program perlindungan sinaran ptj - universiti sains … · 2. melantik pps ptj daripada kalangan...

45
1 PROGRAM PERLINDUNGAN SINARAN PTJ Tarikh Kelulusan : Mesyuarat Ke-8, Jawatankuasa Perlindungan Sinaran Universiti (JPSU) pada 28 November 2013

Upload: others

Post on 23-Oct-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1

    PROGRAM PERLINDUNGAN

    SINARAN PTJ

    Tarikh Kelulusan : Mesyuarat Ke-8, Jawatankuasa Perlindungan Sinaran Universiti (JPSU) pada 28 November 2013

  • 2

    KANDUNGAN

    Surat

    Muka

    SKOP

    2

    GLOSARI & SINGKATAN PERAKUAN

    3 4

    BAHAGIAN I:

    STRUKTUR ORGANISASI PENGURUSAN PERLINDUNGAN SINARAN

    5

    BAHAGIAN 2: TANGGUNGJAWAB

    7

    2.1 Tanggungjawab Ketua PTJ 2.2 Tanggungjawab Pegawai

    Perlindungan Sinaran PTJ (PPS PTJ)

    2.3 Tanggungjawab Penyelia Sinaran (PY)

    2.4 Tanggungjawab Pekerja/ Pekerja Sinaran

    BAHAGIAN 3: PROGRAM LATIHAN PEKERJA SINARAN

    10

    BAHAGIAN 4: BAHAGIAN 5:

    HAD OPERASI PEKERJA SINARAN PELAN SEKURITI

    11

    12

    BAHAGIAN 6: PROSEDUR PEMERIKSAAN, KENDALIAN DAN PENYIMPANAN REKOD

    13

    BAHAGIAN 7: PROSEDUR KENDALIAN PERALATAN SINARAN

    23

    BAHAGIAN 8: PROSEDUR MENANGANI

    KEJADIAN (INSIDEN) DI LUAR JANGKAAN

    34

    BAHAGIAN 9: BAHAGIAN 10

    RUJUKAN LAMPIRAN

    44

    45

  • 3

    SKOP

    Program ini disediakan untuk diterima pakai oleh PTJ yang berurusan(+) dengan peralatan-peralatan sinaran(*) (bukan tujuan perubatan) di USM. Ianya menggariskan perkara-perkara asas yang diperlukan oleh AELB bagi memenuhi kehendak Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) dan Program Perlindungan Sinaran USM.

    ________________________________________ (+) Berurusan termasuk aktiviti memilik, memindah, mengendali, mengeluar, menjual, menstor,

    mengguna, membeli, memproses, memperdagang, mengilang atau sebagaimana yang ditetap oleh Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984.

    (*) Peralatan sinaran termasuk sumber sinaran (radas atau bahan yang berupaya mengeluarkan sinaran mengion) dan perkakasan lain yang perlu untuk melengkapkan peralatan tersebut.

  • 4

    GLOSARI Keselamatan (Safety) Adalah berkaitan dengan usaha mengelak/menghalang situasi bahaya yang boleh disebabkan oleh punca radioaktif. Keselamatan Sinaran (Radiation Safety) Keselamatan sinaran merupakan fokus utama supaya punca radioaktif digunakan dengan betul tanpa membahayakan pengguna atau pun orang awam. Sekuriti (Security) Sekuriti pula merupakan integrasi kepada keselamatan bagi mengelakkan orang awam terdedah kepada punca radioaktif. Sekuriti adalah berkaitan dengan usaha mencegah/menghalang pengambilan atau penggunaan punca radioaktif tanpa kebenaran. Peralatan Sinaran Peralatan sinaran termasuk sumber sinaran (radas atau bahan yang berupaya mengeluarkan sinaran mengion) dan perkakasan lain yang perlu untuk melengkapkan peralatan tersebut. SINGKATAN USM - Universiti Sains Malaysia

    PTJ - Pusat Tanggungjawab

    UKKP - Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    OBTL - Orang Yang Bertanggungjawab Terhadap Lesen

    PPS PTJ - Pegawai Perlindungan Sinaran PTJ

    Penyelia - Penyelia Kepada Pekerja/Pekerja Sinaran

    P - Pekerja

    PS - Pekerja Sinaran

    JPSU - Jawatankuasa Perlindungan Sinaran USM

    AELB - Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

    ANM - Agensi Nuklear Malaysia

  • 5

    PERAKUAN KETUA PTJ DAN PPS PTJ Saya mengesahkan bahawa Program Perlindungan Sinaran ini telah disediakan berdasarkan kepada garis panduan AELB/JPSU dan bertanggungjawab melaksanakannya mengikut seperti yang telah dinyatakan di dalam program ini. Kegagalan mematuhi dan melaksanakannya membolehkan pendakwaan dibuat ke atas saya di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304).

    KETUA PTJ KETUA PTJ KETUA PTJ

    Tandatangan:

    Nama:

    Jawatan:

    Tarikh:

    PPS PTJ PPS PTJ PPS PTJ

    Tandatangan:

    Nama:

    Jawatan:

    Tarikh:

    Bahagian muka surat ini hendaklah ditandatangani oleh Ketua PTJ atau PPS PTJ yang baru apabila berlaku pertukaran dan salinan muka surat bahagian ini juga hendaklah dikemukakan kepada UKKP.

  • 6

    BAHAGIAN 1

    STRUKTUR ORGANISASI PENGURUSAN PERLINDUNGAN SINARAN PTJ

    1.1 Definasi

    Di dalam struktur pengurusan perlindungan sinaran (di Rajah 1.1) yang akan dilaksanakan:

    1. KETUA PTJ adalah pegawai tertinggi yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan pelaksanaan aktiviti perlindungan sinaran di PTJ supaya mematuhi kehendak Akta

    Perlesenan Tenaga Atom, 1984 (Akta 304) dan perundangan subsidiari yang dibuat

    dibawahnya serta peraturan-peraturan Universiti, berkaitan.

    2. Pegawai Perlindungan Sinaran PTJ (PPS PTJ) ialah seorang staf PTJ yang dilantik oleh Ketua PTJ untuk mengawasi pelaksanaan Program Perlindungan Sinaran pada peringkat

    PTJ masing-masing. Mereka akan mengganggotai JPSU dan akan sentiasa berhubung

    dengan UKKP dalam melaksanakan arahan-arahan yang ditetapkan oleh AELB di USM. PPS

    PTJ hendaklah dilantik daripada kalangan Pegawai Sains atau mana-mana staf PTJ yang

    terlibat di dalam pengurusan makmal/bengkel.

    3. Pekerja (P) ialah seseorang (staf, pelajar, penyelidik, pengendali dll.) yang bekerja/bertugas

    di bawah arahan PTJ (sama ada atau tidak dia diambil kerja oleh PTJ itu) dalam

    melaksanakan kerja-kerja sinaran.

    4. Pekerja Sinaran (PS) ialah seseorang pekerja yang diperakukan oleh Ketua PTJ dan diiktiraf

    secara bertulis oleh AELB. 5. Penyelia Kepada Pekerja/Pekerja Sinaran (Penyelia) ialah seorang pekerja sinaran PTJ

    yang menyelia tugas-tugas/kerja-kerja seseorang pekerja/pekerja sinaran yang berada di

    bawah kawalannya dalam melaksanakan tugas-tugas hakiki/rasmi. Sebagai contoh, Penyelia

    Penilai Utama SKT untuk staf dan Penyelia Projek/ Amali untuk pelajar dll.

  • 7

    Rajah 1.1 : Struktur Organisasi Pengurusan Perlindungan Sinaran Peringkat PTJ

    KETUA PTJ

    Pekerja/Pekerja Sinaran

    Penyelia Kepada Pekerja/Pekerja Sinaran (Penyelia)

    Pegawai Perlindungan Sinaran PTJ(PPS PTJ)

  • 8

    BAHAGIAN 2

    TANGGUNGJAWAB

    2.1 Tanggungjawab Ketua PTJ

    1. Membangun sistem pengurusan perlindungan sinaran di PTJ masing-masing bagi memenuhi kehendak perundangan dan peraturan-peraturan Universiti.

    2. Melantik PPS PTJ daripada kalangan Pegawai Sains atau mana-mana staf PTJ yang terlibat dalam pengurusan makmal/bengkel.

    3. Memastikan segala aktiviti yang melibatkan sinaran mengion mematuhi Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya serta peraturan-peraturan Universiti.

    4. Mendapatkan peruntukkan yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti perlindungan sinaran di PTJ masing-masing.

    5. Menyediakan infrastruktur bersesuaian (termasuk peruntukan kewangan dan latihan) yang diperlukan oleh PPS PTJ.

    6. Menjelas kepada PPS PTJ mengenai tanggungjawabnya sebagai PPS PTJ.

    7. Mewujud dan menyelenggara Program Perlindungan Sinaran PTJ dan tatacara keselamatan, termasuk pelan kecemasan.

    8. Memastikan kerja-kerja yang melibatkan sinaran diselia dan mengambil semua langkah bagi memastikan Program Perlindungan Sinaran Universiti/PTJ dan tatacara keselamatan dipatuhi.

    9. Menyediakan maklumat/latihan/arahan tentang risiko sinaran.

    10. Memastikan bekalan kelengkapan perlindungan peribadi dan Alat Lindung Diri (ALD) untuk pekerja mencukupi.

    11. Memastikan semua pekerja (P) PTJ didaftarkan sebagai pekerja sinaran 2.2 Tanggungjawab Pegawai Perlindungan Sinaran PTJ (PPS PTJ)

    PPS PTJ hendaklah sentiasa berhubung dan bekerjasama dengan UKKP bagi melaksanakan tanggungjawab perlindungan sinaran berikut;- 1. Menyedia dan mengemaskini Program Perlindungan Sinaran PTJ apabila perlu atau

    diarah oleh UKKP/JPSU.

    2. Menyediakan program perancangan dan kesediaan kecemasan (i.e. pelan kecemasan), melaporkan sebarang kecemasan sinaran kepada UKKP dan membuat siasatan mengenai kejadian tersebut.

    3. Mengenalpasti dan menganalisis bahaya sinaran di kawasan kerja dan persekitaran.

    4. Melaksanakan program penyenggaraan peralatan sinaran setiap tahun.

    5. Memastikan perlaksanaan program bagi menyimpan punca sinaran, tentukuran dan penyenggaraan peralatan sinaran serta merancang kaedah pelupusan sisa radioaktif yang sesuai.

    6. Mengatur pekerja (P) yang dikenalpasti oleh penyelianya untuk didaftarkan sebagai pekerja sinaran

  • 9

    7. Mengatur program pemeriksaan perubatan bagi pekerja sinaran mengikut kawasan kerja.

    8. Mengenalpasti jenis dan tahap latihan perlindungan sinaran untuk pekerja.

    9. Mengkelaskan dan melabelkan kawasan kerja mengikut Peraturan-Peraturan Pelesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) 2010.

    10. Menyedia dan melaksanakan program pemonitoran dos pekerja, kawasan dan persekitaran.

    11. Memastikan peralatan perlindungan sinaran di dalam keadaan baik dan sentiasa digunakan oleh pekerja.

    12. Memastikan pengambilan, pemberhentian dan persaraan pekerja sinaran mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh AELB.

    13. Memastikan latarbelakang pekerja sinaran baru diselidik/disiasat oleh PTJ sebelum diambil bekerja.

    14. Menilai tahap kebolehpercayaan pekerja-pekerja sinaran.

    15. Memastikan sebarang perubahan lokasi peralatan sinaran yang hendak dilakukan

    mendapat kebenaran AELB terlebih dahulu.

