surat pekeliling am bil_ 3 tahun 1994

15
SURAT PEKELILING AM BIL. 3 TAHUN 1994 PENGIBARAN BENDERA MALAYSIA DI BANGUNAN-BANGUNAN PERSEKUTUAN DI SELURUH NEGARA 1. TUJUAN 1.1 Tujuan Surat Pekeliling Am ini adalah untuk memaklumkan tentang arahan Kerajaan supaya Bendera Malaysia dikibarkan di bangunan Persekutuan di seluruh negara pada hari bekerja dan hari cuti am tertentu peringkat Persekutuan dan Negeri. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Pekeliling Am Bil. 4 Tahun 1960, iaitu Pekeliling yang memberikan arahan tambahan tentang kandungan Pekeliling Am Bil. 7 Tahun 1957 telah menyenaraikan organisasi-organisasi yang diberi kuasa untuk mengibarkan bendera-bendera tertentu, panduan rekabentuk dan cara, masa dan tempat mengibarkan bendera itu. Ia juga menetapkan bahawa Jabatan-Jabatan Persekutuan hendaklah mengibarkan Bendera Persekutuan seperti yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Am Bil. 7 Tahun 1957, iaitu pada hari-hari tertentu dan hari-hari bagi memperingati sesuatu peristiwa yang berkaitan dengan Jabatan. 2.2 Kerajaan telah mengkaji semula arahan tersebut dan dengan ini memutuskan bahawa Jabatan-Jabatan Persekutuan hendaklah mengibarkan Bendera Malaysia di bangunan-bangunan Persekutuan pada hari-hari bekerja dan hari-hari cuti am tertentu Persekutuan dan Negeri. 3. TAFSIRAN HARI KEBESARAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI 3.1 Hari Kebesaran ialah hari perayaan Persekutuan yang dirayakan di seluruh negara, manakala hari Kebesaran Negeri ialah hari perayaan Negeri yang dirayakan oleh negeri berkenaan sahaja. 3.2 Hari Kebesaran Negeri yang telah diputuskan supaya dikibarkan Bendera Negeri dan Bendera Malaysia ialah Ulang Tahun Keputeraan DYMM Raja/Sultan/Yang di-Pertuan Besar dan Hari Ulang Tahun Kelahiran TYT Yang di-Pertua Negeri.

Upload: mohd-hisam-mohd-hussain

Post on 25-Nov-2015

83 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • SURAT PEKELILING AM BIL. 3 TAHUN 1994

    PENGIBARAN BENDERA MALAYSIA DI BANGUNAN-BANGUNAN PERSEKUTUAN DI SELURUH NEGARA

    1. TUJUAN

    1.1 Tujuan Surat Pekeliling Am ini adalah untuk memaklumkan tentang arahan Kerajaan supaya Bendera Malaysia dikibarkan di bangunan Persekutuan di seluruh negara pada hari bekerja dan hari cuti am tertentu peringkat Persekutuan dan Negeri.

    2. LATAR BELAKANG

    2.1 Pekeliling Am Bil. 4 Tahun 1960, iaitu Pekeliling yang memberikan arahan tambahan tentang kandungan Pekeliling Am Bil. 7 Tahun 1957 telah menyenaraikan organisasi-organisasi yang diberi kuasa untuk mengibarkan bendera-bendera tertentu, panduan rekabentuk dan cara, masa dan tempat mengibarkan bendera itu. Ia juga menetapkan bahawa Jabatan-Jabatan Persekutuan hendaklah mengibarkan Bendera Persekutuan seperti yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Am Bil. 7 Tahun 1957, iaitu pada hari-hari tertentu dan hari-hari bagi memperingati sesuatu peristiwa yang berkaitan dengan Jabatan.

    2.2 Kerajaan telah mengkaji semula arahan tersebut dan dengan ini

    memutuskan bahawa Jabatan-Jabatan Persekutuan hendaklah mengibarkan Bendera Malaysia di bangunan-bangunan Persekutuan pada hari-hari bekerja dan hari-hari cuti am tertentu Persekutuan dan Negeri.

    3. TAFSIRAN HARI KEBESARAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

    3.1 Hari Kebesaran ialah hari perayaan Persekutuan yang dirayakan di seluruh negara, manakala hari Kebesaran Negeri ialah hari perayaan Negeri yang dirayakan oleh negeri berkenaan sahaja.

