surat pertukaran

Upload: saras-wathy

Post on 05-Oct-2015

51 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PN.SARASWATHY A/P S.TARAMALINGGAM,PENOLONG KANAN KOKURIKULUM,SJK (T) SLIM RIVER,35800 SLIM RIVER,PERAK DARUL RIDZUAN.

ENCIK MOHAMAD FAUZI BIN HAJI SIRON,PENYELIA SEKOLAH RENDAH,PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD),BATANG PADANG,JALAN PAHANG,35000 TAPAH. 29 SEPTEMBER 2014

Tuan,RAYUAN UNTUK MEMOHON PERTUKARAN KE LOKASI YANG TERDEKAT

Saya yang bernama seperti di atas ingin membuat rayuan untuk memohon pertukaran ke sekolah yang berdekatan dengan rumah mertua saya iaitu di SJK (T) Sungkai. Kini saya bertugas di SJK (T) Slim River sebagai Penolong Kanan Kokurikulum dan berulang-alik dari Bidor ke Slim River setiap hari. Saya juga membawa dua orang anak saya yang belajar SJK(T) Slim River setiap hari.2. Tujuan saya meminta pertukaran di SJK (T) Sungkai adalah rumah mertua saya terletak di situ dan beban saya akan berkurangan jika saya bertukar ke Sungkai. Saya akan menghantar anak-anak saya ke rumah mertua jika saya bertugas sebelah petang. Keperluan makanan juga bolehlah saya perolehi dari rumah mertua saya manakala pada masa kini saya terpaksa membelanjakan wang yang lebih untuk petrol dan makanan untuk saya dan kedua-dua orang anak saya yang belajar di sekolah yang sedang saya bertugas.3. Selain itu, kereta saya juga telah mengalami kemalangan kecil pada bulan Februari semasa saya bergegas untuk pergi ke sekolah awal pagi. Ini telah menyebabkan perselisihan faham di antara saya dengan suami kerana beliau yang membelikan kereta tersebut untuk keperluan saya Setiap pagi saya terpaksa bangun pada pukul 4.00 untuk menguruskan suami dan 3 orang anak saya. Pada tahun hadapan, saya terpaksa membawa ketiga-tiga anak saya ke sekolah sedang saya bertugas kerana anak bongsu saya akan memasuki Tahun 1. Kini, saya juga mengalami masalah kesihatan iaitu asma (lelah) dan sedang mendapatkan rawatan di hospital. 4. Oleh yang demikian, saya berharap Tuan akan mempertimbangkan masalah-masalah yang sedang saya hadapi pada masa kini dan membantu saya untuk memperolehi pertukaran secepat yang mungkin. Jasa Tuan amat saya hargai dan tidak akan dilupai sepanjang hayat.Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,

..