    16. Memastikan kerja-kerja berikut diselia: (mana yang berkenaan) a) Kerja berisiko tinggi seperti dedahan terancang.

    b) Kerja penyenggaraan yang dilakukan terhadap peralatan sinaran.

    c) Operasi pengawalan dan menyelamat sewaktu kecemasan.

    d) Kerja pengangkutan bahan radioaktif.

    e) Menguji keberkesanan Pelan Sekuriti.

    17. Memeriksa, menyimpan dan mengemaskini dokumen/rekod-rekod perlindungan sinaran yang berkenaan.

    18. Memastikan sekuriti terhadap bahan radioaktif dan kemudahan sinaran di PTJ sentiasa dipantau dari masa ke masa bagi mengelakkan sebarang risiko kehilangan, sabotaj atau kecurian.

    19. Mematuhi langkah-langkah sekuriti yang ditetapkan oleh UKKP/JPSU.

    20. Melaporkan sebarang kejadian keadaan luar jangka yang menggugat elemen sekuriti dalam tempoh 24 jam dari masa berlakunya kejadian berkaitan.

    21. PPS PTJ akan memberhentikan operasi kendalian peralatan sinaran jika didapati terdapat perlanggaran peruntukan Akta 304 yang dilakukan oleh pekerja.

    22. Bertindak sebagai Pengurus Sisa Peralatan Sinaran PTJ 2.3 Tanggungjawab Penyelia

    1. Penyelia hendaklah sentiasa;

    a) Menyelia tugas-tugas melibatkan sinaran yang dijalankan oleh pekerjanya supaya ianya tidak mendatangkan kemudaratan.

    b) Memastikan pekerja mematuhi Program Perlindungan Sinaran, termasuk mematuhi

    semua arahan, kaedah dan tatacara yang dikeluarkan oleh PTJ/Universiti bagi mengawal dedahan sinaran mengion.

  • 10

    c) Bekerjasama dengan PPS PTJ dalam memastikan Program Perlindungan Sinaran

    PTJ/Universiti dipatuhi. 2. Mengenalpasti pekerjanya (P) yang melaksanakan kerja-kerja sinaran untuk didaftarkan

    sebagai pekerja sinaran. 2.4 Tanggungjawab Pekerja/Pekerja Sinaran

    1. Mematuhi semua arahan, kaedah dan tatacara yang dikeluarkan oleh PTJ/Universiti bagi mengawal dedahan kepada sinaran mengion.

    2. Menjauhkan diri daripada amalan atau tindakan yang boleh mengakibatkan dedahan yang tidak perlu kepada dirinya, pekerja atau orang lain.

    3. Menggunakan semua kemudahan, peranti dan kelengkapan perlindungan yang disediakan oleh PTJ/Universiti bagi mengehadkan apa-apa dedahan yang mungkin berlaku.

    4. Menggunakan peranti pemantauan kakitangan/personal yang disediakan oleh PTJ/Universiti bagi menilai dedahan.

    5. Tidak mengganggu, mengalihkan, mengubah atau memindahkan mana-mana peranti keselamatan atau kelengkapan lain yang disediakan bagi pelindungannya atau perlindungan orang lain.

    6. Mengambil semua langkah pencegahan yang munasabah untuk mengelakkan kerosakan kepada kelengkapan yang disediakan.

    7. Melaporkan dengan serta-merta semua dedahan atau pengambilan tidak sengaja atau apa-apa dedahan atau pengambilan yang disyaki bahan radioaktif, bahan nuklear atau benda yang ditetapkan kepada penyelianya, PPS PTJ dan UKKP.

    8. Melaporkan dengan serta merta apa-apa kerosakan kepada atau salah fungsi mana-mana kelengkapan keselamatan kepada penyelianya, PPS PTJ dan UKKP.

    9. Pekerja wanita, sebaik sahaja dia mengesyaki bahawa dia hamil hendaklah melaporkan kepada UKKP, penyelianya dan PPS PTJ bagi mendapatkan pengesahan daripada pengamal perubatan berdaftar yang diluluskan supaya langkah yang sesuai boleh diambil untuk menyediakan aras perlindungan.

    10. Memeriksa bekas dedahan dengan alat pengesan sinaran sebelum ia dipindah atau

    digunakan untuk memastikan punca sinaran dalam kedudukan yang selamat dan berperisai.

    11. Mematuhi langkah-langkah sekuriti yang ditetapkan oleh PTJ/Universiti.

    12. Melaporkan sebarang kejadian luar jangka berkaitan sekuriti kepada penyelianya, PPS PTJ dan UKKP.

  • 11

    BAHAGIAN 3

    PROGRAM LATIHAN PEKERJA SINARAN .

    1. PTJ perlu memastikan setiap pekerja yang ingin dilantik sebagai Pekerja Sinaran mengikuti mana-mana kursus/latihan pra-pekerjaan secara dalaman/luaran. Kandungan kursus/latihan perlu menekankan perkara-perkara berikut (mana yang berkenaan);

    a) Menerangkan fungsi Akta 304 dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya.

    b) Tanggungjawab sebagai pekerja sinaran.

    c) Risiko kesihatan yang terlibat dalam kerjanya sebagai pekerja sinaran.

    d) Langkah pencegahan yang perlu diambil.

    e) Cara bekerja dengan menggunakan peralatan sinaran dengan selamat dan berkesan termasuk sistem penghadan dos.

    f) Penerangan tentang bahaya peralatan sinaran.

    g) Cara pengelasan kawasan kawalan, seliaan dan bersih.

    h) Pelan dan prosedur kendalian biasa.

    i) Pelan dan prosedur sekirannya berlaku kejadian/ kemalangan sinaran.

    j) Langkah pemulihan selepas kejadian/ kemalangan sinaran.

    k) Latihan kecemasan.

    l) Latihan penyenggaraan peralatan sinaran.

    m) Latihan menerapkan budaya sekuriti bagi bahan radioaktif dan ditempat kerja.

    n) Penerangan secara teoritikal tentang konsep, elemen-elemen dan kehendak-kehendak perlaksanaan sekuriti.

    2. PTJ hendaklah memastikan pekerja sinarannya mengikuti kursus/latihan perlindungan sinaran (refresher and awarness courses) gunasama yang dianjurkan oleh UKKP secara pusat sama ada secara dalaman (in house) atau luaran.

    3. PTJ hendaklah memastikan kursus/latihan perlindungan sinaran luaran yang dihadiri oleh pekerja sinarannya dikendalikan oleh pusat latihan yang diiktiraf oleh AELB sahaja.

    4. PTJ hendaklah mengadakan latihan pelan kecemasan dengan kerjasama UKKP, Jabatan Keselamatan dan Jabatan/Agensi lain yang berkaitan dalam tempoh masa yang sesuai.

    5. PTJ hendaklah memasti dan memberi latihan sinaran yang spesifik dengan sesuatu tugas di PTJ kepada setiap pekerja sinarannya.

  • 12

    BAHAGIAN 4

    HAD OPERASI UNTUK PEKERJA SINARAN

    1. Had dos tahunan yang ditetapkan adalah seperti yang ditetapkan oleh Peraturan-

    Peraturan Pelesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) 2010.

    2. Had dos operasi untuk personel ditetapkan pada 10mSv/ tahun atau lebih rendah tertakluk kepada kelulusan AELB, supaya had dos tahunan sebanyak 20mSv/ tahun tidak dilampaui.

    3. Bagi had dos dalam hal keadaan khas, PTJ hendaklah memohon kelulusan bertulis

    terlebih dahulu daripada AELB melalui UKKP untuk suatu perubahan.

    4. Bagi kes di mana had ini dilampaui, PTJ hendaklah melapor kepada UKKP dengan kadar segera.

  • 13

    BAHAGIAN 5

    PELAN SEKURITI

    1. PTJ hendaklah menyediakan Pelan Sekuriti sekiranya mengendalikan/memiliki/berurusan dengan punca radioaktif Kategori 1 dan 2 berdasarkan panduan yang digariskan oleh AELB.

    2. Pelan Sekuriti yang dibangunkan sekurang-kurangnya mempunyai maklumat yang telah

    ditetapkan oleh AELB seperti yang digariskan dalam LEM/TEK/63 – Panduan Penyediaan Pelan Sekuriti Punca Radioaktif.

  • 14

    BAHAGIAN 6 PROSEDUR PEMERIKSAAN, KENDALIAN DAN PENYIMPANAN REKOD

    BIL

    JENIS REKOD

    PEMERIKSAAN, KENDALIAN DAN PENYIMPANAN REKOD Kesemua rekod-rekod dan fail ini hendaklah disimpan disuatu tempat yang telah ditentukan oleh PTJ dan dikawal oleh PPS PTJ. Sebarang penghapusan rekod-rekod ini hendaklah mendapat kebenaran/kelulusan terlebih dahulu daripada UKKP.

    RUJUKAN (Sila Nyatakan nombor rujukan fail dan lokasi simpanan)

    1.

    Lesen

    1. Sebarang permohonan pindaan lesen sinaran USM (LPTA/A/275) dengan AELB untuk memiliki/memperolehi peralatan sinaran hendaklah dikemukakan kepada UKKP dengan menggunakan borang berikut;-

    (i) Borang Permohonan Melesenkan Bahan Radioaktif (ii) Borang Permohonan Melesenkan Radas Sinaran

    Borang tersebut hendaklah dikemukakan kepada UKKP dalam tempoh satu bulan sebelum dari tarikh jangkaan bahan radioaktif/radas sinaran tersebut diperolehi/miliki oleh PTJ. Sila pastikan juga syarikat pembekal yang akan dilantik oleh PTJ mempunyai lesen yang sah dengan AELB untuk aktiviti berkaitan.

    2. PTJ hendaklah tidak membenarkan pembekal membawa masuk atau memasang sebarang peralatan sinaran ke PTJ/USM sehingga mendapat kelulusan bertulis/lesen daripada AELB.

    3. PTJ hendaklah memastikan semua aktiviti adalah berkaitan dengan tujuan, jenis dan model peralatan sinaran yang dilesenkan sahaja.

    4. Salinan lesen yang dikemukakan oleh UKKP perlu disimpan selama sah dan dipamerkan berhampiran dengan peralatan sinaran.

    5. PTJ hendaklah memastikan semua syarat-syarat lesen dipatuhi.

    2.

    Rekod Perubatan Pekerja Sinaran [ LPTA/BM/5 (Seksyen A) ] [ Nota: Rekod ini adalah rahsia

    1. PTJ hendaklah memastikan semua pekerja sinaran menjalani pemeriksaan perubatan oleh pengamal

    perubatan yang berdaftar dengan AELB di Pusat Sejahtera/HUSM atau sebagaimana yang ditentukan oleh UKKP. Pemeriksaan perubatan ini merangkumi;-

    (i) Pemeriksaan perubatan pra-pekerjaan. Ianya dijalankan ke atas pekerja sinaran yang akan bekerja dalam kawasan kawalan.

    (ii) Pemeriksaan kesihatan am.

    http://ukkp.usm.my/index.php/2013-03-14-00-53-29/download/file/212-borang-permohonan-melesenkan-bahan-radioaktifhttp://ukkp.usm.my/index.php/2013-03-14-00-53-29/download/file/211-borang-permohonan-melesenkan-radas-sinaran

  • 15

    BIL

    JENIS REKOD

    PEMERIKSAAN, KENDALIAN DAN PENYIMPANAN REKOD Kesemua rekod-rekod dan fail ini hendaklah disimpan disuatu tempat yang telah ditentukan oleh PTJ dan dikawal oleh PPS PTJ. Sebarang penghapusan rekod-rekod ini hendaklah mendapat kebenaran/kelulusan terlebih dahulu daripada UKKP.