    3.2 Hari Kebesaran Negeri yang telah diputuskan supaya dikibarkan

    Bendera Negeri dan Bendera Malaysia ialah Ulang Tahun Keputeraan DYMM Raja/Sultan/Yang di-Pertuan Besar dan Hari Ulang Tahun Kelahiran TYT Yang di-Pertua Negeri.

  • 4. BANGUNAN-BANGUNAN PERSEKUTUAN YANG BERKAITAN

    4.1 Bendera Malaysia hendaklah dikibarkan di bangunan-bangunan Persekutuan seperti yang berikut:

    (a) bangunan-bangunan yang dimiliki dan diduduki oleh Jabatan

    Persekutuan; dan (b) bangunan-bangunan yang disewa oleh Jabatan Persekutuan

    yang aturan mengibarkan bendera boleh dilaksanakan. 5. PEMASANGAN TIANG BENDERA

    5.1 Jabatan-jabatan bolehlah memasang dua atau tiga tiang bendera di luar bangunan mengikut keperluan masing-masing, satu bagi mengibarkan Bendera Malaysia, satu bagi Bendera Negeri dan satu lagi Bendera Jabatan atau Institusi. Apabila lebih dari satu tiang bendera disediakan, ketinggian tiang-tiang tersebut tidaklah perlu berbeza. Spesifikasi tiang adalah seperti dalam Lampiran A dan A1.

    5.2 Jabatan-jabatan yang tidak boleh memasang tiang-tiang bendera di

    luar bangunan bolehlah menyediakan kayu-kayu bendera untuk mengibarkan bendera di luar bangunan atau menyediakan tiang-tiang bendera yang lebih rendah untuk diletakkan di suatu tempat yang strategik di dalam bangunan. Ukuran kayu dan tiang bendera ini bolehlah berasaskan kedudukan tempat pengibaran bendera.

    5.3 Bendera yang akan dikibarkan di luar bangunan hendaklah

    berukuran biasa, iaitu 91.5 sm (3 kaki) lebar dan 183 sm (6 kaki) panjang manakala bendera yang dikibarkan dalam bangunan hendaklah sama ada berukuran biasa ataupun berukuran 61 sm (2 kaki) lebar dan 122 sm (4 kaki) panjang mengikut kesesuaian tempat.

    6. SUSUNAN BENDERA

    6.1 Pada hari-hari biasa dan hari-hari Kebesaran Persekutuan, Bendera Malaysia hendaklah mengambil keutamaan mengatasi Bendera Negeri dan Institusi. Manakala pada hari-hari Kebesaran Negeri, Bendera Negeri hendaklah diberi penghormatan mengatasi Bendera Malaysia dan Institusi. Susunan benderas pada hari-hari biasa, hari-hari Kebesaran Persekutuan dan hari-hari Kebesaran Negeri adalah seperti di Lampiran-lampiran B dan B1.

  • 7. ARAH PANDANGAN BENDERA

    7.1 Arah pandangan pengibaran bendera adalah pandangan dari luar bangunan memandang ke arah bangunan berkenaan. Penetapan ini adalah selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa dan juga peraturan dalam Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

    8. MASA MENGIBAR DAN MENURUNKAN BENDERA

    8.1 Pejabat-pejabat Kerajaan hendaklah mengibar dan menurunkan Bendera mengikut waktu pejabat biasa.

    8.2 Sekolah-sekolah hendaklah mengibarkan bendera mengikut waktu

    mulanya kelas pertama dan menurunkannya selepas kelas terakhir tamat.

    8.3 Bendera-bendera hendaklah dikibarkan terus-menerus (overnight)

    sekiranya hari berikutnya adalah hari Kebesaran Persekutuan atau Negeri yang ditetapkan bendera dikibarkan.

    9. HARI-HARI CUTI AM TERTENTU PERSEKUTUAN DAN NEGERI

    9.1 Selain daripada hari-hari bekerja biasa di mana Bendera Malaysia ditetapkan untuk dikibar, hari-hari cuti am tertentu Persekutuan dan Negeri yang juga ditetapkan dikibar Bendera-Bendera Malaysia dan Negeri ialah seperti berikut:-

    (a) Di Wilayah Persekutuan

    (i) Hari Pekerja pada 1 Mei; (ii) Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka

    Baginda Yang di-Pertuan Agong;

    (iii) Hari Kebangsaan pada 31 Ogos; dan

    (iv) Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Hari Wilayah Persekutuan Labuan.

