surat ptj sedia bincang khabar tarikh 30/12/2010 di akhbar/ptj sedia binca… · berucap merasmikan...

1
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT, NRE PTJ sedia bincang KUALA KRAI - Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Kuala Krai sedia berbincang dengan jawatan kuasa komuniti India bagi mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah penempatan yang dihadapi kaum itu di daerah ini. Ketua Jajahan, Adnan Husin berkata, pihaknya tidak ada masalah untuk berbuat demikian dalam usaha menjaga kebajikan lebih 3,000 orang India di daerah ini terutama generasi anak pekerja ladang. Menurutnya, bagi pekerja ladang, masalah penempatan tidak timbul kerana melalui Jawatankuasa Tanah-Tanah Ladang, pengurusan ladang menyediakan kemudahan itu kepada bekas pekerja mereka menerusi pemberian tanah ladang untuk tujuan tersebut. “Pemberian ruang atau tanah dalam kawasan ladang untuk penempatan bekas pekerja ini sudah dilaksanakan di Ladang Pasir Gajah. “Apa yang jadi masalah ialah kawasan penempatan bagi generasi seterusnya,” katanya berucap merasmikan Majlis Malam Kebudayaan Kaum India Sempena Perayaan Deepavali 2010 di sini, malam kelmarin. Beliau berkata demikian sebagai mengulas persoalan tersebut yang dibangkitkan Pengerusi MIC Kelantan, M Kuppusamy ketika menyampaikan ucapan aluan pada majlis berkenaan. Majlis anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) daerah dengan kerjasama Komuniti Kaum India itu turut dihadiri Pengarah JPNIN Kelantan, Abd Hadi Mohd Salleh. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Parlimen Kuala Krai, Abdullah Harun dan Penolong Pegawai JPNIN daerah, Mohd Kasyful Asri Mohd Salim. Majlis untuk tahun ketiga berturut-turut sempena Deepavali itu diserikan dengan persembahan tarian dan nyanyian daripada sebuah kumpulan kebudayaan yang dibawa khas dari Pulau Pinang. Mengulas majlis itu, Adnan berkata, kepelbagaian budaya dan adat resam semua kaum di negara ini perlu ditonjolkan supaya ianya dapat menjadi tarikan kepada pelancong. Katanya, sikap saling faham memahami dan integrasi antara kaum juga perlu dikekalkan supaya negara ini terus aman dan makmur. SURAT KHABAR PTJ sedia bincang TARIKH 30/12/2010 SUMBER SINAR HARIAN RUANGAN NEWS KERATAN AKHBAR (ONLINE) UKK

Upload: buidien

Post on 13-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT, NRE

PTJ sedia bincang

KUALA KRAI - Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Kuala Krai sedia berbincang dengan jawatan kuasa komuniti India bagi mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah penempatan yang dihadapi kaum itu di daerah ini. Ketua Jajahan, Adnan Husin berkata, pihaknya tidak ada masalah untuk berbuat demikian dalam usaha menjaga kebajikan lebih 3,000 orang India di daerah ini terutama generasi anak pekerja ladang. Menurutnya, bagi pekerja ladang, masalah penempatan tidak timbul kerana melalui Jawatankuasa Tanah-Tanah Ladang, pengurusan ladang menyediakan kemudahan itu kepada bekas pekerja mereka menerusi pemberian tanah ladang untuk tujuan tersebut. “Pemberian ruang atau tanah dalam kawasan ladang untuk penempatan bekas pekerja ini sudah dilaksanakan di Ladang Pasir Gajah. “Apa yang jadi masalah ialah kawasan penempatan bagi generasi seterusnya,” katanya berucap merasmikan Majlis Malam Kebudayaan Kaum India Sempena Perayaan Deepavali 2010 di sini, malam kelmarin. Beliau berkata demikian sebagai mengulas persoalan tersebut yang dibangkitkan Pengerusi MIC Kelantan, M Kuppusamy ketika menyampaikan ucapan aluan pada majlis berkenaan. Majlis anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) daerah dengan kerjasama Komuniti Kaum India itu turut dihadiri Pengarah JPNIN Kelantan, Abd Hadi Mohd Salleh. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Parlimen Kuala Krai, Abdullah Harun dan Penolong Pegawai JPNIN daerah, Mohd Kasyful Asri Mohd Salim. Majlis untuk tahun ketiga berturut-turut sempena Deepavali itu diserikan dengan persembahan tarian dan nyanyian daripada sebuah kumpulan kebudayaan yang dibawa khas dari Pulau Pinang. Mengulas majlis itu, Adnan berkata, kepelbagaian budaya dan adat resam semua kaum di negara ini perlu ditonjolkan supaya ianya dapat menjadi tarikan kepada pelancong. Katanya, sikap saling faham memahami dan integrasi antara kaum juga perlu dikekalkan supaya negara ini terus aman dan makmur.

SURAT KHABAR PTJ sedia bincang

TARIKH 30/12/2010

SUMBER SINAR HARIAN RUANGAN NEWS

KERATAN AKHBAR (ONLINE)

UKK