syaikh muhammad al- ghazali · pdf filedengan membaca makalah-makalahnya di majalah ......
TRANSCRIPT
Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 1
!
SYAIKH MUHAMMAD Al-
GHAZALI
(Dai dan Pembaharu, 1335 - 1416H./1917-
1996 M.)
iografi Syaikh
Muhammad Al-
berdasarkan pengenalanku
dengannya dari dekat,
pergaulanku dengannya, dan
pengajianku kepadanya.
Biografi ini merupakan
sebahagian daripada haknya
yang harus saya tunaikan,
salah satu bukti kesetiaan orang yang pernah berguru
kepadanya, dan kenangan yang sebahagiannya sudah
berlalu hampir setengah abad.Penulisan biografi
Syaikh Muhammad Al-Ghazali telah banyak digarap
oleh orang-orang yang mengenali kemuliaan dan
kedudukannya, baik ketika beliau masih hidup atau
setelah beliau wafat. Antara lain, Syaikh Yusuf Al-
Qaradhawi merupakan orang yang lebih rapat dan
lebih lama menyertainya daripada saya..
Syaikh Muhammad Al-Ghazali yang Saya Kenal Saya mula mengenali Ustadz Al-Ghazali
dengan membaca makalah-makalahnya di majalah
Al-Ikhwanul Muslimun yang sampai ke jabatan
perwakilan Ikhwanul Muslimin, Az-Zubair, pada
tahun 1946.
Edisi 24 R.Awwal
1426 3 Mei 2005
3!
Risalah Tsulasa’ adalah Terbitan © Bahan Tarbiyyah ONline. Sebarang maklum balas kepada [email protected] Sumber:
Hadith Pilihan – Riyadhus Shalihin, Imam Nawawi
Mereka Yang Telah Pergi – Mereka Yang Telah Pergi, ditulis oleh Al- Mustasyar Abdullah Al-Aqil, terbitan Al-I’tishom Cahaya Umat
Hadith Tsulasa’ – Hadith Tsulasa’, ditulis oleh Ahmad Isa ‘Asyur, terbitan EraIntermedia
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Demi Allah, sesungguhnya saya itu niscayalah memohonkan pengampunan kepada Allah serta bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali." (Riwayat Bukhari)
Hadith 13, Bab 2, Bab Taubat, Kitab Riyadhus Shalihin
Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 2
Ketika saya pergi ke Mesir untuk
melanjutkan pelajaran di universiti pada tahun 1949,
saya mengenali Syaikh Muhammad Al-Ghazali
melalui saudara-saudaraku yang mulia, antaranya
Manna' Qathan, Muhammad Bakri, Yusuf Al-
Qaradhawi, Ya'qub Abdul Wahhab, Ahmad 'Assal,
Muhammad Shafthawi, Muhammad Damirdasy, dan
Haji Wahbah Hasan Wahbah. Kami memiliki jadual
pertemuan rutin dengan Syaikh Muhammad Al-
Ghazali. Dalam pertemuan itu beliau membekalkan
kami ilmu yang bermanfaat, memberi semangat
kepada kami untuk berjuang di jalan Allah Ta'ala dan
membela kaum yang lemah, menyedarkan kepada
kami perihal konspirasi musuh-musuh Islam di dalam
dan luar negeri, mengungkapkan rencana-rencana
busuk mereka untuk memerangi Islam dan kaum
muslimin, membongkarkan kebusukan Komunisme,
Sekulerisme, Freemasonry, Atheisme, Eksistensisme,
Kristianisme, dan Zionisme. Beliau sentiasa
mengingatkan kami tentang persekongkolan
kekuatan-kekuatan jahat untuk melawan Islam dan
dainya, serta menjelaskan kepada kami cara melawan
serangan kekuatan kufur.
Ustadz Muhammad Al-Ghazali ialah seorang
dai yang cerdik , memiliki semangat berkobar-kobar,
keimanan yang mendalam, hati yang lembut, tekad
yang teguh, lincah, ungkapan-ungkapan yang indah
sasteranya,mengagumkan, seorang yang fleksibel, dan
pemurah. Ini semua diketahui oleh setiap orang yang
pernah bergaul bersamanya, menyertainya atau
bertemu dengannya.
Beliau tidak menyukai sikap memaksa diri
(takalluf), benci terhadap kesombongan dan sikap
berlagak, aktif mengikuti perkembangan sosial
dengan segala persoalannya,turut serta dalam
menyelesaikan masalah umat, mengungkapkan
hakikat, dan mengingatkan umat tentang bencana
yang ditimbulkan oleh syaitan-syaitan manusia dan
jin; baik dari Barat mahupun Timur.
"Syaikh Al-Ghazali merupakan salah seorang
daripada tokoh-tokoh Islam masakini.Beliau
merupakan dai yang tiada tolok bandingnya di dunia
Islam ketika ini. Beliau merupakan seorang yang
genius dan keindahan katanya amat menawan hati,
hingga saya dapat menghafal beberapa ungkapan,
bahkan beberapa lembar tulisannya, lalu mengulangi
sesuai dengan teks aslinya dalam beberapa ceramah."
Demikian komentar Dr. Yusuf Al-Qaradhawi di dalam
bukunya Asy-Syaikh Al-Ghazali Kama Araftuhu
(Syaikh Al-Ghazali yang Saya Kenal).
Dalam kesempatan lain Dr. Yusuf Al-
Qaradhawi berkata, "Saya teringat saudaraku,
Abdullah Al-Aqil, yang belajar dalam Fakulti Syariah
Al-Azhar, Mesir, pada awal tahun lima puluhan.
Beliau hafal mukadimah buku karya Al-Ghazali, Al-
Islam wa Audla'ul Iqtishadi, cetakan kedua yang teks
awalnya berbunyi, 'Tiada bangsa yang menghinakan
diri seperti bangsa Timur, tiada yang hak-haknya
dirampas sebagaimana dirampasnya hak-hak agama,
dan seterusnya...
Pertemuan Syaikh Muhammad Al-Ghazali dengan An-Nadwi Syaikh Abu Hasan Ali An Nadwi,di dalam
bukunya Mudzakkirat Sa-ihin Fisy Syarqil 'Arabi,
berkata, "Saya ingin sekali bertemu Syaikh
Muhammad Al-Ghazali. Kerana seorang mahasiswa
bernama Abdullah Al-'Aqil banyak bercerita dan
memujinya, bahkan menghadiahkan beberapa
karangannya kepadaku.
Syaikh Muhammad Al-Ghazali merupakan
salah seorang daripada tokoh-tokoh Ikhwanul
Muslimin yang terkemuka dan merupakan seorang
penulis kebangkitan keagamaan di Mesir.
Akhirnya, saya dapat bertemu dengan penulis
buku Al-Islam wa Audla'ul Iqtishadi, Al-Islam wal
Manahijul Isytirakiyah, Al-Islam Al-Muftara Alaih,
dan Min Huna Na'lam ini. Saya bertemu seorang
Syaikh Muhammad Al-Ghazali dalam pertemuan dengan Syaikh Sa’d Abdullah,putera mahkota Kuwait
Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 3
lelaki yang menyajikan makanan pemikiran, ruhani,
dan adab Islam yang murni. Saya sangat berbahagia
kerana dapat bertemu orang yang shalih, intelek,
dinamis, hatinya hidup, otaknya bijak, dan wajahnya
yang sentiasa jelas memancarkan kegembiraan.