    RUJUKAN (Sila Nyatakan nombor rujukan fail dan lokasi simpanan)

    kepada sesiapa yang tidak berkenaan]

    (iii) Kajian semula kesihatan secara berkala. Ianya dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun bagi pekerja sinaran yang bekerja di kawasan kawalan

    (iv) Pemeriksaan perubatan apabila berhenti kerja atau bersara.

    2. Pemeriksaan perubatan khas. Ianya dilakukan dengan serta merta keatas pekerja yang menerima dos melebihi had yang ditetapkan.

    3. Rekod hendaklah disimpan selama pekerja masih bekerja dengan PTJ berkenaan.

    3.

    Rekod Dedahan Pekerja Sinaran [ LPTA/BM/5 (Seksyen B) ] [Nota: Rekod ini adalah rahsia kepada sesiapa yang tidak berkenaan]

    1. Berdasarkan kepada pengkelasan kawasan kerja, pekerja sinaran akan dibekalkan oleh UKKP dengan lencana filem untuk pemonitoran dedahan peribadi. Dosimeter saku atau peralatan pemonitoran peribadi yang lain hendaklah dibekalkan oleh PTJ sekiranya perlu atau sebagaimana yang ditetapkan oleh UKKP/JPSU.

    2. PTJ hendaklah memastikan semua pekerja yang dibekalkan kepadanya dengan peralatan pemonitoran peribadi untuk memakai/menggunakannya apabila bekerja (mengguna, mengendali atau bersentuhan) dengan peralatan sinaran atau apabila berada di kawasan yang ditetapkan. Peralatan pemonitoran tersebut hendaklah diletakkan semula disuatu tempat yang dikhaskan/ditetapkan oleh PTJ selepas digunakan.

    3. Keputusan pemonitoran dedahan peribadi yang diterima daripada UKKP/ANM hendaklah diberitahu oleh PPS PTJ kepada pekerja sinaran tidak lewat 14 hari dari tarikh ianya diterima

    4. Buku-buku rekod LPTA/BM/5 (Seksyen B) yang telah diisi dengan keputusan pemonitoran dos peribadi pekerja sinaran (operasi biasa, dedahan tidak sengaja dan kecemasan) akan diserahkan kepada PPS PTJ untuk ditandatangan oleh pekerja sinaran.

    5. Buku rekod LPTA/BM/5 (Seksyen B) yang ditandatangan oleh pekerja sinaran hendaklah dipulangkan oleh PPS PTJ kepada UKKP dalam masa 14 hari ianya diterima.

    6. Sekiranya dos tahunan dilampaui, PTJ hendaklah memberikan surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari kepada UKKP untuk dikemukakan kepada AELB.

    7. Rekod hendaklah disimpan selama pekerja sinaran masih bekerja dengan PTJ berkenaan.

  • 16

    BIL

    JENIS REKOD

    PEMERIKSAAN, KENDALIAN DAN PENYIMPANAN REKOD Kesemua rekod-rekod dan fail ini hendaklah disimpan disuatu tempat yang telah ditentukan oleh PTJ dan dikawal oleh PPS PTJ. Sebarang penghapusan rekod-rekod ini hendaklah mendapat kebenaran/kelulusan terlebih dahulu daripada UKKP.

    RUJUKAN (Sila Nyatakan nombor rujukan fail dan lokasi simpanan)

    4.

    Rekod Penstoran Peralatan Sinaran Yang Mengandungi Bahan Radioaktif Dan Inventori Keluar Masuk Bahan Radioaktif

    1. Semua peralatan sinaran yang mengandungi bahan radioaktif hendaklah distor di tempat penstoran yang telah diiktiraf oleh AELB

    2. PTJ hendaklah menyediakan dan mengemaskini rekod/inventori untuk merekod keluar-masuk setiap peralatan sinaran/bahan radioaktif ke/dari tempat penstoran sinaran masing-masing.

    3. Rekod ini juga hendaklah disemak sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

    4. Pintu pagar dan pintu tempat penstoran hendaklah sentiasa dipastikan berkunci dan kunci akan disimpan oleh staf yang dipertanggungjawab secara bertulis oleh Ketua PTJ di suatu tempat khas yang selamat mengikut Peraturan Pentadbiran Kunci, USM.

    5. Jika berlaku kehilangan kunci pintu tempat penstoran, PTJ hendaklah melakukan siasatan dan seterusnya melaporkan kepada UKKP dan Jabatan Keselamatan.

    5.

    Rekod Ujian Kebocoran Punca Terkedap

    1. Ujian kebocoran hendaklah dilakukan oleh ANM atau agensi yang diiktiraf oleh AELB sahaja.

    2. Ujian kebocoran hendaklah dilakukan mengikut keadaan berikut:

    (i) apabila punca terkedap digunakan secara berterusan, ujian kebocoran hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun;

    (ii) apabila punca terkedap atau perisaiannya distor melebihi setahun, ujian kebocoran hendaklah dilakukan sebelum punca terkedap diguna semula atau dipindahkan;

    (iii) apabila punca terkedap atau perisaiannya distor dan tidak dikendalikan, ujian kebocoran hendaklah dilakukan sekali setiap dua (2) tahun;

    (iv) apabila sesuatu kerosakan berlaku terhadap punca radioaktif atau perisaiannya, ujian kebocoran hendaklah serta-merta dilakukan sebelum pengendalian atau pemindahan dijalankan; dan

    (v) apabila diarahkan oleh AELB.

    3. Salinan sijil/keputusan ujian kebocoran yang diuruskan/dibiayai oleh PTJ hendaklah dikemukakan kepada UKKP sebaik sahaja ianya diterima untuk dikemukakan kepada AELB.

  • 17

    BIL

    JENIS REKOD

    PEMERIKSAAN, KENDALIAN DAN PENYIMPANAN REKOD Kesemua rekod-rekod dan fail ini hendaklah disimpan disuatu tempat yang telah ditentukan oleh PTJ dan dikawal oleh PPS PTJ. Sebarang penghapusan rekod-rekod ini hendaklah mendapat kebenaran/kelulusan terlebih dahulu daripada UKKP.

    RUJUKAN (Sila Nyatakan nombor rujukan fail dan lokasi simpanan)

    6.

    Rekod Pertukaran Dan Pengambilan/ Pemberhentian/ Peminjaman Pekerja Sinaran

    1. Kebenaran AELB hendaklah diperolehi sekurang-kurangnya 14 hari sebelum sebarang pertukaran/

    pengambilan/pemberhentian/peminjaman pekerja sinaran dari institusi lain dilakukan oleh PTJ. PTJ hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada UKKP sekurang-kurangnya 30 hari daripada tarikh tersebut untuk mendapat kelulusan AELB.

    2. Permohonan kebenaran untuk pengambilan/pendaftaran pekerja sinaran yang baru dengan AELB hendaklah dibuat melalui UKKP dengan menggunakan Borang Permohonan Pengiktirafan/Pendaftaran Pekerja Sinaran USM.

    3. Bagi pengambilan pekerja sinaran baru bukan warganegara Malaysia, PTJ hendaklah memastikan bahawa mereka memiliki permit kerja yang sah.

    4. Bagi sebarang pengambilan pekerja sinaran baru, PTJ hendaklah menyelidiki dan menyiasat rekod peribadi mereka terlebih dahulu.

    5. Bagi pekerja sinaran yang telah berhenti kerja dengan USM, segala barang hak milik USM/PTJ hendaklah dipulangkan kepada USM/PTJ dan akses kepada apa-apa maklumat berkaitan akan disekat oleh PTJ.

    6. PTJ hendaklah memaklum/mengesahkan mana-mana pekerja sinaran yang akan/telah menamatkan

    perkhidmatan/bersara/berhenti kerja dengan PTJ/USM kepada UKKP dengan segera bagi menjalani pemeriksaan perubatan apabila berhenti kerja atau bersara.

    7.

    Rekod Penyelenggaraan Peralatan Sinaran [ Nota : Rujuk Bahagian 7]

    1. PTJ hendaklah sentiasa berhubung dengan UKKP bagi memastikan peralatan sinaran disenggara oleh Agensi yang diiktiraf oleh AELB sekurang-kurangya setahun sekali, bila berlaku kerosakan atau apabila diarahkan oleh AELB.

    2. PTJ hendaklah memastikan sebarang penukaran bahan radioaktif di dalam negeri hanya akan dilakukan oleh pihak pembekal yang telah diberi kebenaran oleh AELB atau agensi yang diiktiraf oleh AELB sahaja. Walau bagaimanapun bagi staf PTJ yang dibenarkan melakukan penyenggaraan sendiri, penukaran ini boleh dilakukan sendiri dengan syarat mendapat kebenaran AELB terlebih dahulu.

    http://ukkp.usm.my/index.php/2013-03-14-00-53-29/download/file/210-borang-permohonan-pendaftaran-pekerja-sinaranhttp://ukkp.usm.my/index.php/2013-03-14-00-53-29/download/file/210-borang-permohonan-pendaftaran-pekerja-sinaran

  • 18

    BIL

    JENIS REKOD

    PEMERIKSAAN, KENDALIAN DAN PENYIMPANAN REKOD Kesemua rekod-rekod dan fail ini hendaklah disimpan disuatu tempat yang telah ditentukan oleh PTJ dan dikawal oleh PPS PTJ. Sebarang penghapusan rekod-rekod ini hendaklah mendapat kebenaran/kelulusan terlebih dahulu daripada UKKP.

    RUJUKAN (Sila Nyatakan nombor rujukan fail dan lokasi simpanan)

    3. PTJ hendaklah memastikan sebarang pengubahsuaian peralatan sinaran serta aksesorinya tidak akan dilakukan kecuali mendapat kebenaran AELB.

    4. PTJ hendaklah memastikan kerja-kerja penyenggaraan akan dilakukan oleh:-

    (i) Staf PTJ yang memenuhi syarat dan diiktiraf oleh AELB; atau

    (ii) Syarikat pembekal yang berlesen dengan AELB dengan syarat peralatan sinaran yang hendak disenggara tersebut terdapat dalam lesennya; atau

    (iii) Syarikat lain yang mempunyai lesen Kelas H (Perkhidmatan Penyelenggaraan). 5. Sebarang rekod berkaitan penyelenggaraan yang diuruskan/dibiayai oleh PTJ hendaklah dikemukakan kepada

    UKKP dengan segera untuk dikemukakan kepada AELB.

    8.

    Rekod Tentukuran Alat Pengesan Sinaran Luar (Meter Tinjau)

    1. Setiap PTJ hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 1 unit alat pengesan/pemonitoran paras sinaran luar yang berfungsi bagi setiap kawasan kerja (work unit) atau sebagaimana yang ditetapkan oleh UKKP/JPSU. Alat tersebut hendaklah ditempatkan di suatu lokasi yang mudah diperolehi bagi digunakan sewaktu kecemasan/diperlukan.

    2. Bagi setiap pembelian/perolehan peralatan sinaran yang baru, PTJ hendaklah memastikan alat pengesan/pemonitoran dibeli/diperolehi bersama-sama dengan peralatan sinaran tersebut. Ianya perlu dinyatakan dalam spesifikasi pembelian/perolehan/sebutharga peralatan sinaran tersebut.

    3. Alat pengesan sinaran luar hendaklah ditentukur di ANM atau Agensi yang diiktiraf oleh AELB sekurang-kurangnya sekali setahun ataupun apabila timbul masalah berkenaan dengan peralatan tersebut.

    4. Alat tersebut hendaklah dihantar ke UKKP untuk ditentuukur dengan ANM atau Agensi yang diiktiraf oleh AELB dalam masa sebulan sebelum tamat tempoh.

