surat perakuan vendor untuk sime darby property … malaysia... · 8.3 penajaan perjalanan 16 √...

4
1 SURAT PERAKUAN VENDOR Untuk Sime Darby Property Berhad Syarikat kami, (Nama Syarikat) dengan Nombor Pendaftaran (MOR/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB/Lain-lain), (selepas ini dirujuk sebagai Vendor) dengan ini: 1 MEMPERAKUKAN BAHAWA: (a) Vendor dan pengarah-pengarahnya, para pegawai dan pekerja mematuhi semua undang- undang, statut, peraturan dan kod yang berkenaan dengan hal berkaitan anti suapan / sogokan dan anti rasuah (Undang-undang Berkenaan); (b) Daripada rekod syarikat Vendor dan maklumat awam yang tersedia, tiada sesiapa antara Vendor, pengarah-pengarahnya, para pegawai atau pekerja yang mungkin terlibat dengan Transaksi Perniagaan pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan berkaitan rasuah atau korupsi atau penipuan; dan tidak juga, sepanjang pengetahuan Vendor, sesiapa antara mereka menjadi subjek apa-apa penyiasatan, pemeriksaan atau prosiding undang-undang oleh mana-mana badan kerajaan, pentadbiran atau undang-undang berkenaan apa-apa kesalahan atau pertuduhan di bawah Undang-undang Berkenaan; dan (c) Vendor tidak, sama ada secara langsung atau tidak, menjanjikan, menawarkan atau memberikan rasuah atau kelebihan yang tidak wajar dan tidak perlu (sama ada dari segi kewangan atau sebaliknya) kepada mana-mana perseorangan dalam Sime Darby Property Berhad (termasuk anak-anak syarikat, syarikat-syarikat yang berkaitan dan syarikat-syarikat sekutu mereka, tempatan dan juga antarabangsa) (selepas ini dirujuk sebagai Sime Darby Property Berhad) atau mana-mana perseorangan lain, yang mewakili Sime Darby Property Berhad sebagai dorongan, insentif, ganjaran, hadiah atau bonus kerana telah dipilih bagi Transaksi Perniagaan ini. 2 BERJANJI BAHAWA: (a) Vendor tidak akan, secara langsung atau tidak, menjanjikan, menawarkan atau memberikan rasuah atau kelebihan yang tidak wajar dan tidak perlu (sama ada dari segi kewangan atau sebaliknya) kepada mana-mana perseorangan dalam Sime Darby Property Berhad, atau mana-mana perseorangan lain, yang mewakili Sime Darby Property Berhad, sebagai penggalak, insentif, ganjaran, hadiah atau bonus untuk dipilih dan/atau bagi apa jua tujuan lain yang berkaitan dengan Transaksi Perniagaan; (b) Vendor tidak akan, secara langsung atau tidak, menjanjikan, menawarkan atau memberikan rasuah atau kelebihan yang tidak wajar dan tidak perlu (sama ada dari segi kewangan atau sebaliknya) kepada mana-mana pegawai kerajaan atau perseorangan swasta untuk mendapatkan atau mengekalkan kelebihan perniagaan bagi pihak Sime Darby Property Berhad semasa menjalankan Transaksi Perniagaan; (c) Vendor akan mematuhi peruntukan berkenaan tentang Kod Pengendalian Perniagaan Sime Darby Property Berhad (COBC) yang tersedia di laman web www.simedarby.com; dan dinyatakan dalam Lampiran 1 ("Peruntukan yang Berkaitan dalam COBC"); dan (d) Jika kesalahan atau penyiasatan seperti yang diterangkan dalam seksyen 1(b), 2(a) dan 2(b) di atas telah berlaku, Vendor dengan ini akan menyediakan maklumat penuh berkenaan hal tersebut kepada Sime Darby Property Berhad.

Upload: buicong

Post on 06-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

1

SURAT PERAKUAN VENDOR Untuk Sime

Darby Property Berhad

Syarikat kami, (Nama Syarikat) dengan Nombor Pendaftaran (MOR/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB/Lain-lain), (selepas ini dirujuk sebagai Vendor) dengan ini:

1 MEMPERAKUKAN BAHAWA:

(a) Vendor dan pengarah-pengarahnya, para pegawai dan pekerja mematuhi semua undang-

undang, statut, peraturan dan kod yang berkenaan dengan hal berkaitan anti suapan / sogokan dan anti rasuah (Undang-undang Berkenaan);

(b) Daripada rekod syarikat Vendor dan maklumat awam yang tersedia, tiada sesiapa antara

