syair pokok

2
Lima puluh tahun negara merdeka Masa yang lalu dingat sentiasa Susah derita pejuang bangsa Menentang penjajah tak kita masa. Masih kuingat ketika dulu Bendera berkibar di tangan tuanku Laungan keramat menusuk di kalbu Itulah bukti merdeka negaraku. Tidak sedikit pejuang yang gugur Berani mereka di medan tempur Rela berkorban bakti nan luhur Tersebut namamu terkenal masyhur. Mereka berjuang kerana bangsa Semangat tak luntur jiwa perkasa Jasa pejuang diingat sentiasa Kita hargai sepanjang masa. Apa ertinya kita merdeka Jika fikiran sentiasa leka Lebih sedihnya ada derhaka Budaya penjajah itu yang disuka. Merdeka kita merdeka di minda Pentingkan ilmu bukannya benda Tingkatkan usaha berlipat ganda Kukuhkah iman di dalam dada. Ingat pesanku anak merdeka Janganlah alpa janganlah leka Pertahankan negara sekalipun terluka Jangan terjajah kali kedua. Bukti merdeka di tangan kita Berusaha gigih majukan negara Tidak mengharap ehsan semata Membangun dalam acuan kita. Tingkatkan ilmu dan juga agama Iman dan amal usahakan bersama

Upload: nick-aiman

Post on 24-Jan-2016

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: syair pokok

Lima puluh tahun negara merdeka Masa yang lalu dingat sentiasa Susah derita pejuang bangsa Menentang penjajah tak kita masa.

Masih kuingat ketika dulu Bendera berkibar di tangan tuanku Laungan keramat menusuk di kalbu Itulah bukti merdeka negaraku.

Tidak sedikit pejuang yang gugur Berani mereka di medan tempur Rela berkorban bakti nan luhur Tersebut namamu terkenal masyhur.

Mereka berjuang kerana bangsa Semangat tak luntur jiwa perkasa Jasa pejuang diingat sentiasa Kita hargai sepanjang masa.

Apa ertinya kita merdeka Jika fikiran sentiasa leka Lebih sedihnya ada derhaka Budaya penjajah itu yang disuka.

Merdeka kita merdeka di minda Pentingkan ilmu bukannya benda Tingkatkan usaha berlipat ganda Kukuhkah iman di dalam dada.

Ingat pesanku anak merdeka Janganlah alpa janganlah leka Pertahankan negara sekalipun terluka Jangan terjajah kali kedua.

Bukti merdeka di tangan kita Berusaha gigih majukan negara Tidak mengharap ehsan semata Membangun dalam acuan kita.

Tingkatkan ilmu dan juga agama Iman dan amal usahakan bersama Merdeka kita lebih bermakna Pertahankan ia selama-lama.

Page 2: syair pokok

Negara kita sudah merdeka Hidup tenteram sekian lama Bagaikan bunga yang sedang mekar Jagalah ia bersama-sama

Negara kita berbilang bangsa Berbagai budaya berbagai agama Suburkan ia selama-lama Jagalah jangan timbul bencana

Merdeka itu merdeka diri Teguh prinsip berperibadi Jika datang cabar dan uji Jangan berganjak walau seinci

Negara kita sudah merdeka Silatulrahim mesti dijaga Kekalkan ia sepanjang masa Mesra seperti gita dan bunga

Merdekalah kita selama-lama Jauhkan sikap cela mencela Kalau berpecah sesama kita Akibatnya buruk akan menimpa

Rukun Negara kita patuhi Agar hidup kita harmoni Syukuri nikmat Tuhan Rabbani Hidup selamat dan diberkati