    5. PTJ hendaklah memastikan setiap alat pengesan sinaran baru yang dibeli/diperolehi oleh PTJ mempunyai sijil tentukuran yang sah oleh ANM atau Agensi yang diiktiraf oleh AELB sebelum digunakan. Ianya perlu dinyatakan dalam spesifikasi pembelian/perolehan/sebutharga alat tersebut.

  • 19

    BIL

    JENIS REKOD

    PEMERIKSAAN, KENDALIAN DAN PENYIMPANAN REKOD Kesemua rekod-rekod dan fail ini hendaklah disimpan disuatu tempat yang telah ditentukan oleh PTJ dan dikawal oleh PPS PTJ. Sebarang penghapusan rekod-rekod ini hendaklah mendapat kebenaran/kelulusan terlebih dahulu daripada UKKP.

    RUJUKAN (Sila Nyatakan nombor rujukan fail dan lokasi simpanan)

    9.

    Rekod Paras Sinaran

    1. Pemonitoran paras sinaran luar (extenal area monitoring) hendaklah dilakukan oleh PTJ di kawasan seliaan dan

    kawasan kawalan sekurang-kurangnya sekali bagi setiap bulan.

    2. Pemonitoran ini meliputi penilaian terhadap paras sinaran luar di kawasan kerja sinaran, paras pencemaran radioaktif di tempat berkenaan, penilaian risiko sinaran yang berkaitan dengan keadaan kemalangan atau kecemasan.

    3. Pemonitoran kawasan secara berkala hendaklah dilakukan dengan menggunakan alat-alat pemonitoran/pengesan yang diluluskan AELB dan mempunyai sijil tetukuran yang sah.

    4. Rekod paras sinaran luar hendaklah disimpan dan perlu tersedia bagi tujuan pemeriksaan oleh AELB/UKKP.

    5. Butir-butir berikut hendaklah direkodkan:-

    (i) Tarikh dan masa pengukuran

    (ii) Lakaran kawasan kerja iaitu kawasan kawalan, seliaan dan bersih.

    (iii) Lokasi kerja

    (iv) Jenis, model dan tarikh tentukuran alat pengesan sinaran

    (v) Lokasi papan tanda sinaran semasa dedahan

    (vi) Bacaan paras sinaran semasa dedahan

    (vii) Laporan secara keseluruhan tentang operasi tersebut

    10.

    Penyata Pemilikan Peralatan Sinaran

    1. Semua peralatan sinaran yang dimiliki oleh PTJ hendaklah direkodkan di dalam borang penyata pemilikan berikut;-

    (i) Borang Penyata Pemilikan Bahan Radioaktif PTJ (ii) Borang Penyata Pemilikan Radas Sinaran PTJ

    2. Penyata ini hendaklah dikemukakan kepada UKKP dalam masa 7 hari dari tarikh PTJ memiliki peralatan sinaran atau berlaku penambahan, penukaran atau pelupusan peralatan sinaran.

    http://ukkp.usm.my/index.php/2013-03-14-00-53-29/download/file/213-borang-penyata-pemilikkan-bahan-radioaktif-ptjhttp://ukkp.usm.my/index.php/2013-03-14-00-53-29/download/file/214-borang-penyata-pemilikkan-radas-sinaran-ptj

  • 20

    BIL

    JENIS REKOD

    PEMERIKSAAN, KENDALIAN DAN PENYIMPANAN REKOD Kesemua rekod-rekod dan fail ini hendaklah disimpan disuatu tempat yang telah ditentukan oleh PTJ dan dikawal oleh PPS PTJ. Sebarang penghapusan rekod-rekod ini hendaklah mendapat kebenaran/kelulusan terlebih dahulu daripada UKKP.

    RUJUKAN (Sila Nyatakan nombor rujukan fail dan lokasi simpanan)

    11.

    Rekod Pelupusan Sisa Radioaktif/ Peralatan Sinaran [Nota: Rujuk Bahagian 7]

    1. PTJ hendaklah tidak melakukan sebarang aktiviti pelupusan peralatan sinaran (bahan radioaktif/radas sinaran) kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada AELB dan UKKP.

    2. Permohonan kebenaran daripada AELB bagi melupuskan peralatan sinaran hendaklah dikemukakan kepada UKKP dengan menggunakan borang Permohonan Pelupusan berikut;

    (i) Borang Permohonan Pelupusan Bahan Radioaktif (ii) Borang Permohonan Pelupusan Radas Sinaran

    3. Rekod bagi setiap bekas sisa radioaktif hendaklah disimpan dan selenggara. Ianya perlu mengandungi butir-

    butir yang berikut;-

    a) Pengenalan nombornya yang unik dan kelas sisa radioaktif

    b) Jenis radionuklid, jika boleh dilaksanakan berdasarkan asas masing-masing tetapi jika tidak secara kumpulan atau keseluruhan

    c) Keaktifan setiap radionuklid atau kumpulan radionuklid, cara pengukuran atau anggaran dan tarikh pengukuran atau anggaran

    d) Asal sisa radioaktif seperti daripada kemudahan, makmal,bilik dan orang

    e) Bahaya sebenar atau potensi bahaya yang lain termasuklah yang bersifat kimia, patogenik dan berjangkit

    f) Kadar dos pada 1 meter dan tarikh pengukuran

    g) Keputusan pengukuran pencemaran permukaan

    h) Kuantiti sisa radioaktif dari segi bilangan unit, jisim dan isi padu; dan

    i) Nama Pegawai Pengurusan Sisa Radioaktif PTJ yang membuat pencirian kandungan bekas sisa radioaktif dan yang menyediakan rekod.

    4. Radas sinaran hendaklah dileraikan komponen-komponen utama (tiub, kabel, elektrik) dan dilupuskan mengikut cara yang diluluskan oleh ALEB.

    5. Apa-apa pengangkutan sisa radioaktif dari premisnya adalah mengikut undang-undang bertulis mengenai pengangkutan sisa radioaktif.

    http://ukkp.usm.my/index.php/2013-03-14-00-53-29/download/file/216-borang-permohonan-pelupusan-bahan-radioaktifhttp://ukkp.usm.my/index.php/2013-03-14-00-53-29/download/file/215-borang-permohonan-pelupusan-radas-sinaran

  • 21

    BIL

    JENIS REKOD

    PEMERIKSAAN, KENDALIAN DAN PENYIMPANAN REKOD Kesemua rekod-rekod dan fail ini hendaklah disimpan disuatu tempat yang telah ditentukan oleh PTJ dan dikawal oleh PPS PTJ. Sebarang penghapusan rekod-rekod ini hendaklah mendapat kebenaran/kelulusan terlebih dahulu daripada UKKP.

    RUJUKAN (Sila Nyatakan nombor rujukan fail dan lokasi simpanan)

    12.

    Rekod Pindah Milik

    1. PTJ hendaklah mengemukakan permohonan kepada UKKP untuk mendapatkan kebenaran daripada AELB sebelum aktiviti memindah milik peralatan sinaran daripada/kepada pemegang lesen yang lain. Peralatan ini hendaklah tidak dipindah milik sebelum mendapat kebenaran daripada AELB.

    2. Rekod pindah milik hendaklah dikemukakan oleh PTJ kepada UKKP dalam tempoh 14 hari selepas aktiviti tersebut dijalankan.

    13.

    Rekod Import/Eksport Peralatan Sinaran [Nota :Rujuk Bahagian 7]

    PTJ hendaklah memastikan hanya syarikat yang mempunyai lesen dengan AELB sahaja yang dibenarkan untuk import/eksport peralatan sinaran PTJ.

    14.

    Rekod Pengangkutan Bahan Radioaktif [ Nota: Rujuk Bahagian 7 ]

    PTJ hendaklah memastikan hanya syarikat yang mempunyai lesen dengan AELB sahaja yang dibenarkan untuk mengangkut peralatan sinaran PTJ.

    15.

    Rekod Kejadian/ Kemalangan Sinaran dan Keadaan Luar Jangka (Abnormal Event) [ Nota: Rujuk Bahagian 8]

    1. PTJ hendaklah melaporkan kepada UKKP dengan serta merta tentang sebarang kejadian atau keadaan luar jangka yang menggugat elemen sekuriti apabila disedari (upon discovery).

    2. PTJ hendaklah menghantar laporan lengkap mengenai kejadian luar jangka berkaitan gangguan Pelan Sekuriti kepada UKKP dalam masa 15 hari dari tarikh kejadian berlaku untuk di analisa dan dikemukakan kepada AELB

    3. Sebarang kejadian/kemalangan sinaran yang melibatkan peralatan sinaran seperti kemalangan semasa pengangkutan, kerosakan, kebakaran atau kecurian hendaklah direkodkan.

  • 22

    BIL

    JENIS REKOD

    PEMERIKSAAN, KENDALIAN DAN PENYIMPANAN REKOD Kesemua rekod-rekod dan fail ini hendaklah disimpan disuatu tempat yang telah ditentukan oleh PTJ dan dikawal oleh PPS PTJ. Sebarang penghapusan rekod-rekod ini hendaklah mendapat kebenaran/kelulusan terlebih dahulu daripada UKKP.

    RUJUKAN (Sila Nyatakan nombor rujukan fail dan lokasi simpanan)

    16.

    Rekod Pindah Lokasi Peralatan Sinaran

    PTJ hendaklah mengemukakan permohonan kepada UKKP untuk mendapatkan kebenaran daripada AELB sebelum memindah peralatan sinaran ke lokasi lain. Peralatan ini hendaklah tidak dipindahkan sebelum mendapat kebenaran daripada AELB.

    17.

    Rekod Kursus/Latihan

    Semua maklumat pengendali sinaran yang mengikuti kursus/latihan perlindungan sinaran sama ada yang dijalankan mengikut Bahagian 3 atau dijalankan oleh PTJ hendaklah disimpan dalam rekod ini

    18.

    Rekod Lawatan Pemeriksaan UKKP/AELB

    1. Laporan-laporan hasil daripada pemeriksaan/audit mengejut/berkala/penguatkuasaan dan seumpamanya yang dikemukakan oleh AELB/UKKP kepada PTJ hendaklah disimpan dalam rekod ini.

    2. Rekod ini hendaklah disemak/diaudit oleh PPS PTJdari masa ke masa.

    19.

    Rekod Peminjaman Peralatan Sinaran

    1. Permohonan kebenaran daripada AELB untuk meminjam peralatan sinaran dari pemegang lesen/Agensi yang lain hendaklah dikemukakan kepada UKKP sekurang-kurangnya30 hari sebelum peminjaman tersebut dibuat.

    2. PTJ hendaklah pastikan bahawa peminjaman hanya dibuat bagi peralatan yang modelnya sama sahaja.

    3. PTJ hendaklah pastikan bahawa bilangan/kuantiti punca yang akan dimiliki (termasuk yang dipinjam) adalah tidak melebihi dari yang dilesenkan.

    20.

    Rekod Pengujian Pelan Sekuriti

    1. Menyedia pelan sekuriti di tempat kerja (tempat penstoran peralatan sinaran).

    2. Ujian terhadap elemen sekuriti ditempat kerja hendaklah dilakukan dari masa ke masa untuk memastikan ia sentiasa berfungsi dengan baik dan direkodkan.

    21.

