surat pemberitahuan pejabat suruhanjaya … · tugas dan tanggungjawab: bertanggungjawab kepada...

5
PENGIKLANAN JAWATAN KOSONG PERATURAN 7(a) Iklan adalah dibukakan kepada orang ramai dan pegawai-pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam. PENYELIA TELEFON TINGKAT II (D.2-3 EB.4) KEMENTERIAN PERTAHANAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Syarat-Syarat Am: (A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam. (C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini. (D) Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh tiga (03) tahun kebelakangan. SURAT PEMBERITAHUAN PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BILANGAN : IKLAN 59/08/19

Upload: others

Post on 25-Sep-2019

87 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGIKLANAN JAWATAN KOSONG PERATURAN 7(a)

Iklan adalah dibukakan kepada orang ramai dan pegawai-pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Negara

Brunei Darussalam.

PENYELIA TELEFON TINGKAT II (D.2-3 EB.4) KEMENTERIAN PERTAHANAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Syarat-Syarat Am:

(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat

istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.

(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau

bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.

(D) Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah

mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh tiga (03) tahun kebelakangan.

SURAT PEMBERITAHUAN PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BILANGAN : IKLAN 59/08/19

KELAYAKAN MINIMUM: 1. a) 1 kepujian / Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge

Peringkat Lanjutan (’A’ level) atau sebanding. Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi adalah kelebihan.

ATAU

b) BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 1 (NTC1) / BDTVEC/BTEC Pre National Diploma dalam bidang Pentadbiran / Information Technology (IT) atau bidang bersesuaian.

ATAU

c) Telah berkhidmat di Kementerian Pertahanan dalam jawatan

bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun atau sekurang-kurangnya dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU

d) Telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan dalam jawatan

bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 4 tahun atau sekurang-kurangnya dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 6 tahun.

2. Berkeupayaan untuk memimpin sesebuah pasukan, boleh bertutur dan

menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.

3. Mempunyai pengetahuan dalam bidang Pentadbiran dan Information

Technology (IT) akan diberikan keutamaan.

1. PENYELIA TELEFON TINGKAT II KEMENTERIAN PERTAHANAN D.2-3 EB.4 ($650 - $1,465 SEBULAN) KEKOSONGAN = DUA (02)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: Bertanggungjawab kepada Penyelaras Telekom di dalam pengawalan dan kecekapan tugas-tugas sebarang penyambungan semua kawat-kawat telefon dan peralatan yang disambungkan serta menjaga standard secara umum bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Ibusawat-Ibusawat Telefon berkenaan ini termasuk seperti: 1. Ujian pada waktu-waktu tertentu kepada kemudahan-kemudahan Ibusawat

Telefon, sambungan kawat telefon dan peralatan yang disambung serta bekalan-bekalan tenaga elektrik semasa dalam kecemasan.

2. Melaporkan segera setiap kerosakan telefon seperti talian ICS kepada penyelaras Telekom, Troop SWS dan Syarikat Telbru Sdn. Bhd.

3. Mengemaskini dan menyediakan nombor-nombor talian telefon.

4. Memaklumkan sebarang pindaan-pindaan bagi panduan telefon di dalam Perkhemahan kepada Penyelaras Telekom untuk dikemaskini dan diserahkan ke Syarikat Telbru Sdn. Bhd.

5. Mengelola jadual bertugas dengan cara bergilir-gilir setiap kakitangan operator di bawah jagaan dan kawalan.

6. Mengemaskini peraturan-peraturan bagi kakitangan operator di Ibusawat Telefon dan mengikut arahan-arahan yang ditugaskan oleh Penyelaras Telekom Pasukan.

7. Memantau ke atas sebarang pemasangan-pemasangan dan pemeliharaan yang dilakukan oleh pihak Trop SWS, Telbru dan agensi-agensi yang berkaitan.

8. Mengadakan ujian bagi semua perkhidmatan telefon kecemasan pada waktu-waktu yang ditetapkan untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik.

9. Memberi tunjuk ajar serta tatacara menggunakan telefon (Cisco Console) kepada kakitangan yang baru.

10. Mengawasi keselamatan ke atas setiap Ibusawat Telefon dan mentadbir perjalanan bagi kakitangan di bawah jagaan.

Senarai semak sebelum memohon jawatan kosong dalam Bahagian IV

Untuk mengelakkan permohonan awda ditolak, sila pastikan maklumat-maklumat berikut hendaklah lengkap dan di muat naik ke dalam Profil awda sebelum menekan butang ‘Apply’;

Kad pengenalan dan Lesen Memandu.

SIJIL-SIJIL (sepertimana kehendak skim) serta KELULUSAN TRANSCRIPT

dan PENGESAHAN PENGIKTIRAFAN kelulusan (MKPK) bagi kelulusan

Institusi Pengajian Swasta dan Institusi dari luar negeri

Bagi pemohon yang memenuhi syarat pengalaman sahaja, memastikan

mempunyai pengalaman sebagaimana kehendak skim.

Bagi pemohon yang memenuhi syarat pengalaman sahaja pastikan di dalam profil awda terdapat ruangan “Current Government Employee”. Jika sekiranya tidak ada, pemohon hendaklah memaklumkan kepada POC (Kementerian/Jabatan) dan seterusnya POC (Kementerian /Jabatan) akan memaklumkan kepada POC (SPA).