surat mohon pokok majlis perbandaran kulim

1
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TAWAR 09700 KARANGAN , KEDAH DARUL AMAN KBA0068 Telefon : 019-4428470 e-Mel : [email protected] “ KEDAH AMAN MAKMUR BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI ” Ruj. Kami : Tarikh : Kepada, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim, No.1 , Lebuh Bandar 2 , Bandar Putra , 09000 Kulim , KEDAH DARUL AMAN Tuan, MEMOHON SUMBANGAN POKOK HIASAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI - ALAM SEKITAR TAHUN 2015 Dengan segala hormatnya perkara atas dirujuk. 2. Dimaklumkan kepada pihak Yang Dipertua bahawa Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar sedang melaksanakan Program Sekolah Lestari sebagai salah satu projek sekolah bagi tahun 2015 ini . 3. Untuk pengetahuan pihak tuan lagi , program ini dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah bertujuan untuk memperkukuhkan proses pendidikan alam sekitar daripada peringkat usia muda iaitu menerapkan kesedaran warga sekolah ini , khususnya para pelajar serta komuniti setempat tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar selaras dengan Dasar Alam Sekitar Negara. 4. Sehubungan dengan matlamat itu , pihak sekolah dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik daripada pihak tuan agar dapat memberikan sumbangan kepada pihak sekolah dengan membekalkan beberapa jenis tumbuhan seperti yang dinyatakan dibawah : 4.1 Anak benih pokok hiasan 4.2 Anak benih pokok berbunga 5. Pihak sekolah amat yakin dan percaya , dengan sumbangan anak-anak pokok daripada pihak tuan kelak sudah pasti dapat membantu usaha untuk merealisasikan program penghijauan persekitaran kawasan sekolah. 6. Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Tuan . Kerjasama dan maklum balas positif daripada pihak Tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih . Sekian , terima kasih . “ PENDIDIKAN BERKUALITI , PELAJAR BESTARI ” Saya yang menjalankan tugas , .......................................................... ( CHE NASIRAH BINTI BIDIN ) Guru Besar , Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar , 09700 Karangan , Kedah Darul Aman

Upload: hasnah-halip

Post on 06-Sep-2015

132 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

surat

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TAWAR09700 KARANGAN , KEDAH DARUL AMANKBA0068Telefon : 019-4428470e-Mel : [email protected] KEDAH AMAN MAKMUR BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI

Ruj. Kami:Tarikh :

Kepada,

Yang DipertuaMajlis Perbandaran Kulim,No.1 , Lebuh Bandar 2 , Bandar Putra ,09000 Kulim ,KEDAH DARUL AMAN

Tuan,MEMOHON SUMBANGAN POKOK HIASAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI - ALAM SEKITAR TAHUN 2015

Dengan segala hormatnya perkara atas dirujuk.

2.Dimaklumkan kepada pihak Yang Dipertua bahawa Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar sedang melaksanakan Program Sekolah Lestari sebagai salah satu projek sekolah bagi tahun 2015 ini .

3.Untuk pengetahuan pihak tuan lagi , program ini dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah bertujuan untuk memperkukuhkan proses pendidikan alam sekitar daripada peringkat usia muda iaitu menerapkan kesedaran warga sekolah ini , khususnya para pelajar serta komuniti setempat tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar selaras dengan Dasar Alam Sekitar Negara.

4.Sehubungan dengan matlamat itu , pihak sekolah dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik daripada pihak tuan agardapat memberikan sumbangan kepada pihak sekolah dengan membekalkan beberapa jenis tumbuhan seperti yang dinyatakan dibawah :4.1 Anak benih pokok hiasan4.2 Anak benih pokok berbunga

5.Pihak sekolah amat yakin dan percaya , dengan sumbangan anak-anak pokok daripada pihak tuan kelak sudah pasti dapat membantu usahauntuk merealisasikan program penghijauan persekitaran kawasan sekolah.

6.Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Tuan . Kerjasama dan maklum balas positif daripada pihak Tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih .

Sekian , terima kasih .

PENDIDIKAN BERKUALITI , PELAJAR BESTARI

Saya yang menjalankan tugas ,

..........................................................( CHE NASIRAH BINTI BIDIN ) Guru Besar , Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar , 09700 Karangan , Kedah Darul Aman