syair mendapat gemala naga

2

Click here to load reader

Upload: aku-insan-biasa

Post on 14-Aug-2015

371 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Antologi Gema Sepi Gadis Genius

TRANSCRIPT

Page 1: Syair Mendapat Gemala Naga

SYAIR MENDAPAT GEMALA NAGA

Rangkap PertamaDewa menceritakan kepada naga tentang kesusahan dirinya yang telah disakiti (dikhianati) oleh saudara sendiri yang telah mengakibatkannya dipenjara selama setahun.

Rangkap KeduaSemuanya diceritakan kepada naga sehingga naga berasa sedih apabila mendengarkan cerita tersebut lalu naga memberikan gemala atau batu yang bercahaya dan mempunyai hikmat kepada Dewa.

Rangkap KetigaNaga meminta Dewa mengambil gemala yang diberikan kerana mempunyai banyak hikmat dan mempunyai nilai yang sama dengan nilai tujuh buah negeri dan boleh mengabulkan permintaan.

Rangkap KeempatSekiranya ada orang terkena bisa, hanya sapukan airnya, sekiranya diizinkan Tuhan nescaya boleh sembuh.

Rangkap KelimaSekiranya hendak berperang, gemala itu boleh mengeluarkan bala tentera dan dua belas pahlawan yang gagah berani.

Rangkap KeenamSetelah mendengar semua itu Dewa terlalu gembira, lalu bermohon untuk meneruskan perjalanan.

Rangkap KetujuhDewa dan saudaranya pun berjalan di tepi pantai siang dan malam sehingga sampai ke Inderanegara.

Rangkap KelapanSetelah hari siang, mereka pun tiba di hujung negeri dan berjumpa sebuah rumah milik nenek kebayan.

Tema syair ini ialah peranan gemala naga dalam menyelesaikan masalah dua bersaudara.

(a) Simpati terhadap kesusahan dan penderitaan orang lain.(b) Sikap manusia yang gemar membuat fitnah.(c) Hikmah di sebalik kesengsaraan.

(a) Terdiri daripada lapan rangkap.(b) Mengandungi empat baris serangkap.(c) Bilangan perkataan: 3-5 perkataan sebaris.(d) Bilangan suku kata: 9-13 suku kata sebaris.(e) Rima akhir: aaaa

(a) Asonansi Sekalian habis diceritakan (pengulangan vokal a)

(b) Aliterasi Apa kehendak keluar sendiri (pengulangan konsonan k)

(c) Epifora Di dalam gemala keluarlah orang Beribu keti banyaklah orang

(a) Baik hati Naga memberikan gemala kepada Dewa bagi membantunya yang berada dalam kesusahan.

(b) Keprihatinan Naga prihatin dengan penderitaan Dewa yang dikhianati oleh saudaranya sendiri.

(a) Kita hendaklah menghulurkan bantuan kepada orang yang berada dalam kesusahan.(b) Kita perlu mempunyai perasaan kasih sayang antara saudara sendiri dan bukannya bermusuhan.(c) Kita mestilah menggunakan kelebihan yang kita miliki untuk perkara kebaikan.

MAKSUD

TEMA

PERSOALAN

BENTUK

GAYA BAHASA

NILAI

PENGAJARAN