surat pemberitahuan pejabat ... - recruitment.gov.bn · hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-...
TRANSCRIPT
PENGIKLANAN JAWATAN KOSONG PERATURAN 38(b)
Hanya dibukakan bagi pemohon daripada kalangan pegawai dan
kakitangan yang sedang berkhidmat di kementerian / jabatan di mana
kekosongan jawatan diiklankan sahaja.
PENGAJAR TEKNIK KANAN (G.11)
INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIKAL BRUNEI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
==========================================================
Syarat-Syarat Am:
(A) Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(B) Pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang
sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan.
(C) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat
istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara
Brunei Darussalam.
(D) Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa
atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga
hendaklah bersedia untuk bertugas di mana- mana sahaja di Negara
Brunei Darussalam.
SURAT PEMBERITAHUAN
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BILANGAN : IKLAN 61/2018
Surat Pemberitahuan ini hendaklah dibawa kepada pengetahuan serta perhatian
semua Pegawai-Pegawai yang layak untuk memohon
Senarai semak sebelum memohon jawatan kosong dalam Bahagian II
Sila pastikan maklumat-maklumat berikut hendaklah lengkap dan di muat naik ke dalam Profil awda sebelum menekan butang ‘Apply’;
Kad pengenalan dan Lesen Memandu (Jika berkenaan).
SIJIL Degree (Ijazah Sarjana Muda) serta KELULUSAN TRANSKRIP yang dikehendaki oleh Skim Iklan dan PENGESAHAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN (MKPK) bagi kelulusan Institusi Pengajian Swasta dan Institusi dari luar negeri
Hendaklah ada maklumat bidang kelulusan (“field”) seperti contoh Business Administration di ruangan yang tersembunyi dengan menekan tanda “+” di sebelah kiri diruangan Bachelor of Arts. jika sekiranya belum diisikan maklumat bidang (“field”), sila tekan tanda “+add”/”tambah” dibawah kelulusan tersebut dan seterusnya menaip bidang awda seperti contoh Business Administration, Employment Relation dan sebagainya.
√
√
Bagi pemohon yang memenuhi syarat pengalaman sahaja, memastikan mempunyai pengalaman sepertimana kehendak skim dan seterusnya memastikan SIJIL Kelulusan Tertinggi yang diperolehi berserta KELULUSAN TRANSCRIPT (jika berkenaan) dan PENGESAHAN PENGIKTIRAFAN kelulusan (MKPK) bagi kelulusan Institusi Pengajian Swasta dan Institusi dari luar negeri. Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan pastikan di dalam profil awda terdapat ruangan “Current Government Employee”/”Warga Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam”. Jika sekiranya tidak ada, pemohon hendaklah memaklumkan kepada POC (Kementerian/Jabatan) dan seterusnya POC (Kementerian /Jabatan) akan memaklumkan kepada POC (SPA).
√
√
KELAYAKAN MINIMUM:
1. a) i) BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam
bidang Pendidikan / Agro-Teknologi / Bahasa Inggeris / Bisnes / Ekonomi /
Hospitaliti dan Pelancongan / Kejuruteraan / Matematik / Sains / Teknologi
Maklumat dan Komunikasi / Pentadbiran Awam / Dasar Awam / Perkhidmatan
Bangunan dan Teknologi atau bidang bersesuaian.
Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang tersebut adalah
kelebihan.
ii) Telah berkhidmat di Kementerian Pendidikan dalam jawatan bersesuaian
sekurang-kurangnya dalam tanggagaji G.9 atau sebanding tidak kurang dari 5
tahun.
ATAU
b) Telah berkhidmat di Kementerian Pendidikan dalam jawatan bersesuaian
sekurang-kurangnya dalam tanggagaji G.9 atau sebanding tidak kurang dari 7
tahun.
2. Mempunyai Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.
3. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT
BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
DI PEJABAT PENDAFTAR
1. Bertanggungjawab dalam perkembangan dan penggerakan dasar, prosedur
dan garis panduan Akademik IBTE.
2. Bekerjasama dengan Bahagian Perancangan dan Perkembangan Kurikulum
IBTE mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan struktur, panduan
program / modul bagi pengesahan dan kelulusan Majlis Akademik IBTE.