Menurutku, setiap daripada kita dapat
mengenalinya melalui buku-buku dan risalah-
risalahnya. Kerana,buku-bukunya merupakan
gambaran pemikiran prinsip-prinsip yang beliau
yakini.”
Tempat,tanggal lahir dan zaman kanak-kanak Syaikh Muhammad Al-Ghazali Syaikh Al-Ghazali dilahirkan pada 22
September 1917, di kampung Naklal Inab, Itay
Al'Barud, Buhairah, Mesir. Beliau dibesarkan dalam
keluarga agama yang sibuk di dalam dunia
perdagangan. Ayahnya hafizh Al-Qur'an. Lalu sang
anak tumbuh mengikut jejak ayahandanya dan habis
menghafal Al-Qur'an semenjak usia sepuluh tahun.
Syaikh Muhammad Al-Ghazali menerima
ilmu daripada guru-guru di kampungnya. Beliau
memasuki sekolah agama di Iskandariah dan
menamatkan pendidikan menengah
rendah hingga menengah atas (SMU).
Kemudian beliau pindah ke Kairo untuk
melanjutkan pelajaran dalam Fakulti
Ushuluddin dan mendapat ijazah pada
tahun 1361 H. / 1945M. Beliau memberi
keutamaan di Dakwah wal 'Irsyad dan
mendapat gelaran Magistret pada tahun
1362 H. / 1943 M. Para guru yang paling
berpengaruh kepadanya ketika itu ialah Syaikh Abdul
Aziz Bilal, Syaikh Ibrahim Al-Gharbawi, Syaikh Abdul
Azhim Az-Zarqani, dan lain-lain.Syaikh Muhammad
Al-Ghazali berkahwin ketika masih menuntut dalam
fakulti Ushuluddin dan dikurniakan sembilan orang
anak.
Aktiviti Syaikh Muhammad Al-Ghazali
Setelah menamatkan pengajiannya, Syaikh
Muhammad Al-Ghazali menjadi imam dan khathib di
M.asjid Al-'Atabah Al-Khadlra'. Setelah itu beliau
menerima banyak jawatan yang secara berurutan
sebagai berikut: Dewan Pengawas Masjid, Dewan
Penasihat Al-Azhar, Wakil Dewan Urusan Masjid,
Pengarah Urusan Masjid, Pengarah Pelatihan,
Pengarah Dakwah wal Irsyad (Dakwah dan
Penyiasatan).
Pada Tahun 1949 Syaikh Muhammad Al-
Ghazali meringkuk dalam Penjara Ath-Thur selama
satu tahun dan Penjara Tharah tahun 1965 selama
beberapa tahun.
Syaikh Muhammad Al-Ghazali menjadi
pensyarah tamu di Universiti Ummul Qura, Makkah
Al-Mukarramah, pada tahun 1971. Pada tahun 1981,
beliau dicalonkan sebagai Wakil Menteri, kemudian
memegang jabatan Ketua Dewan Keilmuan Universiti
Al-Amir Abdul Qadir Al-Jazaairi Al-Islamiyah di
Aljazair selama lima tahun.
Peringkat awal perkenalan Syaikh Muhammad Al-Ghazali dengan Imam Hassan Al-Banna Pada peringkat awal interaksi Syaikh
Muhammad Al-Ghazali dengan Imam Asy-Syahid
Hasan Al-Banna diceritakan oleh Ustadz Muhammad
Majdzub dalam bukunya Ulama wa
Mufakkirun 'Araftuhum. Ustadz Majdzub
memetik ucapan Al-Ghazali, "... Perkenalan itu
bermula ketika saya belajar di Sekolah
Menengah (SMU) Iskandariah. Ketika itu, saya
mempunyai kebiasaan beriktikaf di Masjid
Abdurrahman bin Harmuz, di daerah Ra'sut
Tin selepas shalat Maghrib, untuk
mengulangkaji pelajaran. Pada suatu petang,
Imam Al-Banna menyampaikan nasihat ringkas
mengenai penjelasan hadits 'Bertakwalah kepada
Allah di mana pun kamu berada, ikutilah setiap
perbuatan buruk dengan perbuatan baik, tentu yang
baik akan menghapusnya, dan pergaulilah manusia
dengan akhlak yang baik. . 'Kata-katanya sangat
berkesan dan secara langsung menembus ke hati yang
paling dalam. Setelah mendengar nasihat itu, hatiku
tertambat kepadanya. Saya tertarik kepada sikap dan
peribadinya. Sejak itu, hubunganku dengannya
terjalin erat. Saya sentiasa bersamanya selepas shalat
Isya', di dalam majlis yang terdiri daripada tokoh-
tokoh dakwah. Selanjutnya, saya meneruskan aktiviti
Buku-bukunya merupakan gambaran pemikiran prinsip-prinsip yang beliau yakini…
”
“
Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 4
dalam perjuangan Islam bersama dai besar ini, hingga
beliau syahid tahun 1949.
" Dalam mukadimah buku Dusturul Wihdah
Ats-Tsaqafiyah Lil Muslimin, Al-Ghazali berkata,
" ...Inspirasi dan tema buku ini berasal daripada
Imam Hasan Al-Banna; pembaharu abad ke 14
Hijriyah. Beliau telah meletakkan prinsip yang dapat
menyatukan umat, memperjelaskan tujuan yang
samar, mengembalikan kaum muslimin kepada Al-
Qur'an dan As-Sunah, serta menyingkirkan
penyimpangan dan sikap beristirehat, dengan halus
dan cermat, sehingga kelemahan dan kemalasan tidak
terjadi."
Tentang Mursyid 'Am Kedua Ikhwanul
Muslimin, Ustadz Hasan Al-Hudhaibi, Al-Ghazali
menyatakan, ".. .Sebenarnya beliau tidak pernah
berupaya untuk memimpin Ikhwanul Muslimin,
tetapi Ikhwanlah yang meminta beliau memimpinnya.
Ketegasan dan keistiqomahannya berhak untuk
diketahui oleh setiap orang. Beliau tidak pernah
berkeluh-kesah atau mundur kerana musibah atau
ujian. Sehingga usia yang sudah senja pun beliau
tetap memiliki keimanan mendalam dan optimisme
tinggi. Tidaklah salah jika dikatakan bahawa
kesabaran yang mengukuhkan imannya itu
menjadikannya lebih mulia dalam pandangan saya.
Musibah yang menimpa diri dan keluarganya secara
bertubi-tubi tidak mengikis sifat jujurnya dalam
menghukumi masalah. Bahkan, tidak membuatnya
surut dari manhaj Jamaah Islamiyah, malah
sebaliknya. Saya menemuinya setelah berbagai
musibah berlalu untuk memperbaiki hubungan
dengannya. Semoga Allah Ta'ala mengampuni kita
semua."
Tentang Mursyid Am Ketiga Ikhwanul
Muslimin, Ustadz Umar Tilmisani, Al-Ghazali
menyatakan, ".. .Ketika saya bersama ribuan anggota
Ikhwan di Penjara Ath-Thur, setelah syahidnya Imam
Hasan Al-Banna, pada tahun 1949, saya melihat
langkah Ustadz Umar Tilmisani yang perlahan dan
pandangannya yang mencerminkan ketenangan.