    (b) Di Negeri-Negeri

    (i) Hari Pekerja pada 1 Mei; (ii) Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka

    Baginda Yang di-Pertuan Agong;

    (iii) Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2002;

  • (iv) Hari Lawatan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-

    Pertuan Agong ke Negeri yang berkenaan sahaja; dan

    (v) Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Raja/Sultan/Yang di-Pertuan Besar dan Hari Ulang Tahun Kelahiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, iaitu Negeri yang berkenaan sahaja.

    10. PEMAKAIAN

    10.1 Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Am ini, Surat Pekeliling bil. 7 tahun 1957 bertajuk Flag Hoisting Days dan Surat Pekeliling Bil. 4 Tahun 1960 bertajuk The Flying Of Flags by Federal Government Departments, Statutory Government Organization, and Non-Government Organization masih terpakai.

    11. TARIKH KUATKUASA

    11.1 Surat Pekeliling Am ini adalah berkuatkuasa mulai daripada tarikh ianya dikeluarkan.

    ( TAN SRI DATO SERI AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID ) Ketua Setiausaha Negara

  • LAMPIRAN A

    SPEFIKASI DUA TIANG BENDERA

  • LAMPIRAN A1

    SPEFIKASI TIGA TIANG BENDERA

  • LAMPIRAN B

    SUSUNAN BENDERA PADA HARI BIASA DAN HARI-HARI KEBESARAN PERSEKUTUAN

    SUSUNAN BAGI DUA TIANG BENDERA

    SUSUNAN BAGI TIGA TIANG BENDERA

  • LAMPIRAN B1

    SUSUNAN BENDERA PADA HARI-HARI KEBESARAN NEGERI

  • ETIKA BENDERA MALAYSIA

    PRAKATA

    Etika Bendera Malaysia diwujudkan bertujuan memberi kefahaman serta panduan kepada Kementerian, Jabatan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak-pihak lain tentang sejarah perwujudan Bendera Malaysia dan hal-hal yang berkaitan dengan pengibaran Bendera tersebut. Semoga buku kecil ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan semangat patriotik di kalangan kakitangan Kerajaan malahan ianya dapat menyeragamkan pengibaran Bendera Malaysia dan Negeri diseluruh negara.

  • ETIKA BENDERA MALAYSIA

    1. PENDAHULUAN

    1.1 Manusia merasakan dirinya memerlukan satu simbol atau lambang sebagai tanda dirinya, keluarganya dan negaranya. Simbol-simbol tersebut mempunyai berbagai-bagai tanda bentuk di mana salah satu darinya ialah bendera. Bendera atau flag dalam Bahasa Inggerisnya telah mula digunakan semenjak kurun keenambelas dalam bentuk, saiz, warna dan rekabentuk yang berbeza-beza.

    1.2 Penggunaan bendera yang awal dapat dikesan ialah bendera yang

    digunakan tahun 1122 sebelum masihi oleh Maharaja Chou di China. Maharaja Chou iaitu Pengasas Dinasti Chou menggunakan bendera atau banner berwarna putih.

    1.3 Perkataan Flag berasal dari perkataan Old Saxon atau German,

    Flaken atau Fleogan yang membawa maksud mengibarkan atau mengapungkan di atas angin. Bagaimanapun kini perkataan bendera dikhususkan kepada rekabentuk kain yang dikibarkan dari tiang yang tegak vertical staff.

    1.4 Hari ini bendera adalah lambang kewujudan dan kedaulatan

    sesebuah wilayah, negeri atau negara. Bendera berkait rapat dengan dengan semangat patroitik dalam mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara. Pujangga pernah berkata Bendera adalah suatu perkara yang mudah iaitu tidak lebih daripada secebis kain berwarna. Walau bagaimanapun kerananya manusia sanggup bermati-matian.

    2. SEJARAH BENDERA MALAYSIA

    2.1 Sejarah Bendera Persekutuan Tanah Melayu

    2.1.1 Detik paling bersejarah bagi negara ialah tepat jam 12.00 malam 30 Ogos, 1957 di Padang Kelab Selangor di mana Bendera Union Jack diturunkan dan Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh kegemilangan, melambangkan kemerdekaan negara yang tercinta. Beribu-ribu rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa serta pejuang-pejuang kemerdekaan menyaksikan peristiwa tersebut dengan rasa bangga.

    2.1.2 Sejarah penerimaan Bendera Malaysia ialah melalui

    perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk

  • menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

    2.1.3 Satu Pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan

    bagi memilih bendera baru Persekutuan Tanah Melayu. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana 3 rekabentuk bendera dipilih ke peringkat akhir. Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan di kelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam 2 bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulatan Bintang berwarna Kuning di bahagian tepi kiri.

