surat permohonan pembiayaan jurulatih

2
Rujukan tuan : Rujukan kami :SMKDABB02/03/03( 1 ) Tarikh : 9 FEBRUARI 2011 Zarah Bt Ahmad Guru Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah SMK Dato’ Abu Bakar Baginda Kepada Prof. Dr Wan Mokhtar B Wan Yusoff YDP PIBG SMK Dato’ Abu Bakar Baginda Melalui, Pengetua SMK Dato’ Abu Bakar Baginda Yang Dipertua, MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PEMBIAYAAN JURULATIH PERSATUAN BULAN SABIT MERAH TAHUN 2011 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman YDP, Persatuan Bulan Sabit Merah telah mengambil jurulatih luar untuk melatih ahli-ahli persatuan dengan persetujuan daripada Penolong Kanan Ko-kurikulum, En. Hassan Hamidi B Benu. Surat persetujuan tawaran jurulatih telah dimeterai antara kedua-dua pihak pada 2 Ogos 2010. Perkhidmatan jurulatih diperlukan memandangkan guru penasihat kurang berpengalaman dalam mengendalikan kemahiran kawad kaki dan ahli PBSM yang sedia ada kebanyakkannya adalah ahli baru serta khidmat sukarelawan PBSM sukar dicari kerana perjumpaan berlaku di dalam waktu bekerja..

Upload: zarah-ahmad

Post on 24-Sep-2015

147 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

BSMM

TRANSCRIPT

Rujukan tuan:

Rujukan kami:SMKDABB02/03/03( 1 )

Tarikh

: 9 FEBRUARI 2011

Zarah Bt Ahmad

Guru Penasihat

Persatuan Bulan Sabit Merah

SMK Dato Abu Bakar Baginda

Kepada

Prof. Dr Wan Mokhtar B Wan Yusoff

YDP PIBG

SMK Dato Abu Bakar Baginda

Melalui,

Pengetua

SMK Dato Abu Bakar Baginda

Yang Dipertua,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PEMBIAYAAN JURULATIH PERSATUAN BULAN SABIT MERAH TAHUN 2011Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Untuk makluman YDP, Persatuan Bulan Sabit Merah telah mengambil jurulatih luar untuk melatih ahli-ahli persatuan dengan persetujuan daripada Penolong Kanan Ko-kurikulum, En. Hassan Hamidi B Benu. Surat persetujuan tawaran jurulatih telah dimeterai antara kedua-dua pihak pada 2 Ogos 2010. Perkhidmatan jurulatih diperlukan memandangkan guru penasihat kurang berpengalaman dalam mengendalikan kemahiran kawad kaki dan ahli PBSM yang sedia ada kebanyakkannya adalah ahli baru serta khidmat sukarelawan PBSM sukar dicari kerana perjumpaan berlaku di dalam waktu bekerja..

3.Sehubungan dengan itu, persatuan memohon jasa baik pihak PIBG untuk membiayai perkhidmatan jurulatih. Sumbangan yang diharapkan adalah sebanyak RM 240.00 sahaja. Berikut adalah butiran pembayaran jurulatih :

Jumlah perjumpaan bersama-sama jurulatih: 8 kali

Masa latihan

: 1 jam

Jumlah waktu latihan

: 8 jam

Cara pembayaran

: RM30/jam

Jumlah pembayaran keseluruhan

: 8 jam x RM 30 = RM 240.00

4. Bersama-sama ini disertakan surat persetujuan menerima tawaran, surat permohonan menjadi jurulatih dan surat tawaran sebagai jurulatih untuk rujukan dan tindakan pihak YDP. Pihak persatuan mengucapkan ribuan terima kasih atas pertimbangan dan komitmen daripada pihak YDP. Segala kerjasama dan bantuan daripada PIBG amat kami hargai.

3.Sekian untuk tindakan pihak tuan dan kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah.

.

(ZARAH AHMAD)

Guru Penasihat

Persatuan Bulan Sabit Merah

s.k: Unit Ko-kurikulum

Fail PIBG