surat tunjukk sebab
DESCRIPTION
.TRANSCRIPT
Tn Sh.Kamaruddin Sh. Ahmad
Pensyarah Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor
Tuan,
Surat Tunjuk Sebab Ketidakhadiran Kuliah
Dengan hormatnya dirujuk perkara di atas.
2. Saya Zul Atfi bin Mohamed no kad matrik 160896 tidak dapat hadir ke kuliah
tuan pada 21/9/2013 di atas sebab – sebab berikut.
21/9/2013 : Saya terlibat dengan sukan PSKPP badminton. Pada mulanya saya
bercadang untuk hadir ke kuliah Tuan, tetapi pasukan saya bermain
untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.
3. Saya memohon maaf di atas kegagalan saya untuk menghadiri kuliah. Saya
akan pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi.
Segala perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian ,terima kasih.
Yang benar,
Zul Atfi bin Mohamed