surau ar raudhah bsp avenue · pdf fileviii. royal garden(98 unit – dalam pembinaan ......

17
2014 Kertas Kerja Pembinaan Surau Surau Ar Raudhah BSP Avenue JAWATANKUASA PENAJA PEMBINAAN SURAU SURAU AR RAUDHAH, BSP AVENUE 15 JANUARI 2014

Upload: hoangthien

Post on 01-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Surau Ar Raudhah BSP Avenue · PDF fileviii. Royal Garden(98 Unit – Dalam Pembinaan ... agama Islam di kawasan perumahan ... kutipan bulanan dalam jangkamasa ditetapkan. Sumbangan

2014

Kertas Kerja Pembinaan Surau Surau Ar Raudhah BSP Avenue

JAWATANKUASA PENAJA PEMBINAAN SURAU

SURAU AR RAUDHAH, BSP AVENUE

15 JANUARI 2014

Page 2: Surau Ar Raudhah BSP Avenue · PDF fileviii. Royal Garden(98 Unit – Dalam Pembinaan ... agama Islam di kawasan perumahan ... kutipan bulanan dalam jangkamasa ditetapkan. Sumbangan

Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Mukasurat 2/17

1.0 Pendahuluan

BSP Avenue adalah kawasan perumahan yang merangkumi lapan (8) taman perumahan baru yang

terletak di Bandar Saujana Putra, Jenjarom Selangor. Taman-taman perumahan yang termasuk di

dalam BSP Avenue adalah seperti berikut:

i. Ivory Residences (88 Unit)

ii. Ivory Residences 2 (288 Unit)

iii. Magenta Homes (178 Unit)

iv. Indigo Homes (150 Unit)

v. Camellia Cottage (109 Unit)

vi. Royal Ivory (368 Unit – Dalam pembinaan)

vii. Royal Ivory 2 (252 Unit – Dalam pembinaan)

viii. Royal Garden(98 Unit – Dalam Pembinaan)

Pada masa kini, selepas setahun setengah dibuka (2012), 60% daripada unit-unit kediaman di BSP

Avenue telahpun dihuni samada oleh majoriti pemilik asal unit-unit kediaman tersebut atau pun

dihuni oleh penyewa-penyewa yang kebanyakannya terdiri daripada penjawat awam, pekerja swasta

dan pesara.

Sebagai memenuhi tanggungjawab fardu kifayah, penduduk telah bersepakat untuk menubuhkan

surau sebagai pusat penyatuan kegiatan agama Islam di kawasan perumahan ini. Pada bulan

November 2013, para penduduk telah bermesyuarat dan menubuhkan Jawatankuasa Penaja

Pembinaan Surau dan sebulat suara, bersetuju memulakan usaha membina Surau Ar Raudhah BSP

Avenue ini.

2.0 Latar Belakang BSP Avenue

2.1 Maklumat Umum

BSP Avenue terletak di kawasan Bandar Saujana Putra, dalam jarak 2 km dari Lebuhraya Elite

dan SKVE. Bermula dengan pembukaan Ivory Residences dengan sejumlah 88 buah rumah

yang telah dimulakan pembinaan pada tahun 2010 dan siap untuk diduduki pada bulan Mei

2012.

Page 3: Surau Ar Raudhah BSP Avenue · PDF fileviii. Royal Garden(98 Unit – Dalam Pembinaan ... agama Islam di kawasan perumahan ... kutipan bulanan dalam jangkamasa ditetapkan. Sumbangan

Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Mukasurat 3/17

Rajah 1: Peta BSP Avenue di Bandar Saujana Putra

2.2 Maklumat Sosio Ekonomi

Penduduk di kawasan kejiranan ini terdiri dari pelbagai golongan dan pekerjaan. Pekerjaan

utama ialah bekerja sebagai :

Pekerja Awam (Kakitangan Kerajaan, Pensyarah, Guru Sekolah dan lain-lain)

Pekerja Swasta (Pegawai Bank, Pengurus, Pekerja Badan Berkanun, Pekerja Am dan lain-lain)

Pesara

Lain-lain pekerjaan termasuklah pekerja kilang, jurujual, peniaga dan bekerja sendiri

sebagai ahli perniagaan, perunding, konsultan dan sebagainya.