    Rekod Keluar Masuk Kakitangan/ Personal

    1. PTJ hendaklah menyediakan buku log untuk merekod keluar-masuk pekerja ke/dari dalam premis sinaran masing-masing.

    2. Rekod ini hendaklah disemak/audit oleh PPS PTJ dari masa ke masa.

  • 23

    BIL

    JENIS REKOD

    PEMERIKSAAN, KENDALIAN DAN PENYIMPANAN REKOD Kesemua rekod-rekod dan fail ini hendaklah disimpan disuatu tempat yang telah ditentukan oleh PTJ dan dikawal oleh PPS PTJ. Sebarang penghapusan rekod-rekod ini hendaklah mendapat kebenaran/kelulusan terlebih dahulu daripada UKKP.

    RUJUKAN (Sila Nyatakan nombor rujukan fail dan lokasi simpanan)

    22.

    Rekod Pemeriksaan/ Pengauditan Sinaran

    Semua laporan pemeriksaan/audit sinaran PTJ sama ada yang dilakukan oleh UKKP/AELB atau seumpamanya hendaklah direkodkan.

    23.

    Akta/Standard/ Peraturan/Prosedur/ Ketetapan AELB/UKKP dll.

    Semua Akta/Standard/Peraturan/Prosedur/Ketetapan AELB/UKKP dan lain-lain yang diterima pakai hendaklahdirekodkan untuk rujukan.

    24.

    Rekod-rekod Lain Yang Diperlukan oleh AELB/UKKP Dari Masa Ke Masa

    Rekod-rekod lain yang diperlukan oleh AELB/UKKP hendaklah disediakan dari masa ke masa.

  • 24

    BAHAGIAN 7 PROSEDUR KENDALIAN PERALATAN SINARAN

    BIL KENDALIAN SEBELUM KENDALIAN SEMASA KENDALIAN SELEPAS KENDALIAN 1.

    Peralatan Sinaran (Keselamatan Umum)

    1. Peralatan sinaran hendaklah dipastikan

    dalam keadaan baik dan ditempatkan dilokasi yang diluluskan oleh AELB.

    2. Peralatan pemonitoran peribadi atau dosimeter saku akan disediakan kepada pekerja sinaran mengikut pengkelasan kawasan kerja atau sebagaimana ditetapkan oleh UKKP/JPSU.

    3. Alat pengesan sinaran (meter tinjau) perlu sentiasa berfungsi dengan baik, iaitu sekurang-kurangnya 1 unit untuk setiap kawasan kerja (work unit) yang mempunyai peralatan sinaran atau sebagaimana yang ditentukan oleh UKKP/JPSU.

    4. Peralatan sinaran hendaklah dikendalikan oleh pekerja sinaran yang berkelayakan.

    5. Rekod keluar masuk peralatan sinaran hendaklah di rekodkan di dalam buku log dan perlu disahkan oleh staf yang dipertanggungjawab oleh Ketua PTJ.

    6. Kemudahan penstoran hendaklah dikunci semula setelah peralatan sinaran dikeluarkan.

    7. Sekiranya kemudahan penstoran telah dikosongkan, lambang amaran sinaran perlu ditanggalkan.

    1. Tahap sinaran luar akan sentiasa diukur

    bagi memastikan tiada kebocoran.

    2. Pekerja atau individu yang tidak terlibat dengan pengendalian sinaran tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan kawalan atau seliaan

    1. Semua peralatan pemeriksaan

    sinaran seperti lencana filem, TLD atau dosimeter saku dan juga alat pengukur/pengesan sinaran diletakkan kembali ke tempat asal setelah digunakan.

    2. Semua pengendali/pekerja akan merekodkan di dalam buku log setelah kerja melibatkan dedahan sinaran selesai dilakukan. Segala insiden atau masalah yang berlaku akan juga dilaporkan kepada Penyelia, PPS PTJ dan UKKP.

    3. Dos dedahan peribadi (dari bacaan serta merta dosimeter saku atau seumpamanya) yang diterima setiap kali kerja sinaran selesai akan direkodkan oleh pekerja di dalam buku log yang disediakan oleh PTJ.

    4. PPS PTJ akan mengurus/ menghantar lencana filem/meter tinjau kepada UKKP untuk dianalisa/ditentukur oleh ANM atau Agensi yang diiktiraf AELB.

  • 25

    2. Operasi Biasa 2.1

    Punca/Bahan Radioaktif Terkedap

    1. Sebarang kerja-kerja hendaklah dirancang terlebih dahulu dan teknik-teknik pengawalan seperti penggunaan perisai, jarak dan masa hendaklah diambil kira didalam perancangan tersebut bagi mengelakkan dedahan yang tidak diperlukan.

    2. Eksperimen-eksperimen yang memerlukan penggunaan punca terkedap yang berkeaktifan tinggi hendaklah dijalankan dengan menggunakan bahan-bahan bukan radioaktif atau 'dummy' bagi melatih-melatih pekerja-pekerja terlebih dahulu sebelum menggunakan bahan-bahan radioaktif yang sebenar.

    1. Jangan memegang punca terkedap dengan tangan, gunakan alat-alat keselamatan yang disediakan mengikut keperluan seperti 'tongs', sarung tangan dan seumpamanya.

    2. Bahan-bahan radioaktif hendaklah mempunyai maklumat-maklumat berikut;

    (i) Nombor siri atau tanda pengenalan lain bagi punca

    (ii) Jenis punca, tarikh diterima serta keaktifannya semasa diterima

    (iii) Segala pergerakkan punca

    (iv) Segala ujian yang telah dilakukan keatas punca.

    (v) Simbol/lambang sinaran yang ditetapkan

    3. Punca-punca radioaktif yang tidak digunakan lagi hendaklah disimpan di dalam tempat/stor yang khas untuknya

    1. Setiap punca radioaktif

    hendaklah sentiasa diketahui tentang kedudukan dan keadaannya selepas digunakan.

    2. Rekod-rekod mengenainya hendaklah sentiasa dikemaskini dan diaudit.

    2.2

    Punca/Bahan Radioaktif Tak Terkedap

    1. Sebelum menjalankan sebarang eksperimen yang melibatkan bahan radioaktif, prosedur kerja hendaklah difahami terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kesilapan.

    2. Semua kerja yang melibatkan punca-punca tak terkedap hendaklah dijalankan di dalam kawasan yang terkawal dan dilengkapi dengan sistem pemeriksaan bagi mengesan kewujudan cemaran yang mungkin terhasil terhadap penguna-pengguna, peralatan dan kawasan.

    1. Gunakan dengan sepenuhnya segala

    kemudahan dan peralatan keselamatan yang disediakan seperti kebuk wasap, sinki radioaktif, sarung tangan, bekas-bekas sisa dan seumpamanya.

    2. Jangan samasekali menggunakan mulut untuk kerja-kerja yang melibatkan bahan radioaktif. Makan, minum dan merokok adalah dilarang samasekali semasa berada di dalam kawasan radioaktif.

    1. Setelah selesai menjalankan

    eksperimen, tangan hendaklah dibasuh, dikeringkan dan diperiksa dengan alat pengesan. Seluruh anggota badan, terutamanya bahagian kaki hendaklah diperiksa dan dipastikan bebas daripada sebarang cemaran bahan radioaktif.

    2. Seluruh kawasan kerja dan

    peralatan-peralatan yang

  • 26

    3. Gunakan pakaian/alat perlindungan diri (ALD) yang sesuai bagi melindungi diri daripada dicemari bahan-bahan radioaktif seperti kot makmal, sarung tangan, kasut bertutup dan seumpamanya. Teknik-teknik dan cara-cara memakai dan membuka pakaian ini juga perlu dipelajari dan difahami bagi mengelakkan cemaran.

    4. Jangan mengeluarkan bahan radioaktif melebihi daripada yang dikehendaki.

    5. Cara-cara yang sesuai dan selamat hendaklah digunakan untuk memindahkan bahan-bahan radioaktif daripada satu bekas ke bekas yang lain.

    6. Setiap bekas yang digunakan untuk bahan-bahan radioaktif hendaklah dilabelkan dengan tanda-tanda amaran bahan radioaktif yang memberikan maklumat-maklumat berikut;

    (i) jenis dan ciri kandungan

    (ii) keadaan fizikalnya

    (iii) aktivitinya

    (iv) kadar dos pada bahagian permukaan luar bekas

    (v) kadar dos pada jarak yang tertentu

    (vi) Simbol/lambang sinaran yang ditetapkan

    tercemar hendaklah sentiasa diperiksa dengan alat pengesan bagi memastikan kawasan tersebut sentiasa bebas daripada cemaran bahan-bahan radioaktif yang tidak diingini.

    3. Keputusan pemonitoran/ pemeriksaan Perkara 1 dan 2 di atas hendaklah direkod di dalam buku log.

    2.3

    Mesin Sinar-X

    1. Hanya pekerja atau mereka yang telah diberi latihan dan mempunyai pengetahuan tentang cara-cara kendalian yang betul dan tahu tentang bahaya-bahaya yang terlibat dibenar mengendalikan mesin sinar X.

    1. Pengendalian mesin sinar X hendaklah

    dilakukan di dalam bilik khas yang mempunyai perisai yang mencukupi. Seboleh yang mungkin, kawalan terhadap mesin tersebut dijalankan dari luar dan sistem 'interlock' berfungsi bagi mengelak kendalian berterusan semasa pintu bilik

    1. Pastikan mesin di ‘off’ dan ianya berada dalam keadaan yang selamat apabila tidak digunakan.

    2. Pastikan buku log penggunaan direkod.

  • 27

    2. Pastikan mesin sinar X berada dalam keadaan sempurna sebelum dikendalikan, termasuk ianya telah diselenggara oleh syarikat berlesen dengan AELB.

    dibuka atau semasa mesin salah laku. Sistem tanda amaran automatik yang boleh dilihat dan didengar bagi menunjukkan mesin sedang beroperasi juga hendaklah diadakan dan dipastikan berfungsi semasa mesin dikendalikan.

    2. Gunakan penapis (filter) yang bersesuaian untuk menghilangkan sinaran bertenaga rendah yang tidak dikehendki.

    3. Saiz pancaran (beam) hendaklah dihadkan kepada saiz minima yang diperlukan dengan menggunakan pengkolimat (collimator) dan perisai (shielding)

    3.

    Penstoran Punca/ Bahan Radioaktif

    1. Bahan-bahan radioaktif hendaklah disimpan di dalam stor atau di tempat penstoran yang selamat apabila tidak digunakan.

    2. Tempat penstoran bahan-bahan radioaktif tersebut hendaklah dipastikan;

    (i) sentiasa dikunci dan kuncinya disimpan oleh staf yang dipertanggungjawabkan oleh ketua PTJ.

    (ii) Dapat mengurangkan risiko kebakaran dan banjir

    (iii) simbol-simbol sinaran dan tanda amaran yang sesuai dipasangkan pada tempat-tempat yang strategik, terutamanya pada pintu.

    (iv) mempunyai pintu kecemasan yang boleh dikunci dan dibuka dari dalam.

    3. Hanya pekerja sinaran yang dipertanggungjawab oleh Ketua PTJ sahaja dibenarkan memasuki atau mengeluarkan punca-punca bahan radioaktif dari tempat penstorannya.

    1. Bahan radioaktif dan penempatan penjana sinaran hendaklah dilindungi dan dilengkapi dengan perisai yang mencukupi

    2. Tidak dibenarkan mengubah/meminda sebarang alat keselamatan dalam penjanaan atau radas sinaran tanpa kebenaran UKKP/AELB.

    3. Butir-butir mengenai jenis punca, aktiviti, pergerakan dan nama pekerja yang bertanggungjawab hendaklah direkodkan apabila punca-punca radioaktif tersebut dikeluarkan dari tempat penstoran. Begitu juga apabila punca-punca tersebut dikembalikan ke dalam tempat penstoran.

    1. Tempat penstoran hendaklah selalu diperiksa dan diawasi untuk mengesan sebarang pencemaran dan kebocoran yang mungkin berlaku.