1. JAWATAN : PENGAJAR TEKNIK KANAN
KEMENTERIAN/JABATAN :
INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIKAL BRUNEI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
BAHAGIAN : II
TANGGAGAJI : G.11 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
KEKOSONGAN : ENAM (06)
3. Bertanggungjawab dalam penyeliaan penyelenggaraan rekod dan status
pelajar.
4. Bertanggungjawab dalam pengurusan data dan statistik yang berkaitan
dengan pendaftaran pelajar dan penamatan program / kursus.
5. Merancang dan menyelaras pendaftaran pelajar.
6. Menyusun dan meneliti keputusan penilaian pelajar bagi pengesahan dan
persetujuan Majlis Akademik IBTE.
7. Menyelaras dan mengurus dengan cekap pemprosesan gred dan
penyebaran keputusan akademik kepada pelajar dan penaja.
8. Menyusun keputusan dan anugerah untuk program IBTE.
9. Menjadi ahli Sekretariat Majlis Akademik IBTE.
10. Menyediakan pelan tindakan tahunan.
11. Menjalankan apa jua arahan dan pembahagian kerja yang diberikan dari
semasa ke semasa oleh pihak atasan.
DI BAHAGIAN PENGURUSAN KUALITI
1. Membantu Pengarah Bahagian dalam menguruskan sistem pengurusan kualiti
IBTE.
2. Bertanggungjawab dalam pemantauan dan pengawasan pelaksanaan QMS
di peringkat Bahagian dan Sekolah.
3. Menyediakan pelan audit dalaman.
4. Membuat laporan kepada pengurusan atasan mengenai keberkesanan
Quality Management System.
5. Memantau kebolehcapaian standard kualiti.
6. Memastikan Mesyuarat Kajian Pengurusan IBTE tahunan diadakan dengan
sewajarnya.
7. Menerima dan menyimpan dokumen, katalog, fail, salinan hardcopy /
eletronik, rekod dari pihak luar dan dalaman, laporan dan maklumat
berkaitan, secara teratur dan sistematik selaras dengan keperluan.
8. Bertanggungjawab dalam pengawalan, pengaksesan dokumen dan sistem
penomboran rekod adalah tepat dan mudah diperolehi.
9. Mengemaskini dan mengendalikan dokumen yang diluluskan dengan tepat
sebagaimana yang diperlukan.
10. Menjalankan apa jua arahan dan pembahagian kerja yang diberikan dari
semasa ke semasa oleh pihak atasan.
DI BAHAGIAN PERHUBUNGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
1. Bertanggungjawab dalam perkembangan dan penyelenggaraan dasar,
prosedur dan garis panduan serta semua aspek yang berkaitan dengan Dual
System Apprenticeship (DSA) dan Penempatan Industri.
2. Bertanggungjawab sebagai fasilitator:
bagi program Dual System Apprenticeship (DSA) dengan Sekolah-Sekolah
di IBTE, Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Industri yang berkaitan.
berkaitan dengan kebajikan perantis.
dengan rangkaian DSA.
bagi hal-hal berkaitan dengan:
a. perkembangan rangkaian industri baru dan kerjasama
antarabangsa.
b. perhubungan dengan Kementerian lain atau pihak yang
berkenaan.
3. Memantau Memorandum Perjanjian (MOA) dan Perjanjian Latihan Perantis
(ATA).
4. Membangun dan mengekalkan hubungan yang kukuh dengan industri,
kerjasama antarabangsa dan Tanggungjawab Sosial Korporat Industri (CSR).
5. Memudahkan Pematuhan Organisasi Latihan Berdaftar (RTO).
6. Bekerja rapat dengan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan dan
menyelaras dengan Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum
untuk penawaran kursus baru.
7. Bekerjasama dan menyokong pegawai lain di Bahagian Antarabangsa dan
Industri, IBTE dan Pegawai Perhubungan Industri (ILO) di semua Sekolah-
Sekolah IBTE.
8. Bekerjasama secara berkesan dengan industri untuk menwujudkan kerjasama
win win situation.
9. Menjalankan apa jua arahan dan pembahagian kerja yang diberikan dari
semasa ke semasa oleh pihak atasan.
DIBAHAGIAN PEMBANGUNAN ESTET DAN KAMPUS
1. Membantu dalam perkembangan dan pelaksanaan rancangan strategik
jangka pendek dan jangka panjang ibu pejabat IBTE dan kampus-kampus di
bawah kawalannya.