2.3 Kemudahan Asas

Di antara kemudahan asas taman perumahan ini adalah

Taman permainan kanak-kanak –4 padang di kawasan berpagar

Trek jogging dan senaman

Tapak sekolah agama

Tapak tadika

Tapak dewan orang ramai

Page 4: Surau Ar Raudhah BSP Avenue · PDF fileviii. Royal Garden(98 Unit – Dalam Pembinaan ... agama Islam di kawasan perumahan ... kutipan bulanan dalam jangkamasa ditetapkan. Sumbangan

Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Mukasurat 4/17

3.0 Objektif Keperluan Surau

Surau adalah wadah masyarakat muslim untuk melaksanakan solat secara berjemaah, aktiviti

keagamaan, tempat bertemu dan berbincang, juga tempat mendalami ilmu keagamaan untuk

penduduk setempat. Dengan komposisi 90% penduduk muslim dan menyedari kepentingan sesebuah

surau dalam sebuah komuniti muslim, para penduduk telah bermesyuarat pada November 2013 dan

menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau dan sebulat suara, bersetuju memulakan usaha

membina Surau Ar Raudhah BSP Avenue.

Antara objektif utama pembinaan surau dikenalpasti adalah untuk berfungsi sebagai:

Pusat solat berjemaah & kegiatan keagamaan

Kelas mengaji dan fardhu ain

Pusat kegiatan masyarakat (rakan surau)

Pengurusan khairat kematian

Tadika Islam Pusat sehenti untuk peralatan kenduri kendara dan keraian

4.0 Rasional Antara rasionalisasi penubuhan surau ini termasuklah:

Kewujudan surau adalah penting untuk menjalankan aktiviti keagamaan dan memupuk

semangat perpaduan/ukhuwah di kalangan penduduk.

Tapak surau telah digazetkan oleh pemaju di kawasan yang strategik di tengah-tengah taman

dan peluang ini seharusnya dimanfaatkan oleh penduduk untuk pembinaan surau.

Surau-surau terdekat adalah terletak di taman perumahan berlainan, manakala tiada masjid

di dalam kawasan Bandar Saujana Putra.

Pembinaan surau ini diharap akan menjadi pemangkin pembinaan tadika di tapak bersebelahan.

Page 5: Surau Ar Raudhah BSP Avenue · PDF fileviii. Royal Garden(98 Unit – Dalam Pembinaan ... agama Islam di kawasan perumahan ... kutipan bulanan dalam jangkamasa ditetapkan. Sumbangan

Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Mukasurat 5/17

5.0 Tapak Surau

Tapak cadangan pembinaan surau Insaniah adalah merupakan kawasan tapak yang telah

disediakan oleh pemaju.

Tapak ini seluas 0.35 ekar dan kedudukannya adalah strategik di tengah-tengah kawasan

perumahan BSP Avenue seperti dalam pelan di bawah:

Rajah 2: Pelan tapak surau yang telah diwartakan di B

Rajah 1: Pelan Tapak Surau BSP Avenue

TAPAK SURAU

Page 6: Surau Ar Raudhah BSP Avenue · PDF fileviii. Royal Garden(98 Unit – Dalam Pembinaan ... agama Islam di kawasan perumahan ... kutipan bulanan dalam jangkamasa ditetapkan. Sumbangan

Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Mukasurat 6/17

6.0 Perancangan Kemudahan Surau

Perancangan bagi kemudahan yang akan disediakan di surau termasuklah:

Dewan solat jamaah yang selesa, berkapasiti 200 orang, lengkap dengan kemudahan

pembesar suara dalaman untuk tujuan ibadah dan juga majlis ilmu.

Ruang belajar atau kelas mengaji lengkap dengan papan hitam dan kemudahan berkaitan.

Ruang mengambil wudhu’ dan juga tandas serta bilik mandi berasingan.

Kawasan khas pengurusan jenazah yang terpisah dari bangunan utama surau.

Perpustakaan mini yang menempatkan naskhah Al-Qur’an beserta buku rujukan islam di

bahagian belakang dewan solat.

Ruang pejabat pentadbiran surau menempat fail-fail pentadbiran dan pengurusan surau.

Bilik persalinan Imam dan Bilal.

