surat punubuhan & pendaftaran kelab

6
Jawatankuasa Penaja Kelab Bola Tampar, Sekolah Kebangsaan Sepagaya, 91117 Lahad Datu. ____________________________________________________________________ __________________________________________ Ruj. Kami: XBA 3123 800- 04/01(4) Tarikh : Januari 2014 Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sepagaya, 91117 Lahad Datu, SABAH. Melalui: Guru Penasihat/Pemimpin, Jawatankuasa Penaja Kelab Bola Baling. Tuan, PERMOHONAN MENUBUHKAN KELAB BOLA TAMPAR SEKOLAH KEBANGSAAN SEPAGAYA Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Penaja Kelab Bola Tampar Sekolah Kebangsaan Sepagaya telah diwujudkan pada 2 November 2013 yang lalu dengan tujuan untuk menyemarakkan lagi aktiviti sukan di kalangan warga Sekolah Kebangsaan Sepagaya. 3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja dengan penuh harapan memohon tuan agar membenarkan penubuhan Kelab Bola Tampar Sekolah Kebangsaan Sepagaya berasaskan Peraturan[4] dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan [Persatuan Sekolah] 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan [A]: P.U.[A] 196, bertarikh 21 Mei 1998. 4. Bersama-sama ini disertakan draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan, senarai ahli jawatankuasa penaja dan senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini. 5. Pertimbangan dan jasa baik tuan dalam meluluskan permohonan ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan tugas,

Upload: mohd-khairulzamani-mohammad

Post on 15-Jan-2016

267 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Kelab Bola Tampar

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Punubuhan & Pendaftaran Kelab

Jawatankuasa Penaja Kelab Bola Tampar,Sekolah Kebangsaan Sepagaya,91117 Lahad Datu.______________________________________________________________________________________________________________

Ruj. Kami: XBA 3123 800-04/01(4)Tarikh : Januari 2014

Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Sepagaya,91117 Lahad Datu,SABAH.

Melalui:

Guru Penasihat/Pemimpin,Jawatankuasa Penaja Kelab Bola Baling.

Tuan,

PERMOHONAN MENUBUHKAN KELAB BOLA TAMPAR SEKOLAH KEBANGSAAN SEPAGAYA

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Penaja Kelab Bola Tampar Sekolah Kebangsaan Sepagaya telah diwujudkan pada 2 November 2013 yang lalu dengan tujuan untuk menyemarakkan lagi aktiviti sukan di kalangan warga Sekolah Kebangsaan Sepagaya.

3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja dengan penuh harapan memohon tuan agar membenarkan penubuhan Kelab Bola Tampar Sekolah Kebangsaan Sepagaya berasaskan Peraturan[4] dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan [Persatuan Sekolah] 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan [A]: P.U.[A] 196, bertarikh 21 Mei 1998.

4. Bersama-sama ini disertakan draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan, senarai ahli jawatankuasa penaja dan senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini.

5. Pertimbangan dan jasa baik tuan dalam meluluskan permohonan ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

MOHD NOR SYAFIQ BIN IBRAHIMSetiausaha,b.p. Jawatankuasa Penaja Kelab Bola Tampar,Sekolah Kebangsaan Sepagaya, Lahad Datu.

s.k. Penolong Kanan Kokurikulum SK Sepagaya, Lahad Datu.

Page 2: Surat Punubuhan & Pendaftaran Kelab

SEKOLAH KEBANGSAAN SEPAGAYAPETI SURAT 60807

91110 LAHAD DATU, SABAH.Telefon/Faks : 089-885406

Ruj Tuan: XBA 3123 800-04/01 (4)Ruj. Kami: Tarikh: Jan 2014

Setiausaha Jawatankuasa Penaja Kelab Bola Tampar,Sekolah Kebangsaan Sepagaya,91117 Lahad Datu, Sabah.

Melalui:

Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Penaja Kelab Bola Tampar.

Tuan,

Permohonan Menubuhkan Kelab Bola Tampar Sekolah Kebangsaan Sepagaya

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk berasaskan surat tuan XBA 3123 800-04/01 (3) yang bertarikh Januari 2014.

2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada tuan dan semua Ahli Jawatankuasa Penaja Kelab Bola Tampar yang berhasrat menyemarakkan lagi aktiviti sukan sekolah ini.

3. Sehubungan itu, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan [4] dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan [Persatuan Sekolah] 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan [A]: P.U.[A] 196, bertarikh 21hb. Mei 1998, maka saya dengan sukacitanya meluluskan penubuhan Kelab Bola Tampar Sekolah Kebangsaan Sepagaya [No. Pendaftaran XBA 3123 800-04(03)/2013] dengan syarat pihak tuan mengemukakan kepada saya Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Ahli Jawatankuasa dan Senarai Aktiviti Utama dalam tempoh empat belas hari dari tarikh Mesyuarat Penubuhan yang akan pihak tuan adakan.