Beliau berjalan di atas hamparan pasir penjara
dengan senyuman yang optimis. Beliau
mengukuhkan kesabaran Ikhwan dalam
menghadapi ujian keterasingan dan
kerasnya pengungsian serta
menghembuskan harapan akan masa depan
yang lebih baik. Ketika itu, saya dapat
merasakan seolah-olah berada di hadapan
lelaki istimewa yang digerakkan rasa cinta
dan kedamaian. Beliau amat bencikan
pertengkaran, kemunafikan, akhlak buruk,
mengutamakan uzlah, dan merasakan
kemesraan dalam bermunajat kepada Allah
Ta'ala, serta kehinaan riya' dan matlamat
kekuasaan tidak mendapat jalan untuk
masuk ke dalam hatinya.
Ketika saya menemuinya untuk
bekerjasama dalam menyumbangkan kepada Islam,
beliau berkata kepadaku, 'Kamu tahu pekerjaan ini
(memimpin jamaah Ikhwan) merupakan beban berat
yang terpaksa ku pikul dan ku terima?' Saya
menjawab, 'Aku tahu hal itu. Kerana tidak
bermatlamat tampil di depan dan tidak menginginkan
jabatan. Orang seperti Anda sangat berhak mendapat
perlindungan dan bimbingan Allah Ta'ala ."
Komentar Al-Ghazali tentang Imam Al-Banna,
Al-Hudhaibi, dan Tilmisani ini mengungkap
ketulusan dan kemuliaan peribadi Syaikh Al-Ghazali.
Komentar Umum Mengenai Syaikh Muhammad Al-Ghazali Satu hal yang membanggakan Syaikh
Muhammad Al-Ghazali ialah beliau menerima surat
Syaikh Al-Ghazali bersama penulis,Ustadz Abdullah Al-`Aqil
Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 5
daripada Imam Al-Banna, padahal ketika itu beliau
masih muda belia pada tahun 1945. Surat Imam Al-
Banna tersebut berbunyi, "Saudaraku yang mulia,
Syaikh Muhammad Al-Ghazali... Assalamu 'alaikum
warahmatullahi wa barakatuh. Saya sudah membaca
makalah Anda yang bertema Al-Ikhwanul Muslimun
wal Ahzab dalam edisi akhir majalah Ikhwanul
Muslimun. Saya sangat kagum dengan ungkapan
makalah tersebut yang ringkas, maknanya yang
cermat, dan adabnya yang sopan. Seperti inilah
hendaknya kalian menulis, wahai Ikhwan! Menulislah
dengan dorongan hati yang tulus. Semoga Allah Ta'ala
selalu bersamamu. Wassalamu 'alaikum
warahmatullah wa barakatuh. Hasan Al-Banna."
Dr. Abdush Shabur Syahin berkata, "Yang
saya tulis ini adalah penghormatan bagiku, sebelum
menjadi pengantar buku. Kerana, buku yang di
sampulnya tertulis nama Ustadz Al-Ghazali tidak lagi
memerlukan pengantar. Menurutku, beliau meraih
mahkota ilmu yang melimpah.Dunia telah membaca
puluhan bukunya tentang Islam dan dakwah. Juga
menerima karya yang belum pernah diterima dari
seorang pun yang sezaman dengannya. Kita
dapat mengatakan, zaman kita sekarang ini
milik Ustadz Al-Ghazali."
Ustadz Umar Ubaid Hasanah,
Pemimpin Redaksi Majalah Al-Ummah Al-
Quthriyah mengatakan, "Tulisan-tulisan
Syaikh Al-Ghazali mengandungi buaian kasih
seorang ibu kepada anaknya yang sakit dan
takut meninggal dunia kerana penyakitnya.
Juga mengandungi ketajaman seorang doktor yang
memberikan rawatan dan kadang kala proses rawatan
memerlukan kepada pembedahan. Buku-buku karya
Al-Ghazali mengundang banyak reaksi, baik dari
dalam mahupun luar negeri. Beliau berada di garisan
depan, kerana "memahami celah yang dapat dirasuki
musuh-musuh Islam."
Ustadz Quthb Abdul Hamid Quthb berkata,
"Saya merupakan salah seorang daripada berpuluh-
puluh ribu orang yang sangat rindu kepada dai besar
Syaikh Muhammad Al-Ghazali. Saya bersaksi
kecintaanku kepada ulama besar dan dai terkenal ini
melebihi kecintaanku kepada diriku sendiri.Beliau
merupakan salah seorang daripada sekelompok kecil
orang-orang istimewa yang ilmu dan keutamaannya
menambahkan generasi, baik di Mesir mahupun di
negeri-negeri Islam yang lain. Hal ini tidak
menghairankan, kerana beliau sendiri terlibat dalam
buaian dakwah dan berguru kepada pakar-pakar ilmu,
para pemikir, dan tokoh-tokoh dakwah, antara lain
Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna."
Dr. Abdus Sattar Fathullah Said berkata,
"...Sejarah Islam tidak akan melupakan upaya para
pemimpin dalam menghalau serangan Jahiliyah dan
menghimpun umat di sekeliling ajaran Islam yang
syamil (tidak membeza-bezakan). Gelombang
keupayaan untuk membela kebenaran datang secara
silih berganti. Dalam madrasah rabbaniyah yang
didirikan oleh Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna,
syaikh kita, Muhammad Al-Ghazali, terlibat dan ikut
memikul amanah dakwah bersama tokoh-tokohnya.
Dengan kurnia Allah Ta'ala, beliau menjadi salah
seorang tokoh yang terkemuka, yang tidak henti-henti
meninggikan bendera dakwah di hadapan kesenangan
dan keingkaran. Dengan pena dan lisannya, beliau
membela kemuliaan Islam, mengungkap
hakikat wahyu yang luhur, dan memerangi
jahiliyah, pada saat para penguasa zalim
menjerumuskan umat kita ke dalam
kegelapan."
Syaikh Al-Azhar, Dr. Abdul Halim
Hamid Mahmud, mengakui kemuliaan dan
membanggakan Syaikh Muhammad Al-
Ghazali dengan mengatakan, "Kita punya Al-
Ghazali yang masih hidup dan Al-Ghazali penyusun
kitab Al-Ihya'." (iaitu Muhammad Al-Ghazali dan
Imam Al-Ghazali penyusun buku Ihya` Ulumud Din.)
Aktivis muda Islam memperoleh manfaat dari
ilmu, keberanian, keterusterangan, kejujuran, dan
kejelasan sikap Syaikh Muhammad Al-Ghazali. Beliau
mempunyai kader di Al-Azhar Mesir, Ummul Qura
Makkah Al-Mukarramah, Fakulti Syariah Qatar,
Universitas Al-Amir Abdul Qadir Lil 'Ulum Al-
Islamiyah Aljazair, dan kader lain yang terbina
melalui khutbah, kajian, ceramah, seminar, buku,
makalah, pertemuan, dan muktamar.
“Beliau amat bencikan
pertengkaran,kemunafikan,
akhlak buruk….”
Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 6
Kader Syaikh Muhammad Al-Gbazali yang
mencapai ribuan di penjuru dunia Islam setia pada
dakwah Islam, mengibarkan bendera Islam bersama
syaikh mereka, dan menyebarkan ke berbagai-bagai
penjuru untuk menyampaikan ajaran Islam,
menuntun umat kepada kebaikan, keuntungan,
kejayaaan, dan kemenangan.
