suruhanjaya integriti agensi penguatkuasaan lantikan eaic.pdf · suruhanjaya integriti agensi...

Download SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN Lantikan EAIC.pdf · Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan merupakan sebuah agensi Badan ... kerajaan daripada institusi -institusi

If you can't read please download the document

Upload: nguyenkiet

Post on 08-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN

    Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan merupakan sebuah agensi Badan Berkanun Persekutuan yang menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguat kuasa

    atau terhadap sesuatu agensi penguatkuasaan. Suruhanjaya mempelawa warganegara Malaysia yang berintegriti dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya ini.

    Kelayakan:

    1. Warganegara Malaysia; 2. Calon-calon lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

    PEGAWAI PENERANGAN GRED S48

    JAWATAN : PEGAWAI PENERANGAN Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial (S) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional Taraf Jawatan : Tetap Gred Gaji : S48 Jadual Gaji : RM4,914.00- RM10,552.00 Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM270.00 Imbuhan Tetap Keraian (ITK) : RM550.00 Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM700.00 Bantuan Sara Hidup (BSH) : RM300.00 SYARAT LANTIKAN (a) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau

    kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

    (ii) Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

    (iii) Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

    (iv) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

    (b) Lulus atau Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

    (c) Mempunyai tempoh pengalaman yang relevan sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun dalam bidang berkaitan.

    FUNGSI TUGAS SECARA UMUM Bertanggungjawab menguruskan aktiviti promosi termasuk program-program kesedaran dan

    pendidikan, hubungan dengan media, penerbitan, pameran, pemantauan dan analisis akhbar

    serta bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam Jabatan.

    PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN GRED KP27

    JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN Klasifikasi Perkhidmatan : Keselamatan dan Pertahanan Awam (KP) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana Taraf Jawatan : Tetap Gred Gaji : KP27 Jadual Gaji : RM1,362.00 RM5,116.00 Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00 Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM160.00 Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM180.00 Bantuan Sara Hidup (BSH) : RM300.00

  • SYARAT LANTIKAN (a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

    oleh kerajaan; atau (ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

    kerajaan; atau (iii) Bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia

    atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik; atau

    (iv) Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

    (b) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut: (i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa

    bersepatu; (ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita; (iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; (iv) Mempunya ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa

    menarik nafas 84sm (lelaki sahaja); (v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan

    dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata; (vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan (vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang

    berdaftar. (c) Lulus atau Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran

    Malaysia.

    FUNGSI TUGAS SECARA UMUM Membantu menjalankan tugas-tugas keselamatan perlindungan asset, fizikal dan dokumen,

    menjalankan pemeriksaan keselamatan, siasatan ke atas pelanggaran keselamatan dan pembocoran rahsia rasmi serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengannya. Bertanggungjawab menjadi urus setia dan mencatat minit mesyuarat serta membantu melaksanakan aktiviti berhubung peningkatan integriti Jabatan.

    PEMBANTU TADBIR (UNDANG-UNDANG) GRED L17

    JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (UNDANG-UNDANG)

    Klasifikasi Perkhidmatan : Perundangan Dan Kehakiman (L)

    Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

    Taraf Jawatan : Tetap

    Gred Gaji : L17

    Jadual Gaji : RM931.00 RM3,379.00

    Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM95.00

    Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM115.00

    Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM180.00

    Bantuan Sara Hidup (BSH) : RM300.00

    SYARAT LANTIKAN (a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

    dan (b) Lulus atau Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran

    Malaysia. FUNGSI TUGAS SECARA UMUM Bertanggungjawab membuka, merekod dan mengemaskini fail-fail yang berkaitan, membuat

    panggilan telefon ke mana-mana badan kerajaan bagi mendapatkan maklumat, menjadi urus setia dan mencatat minit mesyuarat.

  • CARA MEMOHON

    1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan jawatan EAIC yang boleh dimuat turun dari laman web EAIC di www.eaic.gov.my;

    2. Semua permohonan hendaklah disertakan gambar terbaru dan salinan Resume/ Ijazah/ Diploma/ Sijil-Sijil/ Surat Beranak/ Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;

    3. Permohonan hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat; dan

    4. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan salinan buku perkhidmatan dan salinan Laporan Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun (2011, 2012 dan 2013).

    Permohonan hendaklah dihantar kepada:

    SETIAUSAHA

    SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) ARAS 5, BLOK MENARA, BANGUNAN MENARA USAHAWAN

    NO.18, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2 62652 PUTRAJAYA

    (U.P: UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

    TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 2 MAC 2015

    Sekiranya tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.

    http://www.eaic.gov.my/