surat sorr.docx

3
Izzati Jazmin binti Jamaludin Unit K14, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. _________________________________________________________________ _____ Kepada: Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan Melalui: Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. 9 Mac 2015. Tuan, MEMOHON KEBENARAN MELIBATKAN PELATIH GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH DALAM ‘SAVE OUR RAINFOREST RACE’ (SORR). Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk pengetahuan pihak Tuan, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA), sebuah NGO alam sekitar yang sinonim dengan usaha pemuliharaan hutan hujan tropika akan menganjurkan satu program ‘Save Our Rainforest Race’ (SORR) di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak.

Upload: izzati-jazmin

Post on 24-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: surat sorr.docx

Izzati Jazmin binti Jamaludin Unit K14, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,31150 Hulu Kinta,Perak Darul Ridzuan.______________________________________________________________________

Kepada:

Pengarah,Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,31150 Hulu Kinta,Perak Darul Ridzuan

Melalui:

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,31150 Hulu Kinta,Perak Darul Ridzuan. 9 Mac 2015.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MELIBATKAN PELATIH GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH DALAM ‘SAVE OUR RAINFOREST RACE’ (SORR).

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak Tuan, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA), sebuah NGO alam sekitar yang sinonim dengan usaha pemuliharaan hutan hujan tropika akan menganjurkan satu program ‘Save Our Rainforest Race’ (SORR) di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak.

3. Objektif utama program ini ialah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menyelamatkan hutan hujan dan seterusnya membantu menjaga alam sekitar secara mampan untuk generasi kini dan akan datang.

4. Sehubungan itu, program ini memerlukan peserta di mana Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Perak sedang giat mencari peserta. Oleh itu, saya selaku salah seorang ahli Majlis Belia Negeri Perak ingin menyertai program ini.

5. Bukan itu sahaja, terdapat pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang lain turut berminat untuk menyertai program ini. Walau bagaimanapun, kami menghadapai masalah dan kesukaran dalam pengangkutan. Hal ini yang demikian

Page 2: surat sorr.docx

kerana tidak semua pelajar yang ingin menyertai program ini mempunyai kenderaan. Oleh itu, kami ingin memohon kebenaran pihak tuan sekiranya dapat membenarkan kami untuk menggunakan perkhidmatan bas IPG.

6. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 28 Mac 2015 (Sabtu)Masa : 7.00 pagi – 1.00 tengahariTempat : Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, PerakBilangan Peserta : 42 orang

7. Bersama surat ini juga turut disertakan dengan lampiran butir program dan senarai nama peserta untuk rujukan pihak tuan.

8. Diharap pihak tuan dapat memberikan kerjasama kepada kami. Jasa baik pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cik Izzati Jazmin binti Jamaludin (013-4637311).

Sekian, terima kasih.

“PEMANGKIN MAHASISWA BERKETERAMPILAN”

Saya yang menurut perintah,

(IZZATI JAZMIN BINTI JAMALUDIN)PelajarInstitut Pendidikan Guru Kampus IpohHulu Kinta, Perak.

s.k Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus IpohMajlis Belia Negeri Perak