Di antara murid Al-Ghazali, ada yang menjadi
ulama besar. Antaranya Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi,
Syaikh Manna' Qathan, Dr. Ahmad Assal, dan ramai
lagi.
Karya-karya Ilmiah Syaikh Muhammad Al-Ghazali Syaikh Muhammad Al-Ghazali mewariskan
lebih enam puluh buku dalam berbagai-bagai tema,
termasuk ceramah, seminar, khutbah, nasihat, kajian,
dan dialog yang disampaikan di Mesir mahupun di
luar Mesir. Khutbah yang beliau sampaikan di Jami'
Al-Azhar, Jami' 'Amr bin Al-Ash, dan khuthbah 'Id di
lapangan Abidin serta Jami' Mahmud mempunyai
makna dan pengaruh yang sangat besar, kerana
dihadiri oleh ribuan pendengar.
Buku-buku Syaikh Muhammad Al-Ghazali
yang terbit lebih daripada sekali, baik di Mesir
mahupun di luar Mesir sangat banyak. Antaranya
ialah:
1. Al-Islam wal Audla'ul Iqtishadiyah
2. Al-Islam wal Manahijul Isytirakiyah
3. Min Huna Na'lam
4. Al-Islam wal Istibdadus Siyasi
5. Aqidatul Muslim.
6. Fiqhus Sirah.
7. Zhalamun minal Gharb
8. Qadza-iful Haq
9. Hashadul Ghurur.
10. Jaddid Hayatak.
11. Al-Haqqul Murr
12. Raka-izul Iman bainal Aqli wal Qalb.
13. At-Ta'ashub wat Tasamuh bainal
Masihiyah wal Islam.
14. Ma'allah
15. Jihadud Da'wah baina 'Ajzid Dakhil wa
Kaidil Kharij
16. Ath-Thariqu min Huna
17. Al-Mahawirul Khamsah lil Qur'anil
Karim.
18. Ad-Da'watul Islamiyah Tastaqbilu
Qarnahal Khamis Asyar
19. Dusturul Wihdatits Tsaqafiyah lil
Muslimin.
20. Al-Janibul Athifi minal Islam
21. Qadloyal Mar'ah bainat Taqalidir
Rakidah wal Wafidah.
22. As-Sunnatun Nabawiyah baina Ahlil
Fiqhi wa Ahlil Hadits
23. Musykilatun fi Thariqil Hayatil
Islamiyah.
24. Sirru Ta'akhuril `Arabi wal Muslimin.
25. Kifahud Din.
26. Hadza Dinuna.
27. Al-Islam fi Wajhiz Zahfil Ahmar.
28. 'Ilalun wa Adwiyah.
29. Shaihatu Tahdzirin min Du'atit
Tanshir
30. Ma'rakatulMushaffil 'Alamil Islami
31. Humumu Da'iyah
32. Miatu Sualin 'anil Islam
33. Khuthabun fi Syu'unid Din wal Hayah
(lima jilid)
34. Al-Ghazwul Fikri Yamtaddu fi
Faraghina
35. Kaifa Nata'amal maal Qur'anil Karim
36. Mustaqbalul Islam Khariju Ardlihi,
Kaifa Nufakkir Fihi?
37. Nahwa Tafsirin Maudlu'i li Suwaril
Qur'anil Karim.
38. Min Kunuzis Sunnah
39. Taammulat fid Din wal Hayah
40. Al-Islam Al-Muftara 'Alaihi bainasy
Syuyu'iyin war Ra'simaliyin
41. Kaifa Nafhamul Islam?
42. Turatsunal Fikri fi Mizanisy Syar'I wal
'Aqli
43. Qishshatu Hayah
44. Waqi'ul 'Alamil Islami fi Mathla'il
Qarnil Khamis 'Asyar
- Fannudz Dzikri wadDu'a 'Inda
Khatimil Anbiyaa
Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 7
45. Haqiqatul Qaumiyatil 'Arabiyah wa
Usthuratil Ba'tsil 'Arabi
46. Difa'un 'anil Aqidati wasy Syari'ah
Dliddu Matha'inil Mustasyriqin
47. Al-Islam wath Thaqatul Mu'aththalah.
48. Al-Istimar Ahqadun wa Athma'
49. Huququl Insan Baina Ta'alimil Islam
wa I'lanil Umamil Muttahidah
50. Nadlaratun fil Qur'an
51. Laisa minal Islam
52. Fi Maukibid Dakwah
53. Khuluqul Muslim
54. Dan lain sebagainya.
Sebahagian besar buku-buku ini telah
diterjemahkan ke beberapa bahasa. Antaranya ialah:
Bahasa Inggeris, Turki, Perancis, Urdu, Indonesia,
dan lain sebagainya.
Majoriti penterjemah adalah murid-murid
Syaikh Muhammad Al-Ghazali, orang-orang yang
mengaguminya, dan orang-orang yang mendapat
manfaat dari curahan ilmunya.
Sifat-Sifat Syaikh Muhammad Al-Ghazali Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata, "Mungkin
Anda berbeza pandangan dengan Al-Ghazali, atau
beliau berbeza pendapat dengan Anda dalam
masalah-masalah kecil mahupun besar, sedikit
atau banyak masalah. Tetapi, apabila Anda
mengenalinya dengan baik, Anda pasti akan
mencintai dan menghormatinya. Kerana Anda
tahu keikhlasan dan ketundukannya kepada
kebenaran, keistiqomahan orientasi, dan
ghirahnya yang murni untuk Islam.
Sememangnya, Al-Ghazali adalah
seorang yang mudah tersinggung.
Kemarahannya meluap-luap seperti ombak
lautan yang menghanyutkan, atau seperti
letusan gunung berapi yang dashsyat. Beliau
mempunyai sikap seperti itu kerana beliau
amat benci kezaliman dan kehinaan, baik pada
dirinya atau orang lain, tidak suka berlaku
zalim atau dizalimi, seorang yang tidak suka
merendahkan kehormatan sesiapa pun dan
direndahkan siapa pun, serta tidak menyukai
penyimpangan, terutama apabila berkaitan dengan
agama. Beliau akan memerangi itu semua secara
sembunyi mahupun terang-terangan.
Meskipun beliau seorang yang mudah marah,
namun kemarahannya sangat mudah untuk reda.
Beliau sangat mudah kembali kepada kebenaran,
apabila telah mendapatkan kejelasan.Beliau langsung
tidak peduli meskipun kekeliruannya dihebah-
hebahkan. Inilah keberanian yang tidak dimiliki
kecuali oleh sebahagian kecil manusia.
Beliau menjadi seorang yang sangat berani
ketika menyerang hal-hal yang diyakininya keliru dan
juga ketika beliau mengakui kekeliruannya.
Banyak orang mengkritik sebahagian
pendapat dan fatwa Syaikh Muhammad Al-Ghazali
yang tidak sejalan dengan pemahaman mereka. Tetapi,
sepengetahuanku fatwanya tidak pernah menyimpang
dari ijma' umat. Syaikh Ibnu Taimiyah juga pernah
dituduh menyimpang dari ijma' dalam masalah thalaq
dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya.
Kenyataan seperti ini dikomen oleh salah seorang
murid Ibnu Taimiyah, Imam Adz-Dzahabi.
'Ibnu Taimiyah mengeluarkan fatwa yang
mencoreng kehormatannya, tapi fatwa itu tertutup
oleh lautan ilmunya.'