Ruang simpanan barang dan ruangan memasak di kawasan berasingan dari bangunan

utama surau.

Kawasan letak kereta dan motorsikal untuk kemudahan jemaah.

Surau ini akan dibina dengan rekabentuk boleh naik taraf untuk sebarang perancangan

naik taraf surau untuk menempatkan pertambahan jemaah.

Surau juga akan dibina dengan konsep mesra IT selaras dengan saranan kerajaan.

Page 7: Surau Ar Raudhah BSP Avenue · PDF fileviii. Royal Garden(98 Unit – Dalam Pembinaan ... agama Islam di kawasan perumahan ... kutipan bulanan dalam jangkamasa ditetapkan. Sumbangan

Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Mukasurat 7/17

7.0 Anggaran Kos Pembinaan

Pembinaan Surau Ar Raudhah BSP Avenue dijangka siap dalam tempoh 1 tahun (Mac 2014 –

Februari 2015). Pembinaan dibahagikan kepada 3 fasa seperti berikut:

Fasa 1:

Kerja cerucuk, kerangka konkrit tetulang, kerja bumbung, kerja batu dan lain-lain.

Anggaran kos : RM 300,000.00

Fasa 2:

Kerja pendawaian elektrik, PA system, system saliran, kemasan dinding dan lantai, karpet, sehingga penyiapan pembinaan.

Anggaran kos : RM 200,00.00

Fasa 3:

Pengurusan kelengkapan, pengurusan jenazah dan peralatan surau dan bangunan

sokongan.

Anggaran kos : RM 100,000.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM 600,000.00

Page 8: Surau Ar Raudhah BSP Avenue · PDF fileviii. Royal Garden(98 Unit – Dalam Pembinaan ... agama Islam di kawasan perumahan ... kutipan bulanan dalam jangkamasa ditetapkan. Sumbangan

Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Mukasurat 8/17

8.0 Sumber Dana Pembinaan

Dana semasa yang dikutip sejak Disember 2013 sehingga kini berjumlah RM 1231.00

Di antara sumber lain yang dicadangkan adalah seperti berikut:

Permohonan rasmi kepada Pemimpin, Menteri atau VVIP.

Permohonan rasmi kepada Syarikat GLC atau korporat.

Sumbangan melalui komitmen ahli kariah secara kutipan bulanan dalam jangkamasa

ditetapkan.

Sumbangan bergerak ke pasar-pasar malam atau lokasi tumpuan masyarakat, program

atau majlis orang ramai.

Notis dan tabung di surau dan masjid-masjid berhampiran

Edaran risalah ke rumah-rumah dan kedai berhampiran.

Laman Web, laman facebook dan e-mail

Banner, banting dan poster

Unit tabung bergerak (Pengutip derma bergerak)

Jualan Kupon wakaf bernilai RM50, RM10, RM5 setelah mendapat kelulusan kutipan

wakaf (dijangka Mei 2014)

Page 9: Surau Ar Raudhah BSP Avenue · PDF fileviii. Royal Garden(98 Unit – Dalam Pembinaan ... agama Islam di kawasan perumahan ... kutipan bulanan dalam jangkamasa ditetapkan. Sumbangan

Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Mukasurat 9/17

9.0 Penutup

Berdasarkan justifikasi yang dibentangkan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa matlamat utama

pembinaann Surau Ar Raudhah ini adalah bertujuan sebagai titik tuju dan juga nadi kehidupan

harian masyarakat Islam di sini.

Dengan terbinanya bangunan surau ini, adalah menjadi harapan penduduk-penduduk Islam

setempat agar kegiatan keagamaan termasuk pendidikan anak-anak akan dapat berfungsi dengan

teratur dan berkesan. Hasil daripada usaha ini, manfaatnya akan dapat dikecapi oleh semua pihak

samada untuk kesenangan kehidupan dunia ataupun nikmat kehidupan akhirat. Insya Allah.

Page 10: Surau Ar Raudhah BSP Avenue · PDF fileviii. Royal Garden(98 Unit – Dalam Pembinaan ... agama Islam di kawasan perumahan ... kutipan bulanan dalam jangkamasa ditetapkan. Sumbangan

Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Mukasurat 10/17

10.0 Lampiran

Lampiran 1 - Senarai AJK Penaja Pembinaan Surau.

