surat siaran pertukaran guru sesi jun 2015

5
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN EDUCATIONAL OPERATION SECTOR KEMENTEAIAtl PibAclAAAN MAI.A¥iIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYS; ~ MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA ARAS 4 BLOK E2, KOMPLEKS E LEVEL 4 BLOCK E2 COMPLEX E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE 62604 PUTRAJAYA MALAYSIA Tel: +603-8884 9302 Fax: +603-8888 6680 Website : http://www.moe.gov.my/ Ruj.Kami: KP((BPSH-SPSM)301/01/01 Jld.11 (2.0) Tarikh J Mac 2015 Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Pengarah Bahagian Sukan Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. DatukITuan, PERTUKARAN GURU ANTARA SAHAGIANI NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH SESI JUN 2015, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagianl Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Sesi Jun 2015 melalui Modul e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 25 April 2015. Pemohon boleh mengakses Modul e-GTukar melalui laman web Kementerian Pend idikan Malaysia, http://appsB.moe.gov.my/epgol.

Upload: 901218016207

Post on 22-Dec-2015

173 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Surat Siaran Pertukaran Guru Sesi Jun 2015

TRANSCRIPT

Page 1: Surat  Siaran Pertukaran Guru Sesi Jun 2015

PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAOFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIASEKTOR OPERASI PENDIDIKANEDUCATIONAL OPERATION SECTORKEMENTEAIAtl PibAclAAAN MAI.A¥iIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYS; ~MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIAARAS 4 BLOK E2, KOMPLEKS ELEVEL 4 BLOCK E2 COMPLEX EPUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUANFEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE62604 PUTRAJAYAMALAYSIA

Tel: +603-8884 9302Fax: +603-8888 6680Website : http://www.moe.gov.my/

Ruj.Kami: KP((BPSH-SPSM)301/01/01 Jld.11 (2.0)Tarikh J Mac 2015

PengarahBahagian Pengurusan Sekolah Harian

PengarahBahagian Pendidikan Islam

PengarahBahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

PengarahBahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan

PengarahBahagian Pendidikan Khas

PengarahBahagian Sukan

PengarahBahagian Kokurikulum dan Kesenian

Pengarah PendidikanJabatan Pendidikan Negeri

YBhg. DatukITuan,

PERTUKARAN GURU ANTARA SAHAGIANI NEGERI, ANTARA DAERAH DANDALAM DAERAH SESI JUN 2015, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru AntaraBahagianl Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Sesi Jun2015 melalui Modul e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 25 April 2015.Pemohon boleh mengakses Modul e-GTukar melalui laman web KementerianPend idikan Malaysia, http://appsB.moe.gov.my/epgol.

Page 2: Surat  Siaran Pertukaran Guru Sesi Jun 2015

3. YBhg. DatukfTuan dimohon untuk memastikan perkara-perkara terkandungdalam Garis Panduan Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagianl Negeri,Antara Daerah dan Dalam Daerah Sesi Jun 2015 seperti Lampiran Adipatuhi dan diikuti.

4. Sila maklumkan kandungan surat siaran ini kepada Pengetua/Guru Besarsekolah di bawah kawalan YBhg. DatukfTuan.

Sekian, terima kasih.

9'"""I.....,..."'...,D IN JABrah Pelajaran Malaysia

sk. 1.2.3.4.5.

Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan MalaysiaKetua Pengarah Pelajaran MalaysiaSetiausaha Sulit Kanan kepada YAB Menteri PendidikanSetiausaha Sulit Kanan kepada YB Menteri Pendidikan IISetiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Page 3: Surat  Siaran Pertukaran Guru Sesi Jun 2015

LAMPIRAN A

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU ANTARABAHAGIAN/NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH SESI JUN 2015,KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

1. Permohonan secara on-line ini dibuka kepada guru Gred DG29, DG32 (KUPTime-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41,DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) sahaja. Manakala pemohon yangmenjawat jawatan seperti berikut hendaklah;

1.1 Pentadbir secara hakiki dan Guru Cemerlang - Mengisi borangpermohonan secara manual dan dihantar ke Bahagian PengurusanSumber Manusia melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau BahagianSektor Operasi Pendidikan yang berkaitan.

1.2 Guru Tingkatan Enam yang telah dilantik - Mengisi borang permohonansecara manual dan dihantar ke Sektor Pengurusan Sekolah di JPN atauBahagian Sektor Operasi Pendidikan yang berkaitan.