Syaikh Al-Ghazali sedang menyampaikan ceramah di khayalak para penuntut
Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 8
Muhammad Al-Ghazali mengakui
kemuliaan dan keutamaan saudara-saudaranya,
misalnya Syaikh Sayyid Sabiq, Syaikh Abdul Muiz
Abdus Sattar, Syaikh Zakaria Az-Zaukah, Syaikh
Ismail Hamdi, dan lain-lain. Saya sangat malu ketika
beliau berkata di depan umum, 'Bertanyalah kepada
Yusuf Al-Qaradhawi, karena ia lebih utama dariku.
Dulu ia muridku, tapi sekarang aku muridnya.' Sikap
seperti ini tidak dimiliki kecuali oleh orang-orang
yang benar-benar tulus."
Pertemuan penulis dengan Syaikh
Muhammad Al-Ghazali sering terjadi. Pertemuan itu
berlangsung berulang-ulang kali semenjak pertama
kali di Mesir pada tahun 1949, hingga beliau kembali
ke rahmatullah.
Syaikh
Muhammad Al-
Ghazali berkunjung
ke Kuwait dan
menyam-paikan
ceramah serta
khutbah lebih
daripada sekali.
Kami sangat
berbahagia dapat
mengikuti seminar
yang diselenggarakan
pada setiap petang Jumaat . Seminar terakhir yang
saya ikuti ialah seminar yang beliau hadiri bersama
Syaikh Abdul Aziz Al-Muthawwi' dan Dr. Isham Al-
Basyir. Saya juga sering mengunjunginya di Kairo.
Kunjunganku kali terakhir terjadi menjelang wafatnya.
Allah Ta'ala menghendaki Syaikh Muhammad
Al-Ghazali menghadiri seminar tentang Islam dan
Barat. Ketika itu saya sedang berkunjung Damaskus.
Tiba-tiba tersiar berita yang mengguncangkan
tubuhku kerana sedih berpisah dengannya. Beliau
merupakan guru dan pembimbingku. Aku banyak
berhutang budi padanya.
Ustadz Abdul Aziz Abdullah Salim berkata
dalam surat kabar Ar-Riyadl, "Al-Ghazali ulama
terkemuka, dai pembaharu, mujahid yang tulus,
pejuang yang sangat berani, penulis yang memiliki
ruh sastera dan gaya bahasa yang sukar dicari
tandingannya.”
Kembali ke Rahmatullah Syaikh Muhammad Al-Ghazali wafat di
Riyadh, Arab Saudi, tanggal 9 Mac 1996. Jenazahnya
dipindahkan ke Madinah Al-Munawwarah, untuk
dimakamkan di Al-Baqi'. Yang mulia Amir Abdullah
bin Abdul Aziz Ali Sa'ud memiliki peranan penting
dalam memberikan penghargaan kepada Al-Ghazali,
baik ketika masih hidup mahupun setelah meninggal.
Juga memberikan bantuan kepada keluarganya.
Semoga Allah Ta'ala merahmati syaikh kita
yang mulia, Muhammad Al-Ghazali, memberi balasan
yang baik kerana jasa-jasanya kepada kaum muslimin.
Semoga Allah Ta'ala mengumpulkan kita dan dia
bersama para nabi, shiddiqin, dan para syuhada.
Merekalah sebaik-baik teman.
“Islam bermula dengan keadaan tersisih dan akan kembali kepada
keadaan tersisih sebagaimana mulanya.Justeru itu Syurgalah balasannya kepada orang yang
tersisih.” (Hadith Riwayat Muslim)
Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 9
Kewajipan Kita TerHADAP
Al - Quran
ita panjatkan
puji syukur ke
hadirat Allah swt. Kita
ucapkan selawat dan
salam untuk junjungan
kita Nabi Muhammad,
untuk segenap keluarga
dan sahabat baginda,
serta siapa saja yang
menyerukan
dakwahnya hingga hari
kiamat.
Ikhwan tercinta, saya sampaikan salam
penghormatan Islam, salam penghormatan dari
Allah, yang baik dan diberkahi: assalamu 'alaikum
wa rahmatullah wa barakatuh.
Seseorang layak berasa pelik terhadap sikap
kebanyakan manusia terhadap kitab Allah swt.: Al-
Qur'anul Karim. Ikhwan sekalian, sebagaimana saya
katakan sebelumnya, sikap kebanyakan manusia
pada waktu ini terhadap kitab Allah ibarat
sekelompok manusia yang diliputi kegelapan dari
segala penjuru. Mereka keliru, berjalan tanpa
sebarang petunjuk pun. Kadang-kadang mereka
jatuh ke jurang, kadang-kadang melanggar batu,
dan kadang-kadang saling berlanggaran. Keadaan
mereka terus demikian, tersesat membabi buta dan
berjalan dalam kegelapan yang pekat. Padahal di
hadapan mereka ada sebuah tombol elektrik
yang andaikata mereka tekan dengan jari, maka
gerakan yang sedikit itu dapat menyalakan sebuah
lampu yang terang-benderang. Inilah Saudara-
saudaraku, perumpamaan umat manusia sekarang
dan sikap mereka terhadap kitab Allah.
Seluruh dunia ini tersesat dalam kegelapan
yang pekat. Seluruh alam berjalan tanpa petunjuk.
Berbagai-bagai sistem telah rosak, masyarakat telah
hancur, nasionalisme telah jatuh. Setiap kali manusia
membuat sistem baru untuk diri mereka, dengan cepat
sistem itu menemui kegagalan. Hari ini, manusia
tidak mendapatkan jalan selain berdoa, bersedih,
dan menangis. Sungguh aneh, kerana di hadapan
mereka sebenarnya terdapat Al-Qur'anul Karim,
kitab Allah swt.
“Bak Unta mati kehausan di padang
pasir,sedangkan air terpikul di punggungnya”
Mereka tidak mendapatkan jalan petunjuk,
padahal di hadapan mereka ada cahaya yang sempurna.
"Tetapi Kami jadikan Al-Qur'an itu cahaya, yang
Kami tunjuki dengannya siapa yang Kami kehendaki
di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya
Kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan
yang lurus." (Asy-Syura: 52)
"Adapun orang-orang yang beriman
kepadanya, memuliakannya, menolongnya, dan
mengikuti cahaya terang yang diturunkan kepa-
danya, mereka itulah orang-orang yang beruntung."
(Al-A 'raf: 157) "Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang
kepada kalian Rasul Kami, menjelaskan kepada
kalian banyak dari isi Al-Kitab yang kalian
sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya.
Sesungguhnya telah datang kepada kalian cahaya
dari Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan
Kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang
mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan dan
mengeluar-kan mereka dari gelap gelita kepada cahaya
terang benderang dengan izin-Nya, dan menunjuki
mereka ke jalan yang lurus." (Al-Maidah: 15-16)
"Inilah Kitab yang Kami turunkan
kepadamu agar kamu mengeluarkan manusia dari
kegelapan menuju cahaya." (Ibrahim: 1).
"Maka berimanlah kalian kepada Allah,
Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 10
Rasul-Nya, dan cahaya (Al-Qur'an) yang telah
Kami turunkan. Allah Maha Mengetahui apa yang
kalian kerjakan." (At-Taghabun: 8).