Lampiran 2 - Gambar dan Pelan Tapak Surau Ar Raudhah, BSP Avenue.

Lampiran 3 – Cadangan Struktur Surau Ar Raudhah Lampiran 4 - Surat Permohonan Kebenaran Mendirikan Surau di BSP Avenue.

Lampiran 5 - Pengesahan daripada pihak pemaju berkenaan tapak surau disediakan.

Lampiran 6 - Permohonan penyerahan balik tanah daripada pihak pemaju kepada Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat.

Page 11: Surau Ar Raudhah BSP Avenue · PDF fileviii. Royal Garden(98 Unit – Dalam Pembinaan ... agama Islam di kawasan perumahan ... kutipan bulanan dalam jangkamasa ditetapkan. Sumbangan

Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Mukasurat 11/17

Lampiran 1 – Senarai AJK Penaja Pembinaan Surau

BIL NAMA ALAMAT NO. K/P JAWATAN NO.

TELEFON

1 SANSUBARI B CHE MUD PENGERUSI

2 MOHD SANI B MAT ISA SETIAUSAHA

3

MOHD HUSNUL HAMDI B

HASSAN BASRI BENDAHARI

4 HAIRY B HARUN IMAM

5

NIK MOHD FATTAH B NIK

HAMDAN BILAL

6

IRWAN NURSHAH B

SHAHARUNDDIN SIAK

7 FAIZ MOHAMAD NOOR

WAKIL

PEMUDA

8

SITI KRISTI BT MOHAMAD

NORIZAM

WAKIL

WANITA

9 AZRUL HAZRI B JANTAN

PEMERIKSA

KIRA-KIRA

10 MOHD HELMI B MALEK

PEMERIKSA

KIRA-KIRA

11

HJ AHMED AZHAR B

JAAFAR AJK

12

MOHD SHUKRI B CHE

DAHALAN AJK

13 MUHAMMAD AMIEN B MD

HAWARI AJK

Page 12: Surau Ar Raudhah BSP Avenue · PDF fileviii. Royal Garden(98 Unit – Dalam Pembinaan ... agama Islam di kawasan perumahan ... kutipan bulanan dalam jangkamasa ditetapkan. Sumbangan

Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Mukasurat 12/17

Lampiran 2 - Gambar dan Pelan Tapak Surau Ar Raudhah, BSP Avenue

Page 13: Surau Ar Raudhah BSP Avenue · PDF fileviii. Royal Garden(98 Unit – Dalam Pembinaan ... agama Islam di kawasan perumahan ... kutipan bulanan dalam jangkamasa ditetapkan. Sumbangan

Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Mukasurat 13/17

Lampiran 3 – Cadangan Struktur Bangunan Surau Ar Raudhah

Page 14: Surau Ar Raudhah BSP Avenue · PDF fileviii. Royal Garden(98 Unit – Dalam Pembinaan ... agama Islam di kawasan perumahan ... kutipan bulanan dalam jangkamasa ditetapkan. Sumbangan

Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Mukasurat 14/17

Lampiran 4 - Surat Permohonan Kebenaran Mendirikan Surau di Hillpark

Page 15: Surau Ar Raudhah BSP Avenue · PDF fileviii. Royal Garden(98 Unit – Dalam Pembinaan ... agama Islam di kawasan perumahan ... kutipan bulanan dalam jangkamasa ditetapkan. Sumbangan

Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Mukasurat 15/17

Lampiran 5 – Pengesahan daripada pihak pemaju berkenaan tapak surau disediakan

Page 16: Surau Ar Raudhah BSP Avenue · PDF fileviii. Royal Garden(98 Unit – Dalam Pembinaan ... agama Islam di kawasan perumahan ... kutipan bulanan dalam jangkamasa ditetapkan. Sumbangan

Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Mukasurat 16/17

Lampiran 6 – Permohonan penyerahan balik tanah daripada pihak pemaju kepada Pejabat

Tanah Daerah Kuala Langat

Page 17: Surau Ar Raudhah BSP Avenue · PDF fileviii. Royal Garden(98 Unit – Dalam Pembinaan ... agama Islam di kawasan perumahan ... kutipan bulanan dalam jangkamasa ditetapkan. Sumbangan

Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Mukasurat 17/17