Vendor, pengarah-pengarahnya, para pegawai atau pekerja yang mungkin terlibat dengan Transaksi Perniagaan pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan berkaitan rasuah atau korupsi atau penipuan; dan tidak juga, sepanjang pengetahuan Vendor, sesiapa antara mereka menjadi subjek apa-apa penyiasatan, pemeriksaan atau prosiding undang-undang oleh mana-mana badan kerajaan, pentadbiran atau undang-undang berkenaan apa-apa kesalahan atau pertuduhan di bawah Undang-undang Berkenaan; dan

(c) Vendor tidak, sama ada secara langsung atau tidak, menjanjikan, menawarkan atau

memberikan rasuah atau kelebihan yang tidak wajar dan tidak perlu (sama ada dari segi kewangan atau sebaliknya) kepada mana-mana perseorangan dalam Sime Darby Property Berhad (termasuk anak-anak syarikat, syarikat-syarikat yang berkaitan dan syarikat-syarikat sekutu mereka, tempatan dan juga antarabangsa) (selepas ini dirujuk sebagai Sime Darby Property Berhad) atau mana-mana perseorangan lain, yang mewakili Sime Darby Property Berhad sebagai dorongan, insentif, ganjaran, hadiah atau bonus kerana telah dipilih bagi Transaksi Perniagaan ini.

2 BERJANJI BAHAWA:

(a) Vendor tidak akan, secara langsung atau tidak, menjanjikan, menawarkan atau

memberikan rasuah atau kelebihan yang tidak wajar dan tidak perlu (sama ada dari segi kewangan atau sebaliknya) kepada mana-mana perseorangan dalam Sime Darby Property Berhad, atau mana-mana perseorangan lain, yang mewakili Sime Darby Property Berhad, sebagai penggalak, insentif, ganjaran, hadiah atau bonus untuk dipilih dan/atau bagi apa jua tujuan lain yang berkaitan dengan Transaksi Perniagaan;

(b) Vendor tidak akan, secara langsung atau tidak, menjanjikan, menawarkan atau

memberikan rasuah atau kelebihan yang tidak wajar dan tidak perlu (sama ada dari segi kewangan atau sebaliknya) kepada mana-mana pegawai kerajaan atau perseorangan swasta untuk mendapatkan atau mengekalkan kelebihan perniagaan bagi pihak Sime Darby Property Berhad semasa menjalankan Transaksi Perniagaan;

(c) Vendor akan mematuhi peruntukan berkenaan tentang Kod Pengendalian Perniagaan

Sime Darby Property Berhad (COBC) yang tersedia di laman web www.simedarby.com; dan dinyatakan dalam Lampiran 1 ("Peruntukan yang Berkaitan dalam COBC"); dan

(d) Jika kesalahan atau penyiasatan seperti yang diterangkan dalam seksyen 1(b), 2(a) dan

2(b) di atas telah berlaku, Vendor dengan ini akan menyediakan maklumat penuh berkenaan hal tersebut kepada Sime Darby Property Berhad.

2

3 BERSETUJU BAHAWA:

(a) Jika Vendor, pengarah-pengarahnya, para pegawai atau pekerja melanggar mana-mana

daripada seksyen di atas, tindakan berikut boleh diambil oleh Sime Darby Property Berhad:

(i) Penarikan semula secara serta-merta, kontrak yang telah diberikan bagi Transaksi

Perniagaan tanpa sebarang liabiliti bagi pihak Sime Darby Property Berhad terhadap Vendor dan/atau pengarah-pengarahnya, para pegawai atau pekerja; dan/atau

(ii) Pembatalan serta-merta kontrak bagi Transaksi Perniagaan tanpa sebarang liabiliti

bagi pihak Sime Darby Property Berhad terhadap Vendor dan/atau pengarah-pengarahnya, para pegawai atau pekerja,

tanpa prejudis terhadap apa-apa hak atau tanggungjawab lain yang dimiliki oleh Sime Darby Property Berhad atau apa jua tindakan lain yang sesuai dimana Sime Darby Property Berhad boleh menggunapakai di bawah syarat-syarat tender/ kontrak yang digunapakai atau undang-undang dan peraturan yang digunapakai.