    2. Punca-punca radioaktif yang dibawa keluar dari tempat penstoran hendaklah diperiksa dan ditentukan berada di dalam keadaan yang selamat.

    3. Inventori hendak disemak sekurang-kurangnya sekali dalam masa empat bulan.

  • 28

    4.

    Pengangkutan bahan radioaktif di luar kampus USM

    1. PTJ hendaklah mendapatkan khidmat

    syarikat yang berlesen dengan AELB bagi mengangkut bungkusan radioaktif di luar kampus/premis USM.

    2. PTJ hendaklah memastikan syarikat yang akan dilantik untuk menjalankan aktiviti pengangkutan telah diselidiki latarbelakangnya serta boleh dipercayai dan mempunyai lesen yang sah dengan AELB.

    1. PTJ hendaklah memastikan syarikat

    mematuhi syarat lesen pengangkutan yang ditetapkan oleh AELB mengikut Peraturan-Peraturan Perlindungan Sinaran (Pengangkutan) 1989

    1. Distor di tempat penstoran yang

    telah diluluskan oleh AELB.

    2. Semua bungkusan hendaklah diperiksa dengan alat pengesan sinaran (meter tinjau) bagi mempastikan tiada kebocoran, kerosakan atau kehilangan bahan radioaktif.

    Penerimaan Bungkusan 1. Bungkusan hendaklah diperiksa

    dan diukur dengan alat pengesan sinaran meter tinjau) secepat yang boleh untuk memastikan tiada kerosakan atau kebocoran.

    4.1

    Pengangkutan bahan radioaktif di dalam kampus/permis USM

    1. Hanya mereka yang

    dipertanggungjawabkan oleh Ketua PTJ secara bertulis sahaja yang dibenarkan untuk menjalankan kerja-kerja pengangkutan.

    2. Bahan-bahan radioaktif yang akan diangkut hendaklah menggunakan bekas-bekas yang sesuai seperti menggunakan bekas-bekas logam, kayu dan seumpamanya yang mempunyai perisai yang mencukupi.

    1. Semasa memindahkan bahan-bahan

    radioaktif kedalam bekas pengangkut, pakaian/alat perlindungan diri dan peralatan-peralatan keselamatan yang mencukupi hendaklah digunakan oleh pekerja-pekerja sinaran

    2. Paras sinaran dan cemaran pada bahagian luar bekas pengangkut hendaklah diperiksa dan paras tersebut hendaklah lebih rendah daripada had yang dibenarkan; iaitu 0.02mSv/j.

    3. Pengangkutan bahan-bahan radioaktif hendaklah melalui jalan-jalan/ laluan-laluan yang paling mudah, cepat dan tiada ramai pengguna.

    4. Dilarang sama sekali untuk mengangkut bahan radioaktif dengan kenderaan sendiri/awam.

    1. Inventori pergerakan bahan

    radioaktif yang dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain hendaklah dikemaskinikan.

  • 29

    5. Paras sinaran pada mana-mana kedudukan pekerjaan biasa tidak melebihi 0.02 mSv/j. Paras sinaran di sebelah luar dinding kenderaan Universiti/PTJ yang digunakan untuk mengangkut bahan radioaktif hendaklah tidak melebihi 2 mSv/j dan pada jarak 2 meter dari dinding luar kenderaan tidak melebihi 0.1 mSv/j.

    6. Pintu kenderaan tempat dimana bungkusan ditempatkan perlu dipastikan berkunci.

    7. Semua pekerja yang terlibat semasa pengangkutan perlu memakai lencana filem/TLD atau dosimeter saku.

    8. Hanya pemandu dan penolong pemandu sahaja yang dibenarkan di dalam kenderaan semasa bahan radioaktif diangkut.

    9. Paras sinaran pada ruang pemandu hendaklah tidak melebihi 0.02 mSv/hr.

    10. Bahan-bahan radioaktif, terutamanya di dalam bentuk yang mudah dihamburkan atau di dalam bekas yang mudah pecah atau bocor hendaklah dibawa dengan menggunakan bekas berlapis yang mempunyi dinding luaran yang tidak mudah pecah. Punca-punca cecair hendaklah dilapisi dengan bahan penyerap yang tidak mudah terbakar untuk menyerap sekiranya berlaku tumpahan atau kebocoran.

    11. Bekas-bekas pengangkut hendaklah dilabelkan dengan jelas bagi menunjukkan isi kandungan dan keupayaan bahaya yang wujud.

  • 30

    12. Label-label tersebut hendaklah mempunyai maklumat-maklumat berikut;

    (i) jenis

    (ii) bentuk

    (iii) aktiviti

    (iv) paras sinaran dipermukaan bekas

    (v) nama pegawai bertanggungjawab

    (vi) lambang sinaran 13. Bekas-bekas bahan radioaktif

    hendaklah diikat pada alat pengangkut, troli atau kenderaan supaya bekas-bekas tersebut tidak bergerak atau bergolek semasa dibawa.

    14. Semua punca radioaktif hendaklah dilabelkan dengan jelas dan memberi maklumat mengenai aktiviti dan ciri-cirinya. Nama pegawai yang bertanggungjawab untuk punca tersebut juga hendaklah dicatatkan.

    4.2

    Import dan eksport peralatan sinaran

    1. PTJ perlu mendapatkan khidmat syarikat yang berlesen dengan AELB bagi mengimport dan mengeksport peralatan sinaran

    2. PTJ akan memastikan syarikat yang menjalankan aktiviti import dan eksport peralatan sinaran telah diselidiki latarbelakangnya serta boleh dipercayai.

    1. PTJ perlu memastikan syarikat yang dilantiknya mematuhi syarat lesen import dan eksport peralatan sinaran sebagaimana yang ditetapkan oleh AELB.

    1. Mana-mana bahan radioaktif /radas sinaran yang diterima oleh PTJ hendaklah dilaporkan kepada UKKP dengan menggunakan borang Penyata Pemilikan PTJ (Lampiran ) bagi tujuan pengemaskinian daftar pemilikan dengan AELB. Borang tersebut perlu dikemukakan bersama-sama dengan semua maklumat/ dokumen berkaitan aktiviti import/eksport yang diperolehi.

    2. Mengesahkan penerimaan peralatan sinaran mengikut model dan kuantiti yang diperlukan.

  • 31

    5.

    Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

    1. Setiap kerja penyelenggaraan sama ada

    yang akan dijalankan oleh syarikat luar atau staf PTJ hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada AELB terlebih dahulu.

    2. Latarbelakang individu dan syarikat yang menjalankan aktiviti penyelenggaraan hendaklah diselidiki kebolehpercayaannya terlebih dahulu oleh PTJ.

    3. PTJ perlu memastikan peralatan keselamatan terutamanya alat pengesan sinaran luar berfungsi dengan baik.

    4. Peralatan pemonitoran peribadi atau dosimeter saku perlu disediakan kepada semua pekerja sinaran yang terlibat dengan penyelenggaraan.

    1. Paras sinaran luar akan sentiasa diukur

    bagi memastikan tiada kebocoran.

    1. Semua peralatan pemeriksaan

    sinaran kawasan dan peralatan permonitoran diletakkan kembali ke tempat asalnya selepas digunakan.

    2. Pastikan laporan dibuat kepada UKKP setelah selesai kerja penyelenggaraan dilakukan. Segala insiden atau masalah yang berlaku juga dilaporkan.

    3. Dos dedahan (dari bacaan serta merta seperti dosimeter saku) yang diterima setiap kali selepas kerja-kerja penyelenggaraan akan direkodkan.

    4. Laporan penyelenggaraan akan disediakan. Ianya akan mengandungi maklumat penyelenggaraan ‘performance test’ yang memenuhi keperluan standard, senarai komponen yang telah dan perlu diganti dan cadangan tempoh penyelenggaraan seterusnya.

    6.

    Pelupusan Sisa Radioaktif (Nota: Rujuk Bahagian 6, Bil. 11)

    1. Sisa radioaktif hendaklah dikelaskan, diasingkan dan diuruskan sebagaimana yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Pengurusan Sisa Radioaktif) 2011.

    2. Sisa radioaktif hendaklah tidak dilupuskan terus ke alam sekitar kecuali setelah mendapat kebenaran AELB dan mematuhi Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Pengurusan Sisa Radioaktif) 2011.

    Pengumpulan/Penyimpanan Sisa Radioaktif

    1. Setiap sisa radioaktif selepas pengasingan hendaklah disimpan secara berasingan di dalam bekas yang berlainan.

    2. Setiap bekas hendaklah:-

    a) Ditandakan dengan jelas dan unik dengan butir-butir seperti keaktifan, jenis radionuklid, separuh hayat, bentuk fizikal dan kimia dan bahaya bukan radiologi

    Pelupusan peralatan sinaran yang telah dilupuskan hendaklah direkodkan dan dimaklumkan kepada UKKP dengan borang penyata Seperti LAMPIRAN 2 dan 3.

  • 32

    3. Sisa radioaktif yang tidak dapat dilupuskan terus ke alam sekitar atau dipulangkan kepada syarikat pembekal asal hendak dilupuskan dengan menggunakan khidmat Agensi Nuklear Malaysia atau Agensi yang diiktiraf oleh AELB.

    b) Mempunyai simbol sinaran

    c) Kuat

    d) Sesuai dengan sisa radioaktif tersebut; dan

    e) Boleh diisi dan dikosongkan dengan selamat sepanjang tempoh yang dijangka dalam penyimpanan termasuklah penyediaan pemerisaian yang mencukupi sebagaimana yang sesuai.

    3. Sisa radioaktif disimpan dengan mengikut apa-apa cara untuk melindungi kesihatan manusia dan persekitaran dan terutamanya tidak boleh disimpan di sekitar bahan mengakis, mudah meletup atau mudah terbakar dan juga di kawasan yang mudah berlaku bencana alam.

    4. Kemudahan khas atau kemudahan lain yang disediakan bagi penyimpanan sisa radioaktif hendaklah;-

    a) Ditandakan dengan jelas

    b) Mempunyai simbol sinaran

    c) Mempunyai akses terkawal; dan

    d) Membolehkan pemisahan sisa radioaktif yang belum dirawat dan yang telah dirawat.

    5. Penyimpanan sisa radioaktif hendaklah selamat dengan memastikan bahawa;-

    a) Bahan dan binaan bekas penyimpanan sisa radioaktif hendaklah menjamin keutuhan bungkusan sisa radioaktif dikekalkan sepanjang tempoh simpanan yang dijangkakan

  • 33

    b) Benda-benda tajam (seperti radas kaca, jarum picagari) dll yang tercemar dengan bahan radioaktif (sisa radioaktif) disimpan dalam bekas luaran yang mempunyai pelapik dalaman kalis tusukan

    c) Jika sisa radioaktif boleh mengakis atau sepai di dalam bekas atau jika penyimpanan berkemungkinan berpanjangan, satu pelapik yang sesuai digunakan bagi mengekalkan keutuhan kandungan sepanjang tempoh simpanan yang dijangkakan

    d) Sumber terkedap terpakai disimpan dalam pemerisaian terdekat (immediate shielding) di dalam bekas untuk mengurangkan dedahan dan membantu pengendalian pada masa hadapan;dan

    e) Permukaan dalaman dan luaran semua bekas telah diperiksa pencemarannya setiap kali sebelum bekas digunakan atau digunakan semula.