2. Memantau dan menyelaraskan aduan Pengurus Kampus IBTE mengenai
perkhidmatan mekanik dan elektrik dan tindakan segera untuk
penyelenggaraan.
3. Berhubung dengan Pengurus Kampus IBTE dalam memastikan infrastruktur
memenuhi keperluan kesihatan dan keselamatan, memantau perkhidmatan
penyelenggaraan, keselamatan, pembersihan dan perkhidmatan lain yang
berkaitan dengan infrastruktur yang dibina oleh kampus.
4. Memberi nasihat kepada Pengurus Kampus IBTE mengenai isu-isu kelestarian
alam sekitar seperti pengurusan tenaga, sisa dan menggalakkan penggunaan
sumber yang lebih baik untuk meminimakan impak terhadap alam sekitar.
5. Memantau dan memastikan kerja-kerja infrastruktur yang dijalankan oleh
semua sekolah / kampus adalah dalam belanjawan aset yang diperuntukkan.
6. Mengambil tindakan terhadap sokongan logistik untuk acara dan kemudahan
pengajaran di sekolah / kampus.
7. Membantu Pengarah Bahagian Estet dan Pembangunan Kampus dalam
menyediakan belanjawan tahunan dan laporan tahunan mengenai hal-hal
berkaitan kampus.
8. Menjalankan apa jua arahan dan pembahagian kerja yang diberikan dari
semasa ke semasa oleh pihak atasan.
DI BAHAGIAN AUDIT DALAMAN
1. Menyediakan perancangan dan program pengauditan.
2. Melaksanakan proses pemeriksaan audit.
3. Membuat Risk Analysis bagi penyediaan Pelan Audit Tahunan.
4. Mengadakan Entrance Meeting, Fieldwork, Exit Meeting dan Follow-up Audit
bagi setiap projek audit.
5. Membuat analisa dan membagi gambaran penyelesaian kepada auditi bagi
penemuan-penemuan audit.
6. Menyediakan laporan penemuan dan cadangan bagi setiap pemeriksaan
audit yang telah dijalankan.
7. Membantu Ketua Audit Dalaman dalam penyediaan:
Annual Audit Plan.
Internal Audit Manual.
Internal Audit Charter.
Internal Audit Strategic Plan.
8. Melaporkan penemuan-penemuan audit kepada BOG Chairman dan
Pengerusi Audit Komiti.
9. Menjalankan apa jua arahan dan pembahagian kerja yang diberikan dari
semasa ke semasa oleh pihak atasan.
DI BAHAGIAN HAL EHWAL KORPORAT
1. Membantu Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat dalam membangunkan
pelan strategik institut, termasuk pengurusan dan pemantauan prestasi dan
kemajuan.
2. Membantu dalam proses perancangan tahunan dengan mengemukakan
panduan, menyampaikan garismasa, membuat rumusan-rumusan
pembentangan rancangan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif (Korporat).
3. Bekerjasama dengan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat untuk
memastikan bahawa strategi dan rancangan dilaksanakan mengikut pelan
tindakan seperti yang dicadangkan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
(Korporat).
4. Menyumbang kepada pembangunan petunjuk prestasi yang mana Institut
dapat mengukur kemajuan strateginya.
5. Menyelaras bengkel atau retreats untuk tujuan berkongsi dan menyampaikan
rancangan, projek atau Institut kepada pihak berkepentingan.
6. Memberi sokongan kepada Urus Setia Lembaga Pengelola IBTE.
7. Membuat kompilasi dan penyusunan kemajuan dan pencapaian Institut bagi
tujuan pelaporan kepada Lembaga Pengelola IBTE, Kementerian Pendidikan
dan pihak berkepentingan yang berkaitan.
8. Bekerjasama dengan warga Institut dan mematuhi dasar dan prosedur yang
berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan di dalam Institut.
9. Mempengerusikan dan menghadiri mesyuarat dan berhubung dengan pihak
yang berkepentingan mengenai status dan pengkemaskinian mengenai
rancangan strategik.
10. Pemudahcara dan penyelaras latihan, bengkel, retreat bagi kakitangan pihak
Institut.
11. Melaksanakan pelbagai tugas dan projek yang berkaitan seperti yang
diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan
Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat.
12. Menjalankan apa jua arahan dan pembahagian kerja yang diberikan dari
semasa ke semasa oleh pihak atasan.