surat tunjuk sebab

Download Surat Tunjuk Sebab

If you can't read please download the document

Upload: linda-farmer

Post on 06-Jan-2016

82 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK MAWANG ( YCB7108),D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KAPIT, WISMA PERSEKUTUANTINGKAT 1 & 2, 96800 KAPIT, SARAWAK. Email Sekolah : [email protected]

Ruj. Tuan :Ruj. Kami:S 54736Tarikh : 15 Oktober 2015

En Awang Saiful Awang AhmadPenyelia, Unit Skim Pinjaman Buku Teks.

Tuan,

SURAT TUNJUK SEBAB KEGAGALAN MENGHANTAR INSTRUMEN PEMANTAUAN PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS SECARA KENDIRI DI SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk

2. Merujuk surat tuan yang bertarikh 6 Oktober 2015 dengan no rujukan JPS(W)/PPDKP (UPKK)/153/02/11/08/(03), saya ingin memohon maaf atas kecuaian tugas dan tanggujawab saya sebagai Guru SPBT SK Lubok Mawang.

3. Sebab saya tidak sempat menghantar instrumen tersebut adalah kerana instrumen tersebut tidak sampai ke tangan saya dan hanya sampai pada tangan saya selepas cuti pertengahan penggal bulan 9. Saya juga tidak dimaklumkan apa apa oleh rakan rakan Guru SPBT sekolah lain tentang pengisian instrumen tersebut. Saya hanya mendapat tahu tentang pengisian instrumen ini selepas rakan saya memberikan surat tunjuk sebab selepas berkursus di SK Kapit.

4. Hal ini berlaku kerana surat itu sampai selepas peperiksaan UPSR 2015 dan pada masa itu saya bertugas sebagai pengawas UPSR di SK Lubok Baya. Surat itu tidak sempat diminitkan pada saya sebelum cuti sekolah bermula.

5.Dengan ini saya sertakan instrumen pemantauan pengurusan SPBT secara kendiri untuk perhatian tuan. Sekian terima kasih.

Saya yang menurut perintah

..............................................[ SHAFIQ AZLI MOHD SALLEH]Guru SPBT,SK Lubok Mawang.

Sk Fail peribadi S54736