    6. Sisa pepejal atau bahan-bahan pepejal seperti bahan penyerap/pengelap dan seumpamanya yang tercemar dengan bahan radioaktif hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang boleh dibuka dengan gerakan kaki. Bekas tersebut hendaklah diliputi dengan karung plastik yang boleh dikeluarkan tanpa sebarang pencemaran. Karung plastik yang telah dikeluarkan hendaklah diikat dan ditandakan "Sisa Radioaktif Pepejal" (beserta maklumat Perkara 2 dan 4 di atas) dengan jelas.

  • 34

    Ianya hendaklah diletakkan ditempat yang selamat untuk urusan pelupusan selanjutnya.

    7. Sisa cecair yang aktif hendaklah disimpan di dalam bekas khas. Bekas-bekas tersebut hendaklah ditandakan "Sisa Radioaktif Cecair" (beserta maklumat Perkara 2 dan 4 di atas) dengan jelas. Ianya hendaklah diletakkan di tempat yang selamat untuk urusan pelupusan selanjutnya

    8. Bekas-bekas pengumpulan sisa (seperti carboy) boleh juga digunakan untuk menyimpan sisa cecair. Bekas tersebut hendaklah diletakkan di dalam timba atau talam untuk membendung tumpahannya. Bahan-bahan penyerap yang sesuai boleh digunakaan untuk menyerap tumpahan dan dikendalikan sebagai "Sisa Radioaktif Pepejal".

    9. Pengumpulan sisa radioaktif hendaklah diasingkan mengikut bentuk, jenis dan sifat sisa yang dihasilkan. Bekas-bekas yang berasingan hendaklah disediakan untuk tujuan ini.

    10. Anggaran kuantiti sisa radioaktif yang dimasukkan ke dalam semua bekas hendaklah direkodkan, terutamanya bagi radioisotop yang mempunyai aktiviti yang tinggi.

    11. Semua pengendalian dan pembungkusan sisa sinaran hendaklah dijalankan/ diuruskan oleh PTJ masing-masing.

  • 35

    BAHAGIAN 8 PROSEDUR MENANGANI KEJADIAN (INSIDEN) DI LUAR JANGKAAN

    BIL KEJADIAN SEBELUM KEJADIAN SEMASA KEJADIAN SELEPAS KEJADIAN

    1.

    Kejadian/ Kemalangan Sinaran (UMUM)

    Persediaan hendaklah diambil oleh PTJ bagi mengelakkan kemalangan sinaran daripada berlaku, termasuk mengendalikan latihan-latihan kecemasan/kemalangan.

    1. PTJ hendaklah melaporkan kejadian tersebut kepada UKKP dengan serta merta untuk dilaporkan kepada AELB dalam tempoh 24 jam.

    2. Peralatan pengesan sinaran/meter tinjau hendaklah digunakan untuk mengukur paras sinaran di sekeliling kawasan terlibat. Paras sinaran di luar sempadan akan dipastikan kurang daripada 0.5 uSv/jam.

    3. Lambang amaran bahaya sinaran hendaklah diletakkan berhampiran kawasan kejadian dan diawasi supaya tidak seorang pun memasuki kawasan terkawal.

    4. Sekiranya bahan radioaktif tersebut tidak boleh diambil, tunggu tindakan seterusnya daripada AELB.

    1. Pekerja yang terlibat hendaklah diberikan pemeriksaan perubatan.

    2. Lencana filem hendaklah dihantar ke ANM atau Agensi yang diiktiraf oleh AELB untuk dianalisa.

    3. Analisa aberasi kromosom hendaklah dilakukan ke atas pekerja yang disyaki menerima dos dedahan melebihi 100 mSv/tahun.

    4. Penyiasatan hendaklah dilakukan oleh PTJ tentang bagaimana kejadian ini boleh berlaku.

    5. PTJ hendaklah memastikan kejadian ini telah dilaporkan kepada UKKP untuk dilaporkan kepada AELB dalam tempoh 24 jam.

    6. PTJ/Penyelia hendaklah mengemukakan laporan bertulis kepada UKKP dalam masa 15 hari untuk dikemukakan kepada AELB dalam tempoh 30 hari. Maklumat yang perlu dikemukakan adalah:

  • 36

    BIL KEJADIAN SEBELUM KEJADIAN SEMASA KEJADIAN SELEPAS KEJADIAN (i) Butir-butir PTJ, masa, tarikh

    dan tempat berlaku kejadian.

    (ii) Bagaimana kejadian ini berlaku

    (iii) Jenis, kuantiti, keaktifan serta bentuk kimia dan fizikal bahan yang terlibat.

    (iv) Keputusan penilaian dos individu yang terlibat dan keterangan mengenai bagaimana dedahan itu diterima.

    (v) Tindakan yang telah dan akan diambil untuk mengatasi bahaya yang mungkin timbul dari kejadian itu.

    (vi) Prosedur atau langkah yang telah atau akan dilakukan untuk mencegah berulang kejadian itu.

    (vii) Maklumat lain yang difikirkan perlu.

    1.1

    Bahan Radioaktif (Terkedap)

    1. Perkakasan yang perlu disediakan/digunakan:

    (i) Survey meter (ii) Penyepit (iii) Kepingan plumbum/'lead shot' (iv) Papan tanda amaran ‘bahaya sinaran' (v) Tali/pita sebagai sawar (vi) Lampu amaran (vii) Wisel (viii) Bekas plumbum (ix) Pemotong kabel

    a. Tindakan Pengendali

    1. Meter tinjau perlu digunakan untuk mengukur paras sinaran di sekeliling kawasan dan buatkan sempadan baru. Pastikan paras sinaran di luar sempadan kurang daripada 0.5 uSv/j .

    2. Letakkan papan tanda amaran sinaran di sekitar kawasan sempadan. Pastikan di sekeliling kawasan sempadan diawasi supaya tiada seorangpun memasuki kawasan terkawal.

    1. Pekerja yang terlibat hendaklah diberikan pemeriksaan perubatan.

    2. Lencana filem dihantar ke ANM atau Agensi yang diiktiraf oleh AELB untuk dianalisa.

    3. Penyiasatan hendaklah dilakukan oleh PTJ tentang bagaimana kejadian ini boleh berlaku.

  • 37

    BIL KEJADIAN SEBELUM KEJADIAN SEMASA KEJADIAN SELEPAS KEJADIAN (x) Perkakas lain yang sesuai.

    2. Perkakasan tersebut hendaklah

    disediakan oleh PTJ.

    3. Laporkan kepada PPS PTJ/penyelia/UKKP tentang kejadian ini dan langkah-langkah yang telah/akan diambil untuk mengawal keadaan.

    4. Jika bahan radioaktif terkeluar daripada peralatan sinaran, cuba masukkan semula ke dalam peralatan tersebut atau bekas plumbum dengan menggunakan penyepit (jangan sekali kali menggunakan tangan). Langkah keselamatan tertentu perlulah diambil sebelum kerja ini dijalankan.

    b. Tindakan Penyelia/PPS PTJ/UKKP

    1. Setibanya dilokasi, tindakan PPS PTJ/Penyelia/UKKP bergantung kepada sama ada bahan radioaktif sudah dimasukkan ataupun tidak ke dalam peralatan sinaran/bekas plumbum.

    2. Sekiranya bahan radioaktif sudah dimasukkan ke dalam peralatan sinaran/bekas plumbum:

    (i) gunakan peralatan pengesan sinaran/meter tinjau,ukur paras sinaran di sekeliling peralatan sinaran/bekas plumbum dengan teliti.

    (ii) Dapatkan laporan mengenai kejadian tersebut daripada Pekerja/Pengendali yang terlibat.

    (iii) rehatkan pekerja-pekerja/pengendali yang terlibat sehingga kadar dos yang mereka terima diketahui.

    (iv) analisa peralatan pengawasan peribadi pekerja yang terlibat untuk mengetahui kadar dos yang telah diterima.

    4. PTJ hendaklah memastikan kejadian ini telah dilaporkan kepada UKKP untuk dilaporkan kepada AELB dalam tempoh 24 jam.

    5. PTJ hendaklah mengemukakan laporan bertulis kepada UKKP dalam masa 15 hari untuk dikemukakan kepada AELB dalam tempoh 30 hari. Maklumat yang akan dikemukakan adalah:

    (i) Butir-butir pemegang lesen, masa, tarikh dan tempat berlaku kejadian.

    (ii) Bagaimana kejadian ini berlaku

    (iii) Jenis, kuantiti, keaktifan serta bentuk kimia dan fizikal bahan yang terlibat.

    (iv) Keputusan penilaian dos individu yang terlibat dan keterangan mengenai bagaimana dedahan itu diterima.

    (v) Tindakan yang telah dan akan diambil untuk mengatasi bahaya yang mungkin timbul dari kejadian itu.

    (vi) Prosedur atau langkah yang telah/akan dilakukan untuk mencegah berulang kejadian itu.

  • 38

    BIL KEJADIAN SEBELUM KEJADIAN SEMASA KEJADIAN SELEPAS KEJADIAN (v) periksa peralatan sinaran untuk

    memastikan tiada kerosakan berlaku.

    3. Sekiranya bahan radioaktif belum dimasukkan ke dalam peralatan sinaran/bekas plumbum:

    (i) Periksa sempadan dan tanda amaran. Gunakan ' meter tinjauuntuk mengukur paras sinaran di sekeliling kawasan dan buatkan sempadan baru jika perlu.

    (ii) Pastikan paras sinaran di luar sempadan kurang daripada 0.5 uSv/j dan tiada sesiapa yang dibenarkan masuk ke dalam kawasan terkawal.

    (iii) Cuba masukkan bahan radioaktif ke dalam peralatan sinaran. Sekiranya tidak berjaya, masukkan bahan radioaktif tersebut ke dalam bekas plumbum.

    (iv) Dapatkan laporan mengenai kejadian tersebut daripada Pekerja/Pengendali yang terlibat.

    (vii) Maklumat lain yang difikirkan perlu.

    1.2

    Radas Penyinaran (Cth: Mesin Sinar –X)

    a. Tindakan Pekerja/Pengendali

    1. Tutup suis radas penyinaran serta merta

    2. Arahkan sesiapa yang terkena sinaran supaya berada di tempat kejadian

    3. Laporkan kejadian kepada Penyelia/PPS PTJ dan UKKP.

    1. Pekerja yang terlibat akan diberikan pemeriksaan perubatan.

    2. Lencana filem dihantar ke ANM atau Agensi yang diiktiraf oleh AELB untuk dianalisa.

    3. Penyiasatan hendaklah dilakukan oleh PTJ tentang bagaimana kejadian ini boleh berlaku.

    4. PTJ hendaklah memastikan kejadian ini telah dilaporkan kepada UKKP untuk dilaporkan kepada AELB dalam tempoh 24

  • 39

    BIL KEJADIAN SEBELUM KEJADIAN SEMASA KEJADIAN SELEPAS KEJADIAN b. Tindakan Penyelia/PPS PTJ dan UKKP

    1. Dapatkan laporan mengenai kejadian tersebut daripada Pekerja/Pengendali yang terlibat.

    2. Rehatkan pekerja-pekerja/pengendali yang terlibat daripada kerja sinaran sehingga kadar dos yang mereka terima diketahui.

    3. Periksa peralatan sinaran untuk memastikan tiada kerosakan berlaku.

    jam.

    5. PTJ perlu mengemukakan laporan bertulis kepada UKKP dalam masa 15 hari untuk dikemukakan kepada AELB dalam tempoh 30 hari. Maklumat yang perlu dikemukakan adalah:

    (i) Butir-butir PTJ/Penyelia, masa, tarikh dan tempat berlaku kejadian.

    (ii) Bagaimana kejadian ini berlaku.

    (iii) Jenis, model, nombor siri dan bilangan radas yang terlibat.

    (iv) Keputusan penilaian dos peribadi yang terlibat dan keterangan mengenai bagaimana dedahan itu diterima.

    (v) Tindakan yang telah dan akan diambil untuk mengatasi bahaya yang mungkin timbul dari kejadian itu.

    (vi) Prosedur atau langkah yang telah atau akan dilakukan untuk mencegah berulang kejadian itu.

    (vii) Maklumat lain yang difikirkan perlu.

  • 40

    BIL KEJADIAN SEBELUM KEJADIAN SEMASA KEJADIAN SELEPAS KEJADIAN

    1.3

    Tertumpah/ pelepasan bahan radioaktif (Tidak terkedap)

    1. Bahan-bahan radioaktif mungkin dilepaskan melalui tumpahan, alat-alatan yang pecah dan sebagainya.

    2. Perancangan dan persediaan hendaklah

    diambil oleh PTJ bagi menghadapi kemungkinan berlakunya tumpahan bahan radioaktif. Diantaranya;

    (i) mengurangkan penggunaan kuantiti

    bahan radioaktif seboleh yang mungkin.

    (ii) membuat perkiraan kemungkinan bagaimana bahan radioaktif boleh dilepaskan ke alam sekitar dan memudaratkan orang ramai.

    (iii) Menyediakan peralatan-peralatan keselamatan dan kecemasan yang mencukupi.

    (iv) Memastikan tumpahan/pelepasan bahan radioaktif dapat dibendung dan tidak merebak ke tempat yang lain seperti rekabentuk makmal atau stor yang selamat, penyediaan halangan (barrier) dan seumpamanya.

    (v) Mengadakan latihan kecemasan bagi menghadapi tumpahan/ pelepasan bahan radioaktif.

    1. Sekiranya tumpahan itu terjadi di kawasan yang sempit dan tidak merebak ke kawasan yang lain, maka ianya boleh dicuci dan dibendung oleh pekerja sinaran tanpa mengganggu peralatan/pekerja yang lain. Laporkan kepada penyelia/ PPS PTJ/UKKP.

    2. Sekiranya tumpahan di atas (1) gagal dibendung atau berlaku tumpahan yang lebih besar atau berbentuk gas dan merebak dengan cepat ke kawasan yang lain, maka tindakan segera/kecemasan hendaklah diambil/diikuti supaya pencemaran itu dapat dibendung di dalam kawasan tersebut sahaja dan tidak merebak ke tempat yang lain. Hubungi Jabatan Keselamatan dan UKKP serta ikuti Prosedur Pengosongan Bangunan USM.

    3. Pastikan penghuni/pekerja yang tidak berkenaan meninggalkan kawasan tersebut.

    4. Pastikan tiada orang awam/ramai menghampiri kawasan tersebut.

    5. Proses nyahcemaran di kawasan tumpahan hendaklah dilakukan dengan segera sehingga tiada pencemaran yang dikesan.

    6. Jika terdapat pencemaran pada anggota penyelamat/mereka yang terlibat, proses nyahcemaran hendaklah dilakukan dengan segera dan pemeriksaan perubatan selanjutnya dijalankan.

    1. Pekerja yang terlibat akan diberikan pemeriksaan perubatan.

    2. Lencana filem dihantar ke Agensi yang diiktiraf untuk dianalisa.

    3. Penyiasatan hendaklah dilakukan oleh PTJ tentang bagaimana kejadian ini boleh berlaku.

    PTJ hendaklah memastikan kejadian ini telah dilaporkan kepada UKKP untuk dilaporkan kepada AELB dalam tempoh 24 jam.

    4. PTJ/Penyelia perlu mengemukakan laporan bertulis kepada UKKP dalam masa 15 hari untuk dikemukakan kepada AELB dalam tempoh 30 hari. Maklumat yang perlu dikemukakan adalah:

    (i) Butir-butir PTJ/Penyelia, masa, tarikh dan tempat berlaku kejadian.

    (ii) Bagaimana kejadian ini berlaku.

    (iii) Jenis, kuantiti, keaktifan serta bentuk kimia dan fizikal bahan yang terlibat.

    (iv) Keputusan penilaian dos individu yang terlibat dan keterangan mengenai bagaimana dedahan itu diterima.

  • 41

    BIL KEJADIAN SEBELUM KEJADIAN SEMASA KEJADIAN SELEPAS KEJADIAN (v) Tindakan yang telah dan

    akan diambil untuk mengatasi bahaya yang mungkin timbul dari kejadian itu.

    (vi) Prosedur atau langkah yang telah/akan dilakukan untuk mencegah berulang kejadian itu.

    (vii) Maklumat lain yang difikirkan perlu.

    2.

    Kerosakan peralatan sinaran

    Peralatan sinaran hendaklah sentiasa diselenggarakan. Sila rujuk Bahagian 6, Bil. 7

    1. Kenalpasti jenis kerosakan.

    2. Catatkan masa berlaku kerosakan, punca kerosakan, cara diperbaiki dan sebarang perubahan atau tambahan yang dilakukan ke atas alat tersebut.

    3. Laporkan kepada penyelia.

    Peralatan sinaran yang rosak tersebut hendaklah tidak digunakan lagi sehingga kerosakan tersebut telah dapat diatasi.

    3.

    Kebocoran bahan radioaktif

    Ujian kebocoran hendaklah dijalankan sekurang-kurang sekali setahun. Sila rujuk Bahagian 6, Bil.5

    1. Mana-mana bahan radioaktif yang dikesan

    mengalami kebocoran hendaklah diatasi dengan segera dan dilaporkan kepada penyelia masing-masing.

    2. Punca radioaktif yang telah rosak, berkarat dan mengalami kebocoran hendaklah disimpan di satu tempat khas yang kedap udara dan mempunyai perisai yang mencukupi.

    Bahan radioaktif tersebut hendaklah tidak digunakan lagi sehingga kebocoran tersebut telah dapat diatasi.

    4.

    Kehilangan atau kecurian peralatan sinaran (Radas Sinaran/ Bahan Radioaktif)

    1. Peralatan sinaran, terutamanya

    bahan radioaktif hendaklah disimpan dan ditempatkan di bilik/stor yang selamat bagi mengelakkan kecurian/kehilangan.

    2. Pintu-pintu tempat penstoran tersebut

    Jika terdapat sebarang syak wasangka peralatan sinaran hilang atau tersalah letak, maka pekerja hendaklah mengambil tindakan mengesan punca tersebut dengan segera dan melaporkannya kepada Penyelia dan PPS PTJ. Jika disahkan punca tersebut hilang atau gagal

    1. Dilaporkan kepada pihak berikut:- (i) Polis (Melalui Jabatan

    Keselamatan) (ii) AELB (Melalui UKKP)

  • 42

    BIL KEJADIAN SEBELUM KEJADIAN SEMASA KEJADIAN SELEPAS KEJADIAN hendaklah dikunci dan kuncinya disimpan oleh staf yang dipertanggungjawabkan secara bertulis oleh Ketua PTJ. Peraturan Pentadbiran Kunci USM hendaklah diikuti.

    dikesan, PTJ hendaklah melaporkan kepada UKKP dan Jabatan Keselamatan,

    2. PTJ hendaklah memastikan kejadian ini telah dilaporkan kepada UKKP untuk dilaporkan kepada AELB dalam tempoh 24 jam.

    3. Laporan bertulis hendaklah

    dikemukakan kepada UKKP dalam masa 15 hari untuk dikemukakan kepada AELB dalam tempoh 30 hari. Maklumat yang perlu dikemukakan adalah:-

    (i) Butir-butir PTJ, masa, tarikh dan tempat berlaku kehilangan.

    (ii) Bagaimana kehilangan ini berlaku.

    (iii) Tindakan yang telah diambil untuk mengesan dan mencari kehilangannya.

    (iv) Sekiranya melibatkan bahan radioaktif: nyatakan jenis, kuantiti, keaktifan serta bentuk kimia dan fizikal bahan yang hilang.

    (v) Sekiranya melibatkan radas penyinaran; nyatakan jenis, model, nombor siri dan bilangan radas yang terlibat.

    (vi) Tindakan yang telah dan akan diambil untuk mengatasi bahaya yang mungkin timbul dari kehilangan itu.

  • 43

    BIL KEJADIAN SEBELUM KEJADIAN SEMASA KEJADIAN SELEPAS KEJADIAN

    (vii) Prosedur atau langkah yang telah atau akan dilakukan untuk mencegah berulang kehilangan itu.

    (viii) Laporan polis daripada Jabatan Keselamatan

    (ix) Maklumat lain yang difikirkan perlu.

    5.

    Kebakaran, banjir, bencana alam atau lain-lain kejadian kecemasan.

    1. Kebakaran, banjir, bencana alam atau lain-lain kejadian kecemasan sememangnya sukar dijangkakan. Oleh itu, penggunaan/penyimpanan peralatan sinaran, terutamanya bahan-bahan radioaktif hendaklah di kawasan/tempat yang mempunyai pengawasan berikut;

    (i) Peralatan pencegahan kebakaran dan kecemasan yang mencukupi dan mendapat kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat, termasuk rekabentuk bangunan.

    (ii) Bebas daripada punca-punca nyalaan dan bahan-bahan mudah terbakar

    (iii) Bebas daripada punca-punca air dan banjir

    2. Latihan/kawad kebakaran dan kecemasan/menyelamat perlu diadakan bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan tersebut yang mungkin berlaku.

    1. PTJ perlu hubungi:

    (i) Jabatan Keselamatan USM (ii) UKKP

    2. Ikuti Prosedur Tindakan Kecemasan USM.

    Sebagai tambahan;

    (i) Peralatan sinaran diubah lokasi dari kawasan kebakaran/banjir (sekiranya boleh).

    (ii) Pastikan tiada orang awam menghampiri kawasan itu.

    (iii) Jika peralatan sinaran terbakar/terlibat dengan banjir, pastikan tidak berlaku pencemaran. Jika ada, perancangan hendaklah dilakukan dengan teliti bagi kerja-kerja nyahcemar.

    PTJ perlu mengemukakan laporan bertulis kepada UKKP dalam masa 15 hari untuk dikemukakan kepada AELB dalam tempoh 30 hari. Maklumat yang perlu dikemukakan adalah:

    (i) Butir-butir PTJ/Penyelia, masa, tarikh dan tempat berlaku kejadian.

    (ii) Bagaimana kejadian ini berlaku.

    (iii) Jenis, kuantiti, keaktifan serta bentuk kimia dan fizikal bahan yang terlibat.

    (iv) Keputusan penilaian dos peribadi yang terlibat dan keterangan mengenai bagaimana dedahan itu diterima.

    (v) Tindakan yang telah dan akan diambil untuk mengatasi bahaya yang mungkin timbul dari kejadian itu.

  • 44

    BIL KEJADIAN SEBELUM KEJADIAN SEMASA KEJADIAN SELEPAS KEJADIAN (vi) Prosedur atau langkah yang

    telah atau akan dilakukan untuk mencegah berulang kejadian itu.

    (vii) Maklumat lain yang difikirkan perlu.

  • 45

    RUJUKAN

    1. Program Perlindungan Sinaran USM

    2. LEMTEK/45 Sem 1 30 Disember 2011

    3. Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304).

    4. Peraturan-Peraturan Perlindungan Sinaran (Perlesenan) 1986 [P.U. (A) 149].

    5. Peraturan-Peraturan Perlindungan Sinaran (Pengangkutan) 1989 [P.U. (A) 456].

    6. Peraturan-Peraturan Pelesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) 2010 [P.U. (A) 46].

    7. Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Pengurusan Sisa Radioaktif) 2011

    8. Syarat-syarat lesen USM (LPTA/A/275).