Ikhwan sekalian, kembali saya ingin katakan
bahawa barangkali suatu hal yang wajar jika orang-
orang kafir yang mata mereka belum dibuka untuk
melihat cahaya ini, berjalan tanpa petunjuk dalam
kehidupan mereka. Ini logik dan dapat diterima,
kerana Allah swt. berfirman, "Dan barangsiapa
yang tidak diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah,
maka ia tiada memiliki cahaya sedikit pun." (An-Nur:
40).
Bagaimana pula halnya dengan orang-orang
mukmin yang mengimani, membenarkan, mencintai,
menghormati dan mengagungkannya, yang tidak ada
satu pun dari rumah-rumah mereka dan tidak satu
pun dari saku-saku baju mereka yang tidak terdapat
mushaf dari Kitabullah.
Ikhwan sekalian, orang-orang kafir telah
menipu mereka dengan cahaya itu, menjauhkan
mereka dari petunjuk, menyesatkan mereka dari
jalan, dan menjauhkan tangan mereka dari sumber
mulia dan dari tombol elektrik ini; kadang-kadang
dengan jerat politik, kadang-kadang dengan
perangkap ilmu duniawi. "Mereka hanya mengeta-
hui kehidupan dunia yang lahir, sedangkan
tentang kehidupan akhirat mereka lalai." (Ar-
Rum: 7) Mereka terus memperdayakan; terkadang
dengan harta benda, kadang-kadang melalui hawa
nafsu, kadang-kadang dengan tipu muslihat, dan
di saat lain dengan kekuatan, paksaan, dan
kekejaman.
Wahai Ikhwan sekalian, semua pembawaan
ini terus digunakan oleh para penganut kekafiran.
Orang-orang kafir itu menjauhkan manusia dan
kaum muslimin dan petunjuk. Telah lama kaum
muslimin mengikuti dan berlari di belakang
kesesatan mereka. Akibatnya, mereka lupa kepada
sumber petunjuk ini dan mengekor saja di
belakang orang-orang kafir. Padahal Allah swt. telah
memperingatkan mereka dari tindakan itu. "Wahai
orang-orang beriman, jika kalian mengikuti
orang-orang kafir, nescaya mereka mengembalikan
kalian ke belakang (kepada kekafiran), lantas
jadilah kalian orang-orang yang rugi. Tetapi
(ikutilah Allah), Allah merupakan Pelindung kalian,
dan Dialah sebaik-baik Penolong." (Ali Imran: 149-
150)
Ikhwan sekalian, karena Allah mengetahui
bahawa orang-orang kafir kadangkala
menggertak orang-orang beriman dengan
kekuatan yang mereka miliki, maka Allah swt.
ingin mencabut pengaruhnya dari hati kaum
muslimin. "Akan Kami masukkan ke dalam hati
orang-orang kafir rasa takut, disebabkan mereka
menyekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah
sendiri tidak menurunkan keterangan tentang itu,
Tempat kembali mereka adalah neraka; dan
alangkah buruknya tempat kembali orang-orang
yang zalim." (Alilmran:151). Kemudian Allah swt. menyebutkan peristiwa
yang nyata untuk menjadi pengiring bagi dalil yang
tegas itu. "Sesungguhnya Allah telah memenuhi
janjiNya kepada kalian, ketika kalian
membunuh mereka dengan izinNya sampai pada
saat kalian lemah dan berselisih dalam urusan itu
dan menderhakai perintah (Rasul) sesudah Allah
memperlihatkan kepada kalian apa yang kalian
sukai. Di antara kalian ada yang mengkehendaki
dunia dan di antara kalian ada yang
mengkehendaki akhirat. Kemudian Allah
memalingkan kalian dari mereka untuk menguji
kalian; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan
kalian. Dan Allah pemberi kurnia bagi orang-
orang yang beriman." (Ali Imran: 152).
Ikhwan sekalian, demikianlah. Allah swt.
memperingatkan orang-orang mukmin dengan Al-
Qur'an, jangan sampai mereka mengikuti jalan orang-
orang kafir atau tertipu oleh tipu muslihat dan
rancangan mereka. "Wahai orang-orang beriman,
jika kalian mengikuti sebahagian dari orang-orang
yang diberi Al-Kitab, nescaya mereka akan
Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 11
mengembalikan kalian menjadi kafir setelah kalian
beriman." (Ali Imran: 100) "Wahai orang-orang
beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa dan janganlah kalian mati
kecuali dalam keadaan muslim. Dan berpegang
teguhlah kalian semua pada tali (agama) Allah, dan
janganlah kalian berpecah-belah." (Ali Imran: 102-
103) "Wahai orang-orang yang beriman, jika
kalian menaati orang-orang kafir, nescaya mereka
mengembalikan kalian ke belakang (kepada
kekafiran), lalu jadilah kalian orang-orang
yang rugi.”(Ali Imran: 149).
Orang-orang kafir
itu diciptakan dengan
memiliki watak menipu
dan memperdaya orang-
orang beriman. "Sebahagian besar Ahli
Kitab berkeinginan untuk
mengembalikan kalian
kepada kekafiran setelah
kalian beriman kerana
kedengkian (yang timbul)
dan din mereka, setelah
nyata bagi mereka
kebenaran." (Al-Baqarah:
109) "Mereka ingin supaya kalian menjadi kafir
sebagaimana mereka telah menjadi kafir, sehingga
kalian dan mereka sama." (An-Nisa': 89) "Jika mereka
menangkap kalian, nescaya mereka bertindak
sebagai musuh bagi kalian dan melepaskan tangan
dan lidah mereka kepada kalian dengan menyakiti,
dan mereka ingin supaya kalian menjadi kafir."
(Al-Mumtahanah: 2). Ikhwan sekalian, jelas sekali
bahawa dada mereka tidak akan terbebas dari
keinginan ini, iaitu keinginan agar orang-orang beriman
kembali menjadi kafir. "Mereka tidak henti-henti
memerangi kalian sampai mereka dapat
mengembalikan kalian dari agama kalian jika mereka
mampu." (Al-Baqarah: 217).
Ini merupakan ilustrasi yang tepat mengenai
perasaan orang-orang kafir terhadap orang-orang
beriman. Sekalipun demikian, orang-orang yang
beriman didominasi oleh rasa toleransi, sehingga
mereka melupakan peringatan ini. "Beginilah kalian
ini. Kalian mencintai mereka padahal mereka tidak
mencintai kalian, dan kalian beriman kepada
semua kitab. Jika berjumpa dengan kalian, mereka
berkata, 'Kami beriman.' Apabila mereka menyendiri,
mereka menggigit hujung jari lantaran marah
bercampur benci kepada kalian. Katakanlah,
'Mampuslah kalian kerana kemarahan kalian itu.'
Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati.
Jika kalian memperoleh
kebaikan, mereka
bersedih hati, tetapi jika
kalian ditimpa bencana,
mereka bergembira
kerananya. Jika kalian
bersabar dan bertaqwa,
tipu daya mereka tidak
akan membahayakan
kalian sedikit pun.
Sesungguhnya Allah
mengetahui segala yang
mereka kerjakan." (Ali
Imran; 119-120).
Meskipun ada peringatan semacam ini dan
kitab Allah telah mengungkap keadaan jiwa mereka
sedemikian rupa, kita tetap menjerumuskan diri kita
ke jurang dan berjalan mengikuti orang-orang kafir.
