surat pekeliling ikhtisas bil. 19/2000: panduan ... · pdf filepenyumbang mempunyai iltizam...

5
1 PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Education Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre 50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900 Fax: 03-2535150 KP (BS) 8591/Jld.XVI (19) 9 Disember 2000 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 19/2000: Panduan Menggalakkan Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar Dalam Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia sememangnya berhasrat untuk menggalakkan badan korporat, badan berkanun, badan bukan kerajaan, agensi kerajaan, dan individu perseorangan memberi kerjasama serta sumbangan dalam program yang boleh meningkatkan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan murid sekolah. Kerjasama dan sumbangan tersebut boleh berbentuk kepakaran, peralatan dan sumbangan lain dalam bidang teknologi maklumat yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid- murid. 2. Bersama-sama ini disertakan satu panduan untuk kegunaan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Bahagian, dan sekolah dalam urusan menerima sumbangan, tajaan, dan kerjasama daripada pihak luar yang dinyatakan di atas. Hal ini adalah bagi memastikan faedah timbal balik bersama wujud antara pihak yang menyumbang dan pihak yang menerima sumbangan. Semoga dengan cara ini pihak penyumbang mempunyai iltizam yang berterusan untuk membantu sekolah. 3. Surat Pekeliling lkhtisas ini berkuatkuasa serta merta dan hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling lkhtisas yang berikut:- a. Bil. 6/1988 : Panduan Tajaan oleh Syarikat/Badan Perniagaan di Sekolah b. Bil. 6/1992 : Penerimaan Hadiah dan Sumbangan daripada Pertubuhan, Institusi, Syarikat atau Kerajaan Negara Luar c. Bil. 3/1997 : Program dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar Dan Atau Pungutan Wang d. Bil. 8/2000 : Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah 4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada pegawai-pegawai yang berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian, dan semua sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan. Sekiranya terdapat sebarang keraguan tentang apa jua perkara yang tidak dinyatakan dalam panduan tersebut, maka pihak Kementerian Pendidikan hendaklah dirujuk terlebih dahulu. Sekian. Terima Kasih.

Upload: haminh

Post on 06-Feb-2018

260 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 19/2000: Panduan ... · PDF filepenyumbang mempunyai iltizam yang berterusan untuk membantu ... Pihak penyumbang meletak label nama penyumbang pada bilik

1

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIAOffice of the Director General of Education MalaysiaPARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARALevel 7 Block J Damansara Town Centre50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900

Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld.XVI (19)9 Disember 2000

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 19/2000:Panduan Menggalakkan Kerjasama dan Sumbangan Pihak LuarDalam Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi Di Sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia sememangnya berhasrat untuk menggalakkan badankorporat, badan berkanun, badan bukan kerajaan, agensi kerajaan, dan individuperseorangan memberi kerjasama serta sumbangan dalam program yang bolehmeningkatkan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan murid sekolah.Kerjasama dan sumbangan tersebut boleh berbentuk kepakaran, peralatan dan sumbanganlain dalam bidang teknologi maklumat yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid.

2. Bersama-sama ini disertakan satu panduan untuk kegunaan Jabatan PendidikanNegeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Bahagian, dan sekolah dalam urusan menerimasumbangan, tajaan, dan kerjasama daripada pihak luar yang dinyatakan di atas. Hal iniadalah bagi memastikan faedah timbal balik bersama wujud antara pihak yangmenyumbang dan pihak yang menerima sumbangan. Semoga dengan cara ini pihakpenyumbang mempunyai iltizam yang berterusan untuk membantu sekolah.

3. Surat Pekeliling lkhtisas ini berkuatkuasa serta merta dan hendaklah dibacabersama-sama dengan Surat Pekeliling lkhtisas yang berikut:-

a. Bil. 6/1988 : Panduan Tajaan oleh Syarikat/Badan Perniagaan di Sekolahb. Bil. 6/1992 : Penerimaan Hadiah dan Sumbangan daripada Pertubuhan,

Institusi, Syarikat atau Kerajaan Negara Luarc. Bil. 3/1997 : Program dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar Dan Atau

Pungutan Wangd. Bil. 8/2000 : Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi

Maklumat Sekolah

4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada pegawai-pegawai yangberkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian, dan semuasekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan. Sekiranya terdapat sebarangkeraguan tentang apa jua perkara yang tidak dinyatakan dalam panduan tersebut, makapihak Kementerian Pendidikan hendaklah dirujuk terlebih dahulu.

Sekian. Terima Kasih.

Page 2: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 19/2000: Panduan ... · PDF filepenyumbang mempunyai iltizam yang berterusan untuk membantu ... Pihak penyumbang meletak label nama penyumbang pada bilik

2

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ SERI DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAHKetua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin MohamadMenteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin ShamsuddinTimbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Dato' Hon Choon KimTimbalan Menteri Pendidikan

4. Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd KhirSetiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Nazir Sekolah

10. Pegawai Perhubungan Awam

Page 3: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 19/2000: Panduan ... · PDF filepenyumbang mempunyai iltizam yang berterusan untuk membantu ... Pihak penyumbang meletak label nama penyumbang pada bilik

3

PANDUAN MENGGALAKKAN KERJASAMA DAN SUMBANGAN PIHAK LUAR DALAMPROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Dl SEKOLAH

1. Pendahuluan

1.1 Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak pihak yang berminat untuk memberipelbagai bentuk sumbangan kepada sekolah bagi meningkatkan lagiperkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan wargasekolah. Kementerian Pendidikan sememangnya menyanjung tinggi danmenggalakkan kerjasama dan sumbangan yang dibuat oleh pelbagai pihak inidalam membantu mengembangkan kemahiran ICT, terutamanya di kalanganmurid sekolah.

