syair definisi orang berakal

14
Oleh : Suhastuti Dermawan Sekolah Seri Puteri 4 Intelek Syair Definisi Orang Berakal

Upload: hadijah-sebah

Post on 31-Dec-2015

48 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KOMSAS TINGKATAN 4

TRANSCRIPT

Page 1: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Oleh : Suhastuti DermawanSekolah Seri Puteri

4 Intelek

Syair Definisi Orang Berakal

Page 2: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Rangkap 1Orang yang berakal melaksanakan amalan para nabi dan orang yang dimuliakan oleh tuhan serta mengalami hidup yang sejahtera

Rangkap 2Orang yang berakal sentiasa memiliki fikiran yang tajam dan mempunyai bermacam-macam idea yang bernas. Sentiasa memelihara dirinya. Jika dia melihat perlakuan yang tidak elok, dia segera memberikan nasihat kepada orang lain agar menjauhi perkara itu.

Page 3: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Rangkap 3Orang yang berakal sentiasa menyayangi sahabat handai dan menjauhi orang yang tidak baik kerana bimbang akan terikut-ikut akan perangai jahat itu sehingga mendatangkan aib kepadanya kelak.

Rangkap 4Orang yang berakal sentiasa mematuhi hukum Tuhan dan menjauhi larangan-Nya. Dia menjauhi sifat tamak dan selalu berserah kepada tuhan kerana baginya, dunia ini sementara sahaja.

Page 4: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Rangkap 5Orang yang berakal sentiasa mematuhi arahan pemerintah dan tidak akan melakukan sesuatu perkara menigkut sesuka hatinya. Sifatnya tidak sombong dan menganggap bahawa semua orang adalah sama sahaja.

Rangkap 6Apabila dia disayangi oleh orang atasan, maka orang yang berakal selalu berhati-hati, tidak sombong kepada rakan-rakan, malahan merendahkan diri dan sanggup memberikan diri dan snaggup memberikan pertolongan.

Rangkap 7Orang yang berakal sentiasa mencintai ilmu dan tidak jemu membaca serta membuat penyelidikan agar dirinya tidak terpedaya atau terpengaruh oleh perkara yang tidak baik.

Page 5: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Tema

Ciri-ciri orang yang berakal (seperti mempunyai fikiran yang amat tajam, sentiasa melakukan perbuatan baik, dan menjauhi segala perbuatan buruk)

Page 6: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Persoalan

1. Kemuliaan orang berakal.2. Kepentingan akal dan fikiran yang tajam.3. Kasih sayang terhadap sahabat handai.4. Bahaya perlakuan buruk seseorang.5. Kepentingan kita mematuhi perintah Tuhan dan menjauhi

larangan-Nya.6. Kegigihan menuntut ilmu7. Cinta terhadap ilmu8. Kebijaksanaan menangani perlakuan buruk seseorang.

Page 7: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Bentuk Syair1. Syair ini mempunyai tujuh rangkap

2. Setiap rangkap mempunyai empat baris dan setiap baris pula mempunyai tiga hingga lima patah perkataan.

3. Bilangan suku kata antara sembilan hingga tiga belas.

4. Bentuk syair ini terikat.

Page 8: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Gaya Bahasa

1. AnaforaContoh: Tiadalah ia melanja-lanja

Tiadalah menyombong pada bekerja.2. InversiContoh: Takut akhirnya menjadi fazihat (seharusnyaTakut

menjadi fazihat akhirnya)3. SinkopeContoh: Demikian lagi dengar olehmu

Page 9: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

4. Responsi Contoh: Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat

Tiada mengasihi orang yang jahat

Page 10: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Unsur Bunyi

1. AsonansiContoh: Orang berakal sentiasa mengamalkan budi pekerti

para nabi dan orang yang dimuliakan oleh tuhan. (perulangan vokal a)

2. AliterasiContoh: Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat(perulangan

konsonan n)

3. RimaContoh: aaaa

Page 11: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Nilai

1. Berkhemah tinggi2. Baik hati3. Kasih sayang4. Kesyukuran5. Kerajinan6. Hormat-menghormati

Page 12: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Pengajaran

1. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mendidik diri kita supaya menjadi orang yang berakal kerana orang yang berakal mempunyai fikiran yang tajam

2. Kita hendaklah menunjukkan sifat kasih sayang terhadap sahabat handai kerana perkara ini merupakan amalan yang mulia

3. Kita hendaklah sentiasa mengikuti amalan para nabi dan orang yang dimuliakan oleh Tuhan supaya hidup kita sentiasa harmoni.

Page 13: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

4. Kita hendaklah sentiasa mematuhi perintah Tuhan dan menjauhi segala larangan-Nya agar hidup kita di dunia ini akan sentiasa selamat tambahan pula hidup di dunia tidaklah kekal.

Page 14: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Sekian, terima kasih.