Sekiranya terdapat mana-mana perseorangan yang cuba untuk meminta merasuah atau mendapatkan sebarang kelebihan atau faedah (sama ada dari segi kewangan atau sebaliknya) daripada Vendor atau mana-mana perseorangan lain yang berkaitan dengan Vendor sama ada sebagai penggalak atau insentif untuk dipilih atau sebagai ganjaran, hadiah atau bonus kerana telah dipilih untuk Transaksi Perniagaan, atau di mana Vendor mempunyai sebab-sebab munasabah untuk mengesyaki terdapat pelanggaran atau kemungkinan pelanggaran obligasi di dalam surat ini atau Peruntukan yang Berkaitan dalam COBC, Vendor akan melaporkan tindakan tersebut dengan serta- merta, menurut seksyen aduan dalam COBC.

Untuk dan bagi pihak Vendor,

(Tandatangan)

Nama Pengarah Syarikat (atau Setaraf): No. Kad Pengenalan/ No. Pasport: Jawatan: Nama Syarikat: Cop Syarikat:

Diterima & diakui oleh:

Nama dan No. Kad Pengenalan / No. Pasport: Jawatan: Syarikat Sime Darby:

Nota: Transaksi Perniagaan didefinisikan sebagai Tender, Sebut Harga, Kontrak dan Pesanan Pembelian.

3

SURAT PERAKUAN VENDOR

Lampiran 1 – Peruntukan yang Berkaitan dalam COBC

Merujuk kepada VLOD di bawah Seksyen 2(c), senarai di bawah adalah peruntukan yang berkaitan dalam COBC Sime Darby (versi Disember 2011) dan penggunaannya kepada Vendor..

Seksyen COBC Nombor Halaman

Terpakai Tidak Terpakai

• Kata Pengantar 1 √

• Nilai-Nilai Teras 2 √

• Prinsip Perniagaan 2 √

1. Tujuan 6 √

2. Skop 6 √

3. Prinsip Umum Bagi COBC 6 √

4. Tanggungjawab dan Pematuhan kepada COBC

7 √

5. Bekerja dengan Satu Sama Lain 8

5.1 Hormat 8 √

5.2 Peluang yang sama rata dan tiada diskriminasi

8 √

5.3 Gangguan dan keganasan 8 √

5.4 Bahan-bahan terlarang 8 √

5.5 Aktiviti jenayah 8 √

5.6 Keselamatan dan kesihatan persekitaran dan pekerjaan

8 √

6. Mengelakkan Konflik Kepentingan 10

6.1 Panduan umum 10

6.2 Berurusan dengan pembekal, pelanggan, ejen dan pesaing

10

6.3 Urusan peribadi dengan pembekal dan pelanggan

10

6.4 Pekerjaan luar dan aktiviti di luar kumpulan

11

6.5 Keahlian lembaga pengarah 11

6.6 Ahli keluarga dan hubungan peribadi yang rapat

11

6.7 Aktiviti pelaburan 11

4

Seksyen COBC Nombor Halaman

Terpakai Tidak Terpakai

7. Menangani Gejala Rasuah dan Sogokan

13 √

7.1 Rasuah dan sogokan 13 √

8. Pemberian Hadiah, Hiburan dan Penajaan Perjalanan

15 √

8.1 Hadiah 15 √

8.2 Hiburan 15 √

8.3 Penajaan Perjalanan 16 √

9. Pemberian Derma 16

10. Melindungi Kumpulan dan Pemegang- Pemegang Saham

18

10.1 Melindungi aset kumpulan 18 √

10.2 Ketepatan maklumat kewangan 18 √

10.3 Maklumat proprietari dan sulit 18 √

10.4 Maklumat dalaman, urusniaga sekuriti dan pendedahan awam

19 √

10.5 Teknologi maklumat 19 √

10.6 Pengurusan rekod 19 √

10.7 Komunikasi perniagaan 19 √

11. Berurusan dengan Rakan Sejawat dan Rakan Perniagaan

21

11.1 Rakan sejawat 21 √

11.2 Pelanggan (rakan perniagaan) 21

11.3 Rakan usaha sama dan sekutu (rakan perniagaan)

22

Sekiranya Vendor mempunyai Tatakelakuan sendiri (yang Vendor perlu sertakan sebagai Lampiran 2 kepada VLOD), Vendor menjamin bahawa ia mempunyai peruntukan yang sama atau serupa dengan Peruntukan yang Berkaitan dalam COBC seperti yang dinyatakan di atas. Oleh yang demikian, Vendor bersetuju bahawa ia akan mematuhi peruntukan yang sama atau serupa seperti dalam Tatakelakuan Vendor sendiri bagi mendukung semangat tadbir urus yang baik seperti yang dilandaskani dalam COBC Sime Darby