Bagaimana tidak, kita masih berperilaku
sebagaimana perilaku orang-orang kafir, padahal
mereka menipu kita dengan segala pembawaan dan
cara. Cahaya ini memang tidak dimiliki oleh orang-
orang kafir, namun mereka cukup gembira bila
mereka berhasil menjauhkan kita darinya.
Bagaimanakah keadaan yang terjadi
sekarang, wahai Ikhwan sekalian? keadaan yang
terjadi adalah, orang-orang kafir tidak percaya
kepada cahaya ini, sedangkan orang-orang beriman
tidak mengetahuinya, keadaan ini sungguh ironi.
Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 12
Keadaan yang membawa manusia kepada segala
macam penderitaan. Kerana itu, orang-orang
yang telah mengambil petunjuk Al-Qur'an wajib
menyelamatkan diri sendiri sekaligus orang lain.
Lantas apakah kewajipan kita sebagai orang yang
telah beriman kepada Al-Qur'an?
Ikhwan sekalian, kewajiban kita terhadap
Al-Qur'anul Karim ada empat:
1. Hendaklah kita memiliki keyakinan
yang sungguh dan kuat bahawa tidak ada yang
dapat menyelamatkan kita kecuali sistem sosial
yang diambil dan bersumber dari kitab Allah swt.
ini. Sistem sosial apa pun yang tidak bersumber atau
tidak berlandaskan kepada Al-Qur'anul Karim pasti
bakal menemui kegagalan. Misalnya, banyak orang
mengatasi masalah ekonomi dengan terapi
pembaikan, "tidak menggemukkan dan tidak pula
sekadar menghilangkan lapar". Sementara Al-
Qur'anul Karim telah menggariskan aturan tentang
zakat, mengharamkan riba, mewajibkan kerja,
melarang pemborosan, sekaligus sekaligus
menanamkan kasih sayang antara sesama manusia.
Dengan arahan semacam masalah kemiskinan
tentu dapat segera diselesaikan. Tanpa jalan
penyelesaian ini, tidak mungkin ia dapat
diselesaikan. Selain penyelesaian semacam ini,
semuanya hanya ibarat pil penenang sementara.
Contoh lain adalah masalah kesihatan.
Ikhwan sekalian, kalian mendapati mereka ibarat
orang yang membuka botol minuman berdiameter
tiga milimeter, sedangkan di bawahnya terdapat tapak
yang berdiameter tiga meter. Mereka membuat
rumah-rumah sakit dan klinik-klinik kesihatan,
tetapi akar penyakit tidak dibanteras. Misalnya, taraf
hidup yang masih rendah. Padahal Islam
menghendaki peningkatan taraf hidup dan
pembanterasan berbagai-bagai kemungkaran.
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Tidaklah perilaku keji terlihat nyata di tengah-
tengah suatu kaum, kecuali akan banyak penyakit
menimpa mereka, yang tidak pernah menimpa orang-
orang sebelum mereka."
Ikhwan sekalian, contoh lain misalnya
pembanterasan jenayah. Apakah kita akan
memenjarakan pencuri ke penjara agar dia mengasah
kehebatannya kepada jenayah-jenayah sehingga
semakin lama masa tinggalnya di penjara, semakin
tinggi pula kehebatanya dalam melakukan jenayah?
Andaikata nas Al-Qur'an berikut ini diambil, "Atau
diasingkan dari negeri (tempat kediamannya)",
nescaya hal ini akan memberikan banyak manfaat
kepada Negara.
2. Bagaimana pendapat Anda jika sistem
ini diterapkan secara menyeluruh? Ikhwan sekalian,
penyelesaiannya hanya Islam. Islam tidak menerima
persekutuan. Kerana itu, kita wajib mempercayai
bahawa hanya Islam yang layak menyelamatkan
umat ini dari setiap bencana yang menimpa
dalam seluruh aspek kehidupan. Maka dengan itu,
kaum muslimin wajib menjadikan kitab Allah
sebagai sahabat karib, kawan bicara, dan guru. Kita
harus membacanya. Jangan sampai ada hari yang
kita lalui tanpa menjalinkan hubungan dengan
Allah swt. melalui Qur'an. Demikianlah keadaan
para pendahulu kita, kaum Salafus soleh, semoga
Allah meredhai mereka. Mereka tidak pernah
kenyang dengan Al-Qur'anul Karim. Mereka tidak
pernah meninggalkannya. Bahkan mereka
mencurahkan waktu mereka untuk itu, sehingga
Rasulullah saw. melarang mereka berlebihan di
dalamnya. Setidak-tidaknya, Saudaraku,
hendaklah kita membaca Al-Qur'an secara rutin,
meskipun sedikit. Sunah mengajarkan agar kita
mengkhatamkannya tidak lebih dari satu bulan dan
tidak kurang dari tiga hari. Sayidina Umar bin
Abdul Aziz apabila disibukkan oleh urusan kaum
muslimin, beliau mengambil mushaf dan
membacanya walaupun hanya dua atau tiga ayat.
Beliau berkata, "Agar saya tidak termasuk mereka
yang menjadikan Al-Qur'an sebagai sesuatu yang
Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 13
ditinggalkan." Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barangsiapa membaca satu ayat dari
Kitabullah, maka dia memperoleh sepulub kebaikan
untuk setiap huruf. Barangsiapa mendengarkannya,
maka ia akan memperoleh cahaya pada bari
kiamat."
Orang yang telah menghafalkan Al-Qur'an
kemudian melupakannya, dia telah melakukan satu
dosa besar. Kerana itu, Ikhwan sekalian, Anda
harus rajin membaca Al-Qur'anul Karim dan
menetapkan bacaan rutin dan kitab Allah swt.
untuk din Anda. Hendaklah kalian tekun
melaksanakannya, sebagai peneladanan
terhadap para pendahulu umat ini, sebagai
pelaksanaan perintah Allah swt. dan agar
mendapatkan manfaat dan kandungan
kitabNya.
3. Setelah itu, ketika membaca Al-
Qur'an kita harus memperhatikan adab-
adab membacanya dan ketika
mendengarkan kita juga harus
memperhatikan adab-adab mendengarnya.
Hendaklah kita berusaha merenungkan dan
meresapinya. Rasulullah saw. bersabda:
"Sesungguhnya Al-Qur'an ini turun dengan
kesedihan, maka jika kamu membacanya,
hendaklah kamu menangis. Jika kamu tidak
menangis, maka buatlah seolah-olah dirimu
menangis."
Akhi, ini ertinya adalah, bahawa jika hati
anda belum dapat konsentrasi sampai pada
tingkat menghayatinya, hendaklah Anda
berusaha untuk menghayatinya. Janganlah
syaitan memalingkan anda dari keindahan
perenungan sehingga anda tidak mendapatinya.
Tekunlah! andaikan dalam membaca anda hanya
dapat menggerakkan lidah, teruskanlah membaca!
Hendaklah anda menyediakan waktu untuk
menghafal dan mengulang. Usahakan agar anda
benar-benar meresapi kandungan makna Al-
Qur'an. Banyak riwayat menceritakan bahawa
pada suatu malam Sayidina Umar bin Khathab ra.
pergi berkeliling kota. Tiba-tiba beliau mendengar
seseorang membaca, "Dengan nama Allah Yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi
bukit Thur. Dan demi kitab yang ditulis. Pada
lembaran yang terbuka. Dan demi Baitul
Makmur. Dan demi atap yang ditinggikan
(langit). Dan demi laut yang di dalam tanahnya
ada api. Sesungguhnya seksa Tuhanmu pasti
terjadi. Tidak ada yang dapat
mencegahnya." (At-Thur: 1-8).