1.2 Tujuan panduan ini adalah untuk memaklumkan pihak Jabatan PendidikanNegeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian, dan sekolah tentang perkara-perkara yang dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan apabila sesuatu pihakingin menaja atau menyumbangkan kepakaran, perkakasan, perisian atauapa jua bentuk peralatan ICT kepada sekolah serta tatacara menerimasumbangan.

2. Perkara Yang Dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan

2.1 Bagi menggalakkan sumbangan, perkara yang berikut adalah dibenarkanoleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

i) Pihak penyumbang bekerjasama dengan pihak sekolah danmembuat perancangan jangka panjang dalam meningkatkanpengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat murid sertamelengkapkan sekolah dengan kemudahan komputer.

ii) Pihak penyumbang meletak label nama penyumbang pada bilik atauperalatan.

iii) Pihak penyumbang mengadakan majlis pelancaran di sekolah untukmendapatkan liputan media massa dan menanggung perbelanjaannyaserta mengusahakan tenaga kerja yang berkaitan.

iv) Pihak penyumbang menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R & D)di sekolah asalkan ia tidak menjejaskan proses pengajaran danpembelajaran. Untuk tujuan ini, pihak penyumbang perlu terlebih dahulumengemukakan kertas cadangan tentang penyelidikan yang akandijalankan ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan DasarPendidikan, Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan kelulusan.

3. Persediaan oleh Pihak Sekolah Sebelum Menerima Sumbangan

3.1 Sebelum pihak sekolah bersetuju untuk menerima sumbangan peralatan atautajaan, perkara-perkara yang berikut perlulah diberi perhatian:

i) Memastikan bahawa sumbangan kepada pihak sekolah merupakanoutright gift dan tiada bayaran akan dikenakan kepada murid dan gurupada suatu masa kelak.

Page 4: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 19/2000: Panduan ... · PDF filepenyumbang mempunyai iltizam yang berterusan untuk membantu ... Pihak penyumbang meletak label nama penyumbang pada bilik

4

ii) Memastikan bahawa sumbangan yang diterima tidak membebankanpihak sekolah, misalnya sumbangan komputer lama yang mungkinmembebankan pihak sekolah untuk menyenggaranya.

iii) Pertimbangan perlu diberikan kepada perkara-perkara sepertipenyediaan sumber elektrik, talian telefon, bilik yang mencukupi untukdiubahsuai menjadi makmal komputer, keselamatan peralatan dan murid,dan peruntukan kewangan untuk menjelaskan bayaran utiliti.

iv) Bagi sumbangan berbentuk peralatan dan kemudahan makmalkomputer, pihak sekolah perlu berunding dengan pihak penyumbanguntuk mendapatkan sumbangan secara pakej, misalnya sumbanganmakmal komputer yang lengkap berserta dengan latihan untuk guru; atausumbangan yang termasuk kos penyelenggaraan dalam bentukpemberian atau subsidi tahunan.

3.2 Bagi sumbangan berbentuk kepakaran pula, pihak sekolah perlu memberiperhatian kepada perkara-perkara yang berikut:

i) Kandungan kursus yang diberikan hendaklah diserahkan kepada pihaksekolah terlebih dahulu untuk diteliti.

ii) Pihak pengurusan sekolah perlu memantau kursus yang diberikan darisemasa ke semasa untuk memastikan keberkesanannya.

iii) Tiada bayaran dikenakan bagi perkhidmatan kepakaran yangdiberikan, umpamanya untuk memasangkan rangkaian LAN di makmalkomputer atau memberi kursus kepada guru dan murid.

4. Tatacara Penerimaan Sumbangan oleh Pihak Sekolah

4.1 Bagi memastikan kelicinan dalam penerimaan sumbangan, pihak sekolahyang menerima sumbangan hendaklah mematuhi perkara-perkara yangberikut:

i) Memohon kebenaran daripada Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerahmasing-masing.

ii) Satu memorandum persetujuan (sekiranya perlu) antara pihakpenyumbang dan pihak sekolah hendaklah ditandatangani dan disaksikanoleh Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah.

iii) Pihak sekolah hendaklah merekod sumbangan ke dalam borangKew. 312 (daftar harta modal).

iv) Segala urusan yang berkaitan hendaklah dimaklumkan kepadaJabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

5. Tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat PendidikanBahagian/Daeiah

5.1 Bagi memastikan kesinambungan program yang diluluskan, pihak JabatanPendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah perlumelaksanakan perkara-perkara yang berikut:

Page 5: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 19/2000: Panduan ... · PDF filepenyumbang mempunyai iltizam yang berterusan untuk membantu ... Pihak penyumbang meletak label nama penyumbang pada bilik

5

i) Meminta pihak sekolah membuat pengiraan imptikasi kos selepastamat tempoh tajaan daripada aspek:

• Kos penyelenggaraan peralatan;

• Kos sewaan talian;

• Kos penggunaan alat;

• Kos penggunaan perisian; dan

• Kos penggunaan perisian kursus pengajaran dan pembelajaran.

ii) Merancang kos tersebut untuk dikernukakan dalam Anggaran BelanjaMengurus (ABM) tahun tamat tempoh tajaan.

iii) Memaklumkan semua kelulusan program ini kepada Bahagian Sekolahdengan salinan kepada Urus Setia Jawatankuasa Maklumat danPengkomputeran Kementerian Pendidikan (JMPK) di Bahagian SistemMaklumat, dan Pusat Perkembangan Kurikulum.