4. Sukacita juga dimaklumkan bahawa kelulusan ini bukan bermaksud Kelab Bola Tampar Sekolah Kebangsaan Sepagaya sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

YATIMAH BINTI MOHAMMADGuru Besar,Sekolah Kebangsaan Sepagaya,Lahad Datu.

Page 3: Surat Punubuhan & Pendaftaran Kelab

Setiausaha Kelab Bola Tampar,Sekolah Kebangsaan Sepagaya,91117 Lahad Datu, Sabah._________________________________________________________________________________________________________________________

Ruj. Kami: XBA 3123 800-04/01(4) Tarikh: Januari 2014

Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Sepagaya,91117 Lahad Datu.

Melalui:

Guru Penasihat Kelab Bola Tampar.

Tuan,

PERMOHONAN PENGESAHAN PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN KELAB BOLA TAMPAR SEKOLAH KEBANGSAAN SEPAGAYA

Perkara di atas dirujuk berasaskan surat tuan XBA 3123 800-04/01 (3) bertarikh Januari 2014.

2. Untuk makluman pihak tuan, Mesyuarat Penubuhan Kelab Bola Tampar Sekolah Kebangsaan Sepagaya telah diadakan pada 2 November 2013, jam 10.00 pagi di dataran perhimpunan Sekolah Kebangsaan Sepagaya. Mesyuarat telah mengesahkan dengan sebulat suara Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Aktiviti Utama dan Senarai Ahli Jawatankuasa yang ada disertakan bersama-sama surat ini untuk pengesahan pihak tuan selaras dengan Subperaturan 5[1] dan 5[3] Peraturan-Peraturan Pendidikan [Persatuan Sekolah]1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11. Tambahan No. 21, Perundangan [A]:P.U.[A] 196 bertarikh 21 Mei 1998. Senarai Ahli Jawatankuasa yang dilantik ini akan melaksanakan tugas masing-masing sehingga ke tarikh Mesyuarat Agung Pertama yang akan diadakan secepat mungkin.

3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Kelab Bola Tampar Sekolah Kebangsaan Sepagaya memohon tuan untuk mengesahkan penubuhan Kelab Bola Tampar Sekolah Kebangsaan Sepagaya ini dan mendaftarkannya sebagai sebuah kelab permainan dalam bidang kokurikulum sekolah berasaskan Peraturan [4] dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan [Persatuan Sekolah] 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan [A]: P.U. [A] 196, bertarikh 21 Mei 1998.

5. Jasa baik tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

MOHD NOR SYAFIQ BIN IBRAHIMSetiausaha,b.p. Jawatankuasa Penaja Kelab Bola Tampar,Sekolah Kebangsaan Sepagaya, Lahad Datu.

b.p. Pengerusi Kelab Bola Tampar, SK Sepagaya, Lahad Datu.s.k. Penolong Kanan Kokurikulum.

Page 4: Surat Punubuhan & Pendaftaran Kelab

SEKOLAH KEBANGSAAN SEPAGAYAPETI SURAT 60807

91110 LAHAD DATU, SABAH.Telefon/Faks : 089-885406

Ruj Kami: XBA 3123 800-04/01(4) Tarikh: Januari 2014

Setiausaha Kelab Bola Tampar,Sekolah Kebangsaan Sepagaya,91117 Lahad Datu.

Tuan,

PERMOHONAN PENGESAHAN PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN KELAB BOLA TAMPAR SEKOLAH KEBANGSAAN SEPAGAYA

Perkara di atas dirujuk berasaskan surat tuan XBA 3123 800-04/01(3) bertarikh Januari 2014.

2. Tahniah dan syabas kepada tuan dan semua Ahli Jawatankuasa yang telah berusaha merealisasikan penubuhan Kelab Bola Tampar ini.

3. Sehubungan itu, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan [Persatuan Sekolah] 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan [A]: P.U. [A] 196, bertarikh 21hb. Mei 1998, maka saya dengan sukacitanya mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Kelab Bola Tampar Sekolah Kebangsaan Sepagaya dengan No. Pendaftaran XBA3123 800-04 (03)/2014. Pengesahan ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh surat ini sehinggalah persatuan ini dibubarkan.

4. Dengan pengesahan ini Kelab Bola Tampar Sekolah Kebangsaan Sepagaya sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar dalam bidang kokurikulum sekolah ini dengan diterajui oleh Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dan mematuhi sepenuhnya Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan dan melaksanakan Aktiviti Utama yang dikemukakan kepada saya.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

YATIMAH BINTI MOHAMMADGuru Besar, Sekolah Kebangsaan Sepagaya,Lahad Datu.