suruhanjaya integriti agensi penguatkuasaan kosong/format iklan_l41... · suruhanjaya integriti...

3
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan merupakan sebuah agensi Badan Berkanun Persekutuan yang menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap Pegawai Penguat kuasa atau terhadap sesuatu Agensi Penguatkuasaan. Suruhanjaya mempelawa warganegara Malaysia yang berintegriti dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya ini. Kelayakan: 1. Warganegara Malaysia; 2. Calon-calon lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. PEGAWAI UNDANG – UNDANG , GRED L41 JAWATAN : PEGAWAI TADBIR Klasifikasi Perkhidmatan : Perundangan Dan Kehakiman (L) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional Taraf Jawatan : Tetap Gred Gaji : L41 Jadual Gaji (Min - Max) : RM2,418.00 – RM9,607.00 Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00 Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM300.00 Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM300.00 Bantuan Sara Hidup (BSH) Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) : RM300.00 : 5% daripada gaji pokok Jumlah Kekosongan : 1 jawatan SYARAT LANTIKAN (a) (i) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (ii) Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination); dan (b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (c) Mempunyai Sijil Amalan Guaman / telah diterima masuk sebagai peguam bela/ peguam cara mahkamah tinggi. DISKRIPSI TUGAS Bertanggungjawab menerima, meneliti, mengkaji dan membuat siasatan ke atas aduan daripada orang awam dan menyediakan Kertas Pengesyoran untuk pertimbangan syor oleh Pesuruhjaya.

Upload: phamdat

Post on 08-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan merupakan sebuah agensi Badan Berkanun

Persekutuan yang menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap Pegawai Penguat

kuasa atau terhadap sesuatu Agensi Penguatkuasaan. Suruhanjaya mempelawa warganegara Malaysia yang berintegriti dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya ini.

Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia; 2. Calon-calon lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

PEGAWAI UNDANG – UNDANG , GRED L41

JAWATAN : PEGAWAI TADBIR

Klasifikasi Perkhidmatan : Perundangan Dan Kehakiman (L)

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional

Taraf Jawatan : Tetap

Gred Gaji : L41

Jadual Gaji (Min - Max) : RM2,418.00 – RM9,607.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM300.00

Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM300.00

Bantuan Sara Hidup (BSH)

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK)

: RM300.00

: 5% daripada gaji pokok

Jumlah Kekosongan : 1 jawatan

SYARAT LANTIKAN

(a) (i) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination); dan

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

(c) Mempunyai Sijil Amalan Guaman / telah diterima masuk sebagai peguam bela/ peguam cara

mahkamah tinggi.

DISKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menerima, meneliti, mengkaji dan membuat siasatan ke atas aduan daripada

orang awam dan menyediakan Kertas Pengesyoran untuk pertimbangan syor oleh Pesuruhjaya.

PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) , GRED W19

JAWATAN : PEGAWAI TADBIR

Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan (W)

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Taraf Jawatan : Tetap

Gred Gaji : W19

Jadual Gaji (Min - Max) : RM1,353.00 – RM4005.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM115.00

Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM300.00

Bantuan Sara Hidup (BSH) : RM300.00

Jumlah Kekosongan : 1 jawatan

SYARAT LANTIKAN

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut; atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta

Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40)

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40)

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80)

(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80)

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek

Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DISKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas kewangan sepenuh masa di peringkat kumpulan sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran dan akaun.

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan jawatan EAIC yang boleh dimuat

turun dari laman web EAIC di www.eaic.gov.my. 2. Semua permohonan hendaklah disertakan gambar terbaru dan salinan Resume/ Ijazah/ Diploma/ Sijil-

Sijil/ Surat Beranak/ Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan; 3. Permohonan hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat; dan 4. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua

Jabatan dengan mengemukakan salinan buku perkhidmatan dan salinan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) bagi tempoh 3 tahun (2013, 2014 dan 2015).

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

SETIAUSAHA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)

ARAS 5, BLOK MENARA, BANGUNAN MENARA USAHAWAN NO.18, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2

62652 PUTRAJAYA (U.P: UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 JULAI 2016 (JUMAAT)

Sekiranya tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.