surat rasmi an perlepasan

Upload: mohd-shafuan-zulkafli

Post on 20-Jul-2015

100 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGARAH, IPG KAMPUS DARULAMAN, 06000, JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

Tuan, PERMOHONAN UNTUK PERLEPASAN KULIAH SEMPENA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan, bahawa pihak kami meminta kerjasama dari pihak Tuan bagi memberi perlepasan kepada atlet dan petugas yang terlibat dengan peringkat saringan untuk K.O.T.

2. Bagi memastikan K.O.T pada 26hb April 2012 berjalan lancar, kami telah memutuskan untuk membuat peringkat saringan terlebih dahulu pada :-

Tarikh Masa Tempat

: 25hb April 2012 : 8.00 a.m 1.00. p.m : Stadium Mini IPG Kampus Darulaman.

3. Bilangan atlet yang akan terlibat untuk peringkat saringan ini adalah seramai 12 orang. Manakala pegawai kejohanan yang akan terlibat pula seramai 70 orang seperti di lampiran.

4. Kebenaran pihak Tuan amat saya hargai. Kerjasama dan bantuan pihak daripada pihak Tuan terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MENDIDIK DAN MEMIMPIN

Saya yang menurut perintah

.............................................. (MOHD SHAFUAN BIN ZULKAFLI) Setiausaha Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-20 Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman