surat pibg

4
Insp. Kadet Shamsul Sazali Bin Salimin SMK Telok Kerang, Jalan Peradin, 82020, Pontian, Johor. 22 APRIL 2014 Yang Di Pertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SMK Telok Kerang, Jalan Peradin, 82020, Pontian, Johor. Tuan, MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PASUKAN KADET POLIS SMK TELOK KERANG UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT NEGERI JOHOR. Dengan hormatnya, saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Kadet Polis SMK Telok Kerang akan mewakili Daerah Pontian dalam Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Kategori Agensi Kerajaan (Lelaki) Peringkat Negeri Johor Tahun 2014 seperti ketetapan berikut: Tempat: SMK Tun Mamat, Tangkak, Ledang, Johor. Tarikh : 24 April 2014 3. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon sumbangan sebanyak RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS (RM 100) daripada pihak PIBG bagi menampung perbelanjaan pasukan ini sewaktu pertandingan nanti. Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan saya mengucapkan ribuan terima kasih. Sekian. Yang benar, Disahkan oleh:

Upload: mohamad-hatta-bin-yahaya

Post on 15-Jan-2016

240 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nnn

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Pibg

Insp. Kadet Shamsul Sazali Bin SaliminSMK Telok Kerang, Jalan Peradin, 82020, Pontian, Johor. 22 APRIL 2014

Yang Di Pertua,Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),SMK Telok Kerang, Jalan Peradin, 82020, Pontian, Johor.

Tuan,MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PASUKAN KADET POLIS SMK TELOK KERANG UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT NEGERI JOHOR.

Dengan hormatnya, saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Kadet Polis SMK Telok Kerang akan mewakili Daerah Pontian dalam Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Kategori Agensi Kerajaan (Lelaki) Peringkat Negeri Johor Tahun 2014 seperti ketetapan berikut:

Tempat: SMK Tun Mamat, Tangkak, Ledang, Johor. Tarikh : 24 April 2014

3.   Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon sumbangan sebanyak RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS (RM 100) daripada pihak PIBG bagi menampung perbelanjaan pasukan ini sewaktu pertandingan nanti.

Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan saya mengucapkan ribuan terima kasih. Sekian.

Yang benar, Disahkan oleh:

………………………………………. ……………………………………..(SHAMSUL SAZALI BIN SALIMIN) ( )Insp. Kadet PolisSMK Telok Kerang.

U/P:1. Setiausaha PIBG 2. Bendahari PIBG

Page 2: Surat Pibg

Insp. Kadet Shamsul Sazali Bin SaliminSMK Telok Kerang, Jalan Peradin, 82020, Pontian, Johor. 08 MEI 2014

Pengerusi,Koperasi SMKTK Berhad,SMK Telok Kerang, Jalan Peradin, 82020, Pontian, Johor.

Tuan,MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PASUKAN KADET POLIS SMK TELOK KERANG UNTUK MENYERTAI LATIHAN MENEMBAK DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Dengan hormatnya, saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Kadet Polis SMK Telok Kerang menyertai latihan menembak dan lawatan sambil belajar bagi tahun 2014 seperti ketetapan berikut:

Tempat: Ibu Pejabat Polis Kontigen (IPK) Melaka, Melaka Bandaraya Bersejarah, Tarikh : 17 Mei 2014

3.   Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon sumbangan sebanyak RINGGIT MALAYSIA TIGA RATUS (RM 300) dan dua kotak air mineral daripada pihak Koperasi bagi menampung perbelanjaan pasukan ini sewaktu perjalanan dan latihan itu nanti.

Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan saya mengucapkan ribuan terima kasih. Sekian.

Yang benar, Disahkan oleh:

………………………………………. ……………………………………..(SHAMSUL SAZALI BIN SALIMIN) ( )Insp. Kadet PolisSMK Telok Kerang.

U/P:1. Setiausaha Koperasi 2. Bendahari Koperasi