1.3 Guru LINUS NKRA - Merujuk Surat Siaran KPM Bilangan 6 Tahun 2014,Bil. KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld.5(32) bertarikh 28 Februari 2014 -Garis Panduan Perkhidmatan Guru Pemulihan Khas LINUS.

2. Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah danDalam Daerah Sesi Jun 2015 dilaksana sepenuhnya secara atas talian melaluiModul e-GTukar - http://appsB.moe.gov.my/epgo. Maklumat guru hendaklahdisemak dan dikemaskini melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) ModulPengurusan Guru - e-OPERASI - http://appsB.moe.gov.my/eoperasi sebelumpermohonan pertukaran dibuat. Kegagalan mengemaskini maklumat dalamModul e-OPERASI adalah tanggungjawab pemohon.

3. Kerjasama dan akauntabiliti Pengetua/Guru Besar sebagai "Pengesah"dikehendaki bagi menentusahkan setiap permohonan guru mulai 15 Aprilhingga 27 April 2015 supaya tindakan seterusnya pada peringkatBahagian/JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dapat dilaksanakan.

4. Pemohon diingatkan supaya mematuhi peraturan sedia ada bagi urusanpertukaran dan penempatan yang berkuatkuasa seperti berikut;

4.1 Perintah-perintah Am, Peraturan 4(2)(h), Peraturan-peraturan PegawaiAwam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993;

Page 4: Surat  Siaran Pertukaran Guru Sesi Jun 2015

4.1.1 Peraturan 4(2)(c), seseorang pegawai tidak boleh berkelakuandengan apa-apa cara yang mung kin menyebabkan syak yangmunasabah bahawa;

a. Dia telah membiarkan kepentingan persendiriannyabercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskankegunaannya sebagai seorang pegawai awam.

b. Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahsendiri.

4.1.2 Peraturan 4(2)(h): seseorang pegawai tidak boleh membawaatau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekananluar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubungandengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu adalahtuntutannya sendiri atau tuntutan anggota-anggotaperkhidmatan awam yang lain.

4.1.3 Peraturan 4(2)(i): ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagaiingkar perintah, selaras dengan arahan Ketua Setiausaha,Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat Bil. KPM.INTEGRITI(S)600-12/16 (12) bertarikh 11 Februari 2015 berkaitandengan ketidakpatuhan pegawai terhadap arahanpenempatan/pertukaran tempat bertugas.

4.2 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2004;

4.2.1 Perkara 9: Setiap pegawai boleh memohon bertukar apabila telahmemenuhi asas yang ditetapkan di perenggan 5. Ketua Jabatanboleh memutuskan sama ada hendak meluluskan permohonantersebut atau sebaliknya, tertakluk kepada adanya kekosonganjawatan atau kesesuaian pegawai organisasi yang dipohonoleh mereka.

4.2.2 Perkara 13: Pegawai adalah dilarang menggunakan apa-apabentuk pengaruh atau tekanan luar bagi menyokong permohonanmereka untuk bertukar atau sebaliknya.

4.3 Surat Aku Janji Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

4.3.1 Perkara (i): Tidak akan membelakangkan tugas awam demikepentingan peribadi.

Page 5: Surat  Siaran Pertukaran Guru Sesi Jun 2015

4.3.2 Perkara (ii): Tidak akan membawa atau cuba membawa sebarangbentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong ataumemajukan tuntutan saya atau pegawai lain berhubung denganperkhidmatan awam.

4.4 Garis Panduan Tindakan Ke Atas Sokongan Yang Diterima DaripadaPemimpin Kerajaan, Individu Berpengaruh Atau Mana-Mana OrangMengenai Sesuatu Urusan Kerajaan yang dikeluarkan oleh JabatanPerdana Menteri, Malaysia bertarikh 8 Mac 2010.

5. Permohonan pertukaran yang diluluskan tidak boleh dibatalkan.

6. Rayuan Permohonan Pertukaran.

6.1 Pemohon yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan semakansemula dalam tempoh empat belas (14) hari selepas keputusan kelulusanpertukaran diumumkan

6.2 Permohonan rayuan semakan semula perlu dikemukakan kepadaPengarah Pendidikan JPN yang dimohon seperti dalam permohonan asaldi Modul e-GTukar Sesi Jun 2015 untuk pertimbangan kelulusan oleh JPNberkenaan.

6.3 Pemohon dibenarkan menghantar rayuan ke JPN khidmat semasa atauJPN dimohon.

6.4 Permohonan rayuan mestilah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

6.5 Kelulusan rayuan semakan semula tidak boleh dibatalkan.