa

syurga itu ditelapak kaki ibu..Mengingatkan kita betapa banyaknya pengorbanan seorang

Ibu.yang cukup besar dan tidak ternilai harganya. Pada hari ini, terdapat ramai golongan

yang telah berjaya menikmati kehidupan yang selesa tetapi tidak mempedulikan kedua-dua

ibu bapanya malah sanggup membiarkan mereka tinggal di rumah orang-orang tua.

Cerita ini perlu diperturunkan kepada anak-anak supaya, mereka mendapat pengajaran di

sebalik cerita ini. kerana “ Kasih sayang adalah azimat dalam kehidupan”.

Page 7: Syair Si Tanggang