Ketika mendengar bacaan ini,
beliau berkata, "Inilah sumpah yang
benar, demi Tuhan Pemilik Ka'bah."
Beliau lantas tersungkur pengsan.
Beliau dimamah oleh seorang sahabat
yang bernama Aslam dan dibawa ke
rumahnya. Beliau sakit selama tiga
puluh hari, dijenguk oleh masyarakat.
Akhi, demikian halnya dengan Umar bin
Abdul Aziz. Suatu ketika beliau datang ba'da isya'.
Beliau lantas berwudhu dan berdiri melaksanakan
solat. Beliau membaca, "(Kepada malaikat
diperintahkan) kumpulkanlah orang-orang zalim
dan teman sejawat mereka beserta apa yang
selalu mereka sembah, selain Allah. Lantas
tunjukkan kepada mereka jalan menuju neraka
Jahim. Dan hentikan mereka, sesungguhnya
mereka akan ditanya." (Ash-Shafat; 22-24).
Beliau terus mengulang-ulang ayat, "Dan
hentikanlah mereka, sesungguhnya mereka akan
ditanya," sampai muadzin datang untuk
mengumandangkan azan subuh.
Demikianlah, Ikhwan sekalian,
“Hendaklah anda menyediakan waktu
untuk menghafal dan mengulang. Usahakan agar anda benar-benar
meresapi kandungan makna Al-Qur'an”
Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 14
penghayatan mereka terhadap kitab Al-Qur'anul
Karim. Pada zaman Imam Syafii, jika mereka ingin
mempelajari kitab Allah di Makkah, mereka
mengirimkan surat kepada beliau, agar beliau
membacakan kitab Allah. Beliau tidak pernah
terlihat menangis, seperti pada hari tersebut.
Hendaklah kita juga membaca Al-Qur'an dengan
bacaan yang membuahkan. Jika Al-Qur'an ini
dapat menyentuh hati orang-orang kafir, yang
merupakan manusia paling jauh
kemungkinannya untuk menghayati kitab Allah,
maka bagaimana pula dengan kita? Lihatlah
Utbah bin Rabi'ah (seorang kafir), ketika
mendengar bacaan Al-Qur'an dari Rasulullah saw.,
dia berkata.
"Sesungguhnya bacaan ini mengandungi
kelazatan dan keindahan. Atasnya membuahkan,
bawabnya menyejukkan. Sungguh, ini bukan
perkataan manusia."
Begitu pula yang terjadi pada Najasyi dan
kaumnya ketika mendengar Ja'far bin Abi Thalib
membaca Al-Qur'an. Teresak-esak mata mereka
dialiri oleh air mata.
Lalu bagaimana dengan orang-orang yang
beriman? Seharusnya, ketika orang-orang beriman
membaca kitab Allah swt. adalah sebagaimana
yang difirmankanNya, "Allah telah menurunkan
sebaik-baik perkataan, iaitu Al-Qur'an yang
serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang;
gemetar kerananya kulit orang-orang yang
takut kepada Tuhannya, kemudian kulit dan
hati mereka menjadi tenang pada waktu
mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan
kitab itu Dia menunjuki siapa yang
dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang
disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun
yang mampu memberikan petunjuk
kepadanya." (Az-Zumar: 23). Akhi, setelah kita
beriman bahwa Al-Qur'an adalah satu-satunya
penyelamat, kita wajib mengamalkan hukum-
hukumnya. Hukum-hukum Al-Qur'anul
Karim menurut yang saya ketahui, terbahagi
kepada dua:
a Hukum-hukum individu yang
berkaitan dengan setiap orang, seperti solat, puasa,
zakat, haji, taubat, serta akhlak, yang meliputi
kejujuran, menepati janji, kesaksian, dan amanat.
Ini semua, wahai Saudaraku, merupakan
hukum-hukum yang berhubungan dengan
manusia secara umum. Setiap orang dapat
melaksanakannya sendiri. Ketika Anda
membaca Al-Qur'an, Anda harus mematuhi
hukum-hukum dan batasan-batasannya.
Barangsiapa yang belum pernah solat, kemudian
membaca firman Allah swt., "Dan dirikanlah
solat," (An-Nur: 56) maka dia harus
melaksanakan solat. Dan ketika membaca, "Dan
janganlah kamu mengurangi timbangan
manusia," (Al-A'raf: 85) maka Anda harus
memenuhi hak setiap orang. Seharusnya Anda
tidak perlu menunggu orang lain untuk
melaksanakan hal ini. Sesuatu yang halal itu
sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas.
b. Kedua adalah hukum-hukum yang
berkaitan dengan masyarakat, atau hukum-
hukum yang berkaitan dengan penguasa. Ini
semua merupakan kewajiban negara, misalnya
menegakkan hudud (persetujuan hukum), jihad,
dan masalah-masalah yang merupakan tugas
negara dalam Islam. Negara wajib
melaksanakannya. Jika negara tidak
melaksanakannya, ia bertanggungjawab di hadapan
Allah swt. Kewajiban rakyat dalam keadaan
demikian adalah menuntut pelaksanaannya.
Sesungguhnya Islam tidak membebaskan umat
dari tanggungjawab.
Sekarang, bagaimana umat dapat
Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 15
mewujudkan hal ini? Hendaklah umat bersatu
padu. Hendaklah umat menyatukan kata, menun-
tut, dan terus menuntut. Hendaklah umat
menggunakan segala cara untuk menyampaikan
tuntutan ini, khususnya jika sistem kenegaraan
yang berlaku seperti sistem kenegaraan di Mesir.
Jika demikian, tidak ada alasan bagi siapa pun
untuk tidak menyatakan hal ini dengan terus
terang. Umat tidak dapat dilepaskan dari
kewajipan mengawasi Negara.
Ikhwan sekalian, hendaklah kita
menyatukan barisan dan menyatukan kata,
sehingga kita menjadi kuat, diperhitungkan, dan
mempunyai suara agar negara dapat memandang
kenyataan yang ada. Dengan demikian, cepat atau
lambat kita akan sampai kepada tujuan,
insyaAllah.
Semoga selawat dan salam dilimpahkan
kepada junjungan kita, Muhammad, juga kepada
segenap keluarga dan sahabatnya.
Hassan Al-Banna
- Mereka Yang Telah Pergi adalah Karya Al- Mustasyar Abdullah Al-Aqil berdasarkan pengalaman dan kajian beliau tentang tokoh-tokoh pembangun Islam. - Hadith Tsulasa’ adalah ceramah Imam Hassan Al-Banna di pusat Ikhwanul Muslimin di Kaherah pada setiap hari Selasa hasil nota karangan Ahmad Isa ‘Asyur.
© Bahan Tarbiyyah ONline
“ Ikhwan sekalian, hendaklah kita
menyatukan barisan dan menyatukan kata,
sehingga kita menjadi kuat, diperhitungkan,
dan mempunyai suara agar negara dapat memandang kenyataan yang ada.
Dengan demikian, cepat atau lambat kita akan sampai kepada tujuan,
InsyaAllah.
-Hassan Al-Banna-
”