    2.1.4 Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai

    memberikan pendapat kepada ketiga-ketiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh Akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.

    2.1.5 Rekabentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah

    mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

    That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follow: Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a Crescent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by the three feet. Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan king George VI pada 19 Mei, 1950.

    2.1.6 Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan

    ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei, 1950 dengan dihadiri oleh DDYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.

  • 2.2 Sejarah Bendera Malaysia

    2.2.1 Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu rekabentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri bagi Persekutuan Malaysia.

    2.2.2 Pencantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan

    Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September, 1963.

    2.2.3 Sungguhpun Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos

    1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang pecah 14 itu membawa maksud keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

    3. KETERANGAN LAMBANG-LAMBANG PADA BENDERA MALAYSIA

    3.1 Bendera Negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

    3.2 Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke

    bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan Perpaduan Rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya Perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan ban bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

    4. HAK MENGIBAR BENDERA

    4.1 Bendera adalah hak mutlak rakyat Malaysia. Sesiapa juga boleh mengibarkannya asalkan ianya dikibarkan mengikut amalan-amalan biasa mengibarkan bendera seperti tempat, masa, kedudukan saiz, tiang dan bendera serta susunan bendera sekiranya dikibarkan lebih daripada sehelai bendera.

  • 4.2 Pejabat-pejabat Kerajaan Persekutuan, Badan-Badan Berkanun Persekutuan, Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan Persekutuan diwajibkan mengibarkan bendera Persekutuan seperti diarahkan melalui Surat Pekeliling Am Bil. 3 tahun 1994.

    4.3 Selain dari Agensi-Agensi Kerajaan dan rakyat biasa, Pertubuhan

    dan Persatuan Sukarela, Syarikat-syarikat, gedung-gedung perniagaan, kedai-kedai dan gerai-gerai juga digalakkan mengibarkan bendera Persekutuan sama seperti Agensi-agensi Kerajaan.

    5. JENIS-JENIS BENDERA

    5.1 Bendera boleh dibahagikan kepada 5 jenis iaitu:-

    (i) Bendera Persekutuan - Malaysia. (ii) Bendera Negeri-Negeri dalam Malaysia. (iii) Bendera Wilayah-Wilayah Persekutuan. (iv) Bendera Institusi Kementerian, Jabatan, Badan Berkanun,

    Syarikat, Pertubuhan, Persatuan dan lain-lain. (v) Bendera Peribadi.

  • JADUAL 1 : Senarai Bendera Peribadi

    Bil.

    Bendera Peribadi

    Bilangan

    1.

    SPB Yang di-Pertuan Agong

    1

    2.

    SPB Raja Permaisuri Agong

    2

    3.

    D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu

    9

    4.

    T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri

    4

    5.

    D.Y.T.M. Raja Muda/ Tengku Mahkota

    8

    6. TERMINOLOGI BENDERA

    6.1 Mengikut amalan antarabangsa, bendera boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:-

    (i) Lebar (width) (ii) Panjang (Length) (iii) Canton (iv) Bahagia Atas (Top/Head) (v) Bahagian Bawah (Bottom/Foot) (vi) Kepala (Hoist) (vii) Ekor (Fly)

    RAJAH 3: TERMONOLOGI BENDERA

    LEBAR PANJANG (WIDTH) (HOIST) EKOR (FLY)

    PANJANG (LENGTH)

    BAHAGIAN ATAS (TOP/HEAD) BAHAGIAN BAWAH (BOTTOM/FOOT)

    CANTON

  • 7. UKURAN BENDERA

    7.1 Bendera mempunyai berbagai-bagai ukuran bergantung kepada tujuan kegunaannya dan di mana ianya hendak dikibarkan.

    (i) Bendera Biasa (Standard)

    Lebar - 91.5 sm (3 kaki) Panjang - 183 sm (6 kaki)

    Bendera ukuran inilah yang dikibarkan di bangunan, pejabat dan boleh juga dikibarkan di rumah-rumah.

    (ii) Bendera Rumah

    Lebar - 61 sm (2 kaki) Panjang - 122 sm (4 kaki) Bendera ukuran ini dikhususkan untuk kegunaan rumah-rumah di mana saiz dan ketinggian tiang-tiang bendera yang dapat digunakan adalah terhad.

    SURAT PEKELILING AM BIL. 3 TAHUN 1994